“ Hai .. Gold-Forest R&D
Gaharu , kata Usahawan gaharu, Pasar minyak gaharu, jual Gubal, Edar Anak
beneh, Kontraktor Ladang gaharu, Urus Ladang gaharu, Khidmat Inokulan, Cipta
Vaksin , Tak kan ladang gaharu tak ada..” Sindir para pengusaha seangkatan. “ Hehehehehe .. Ladang tu ada
, tetapi di tanam secara usahasama di tapak kerpunyaan orang lain , ketika itu,
ada sebabnya, kerana masalah tanah, tak
dapat di usahakan lagi .. pokok pokok getah masih di toreh.. dah sampai masanya
apa yang planningkan sebelum ini.. pokok pokok getah dah di tebang dan project
tanam di tanah hak milik sendiri akan bermula..”
Bulan may dah tamat, keadaan
cuaca dah mula berubah , cuaca panas dah beransur bertukar dengan tiupan angin
lembab. Setiap petang angin kencang membawa daki daki berawan mengandungi
hujan. Walaupun hujan hanya sekejap tetapi lebat. Keadaan permukaan bumi menjadi lembab, baja
organic mula meresap ke bumi , menunjukan musin hujan dah bermula ,bergitu juga
musin penanaman pokok gaharu dah hampir.
Tapak project tanam gaharu hak
gold-forest R&D Gaharu , Fasa 1 pembersihan, memasang pagar telah siap.
Cuma menanti saat ketika, cuaca lembab dan musin hujan, Tanah cuma di bersih
tanpa mengubah sector tanah asal yang mengandungi baja organic . Keluasannya cuma
4 ekar, planning di tanam dengan pelbagai sepsis gaharu iaitu, A.Malaccensis Lamk, A.Hirta, Sub-Intergra,
Crassna dan Agalocha Roxb, proses penamanan akan di mulakan pada penghujung
bulan Jun.
Pemilihan size anak beneh dari
kertinggian 2 ½ kaki hingga 3 kaki, jarak penanaman 8 x 8 kaki, teknik tanaman
1 lubang 2 pokok dengan anggaran muatan perata 4,000 pokok. Tapak penanaman
ini, mempunyai mukabentuk bumi yang landai serta berlegun legun , lokasi
berhampiran sungai dan hutan simpan kekal, tapak asal ini telah ditumbuhi pokok
gaharu sepsis Malaccensis Lamk, tanah yang berhampiran masih terdapat pokok
gaharu liar ini.
Penanaman kali ini di khusus
untuk kajian kami, bagaimana caranya mahu menjimatkan kos , kos anak beneh
tiada berubah, di tumpukan kos pengurusan ladang , penjagaan, pembajaan serta
bagaimana mencepatkan tumbesaran 2 spesis iaitu Malaccensis Lamk , Hirta dan
tempoh 3 – 4 tahun akan datang terhasil kah sepsis klon terbaru dari hasil
debungaan semua sepsis…? jika ianya berjaya
,satu atau lebih klon baru terhasil dari kajian di ladang kami ini.
Dalam planning kami, kergunaan
baja organic 100%, baja baja berasas kimia bukan pilihan untuk pembajaan 3 kali
setahun, bergitu jugalah pembersihan serentak dengan pembajaan. Racun rumput
rumpai tetap di gunakan tetapi jarak disemburkan antara pangkal anak pokok 1
kaki, untuk mengelak tanah yang sembur racun ini terlalu gembul , racun juga
akan mengakibatkan akar akar anak pokok gaharu mati. Apabila usia pokok gaharu
berusia 2 tahun, pokok ini akan tumbang, kerana kesan racun pada tanah yang
disembur, tanah ini berkeadaan telalu gembul, bukan dari keadaan semulajadi ,iaitu
di gembulkan oleh cacing tanah.
Kergunaan baja organic banyak
factor yang kami kira , baja ini bertahan lama mampu pembiakan cacing tanah
bagi tujuan mengembulkan tanah, jika dibandingkan antara baja kimia yang
bersifat sementara ( tiada bertahan lama ) baja ini lebih terbaik, kos murah
dan senang didapati. Ianya mudah didapati , dari buangan najis kambing, ayam
serta pelbagai jenis binatang peliharaan dan boleh dibeli dengan harga yang
murah.
Walaupun pun ada yang mengatakan
baja kimia boleh digunakan , memang betul, boleh digunakan .. tetapi kita
renung apa yang telah terjadi sekarang ini . Dulu semasa kecil, saya masih lagi
ingat , orang tua membaja padi di bendang , mengunakan najis kelawar. Dibendang
, di sungai dan di lubuk lubuk, ikan air tawar bukan main banyaknya, pelbagai sepsis. Setelah baja kimia di gunakan , nak
dapat seekor ikan pun sukar ,adakala dapat, tapi di jangkitan kuman, berkudis,
ini lah kesannya, jika baja kimia dan
racun rumpai terus di gunakan , kepupusan semua sepsis ikan air tawar akan
berlaku. Bahan bahan dari pada pokok gaharu itu , kita nak pakai, nak minum, wat mandi , kalau
dah semua beracun , sapa yang nak beli..?
Anak pokok gaharu baru ditanam,
kerbiasaannya akan mengeluarkan akar baru usia 2- 3 bulan akan datang. Oleh itu
kami tetap mengunakan baja asas organic yang di masukkan dalam setiap lubang.
Taburan baja permulaan akan di lakukan
setelah anak pokok berusia 6 bulan
serta perbersihan akar akar liar membelit anak pokok bagi mengelak anak
pokok ini terancat tumbesarannya. Sebelum memulakan penanaman, racun anai anai
di tabur, ianya dapat mengelak anai anai membiak. Anai anai adalah musuh utama
pokok gaharu, ianya pemakan akar akar , boleh mengakibatkan pokok ini mati.
Pada bulan july – January , musin
cuaca lembab bermula, kadang kadang angin bertiup kencang, bagi mengelak pokok
baru di tanam nie rebah, kayu penyokong
( pancang ) di perlukan dengan tujuan lain untuk membantu pokok ini
tumbuh menegak. Kerbiasaannya buluh yang
dibelah lebih baik di jadikan pancang, lagi senang didapati.
Jarak penanaman pokok ini,
pelbagai jarak yang dilakukan oleh pengusaha, ada yang tanam 4x4x6 , ada pula
tanam 5x5x7 dan yang suka 8x8x8 dan ada juga yang menanam keadah ikut suka , Saya
syorkan tanam secara teratur, Nampak kemas dan cantik mata memandang , iaitu 8x8x8 , kalau mahu muatan banyak, tanam
1 lubang 2 pokok, jika tanah 1 ekar , dah boleh ditanam sejumlah 1,200 pokok,
jika dibanding keadah biasa 1 ekar 800 pokok 1 ekar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan