Khamis, 27 Mac 2014

Gaharu.. Dahulu dan Sekarang



Musin kering dah berakhir, hujan dah mula turun, Alhamdulillah .. anak pokok Gaharu 5,000 yang di tanam mula galak mengeluarkan pucuk bererti akar akar baru mula menjalar. Manakala pokok yang telah inokulasi pada bulan februari yang mengalami stress kembali segar mengeluarkan tunas pucuk muda dan tugasan yang dinanti nanti telah tiba, iaitu proses pembajaan awal tahun pertama serta menganti anak beneh yang telah mati mengikut jumlah tepat pada penghujung bulan Mac dan April ini.


Kami masih menanti persiapan pembersihan tapak tambahan ladang baru, bagi memulakan proses penanaman tambahan 3,500 pokok lagi.  Memandangkan musin tiada menentu, anak anak beneh 3,500 pokok di biarkan lasak bagi menghadapi suasana cuaca yang tiada menentu, setelah ditanam nanti ianya tiada kekeringan, mengalami daun gugur sekira musin kemarau terlalu lama dan tentu ada alahan lebih lagi tapak baru di bersihkan tanpa tumbuhan rumput rumpai.


Penghujung bulan Mac ini, terlalu kerap saya hadiri jemputan kawin, berpeluang bersua kaum kerabat, para sahabat lama dan berkenal kenalan pelbagai bagai status masyarakat. Sebetulnya, diri saya jarang jarang yang diketahui apa yang saya usahakan, lebih lagi sikap semulajadi saya gemar berdiam diri dari menghebuh hebuhkan apa yang lakukan. Bidang industi Gaharu jarang jarang orang lakukan sebagai urusniaga, kebanyakan di usahakan secara bersuka suka dan hobi sampingan sebagai seorang minat bertani.


Saya tiada mengkaji tahaf mana kerpercayaan seseorang atau yakin dengan apa yang saya usahakan, bagi diri saya, cuma saya berhak mempunyai kenyakinan diri sendiri serta mengamalkan sikap tiada mengambil tahu urusan orang lain . Ada perbandingan dan pendapat yang di ajukan pada saya, “ Kau ada tanah berpuluh puluh ekar nak tanam gaharu dan dengar khabar sudah ribuan pokok kau dah tanam..? Itu perbuatan membazir , cuba kau kaji mengapa pengusaha dulu semua gagal, hingga sekarang ini masih aku tiada dengar ada yang berjaya, tak akan berjaya nya, lebih baik kau tanam pokok getah jer, sekurang kurang setiap bulan kau dapat hasil walaupun sedikit..” kata salah seorang saudara terdekat saya yang hampir 20 tahun tiada bersua muka, setelah memberitahu apa usaha yang saya lakukan  serta menerangkan kemana saya menyepikan diri selama ini.


Saya tersenyum sambil menarik tangannya mengajak ke satu sudut agak jauh dari orang ramai. “ Aku dah tanam getah dan gaharu sekali, Getah pelaburan jangka panjang manakala gaharu pelaburan jangka senderhana. Jika kau banding yang dulu dan sekarang, tentu dah jauh bezanya. Pengusaha dahulu tanpa pengetahuan, membeli vaksin tanpa selidik tidak seperti sekarang ini. Aku telah temui formula ciptakan vaksin, telah ciptakan vaksin sendiri dan percubaan pertama aku telah berjaya, telah menanam ribuan pokok serta siap rawat ribuan pokok. Sekiranya ianya gagal, tak mungkin aku mempunyai pokok dan rawat pokok sejumlah bergitu besar, terus menanam dan terus merawat tanpa hentinya, aku masih waras serta masih punya sifat sayangkan duit, kalau ianya satu usaha yang sia sia, awal awal aku tiada teruskan usaha bergini” Saya mula penerangan.


“ Bermula dengan kajian yang teliti, timba ilmu dan jelajah setiap pelusuk mengkaji gaharu, ini satu perkerjaan pertanian bersandalkan teknologi, bukan saja saja meniru. Dan mungkin kamu pernah terdengar, bila melibatkan diri di bidang ini memerlukan bajet yang besar, setiap sen akan di keluarkan wajip mengira jumlah bakal di perolehi nanti. Tiada guna jika usahakan sesuatu kalau tiada halatujunya, yang tiada pasti kita dapat, yang tentunya bajet hangus, pembaziran masa dan pasti keringat usaha juga sia sia dan ini lah yang terjadi pada pengusaha dahulunya..” tambah saya.


“ aku mahu terangkan 2 perbandingan seperti kau katakan tadi, dahulunya kau sendiri tiada terfikir teknologi boleh berada di hujung jari kan..? tapi sekarang, yang kau tiada pernah gambarkan dan impikan itu telah berada di hujung jari .. kikikiki.. canggih pula tu, padahal kau hanya tahu call dan send mesej, banyak perkara lagi benda teknologi ditangan kau itu, kau sendiri tiada pernah mencuba mahirkan diri .. adakah ianya mustahil..? Seseorang manusia ada sesuatu pebezaan di segi pendapat, planning dan berubah untung nasib atas usaha sendiri dari insan lain tiada akan sama ilmu yang Allah anugerahkan, walaupun tujuan yang sama cuma mahukan rezeki. Kita wajip  terus berusaha menimba ilmu, akan memilikinya tetapi sekiranya ilmu yang di perolehi tiada dipergunakan ianya menjadi satu pembaziran..” 


“ Sepatutnya aku yang menyuruh kau mengkaji, mengapa, sebab apa dan bagaimana para pengusaha dahulu gagal..? Teknik rawatan yang di gunakan dahulu tiada jauh bezanya yang digunapakai sekarang ini, cuma vaksin yang mereka tuang pada pokok gaharu, vaksin yang di import dari Negara jiran yang tiada kepastian vaksin itu asli atau tiruan. Kebanyakkan pokok yang mereka rawat gunapakai vaksin import ini mengandungi 80% bahan beracun, yang mengakibatkan pokok dirawat, mula dahan satu persatu gugur dan akhirnya batangnya pula rebah tersungkur ke bumi..”


“ Sekiranya aku masih bergantung harap pada vaksin import, dah lama aku gulung tikar, tentu sekali aku telah gagal kali kedua, tak sampai usaha aku ke tahaf ini. Di atas kejadian dahulu lah, aku bangun, berikhtiar mengkaji semula setiap espek, teori , bagaimana mengikut factor yang betul, terus mengkaji bagaimana mencipta formula , mencari bahan bahan untuk proseskan vaksin gaharu. Kan tentu pernah terdengar dulu dulu yang aku di cop gila gila, masuk hutan seorangan, bermalam seorang kat hutan dan aku buat pengakuan ini agar kau tahu, yang aku gila gila dahulu ada tujuannya, aku lakukan kajian, selidik , bagaimana terjadinya gaharu dan untuk mengenal spesis Gaharu..”


“Aku belum cerita panjang lebar lagi tentang gaharu, cerita cecair apa yang terdapat di dalam pokok gaharu, bagaimana tindakbalas vaksin setelah di tuang kedalam nya, kikikiki.. ini pun kau, aku lihat kau dah tergaru garu. Ilmu kegaharuan ini bukan boleh diperolehi dalam 1 jam jer, kena bermula dari peringkat asas lagi, orang telah bergiat lama pun, masih banyak perkara yang belum di ketahui dan masih ada yang tertipu. Aku dapat bayangkan pendapat dan pembandingan kau bagi itu, semua dari pendengaran dari mulut ke mulut ciplak dari anggapan orang dan aku pasti kau tiada pernah melihat rupa bentuk serta minyak gaharu asli bagaimana warna serta baunya.. malahan harga nya pun kau tidak mengetahuinya.. betul kan..? “.


“ Aku terima kasih di atas perbandingan kau beri, sekurang kurangnya dari penjelasan aku beri, sedikit sebanyak kau memahami mengapa aku bergitu aktif bergiat di bidang ini. Kau telah temui jawapan sebenar, walaupun apa orang anggap bukan bukan pada aku, aku buat pekak Badak jer, kerana mereka tiada tahu apa yang aku planningkan, bagi aku, walaupun sekecil kecil perbuatan, tanpa kajian, tanpa usaha , tanpa belajar ianya tiada capai kejayaan. Dan kau pun tahu, aku telah tempuhi pelbagai bagai ujian, dugaan dan seribu cemuhan, dari sini lah aku belajar mengenal diri aku sendiri .. Alhamdulillah, aku telah jauh meninggalkan impian, dari perkara yang aku anggap tiada mungkin aku capai , tanpa aku sedari segala penat lelah dari usaha aku ,semua telah hampir lengkap.. Insyaallah.”.


Tetap masih ada bilangan besar masyarakat, menganggap industri gaharu teknologi adalah usaha yang sia sia, selagi para pengiat tiada buktikan kejayaan selagi itulah mereka bersikap dingin. Bagi saya, kikikikiki.. Buang masa nak buktikan, nak melayannya, kalau tak percaya, sudah, saya bukan pinjam duit kamu dari awal hingga kini. Bila saya mula menuai pokok, kegiatan saya tertumpu kepada, kilang prosesan minyak, produck gaharu akan saya pasarkan serta mungkin formula vaksin perkara utama saya lenyapkan. Saya mungkin mula tutup buku jadual melayan bakal dan para pengusaha kecil kecilan. Kalau ada banyak permintaan inokulasi pokok, beneh gaharu, caj khidmat, harga bamboo stick mungkin berganda ganda harganya, jika kamu sanggup, saya bagi khidmat, kalau tak mampu, saya peduli apa .. kamu selesaikan lah masalah kamu sendiri… TQ.

2 ulasan:

  1. "Bagi saya, kikikikiki.. Buang masa nak buktikan, nak melayannya, kalau tak percaya, sudah, saya bukan pinjam duit kamu dari awal hingga kini."

    Setuju sangat. Lebih baik usaha dan tenaga dicurahkan kepada mengembangkan perniagaan berbanding melayan kerenah orang-orang sebegini :)

    BalasPadam