Selasa, 18 Mac 2014

GAHARU.. Ini cerita nya.



Entah lah, memang tiada mood nak siapkan catatan baru blog gaharu nie dari awal bulan januari hingga bulan Mac nie, hadap jer laptop, mata tiba tiba rasa mengantuk. Mungkin agaknya badan terlampau penat, terlalu banyak program program kat ladang , jelajah setiap lokasi pokok pokok gaharu liar yang telah di rawat serta siapkan stock bamboo stick yang telah kehabisan stock bagi inokulasi tahun ini.


Hari demi hari, tiap saat menghitung hari, dari awal pagi hingga ke senja, tergaru sana, garu sini, sekiranya pokok gaharu boleh berkata kata “ teruknya perangai  tuan aku nie, terkena badi apa pula nie.”. Dari sepokok di susuri pokok seterusnya, dari barisan pertama hingga ke barisan pokok yang terakhir, daki bukit, susuri banjaran, sejumlah semua 5,000 pokok gaharu di lawati. Mungkin soalan sama bermain main di fikiran para pengusaha “ bila agaknya nak di inokulasi nie, berapa lah jumlahnya kos vaksin dan berapa juta bilah bamboo stick, isk isk.. mana nak cekup duit.. nak upah si penginokulasian, aduhai .. caj akan di kenakan agak mahal dan mampu kah bersabar menanti 2 tahun nanti untuk tuaian hasil.?”.


Dari awal bulan januari sehingga bulan mac kami sentiasa di kunjungi oleh para para peminat baru dan masih ada kesempatan juga melakukan inokulasi di luar negeri. Di sebabkan masa terhad, tiada kesempatan melawat ladang gaharu para pengusaha yang terbengkalai, yang tiada termampu untuk mengeluarkan kos inokulasi. Memang ada niat kami mahu membantu para para pengusaha ini, tetapi memandangkan kos bergitu besar terpaksa kami tanggung setiap kali menjalankan penginokulasi, terpaksa kami pendamkan niat kami, kecuali para para bersedia menanggung semua kos, itu pun terpaksa kami memikirkan berkali kali.


Yang datang mengunjungi kami juga, pelbagai bagai masalah di luahkan, dari pertanyaan bagaimana mulai penanaman, penjagaan pokok, berapa kali pembajaan setahun, sector bagaimana tanah kesuaian, berapa tahun boleh di inokulasi, boleh percaya atau tidak terhadap syarikat yang tawarkan pelaburan penanaman, dimana nak dapatkan vaksin nak inokulasi sendiri dan pelbagai bagai pertanyaan hinggakan hasilnya nanti akan di jual kat mana..? kikikiki.. saya selamba beri jawapan sambil bergurau ..” yang kau gatal nak tanam, tanggung lah sendiri, bukan ada sangkutan dengan aku pun..”


“ Jika kamu mampu, mempunyai tanah sendiri, wat apa nak melabur, bukan nya sukar tanam gaharu nie, dapatkan beneh dari pembekal, upah orang tanam. Kalau tiada masa nak menjaganya, itu boleh orang lain uruskan, janji duit upah .. jalan. Kalau tak mampu tanam banyak banyak tanam jer 1 ekar dah lebih daripada berbaloi hasilnya, kamu pun puashati, tiada perasan ragu, tiada terkena dan kamu ada bukti kat mana duit kamu habiskan, sekiranya kamu tiada tanah, kamu masih ada peluang lagi, pajakan tanah dari ahli keluarga, jiran jiran atau dari sahabat handai.” 


“ Arwah ayah saya dah tanam 800 pokok, sekarang nie usia pokok dah masuk 8 tahun, yang masalah besarnya mana saya nak cekup duit banyak banyak nak upah penginokulasi semua pokok tu..” Masalah lagi. “ Masalah bergini, bukan kamu sahaja hadapi, kami pun selalu hadapi setiap kali bila mahu mulai project inokulasi, duit akan keluar seperti air, setiap kali inokulasi, harga vaksin mesti dikira, kos inokulasi dan pengurusan, bukan sejumlah RM100.00 sehari terpaksa saya tanggung, soal membantu dah tak wujup, kami bukan badan kebajikan, kami bisnes didalam bidang ini..”


“ Cuma saya dapat membantu bagi khidmat inokulasi , bamboo stick dan inokulasi ,tetapi kos nya tetap kena bayar secara tunai serta membantu penjualan hasil tuiaan nanti mengikut perjanjian penginokulasian. Sekiranya pokok serta tanah tu sudah menjadi harta pusaka, berbincang lah bersama adik beradik, sepakat kumpulkan duit kos inokulasi, inokulasi sejumlah mengikut duit telah terkumpul untuk fasa pertama dan seterusnya, jika cara ini kamu lakukan, pasti sejumlah 800 pokok itu siap di inokulasi..” bagi penjelasan.


“ Kami telah di tawarkan pokok sejumlah 1,200 pokok berusia 7 tahun, kami nak pastikan siapa pembeli hasil tuaian nanti. Kami kenal seseorang di IPT dan telah berbincang bagaimana mahu inokulasi pokok itu, tetapi jawapan nya, dia sendiri pun tak pasti siapa yang aktif sebagai penginokulasian. Dia bagi ceramah kat IPT pun Cuma mengalakan penanaman sambil pasarkan beneh gaharu..” jelas seorang nie pula. Saya cuma berdiam diri tak mahu komen apa apa .. kikikiki.. ini bukan bermasalah dengan saya.


Lantaklah kan..? Cuma taktik mereka mahu mencari jalan mudah, jalan pintas mengambil kesempatan dari diri saya. Kalau dah tahu gaharu boleh jadi JUTAWAN, terus jer lah, kalau kamu ego, tentu saya lagi ego sebab saya telah lengkap semuanya, telah mempunyai ladang, pokok liar di inokulasi ribuan pokok ,  mempunyai vaksin ciptaan sendiri dan tiada pernah menyusahkan pengiat gaharu lain. Itu lah sebabnya mereka beria ia, bersusah payah datang jauh jauh menemui saya dan dah jelas difikiran mereka 1,200 pokok tiada boleh terlepas bergitu sahaja.


Tepuk dada tanya selera anda, kalau saya komen pun tiada feadah saya dapat, kan duit anda .. kikikiki, kalau untung pun bukan saya yang dapat. Bukan saya tak alu alukan tetamu nak dapatkan khidmat nasihat tentang gaharu, kalau berhajat nak kunjungi kami, silakan, tetapi bagitahu awal awal kerana jadual kerja kami terlalu padat akhir akhir ini. Kami memang mahu lihat semua bakal pengusaha, para pengusaha bersama sama kami memcapai kejayaan. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan