Jumaat, 29 November 2013

GAHARU .. Bicara Gaharu.



Musim banjir mula melanda, seram sejuk terasa, mandi pun mengigil gigil, air dah mula melimpah sana sini. Semua program Gold-Forest R&D Gaharu tertunda seketika, pembersihan ladang, pembajaan, chekking pokok gaharu liar dan penginokulasian , Kebiasaanya banjir melanda tak lama, tetapi ,terpaksa menanti kembali cuaca panas. Boring juga, tiada apa apa program di jalankan, tak kan nak makan tidur jer, merimaskan kalau badan tiada keluarkan peluh. Sekurang kurangnya ada masa luang ketuk keyboard, siapkan awal cacatan blog dan boleh edit dengan teliti sikit sebelum di terbikkan.


Setiap kali saya terbikkan cacatan terbaru, saya cuba sedaya upaya menyelipkan catatan berbentuk ilmiah, motivasi ketahanan mental, fizikal, rohani, dedahan serba sikit cubit memcubit senda gurau dan bagaimana mengutuhkan lagi azam serta semangat juang kita bagi menghadapi cabaran demi cabaran hari ke hari, langkah demi langkah tujuan membina kerjaya , agar cita cita, impian kita tercapai, terlaksana dengan jaya nya. Bermula hanya sebagai pengusaha ladang Gaharu kecil kecilan, hingga mampu kita jayakan sebagai satu kerjaya, satu biznes peribadi atau biznes keluarga dan hanya bermula satu impian hingga terbukti Gaharu mampu menjadikan kita bergelar Usahawan JUTAWAN Gaharu Teknologi.


Kalau nak berceramah tentang Gaharu, Saya pun boleh, setakat bagi ceramah paling senang , kacang jer.. kikikikiki.. cakap jer, ianya adalah dari kayu, gubal, resin dan damar, boleh di proseskan menjadi minyak, daun boleh di jadikan tea .. itu ini, bergitu bergini , tamat berceramah, sekian terima kasih. Kalau lah cara ini kita sebagai pengiat Gaharu Teknologi berceramah, bagi pendapat saya, tiada kemana mana nya, tagged, planning kita, mahu kembangkan lagi industri ini, pasti tiada kecapaian segala tujuan. Ini lah punca utama, mengapa industri ini agak menyepi, kurang dedahan , agak perlahan perkembangan yang menyeluruh dan hala tuju entah ke arah mana, ada segolongan kecil para para pengusaha dan segolongan pengiat cuma mementingkan wang masuk, mementingkan diri sendiri dan sembunyikan fakta.. kikikiki.. Sorry big boss.. palu sikit.


Keluhan demi keluhan selalu di dengari, pokok Gaharu berselerak tumbuh liar serta di tanam tak henti henti tetapi tiada mengetahui hasil nya nanti akan di pasarkan kemana. Jangan lah jadi seperti tanam pokok se tan, akasia, teja serta pelbagai bagai sepsis pokok lain, tanam, ikutan orang lain lakukan, last last nya, di tebang di musnahkan tanpa mendapatkan hasil.. kikikiki.. impian hanya angan angan, lebih baik tanam jer, pokok buah buahan, kalau harganya buahan murah, sekurang kurangnya, kita tak payah beli, boleh bagi sedekah dan binatang binatang tak kelaparan, dapat makan hasil daripada pokok buahan yang kita tanam. Mentang mentang lah pertanian satu ibadah, yang kau tanam dan kau tebang, musnahkan .. itu satu ibadah ker..?


Anda betul betul berminat ada tanah terbiar, tetapi berkongsi nama sekeluarga , anda ajukan pendapat agar tanah tersebut di bersihkan dan di tanam dengan pokok Gaharu , berapa orang yang sepakat bersetuju cadangan anda.. mampu kah anda buktikan pada mereka , hasil tuaian Gaharu nanti jadi  JUTAWAN ?. Yang anda beria ria sangat nak tanam Gaharu tu, harus memberitahu keterangan lebih jelas secara detail. Kalau lah penerangan yang anda bagitahu, di dengar dari mulut mulut, baik tak payah bagitahu kat mereka, jenuh lah anda akan menjawabnya. Tetapi bila anda bagitahu, anda mahu majukan tanah tersebut, kos modal, dari pembersihan, membina pagar, pembelian anak beneh, kos baja , hasil jualan nanti akan di agihkan sama rata  dan semua kos modal anda tanggung 100% , mereka akan bertanya anda satu soalan ..” bila nak mulai project tu..” . kikikiki.


Jangan menjadi ikut ikutan, orang tanam kita pun ikut menanam, sebaik baiknya, bertanya, timba ilmu dan belajar dari yang telah berjaya. Jika ada kemampuan sertai bengkel bengkel gaharu, walaupun hanya teori di ajar dapat juga ilmu membolehkan kita meneruskan apa yang kita hajati. Jika anda terlewat memulainya, ada 2 kemungkinan, bekalan akan melambak di pasaran dan anda mungkin berpeluang menikmati kos inokulasi termurah. 2 kemungkinan lagi, anda terlewat menikmati kemewahan dan anda mempunyai saingan terbesar dari pengusaha yang mempunyai ladang Gaharu beratusan ekar, seperti group yang seangkatan seperti kami.. kikikikiki,.. Maaf ini cuma ramalan gurau saya.


Saya tabik spring pada semua pengiat Gaharu Teknologi era baru utamanya pengusaha di Negara kita, anda semua sudah terlalu jauh mencipta nama di insdustri ini, syabas untuk semua, semangat juang anda semua bergitu sukar untuk di tandingi. Lambakkan product dari bahan berasaskan Gaharu kian bertambah di pasaran, di pasarkan dengan pelbagai jenama dan harga tak lah mahal sangat, kikikiki.. mampu di beli, tak mampu, boleh bayar ansuran. Tetapi , ada juga yang menggunakan bahan proses di import dari Negara jiran, di packing, pasarkan dan di lebelkan hak cipta syarikat sendiri, tu, tak kisah kan..? janji ianya urusniaga secara sihat, seboleh bolehnya bermula lah dengan product terhasil dari kilang sendiri, lagi terbaik, kerana kita yakin product kita hasilkan, selamat di gunakan tanpa mengandungi bahan bahan terlarang dan sudah pasti halal.


Bila bermula bicara tentang Gaharu, satu bidang kerjaya tersangat luas sebagai usahawan, bukan hanya sekadar tanam, penginokulasi dan jualan gubal. Terlalu banyak bahan boleh di hasilkan daripada sebatang pokok Gaharu, mungkin anda cuma terfikir hanya pengunaan gubal, untuk di bakar kerana bauannya. Daun nya boleh di jadikan tea dan batangnya boleh proses mengeluarkan minyak untuk di jadikan air wangi. Tapi, anda tiada terfikir, kosmetik, bedak, bahan kecantikan, bahan medical, makanan, minuman dan pelbagai bagai boleh di hasilkan.


Bila bicara tentang Gaharu, terlalu banyak andaian di dengari, cerita dari angan angan terlintas di fikiran dan belum apa apa dah bermula perasaan tamak di hati nya  datang dengan sendiri. “ Bila jual gubal nanti, nak itu nak ini, repair rumah, perbesarkan rumah, bina garaj besar, beli kereta mewah 10 siri dua tiga biji, beli tanah beratusan ekar, kikiiki.. bina banglo berpuluhan tingkat..” Suara hati seorang bakal usahawan Gaharu ketika sembang bicara tentang Gaharu, itu lah orang kita, angan angan melebihi usaha. TQ.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan