Jumaat, 19 April 2013

Sesekali lagi Dril berputar.

Sudah pertengahan bulan april, hujan sudah mula melanda setiap petang, inokulan baru selesai 50 pokok sepsis Aquilaria Malacensis lamk. Di satu lokasi belum di siapkan lagi 180 pokok siap menanti dan tambahan pokok terus bertambah .. aduhai .. bila agaknya boleh disambung inokulan, saban hari dok sibuk urusan lain, sampaikan inokulan boleh tertunda.


Berginilah jadinya, bila kerja sampingan terlampau banyak, kalau di kira kerja sampingan pun masuk duit juga, banyak tu, tak lah, wat beli beras dan ikan tu tiada masalah, sekurang kurang boleh juga menanpung perbelanjaan minum air kopi, time time rest, ketika inokulan tidak operasi. Bukannya gemar sangat kerja kerja sampingan nie, kerana memiliki sedikit ilmu bidang ini, lakukan juga sekadar yang termampu.

Bidang utama kami akan teruskan semula.. insyaallah lebih aktif dari tahun tahun sebelum ini. Di satu lokasi. Diladang getah kepunyaan bangsa china , ribuan pokok gaharu liar siap menanti untuk di inokulan. Sepatutnya bulan april in, inokulan telah dijalankan, disebabkan pembersihan tanah, tujuan tanam semula getah belum operasi, inokulan terpaksa tertunda ke bulan mei atau Jun.

Kalau setakat nak bersihkan tabung … hehehehe .. masih ada lebih 180 pokok, bila bila masa boleh inokulan, berukuran dari 60sm lilitan hingga 150sm. 150 liter vaksin tentu tak mengcukupi, jika dikira duit tunai .. pussss .. RM 100K entah kemana .. touke balak pun kojol bos, kalau wang dok keluar jer, wang masuk pula bukan main liat , hehehehe .. tu lah terpaksa berehat, tenang fikiran, cari pertunjuk bagimana mahu teruskan inokulan, seperti dirancangkan.

Kalau di ikutkan janji dengan pemilik pokok nak khidmat inokulan, hari hari wat janji, tapi.. bila bertanya tentang pembayaran .. hehehehehe.. “ boleh ker boh rawat dulu, jual hasil nanti, kita bayar..” kalau nak bankrap.. silakan inokulan, geranti, tak akan dibayarnya. Yang janji nak bayar ansur ansur nie pun tak muncul muncul, call pun tidak, biarlah bertanya khabar, bagi makluman.. “ tak boleh bayar lagi.” Apa salahnya kan, bagitahu perkara benar, kita orang pun faham.. wat diam diam tu, apahal., selesai ker masalah..?

Ada juga yang ikhlas, bagitahu masalahnya, memang nak bayar kos inokulan, tapi berapa orang jer. Kadang kadang, berselisih dijalan. Wat wat tak nampak.. hehehehehe. Dia Ingat kita orang nie.. tak perasan ker..? Ada juga tak ubah seperti pahat, kalau tak ketuk, tak masuk.. tu pun pahat tumpul, berkali kali ketuk.. baru lah masuk. Bukannya tiada duit, sengaja mahu lambat lambatkan pembayaran, mungkin dia ingat kita nie duit tabung berjuta juta agaknya.. aduhai.
Ini punca utama mengapa para para penginokulasian tak gemar menjalankan inokulan sekiranya pemilik pokok tiada menyediakan duit tunai. Jangan salahkan pihak pengiat gaharu, semuanya bermula dari pemilik pokok, kerana kami terpaksa menanggung kos yang tinggi setiap kali inokulan dijalankan.. sekiranya anda mengata kos inokulan mahal, ok, memang betul, mahal. Tapi cuba bandingkan berapa 1kg gubal gaharu yang anda akan jual antara kos inokulan, jauh berbezanya kan..?

“ Kan .. bos cipta sendiri vaksin, boleh harga murah..” kata seseorang. “ Nie hakcipta .. anda tentu arif kan.?. tentang hakcipta. Kalau dipanggil hakcipta adalah terperlihara, menghasilkan nya bukan perkara mudah, bukan ilmu nya dapat dalam masa 1 hari, berbelasan tahun menjalankan kajian.. kalau hak anda.. tentu tidak seperti saya, hehehehehe.. agaknya lebih mahal dari kos yang saya cajkan.

Yang gemar saya berurusan, bila pemilik pokok berterus terang .. “ saya mempunyai pokok, cara bagaimana untuk jimatkan kos inokulan, nak rawat semua memang saya tak mampu ..” Ini urusan paling senang, bebanan di kongsi sama, pemilik mengeluarkan kos tunai 50% dan 50% saya tanggung, manakala hasil tuaian di kongsi sama banyak. Saya tak sakit kepala memikirkan nak cekup kat mana kos pengurusan semasa inokulan walaupun kos ganti stok vaksin tetap kena diganti.
Seperti pernah saya catatkan di blog ini, mahu jadi jutawan, wajip keluarkan modal, kalau 100% modal orang lain keluarkan, jangan dok pasang angan angan, walaupun pokok tumbuh ditanah sendiri, kalau orang ingat janji, sehabis banyak orang bagi RM10k – RM20k jer, terima jer lah kan.. pemodal akan kira setiap segi. Duit modal diam, selama 2 – 3 tahun baru dapat pulangan modal, yang pemilik, pakai modal ker, itu nasib pokok tumbuh sendiri ditanahnya, dia jaga ker pokok tu.. tak.nya.. pokok subur sendiri tanpa jagaan.

Ini reality, inilah yang akan terjadi, sekiranya anda ada pokok, sekiranya anda angan angan mahu kekayaan milik anda, siapkan modal 50%, kalau dapat sediakan 100% lagi bagus. Kalau tak nak, cari rakan tambah modal 50% lagi terbaik, tak melibatkan pihak kami. Kalau tak mahu khidmat kami pun tiada masalah, apa yang di catatan ini, cuma penjelasan, penerangan dan asas, sekiranya anda mempunyai cita cita mahukan kemewahan dari hasil jualan gubal gaharu dari pokok anda sendiri.

Vaksin ciptaan kami, tidak di jual secara runcit atau borong, ianya dijual bersama khidmat inokulan  yang dijalankan oleh staf staf kami. Kami tidak melantik sesesiapa, di mana mana negeri sebagai wakil kami. Sekiranya anda bersua yang mengaku wakil kami, kami tiada bertanggungjawab sekiranya anda melakukan urusan, harap maklum. Anda selamat sekira berhubung terus dengan pihak kami melalui e-mail dan mesej di facebook. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan