Ahad, 27 April 2014

Gaharu.. Road to Agarwood.



Sesekali keluar kandang sambil hilangkan stress, ambil kesempatan kunjungi rakan rakan pengiat Gaharu lama, luangkan masa jelajahi beberapa lokasi luar Negeri, dimana bakal pengusaha dan pengusaha sentiasa menanti untuk bersembang sembang tentang Gaharu. Niatnya utamanya sambil berehat dan hilangkan stress, tetapi sebaliknya bertambah stress, kepenatan dan sudah tentu kos penjalanan lari dari bajet .. kikikiki.. tetapi, tiada di sangka sangka mendapat pulangan lebih dari berbaloi baloi walaupun berbentuk Ilmuan.


Road to Agarwood trip pertama telah di jadual tiada melebehi 4 hari, jika lebih dari masa yang dtetapkan, bajet lari .. tetapi, belum apa apa kos dah lari, walau macam mana sekali pun jelajah mesti di teruskan, undangan mesti di hadiri walaupun masa terhad cuma 1 jam. Kadang kadang terfikir juga, mengapa menyusahkan diri sendiri, penatkan badan, habiskan duit,  luangkan masa semata mata memenuhi hajat seseorang, untuk lancarkan urusan orang lain .. kikikikiki .. Kan kita nie baik hati. Tetapi bila memikir berkali kali, lebih baik kita membantu bagi khidmat nasihat kepada yang perlu, tanpa ada niat mendapat apa apa bayaran, mesti berniat ikhlas.


Rezeki ada di mana mana , bila kita berusaha pelbagai bagai bentuk rezeki datang, tak mengira kecil atau pun besar. Sekiranya hati kita kedekut, tiada berbaloi rezeki yang Allah anugerahkan dan ilmu juga adalah rezeki kekal yang Allah berikan sebagai menguji hambanya pemurah atau tidak. Duit senang jer di perolehi dan senang jer di habiskan tetapi ilmu kalau tiada usaha mendapatkannya, ianya tiada datang bergitu sahaja. Tetapi dengan duit juga lah titian di gunakan mendapat ilmu, bila di fikirkan sebaik baik nya duit dan ilmu sama sama memerlukan.


Sesiapa pun tiada terlepas memikirkan bagaimana mahu mendapatkan duit, sikap tamak kita tiada pernah padam walaupun sejumlah besar duit telah kita perolehi. Bergitu lah sifat semulajadi kita, hari ini dapat RM50.00 esoknya fikiran kita akan berfikir bagaimana caranya mahu dapatkan jumlah yang lebih berganda. Kerana duit jugalah, segala planning kita akan berjalan lancar dan kerana duit lah juga kita mudah lupa siapakah diri kita. Saya tiada mengata anda, itu sifat semulajadi diri saya, sebelum menceburi bidang ini.


Walaupun trip Road to Agarwood amat memenatkan tetapi boleh di anggap pengelaman berbaloi baloi dari  2 hala perjalanan berbeza lokasi. Sifat semulajadi saya tiada gemar  melawati ladang ladang yang telah di inokulasi, jika bukan di inokulasi oleh saya, memang tiada niat mahu mengambil tahu atau memberikan komen apa apa tentang teknik teknik inokulasi pengiat lain, berjaya atau tidak.. kita peduli wat per, bukan dapat duit pun .. kikikiki.. Tetapi, sebagai memenuhi undangan para pengusaha, sekurang kurang sedikit sebanyak dapat juga ilmu serta pengelaman sambil belajar dari kesilapan mengapa teknik inokulasi kebanyakkan penghasilan gubal keputusan gagal.


Trip pertama saya menghala ke sebuah Negeri menjejak pokok gaharu di inokulasi 2 hingga 3 tahun lepas dengan 2 teknik. Saya menjejak teknik lama, kedua dua teknik inokulasi bergini pernah saya lakukan menemui kegagalan. Teknik inokulasi dahulu tiada jauh pembezaan daripada teknik di gunapakai sekarang ini, terbukti teknik teknik ini mampu membuatkan pokok gaharu di inokulasi menjadi stress, vaksin yang di gunakan juga mampu membuat pokok allergic, tetapi adakala terlampau stress dan adakala terlampau allergic, tiada pembentukkan jalinan resin. Maaf , saya bukan mahu perkecilkan atau memandang rendah para penginokulasian terdahulu, ini semua cuma pendapat saya, adakalanya, pokok yang sakit dan mati tiada menghasilkan gubal, adakala pokok yang subur ditemui menghasilkan gubal.


Kedua dua teknik  di temui di kedua buah Negeri ini , semuanya teknik lama, boleh dikatakan teknik inokulasi yang tiada di gunapakai sekarang ini. Salah satu teknik di ciplak 100% dari Negara jiran, kerana teknik ini di perkenalan ketika Kerajaan Negeri Kelantan mempromosikan Kelantan Keridor Depu. Saya pernah gunapakai teknik ini sebagai kajian, kerana ketika itu saya lebih giat mendengar dan mencuba. Sekurang kurangnya dengannya ada teknik teknik inokulasi lama, kita boleh membuat kajian kembali. Dan akan timbullah pelbagai bagai persoalan , kenapa, mengapa dan di mana silapnya inokulasi dahulu tiada mampu pokok gaharu menghasilkan Gaharu, adakah silap Inokulasi, pokok di inokulasi terlampau stress, pokok terlampau allergic atau 100% di sebabkan tiada keserasian vaksin..? 


Ketika dalam perjalanan, terlintas di fikiran betul lah seperti saya catatkan di blog saya ini, saya telah temui ratusan ribu pokok Gaharu telah di tanam di seluruh Negeri Negara kita, yang berusia dari 3 bulan hingga 8 tahun. Ada setengahnya di inokulasi dan setengah di biarkan bergitu sahaja, permasalahan yang sama di dengari, kerana tiada mampu mengeluarkan kos inokulasi dan sebilangan besar para pengusaha kurang yakin vaksin yang ditawarkan oleh pengedar vaksin serta bamboo stick ,  mampu menghasilkan Gaharu. Ada pula setengah pengusaha awalnya berani mengeluarkan kos inokulasi puluhan ribu , sudah hilang kenyakinan diri setelah pokok gaharu yang telah di inokulasi ratusan pokok , tiada terhasil gaharu.


Soal kegagalan inokulasi pokok Gaharu ini, bukan sahaja berlaku di Negara kita, di Vietnam, di Myanmar, India serta Negara Negara di seluruh Asia Tengara , para penginokulasian menghadapi masalah yang sama, kegagalan tiada berkecuali berlaku di Negara Thailand, yang mana penginokulasiannya  di agong agongkan oleh pengiat pengiat gaharu tegal di Negara kita. Cuma kegagalan di sengaja disembunyikan kerana bila memulakan ceburi diri didalam bidang ini, kita tiada boleh berhenti bergitu sahaja, kerana kos telah di keluarkan bergitu besar, kajian, ujian terpaksa di teruskan sehingga capai kejayaan.


Jika anda tiada mempunyai sifat kuat semangat .. Saya nasihatkan anda, jangan sesekali hampiri atau berjinak jinak di bidang industri Gaharu Teknologi, jika anda teruskan juga.. kikikiki.. Wang anda akan mengalir seperti air , jangan harap 100% anda dapat pulangan seperti di drafkan di atas kertas A4.( Kikikikiki…Saya memang gemar patahkan semangat orang, kalau boleh biarlah saya seorang jer usahakan gaharu ). Walau apa apa pun, anda telah berusaha, berikhtiar serta bertawalkal, tiada berjaya hari ini, bukan bererti tiada berjaya selama lamanya, jika khidmat nasihat kami di perlukan, Insyaallah, sedaya upaya kami akan membantu para para pengusaha baru. Thanks You All.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan