Ahad, 30 Jun 2013

Gaharu.. Teknik akal kepala lutut.


“ Pokok Depu Boss pergi lihat tahun lepas 16 batang tu, pemiliknya dah cucuk ( Inokulasi ), saya lihat, pokok tu dah lain macam jer, daun daun menguning dan berguguran, di cucuk baru 4 bulan lepas , rasanya pokok tu hampir mati.” Cerita kawan saya. “ Group mana yang inokulasi.” Tanya saya. “ group tu ramai boss, ada dari seberang campur campur, ada masa boss pergi jengoklah ” Jelasnya.

“ Kau lihat ker, bagaimana mereka injections..” tanya saya. “ Lihat, 2 hari mereka cucuk, sepokok 6 lubang, setiap lubang sebesar paip air tu dan digantung ubat dalam botol..” terangnya.. “ kikikikikiki .. kan pokok tu hanya sebesar paha, tak kan sampai 2 hari baru siap, kan sebatang hanya 6 lubang.” kata saya sambil memandang staf staf dok tersipu sipu menahan dari ketawa. “ memang pun, saya bertanya pada salah seorang dari mereka, tak mati ker pokok ini, ditebuk lubang sebesar ini..? dia kata, tak.. saya diam jer lah..” katanya.

“ Mereka gantung tu .. ubat apa boss..?” tanya sikawan tu. “ Panadol atau pil killer kot..hehehehehe..” jawab saya. “ sukar nak pastikan, vaksin apa yang mereka gunapakai, lagipun saya tak pasti group mana yang inokulasi, kalau mengikut kau bagitahu tadi, dari seberang, bereti vaksin nya juga dari seberang lah..” terang saya. “ Boss .. agak pokok tu mati ker, ya lah, daun daun dah menguning, kasihan pada pemilik tu .. boss..” kata nya.

“ Entah lah, dari pengelaman saya, pokok itu akan mati, factor pertamanya, lubang injections terlalu besar dan factor keduanya lebihan vaksin yang di yang tuang, kalau vaksin itu pula di campur racun, boleh dikatakan 100% pokok itu tiada harapan, tak sempat menghasilkan gubal.” terang saya. “ pokok yang kami cucuk, hampir ribuan batang, tiada satu pun yang mati, malah sentiasa berpucuk..” tambah staf saya.

“ Pemilik pokok tu saudara saya, dia bagitahu , menyesal tak bagi pokok pokok tu pada boss, tak tahu jadi bergini, duit pun banyak juga habis upah dan kos vaksin, boleh selamat ker pokok pokok tu..” ujarnya. “ hehehehe .. entah lah, itu bukan masalah dengan pihak kami , hal tu, terserah pada Allah, kalau rezeki masih ada, pokok pokok akan pulih, maaflah . kami tak boleh membantu, bukan saya dendam, dah bukan rezeki kami, macam macam boleh terjadi.. gi lah cari group tu, ajak mereka datang lawat pokok pokok yang mereka inokulasi tu..” kata saya.

Perkara bergini membuat saya terfikir panjang, utamanya teknik inokulasi mereka lakukan pada pokok sebesar paha dan mengapa sampai berliter liter vaksin di tuangkan pada bersize bergitu... Nak cepatkan resin resin terbentuk atau sengaja mahukan pokok itu stress dan allergic secara paksaan, mahu pokok pokok ini mati dan terhasil lah gubalnya..? Pening juga memikirnya.

Apabila pokok sebesar ini di injections size paip air dan di tuang lebihan vaksin. Saya mahukan bagaimana pendapat anda dahulu, boleh beri jawabannya..? Kemungkinan pandangan dan fikiran saya berlainan dari semua group penginokulasi yang bergiat aktif, mungkin mereka setuju dengan teknik sedemikian dan saya tidak pernah mencuba teknik bergini, selama saya bergiat sebagai penginokulasian.

Faktor utamanya, akan terjadi pokok akan patah dan akan mati sebelum matang, mengapa saya berkata bergitu,,?. Kesan injections sedemikian, pokok akan mengalami kereputan, lubang injections semakin hari semakin memburuk semakin luas, lebihan pula tuangan vaksin terlalu banyak. Walaupun pokok sebesar 400sm, kami tidak akan lakukan teknik seperti ini, seperti pernah saya catatkan di blog ini, pokok pokok yang dirawat seboleh boleh tiada terdedah dari tiupan angin kecang.

Ingat, setiap pelaburan mahu hasilnya kan..? kalau teknik ini digunapakai, sia sia lah duit anda laburkan, lebih baik anda simpan dari mengupah penginokulasian menjalankan teknik sebergini. Mereka cuma mahukan duit anda, soal penghasilan bagi mereka tak pernah wujup di hati mereka. Ini punca nya mengapa saya bergitu lantang membela dan  berpihak kepada para para pengusaha seperti anda semua, kerana saya pun pengusaha yang sama dengan anda.

Kemungkinan kos inokulan termurah ditawarkan membeli hati pemilik pokok, padahal mereka bukan arif di bidang inokulasi. Sesiapa pun boleh lakukan injections, cuma sekali lihat dan boleh mula menjalankan urusniaga inokulasi, masalah vaksin, tiada bermasalah, hehehehe.. vaksin import berlambak di jual oleh broker broker gaharu, berkesan atau tidak, itu tanggungan anda yang mengunapakai.

Tak selesai lagi bab teknik ini.. hehehe.. kita teruskan. Kerana kos murah ini lah pemilik terpedaya, janji pokok gaharu mampu di inokulasi, boleh pasang angan angan, 2 tahun lagi jadi jutawan .. kikikiki. Yang terjadi bergini, boleh ker yang di angan angankan berjaya..? lagi parah ada lah, dia terlupa pesanan dari saya awal pertemuan dulu. “ sebelum lakukan inokulasi pada pokok pokok ini, sila luangkan masa, lawat pokok pokok si anu yang mengaku pengiat gaharu teknologi, pastikan di mana ladang inokulasi mereka dan lihat sendiri bagaimana resin terbentuk dari inokulasi mereka jalankan, serta apa kandungan vaksin yang mereka gunapakai”.

Kerana terlalu ghairah mahukan status jutawan, maka terima tawaran penginokulasian yang mengamalkan teknik akal kepala lutut, siapa yang rugi. Kan saya berkali kali catatan, kalau tak mahu berurusan dengan kami, kami tak rugi apa apa.. hehehehe, pokok kami sendiri pun, masih tak habisan untuk di inokulasi bertahun tahun akan datang. Sekali fikir, wat susah susah nak nasihatkan orang, duit mereka, pokok mereka, kalau tak berhasil, kita tak rugi satu sen kan..? TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan