Isnin, 1 April 2013

HOBI atau Bisnes.GAHARU ?



Bercakap tentang gaharu .. pussss.. bukan main semangat, yang bermain di fikiran serta berbual bual .. kaya, kaya, kaya last last jadi jutawan .. heheehe .. last last naik kurap, kaya dengan tergaru garu. Bila orang cakap rawat, kita pun bukan main riak nak rawat juga.. Diam diam orang dah puluhan pokok di rawat , yang kita pula, dok jaja kehulu kehilir ada pokok besar akan dirawat.


Dari hari ke hari dah makan masa bertahun tahun, tak di rawat juga, alasannya, “ tak yakin lah, inokulan nie boleh menghasilkan gaharu..” Yang bersemangat dulu dulu tu, kenapa..?. Apa salahnya kita mengaku terang terang.. “ duit tak ada..” yang jadi masalahnya, tak mahu mengaku , sebetulnya kita tak berduit, makan minum pun , kais pagi makan pagi. Tu yang silapnya kita ada sifat ego, bodoh sombong, kalau mengaku, mana tahu kot kot orang dapat membantu.


“ Kan bagi pokok, hasilnya, dikaut orang, kita satu sen pun tak dapat.. lagi rugi..” kita tak berduit, tapi ada pokok besar .. pastu camano cerita.. Nak tunggu biar gubal terjadi semulajadi .. Itu bukan usaha namanya, nak dapatkkan sesuatu mesti ada usaha, nak makan, tangan kena angkat untuk suapkan ke mulut, bergitu jugalah kalau bercita cita nak menjadi kaya raya, sudah tentu akan melibatkan modal sebagai usaha awal, tapi, jika ada modal tiada ilmu pengelaman yang cukup, usaha kita tiada akan berjaya.


Kalau setakat hobi, mahu menjadi pengiat gaharu, baik tak payah, kalau tak percaya kata kata saya.. bersiap sedia alami sendiri.. periuk, belanga akan berterbangan nanti, isteri akan mengamok dengan hobi pelik kita. Kalau minat nak menjadi pengiat gaharu, kumpul duit banyak banyak, untuk kos belajar, kos beli peralatan , vaksin , kos beli pokok, kos pengurusan ,  kos sara hidup dan akhirnya, kos pembelanjaan bodek hati isteri tercinta.. hehehehe. Jika semua kos ini cukup, hati kita aman damai sebagai pengiat gaharu.


Anda tentu tahu, bila melibatkan diri di industri ini, dari belian anak beneh hinggalah kos Inokulan, tiada lagi main ratus ratus RM, orang tak pandang sejumlah itu, setiap kali jalankan satu project inokulan wajip sediakan RM10K, jika ada sejumlah ini, barulah pokok gaharu anda akan dirawat. Dari pengelaman kami sebagai penginokulasian sejumlah ini pun, masih lagi kecil jika dibandingkan kos pengurusan semasa inokulan di jalankan. Kalau khidmat kami di perlukan dari luar Kelantan, kami tak boleh memberi kata putus, sanggup atau tidak, kerana kos pengurusan terlalu besar.


Saya bagi contoh, kita beli anak beneh 1000 pokok, tanam diatas tanah sendiri, keluasan 1 ekar, kos terpaksa ditanggung, bersih tapak tanaman, baja, kos upah menanam, dah terbang belasan ribu RM . Sudah tentu tiada masuk akal bila kita bagitahu isteri, hasilnya sejuta akan diperolehi 8 hingga 10 tahun akan datang, perkara ini bukan rekaan saya, inilah yang sering saya dengari dari pengusaha yang baru menceburi bidang ini.


Jika orang paling hampir dengan kita meragui usaha kita, semakin hilang kenyakinan, semangat dan lama kelamaan lenyap segala impian kita yang mahu merubah taraf kerhidupan keluarga 8 hingga 10 tahun akan datang. Maka pokok pokok gaharu yang ditaman akan terbiar, ini lah punca utama mengapa pengusaha tiada pedulikan pokok pokok gaharu yang telah ditanam. Dan ada satu factor lagi, menyebabkan perkara yang sama terjadi, meniru, orang tanam, kita pun tanam sebagai menenuhi masa lapang sebagai hobi menanam.


Jika kita menganggap, tanam gaharu satu perniagaan jangka sederhana, bagi saya satu rancangan yang terbaik. Kita mempunyai planning, punyai tangged sebagai peniaga, kita ada rekod pengurusan ladang, walaupun cuma 1000 pokok kita tanam, walaupun hanya 1000 pokok, jika dikira selama 4 tahun penjagaan separuh masa menjagainya, tetap satu kerjaya. Bergitu juga kita inokulan hanya 2 pokok, itu adalah satu pelaburan, wajip di urus secara betul.


Adakah anda tak sayang duit..? Walaupun duit bertambun, keluar masuk mesti ada kiraan, silap langkah kita kecundang. Jatuh tersungkur dibidang ini, jarang jarang mampu bangun berdiri, kecuali, kita mempunyai dana yang banyak, hanya sejumlah kecil di peruntukkan pelaburan inokulan. Jika kita menganggap ini satu bisness, sudah menjadi satu sifat semulajadi, jatuh bangun didalam perniagaan.


Saya sebenarnya tiada gemar mengheboh heboh benda yang belum pasti akan terjadi di masa hadapan, jika di ceritakan, mungkin ada yang berkata, “ kat kertas boleh lah, kejap jer dah tahu penyata untung rugi “. Memang betul apa yang dikatakan. Anda tentu dapat menilainya, antara bisness dan hobi, bisness bukan kerjaya yang cuma main main dan manakala hobi pula dilakukan secara suka suka untuk mengisi masa lapang.


Yang jadi broker gaharu, boleh dianggap hobi, tak pakai duit banyak, bawa buyer jumpa owner, selesai kerja, bila buyer beli, dapat untung bersih. Yang kami ini , jauh api dari panggang dengan si broker. Inokulan pokok gaharu, pakai modal sendiri, shared inokulan dengan para para pemodal, kalau nak di kira wang masuk lebih kecil dari wang keluar, kadangkala poket kering kontang, upah inokulan dilambat lambat pembayaran. hehehehehe.. ini hobi ker..? 

Anda kami dengan anda, tetap sama, disegi terpaksa tanggung kos inokulasian, contohnya anda inokulan sebatang, kos inokulan anda bayar RM1,000.00, bergitu juga setiap kali kami inokulasian pokok hak milik sendiri, sejumlah yang sama RM1,000.00 juga akan kami keluarkan. “ mengapa pulak.. kan inokulan sendiri ..?”.


Dalam bisness tiada sifat berkecuali, hak sendiri ker, kos tetap kena bayar, termasuk harga vaksin, upah inokulan dan kos pengurusan seharian semasa menjalankan inokulasian akan di jelaskan secara tunai. Kalau hak sendiri main free, tak sampai sebulan, Gold-Forest R&D Gaharu, gulong tikar. Kami tiada akan berurusan dengan sesesiapa pun sekiranya, mereka tiada mampu menyediakan pembayaran tunai setiap kali mendapat khidmat kami. Baik bergaduh dahulu dari bergaduh di kamudian hari. Itu lah cara bisness kami, bukan nya hobi. TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan