Isnin, 3 Jun 2013

GAHARU .Emas dari Rimba.

Kita bersepakat kearah satu tujuan, berusaha, kongsi ilmu untuk sama sama kecapi impian Islam Wajip Kaya. Jangan sesekali kali berkata, tiada mungkin kita capai impian ini. Setiap usaha dilakukan semuanya ada tagged, untuk capai kerjayaan, seandainya kita gagal di awal usaha kita yang pertama, sebenarnya kita telah berjaya memperolehi pengelaman yang dapat melancarkan usaha kita kali kedua.

Untuk membangunkan satu kerjaya, bukan hanya masa satu hari, kita wajip belajar, timba ilmu dan kita tak akan terlepas menempuhi cabaran demi cabaran, disini kesabaran, fisikal dan rohani kita akan teruji. Jika semangat kita mudah rapuh, segala yang di usaha akan terkubur. Bergitu jua , bila hanya memikirkan keuntungan berganda yang akan kita perolehi dari usaha kita, untung rugi tiada siapa yang boleh memberi jawapan tepat, selagi hasil usaha kita belum di perolehi.

Pelaburan di bidang ini, merupakan pelaburan yang melibatkan kos tunai yang agak tinggi, jika dikira secara imbas, pulangan pelaburan akan di perolehi nanti berganda ganda. Dengan sebab ini lah. Timbulnya rasa riak, ego, besar diri, hilang pertimbangan dan sikap rakus, menguasai mental dan rohani dikalangan pengiat gaharu, tanpa mengkaji terlebih dahulu, mengeluarkan kos pelaburan terlalu besar, kerana terlalu impikan pulangan yang di miliki nanti berjutaan RM. 
Bergitu juga berlaku pada diri pengusaha ladang gaharu, Semasa menanamnya mampu tanam beratusan ekar. Ada setengahnya pula, mereka menganggap pokok gaharu yang di tanam, boleh dijual tanpa dirawat. Di mana kah mereka dapat ilmu bergini, siapa mengajar mereka bergitu.? Sepintas saya ulangi catatan di sini, pokok gaharu tiada akan menghasilkan resin sekira tanpa mengelami stress dan allergic, jika anda tanam dengan niat mahu di jual tanpa rawatan, 30 tahun akan datang tiada siapa mahu membeli.

Yang awal wajid di kaji, ialah kemampuan anda setelah pokok yang ditanam berusia 4 – 5 tahun nanti. Adakah mampu anda sediakan duit untuk membeli vaksin dan mampukah anda membayar kos rawatan untuk inokulan pokok gaharu anda sejumlah 1000 pokok..? Walaupun bukan sekali gus anda inokulan, ianya wajip ada perkiraan. Saya bagi contoh, secara rambang, kos inokulan andainya hanya se pokok RM150.00 ( bukan harga sebenar ) pokok berukuran 50sm, jika di darap dengan 1000 pokok.. dah berapa.. mampu ke..?

Teruja.. bila mendengar, “ di Kelantan ada pengusaha baru nak tanam 5 ekar, di Terenganu pengusaha nak tanam 10 ekar, di Pahang dah 50 ekar di tanam dan yang ditanam seluruh Negara tak terkira banyaknya.. " tanam gaharu, kaya boh..” Kerana kaya ini lah, maka gaharu di tanam tanpa henti, sampaikan harga bekalan anak beneh melambung 2 kali ganda. Bagi kami lantaklah, nak tanam berjutaan ekar, mungkin tempias 1000 pokok setahun, yang dapat khidmat inokulan kami.. berduit jugak kan.?

Kami tiada berhak menghalang anda mahu jadi kaya dengan jualan hasil gaharu. Yang kami tak mahu angan angan cita cita anda tiada kesampaian, duit anda habis, buat project penanaman, duit untuk beli vaksin, anda dah tak termampu dan boleh di anggap memikul biawak hidup. Para penginokulasian pula, bila selesai tugasan mereka, tangan menadah mahukan duit seperti yang di persetujui dan anda pula, terpaksa ikat perut selama 2-3 tahun akan datang, menanti jualan gaharu anda.

Setelah 3 tahun kamudian, pokok gaharu matang  anda boleh di tebang, soal tebangan, siapa siapa pun boleh, yang nak bersihkan ( Carving ) anda boleh lakukan.? Anda mampu carving sendiri, nak jual kat mana, pasar malam ker..? hehehehe.. ke, kat pasar borong.. nak proses minyak, main rebus dalam periuk nasi ? semua ini akan anda tempuhi, para penginokulasian yang berikan khidmat pada anda dulunya, akan lepas tangan ataupun mungkin syarikat mereka juga dah berkubur, kerana mereka cuma mengambil upah inokulan, mereka bukan pengusaha tulen di bidang ini.
  
Itu lah punca utamanya, sebagai bakal pengusaha ladang gaharu, pengusaha lama berurusan dengan pengusaha bertaraf usahawan gaharu, yang terlibat 100% urusniaga gaharu. Anda tak akan pecah kepala memikirkan kat mana nak dapatkan khidmat nasihat, anak beneh, teknik penanaman, perjagaan, inokulasian dan hasil tuaian gaharu akan di pasarkan. Jika anda mengunapakai cara ini, tak mustahil cita cita mahu jadi jutawan milik anda.
Pengusaha dan bakal pengusaha era baru, mempunyai peluang baik, mudah memperolehi ilmu, teknik penanaman dan pelbagai ilmu kergaharuan, jauh bezanya ketika saya mulai menceburi bidang ini. Di waktu itu tiada bahan bahan untuk dijadikan rujukan, laman laman website, blog dan buku tentang gaharu sukar di dapati. Jika ada buku hal gaharu, 100% memceritakan bab gaharu semulajadi, tidak mengenai penghasilan gaharu melalui teknologi.

Antara blogger dan empunya website menceritakan hal sama, tanam gaharu boleh jadi jutawan, serta kerbanyakan topic kerhebatan gaharu semulajadi, khasiat dan harga gaharu, dicatatkan juga gaharu dari sepsis mana yang terbaik. Sampaikan kita tertanya tanya spesis manakah yang menghasilkan gubal termahal nilainya. Kita tak pandang spesis tempatan yang tumbuh melata di bumi Malaysia, padahal ianya paling terbaik dari spesis baka import.
Kalau mengharapkan gaharu terbentuk secara semulajadi, berapa kilo agak gaharu di dapati dari pokok sebesar 300sm..? cuba lah anda tebang, cari gubal gubal gaharu, yang pasti di temui gubal berbentuk jarum ( bulu jagung ) berbaloi ker, di jual dengan 1 kilo RM5.00. Sukar juga kan ..? untuk memiliki emas hitam ini, itu lah punca nya, gaharu di hasilkan mengunakan keadah teknologi inokulan, walaupun kos terlalu tinggi, dah ramai yang telah menjadi jutawan kerananya. TQ.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum En Ramli,

    Terima kasih atas entri yang sangat menarik. Betul, untuk menjadi seorang penanam/pengusaha gaharu banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Bukan hanya setakat tanam dan berharap ia berhasil begitu sahaja. Dan kerana itu juga ramailah pengusaha gaharu yang berhenti dipertengahan jalan.

    Semoga terus sukses.

    Wslm.

    BalasPadam
  2. wsalam aminah.
    terima kasih atas sokongan.

    BalasPadam