Jarang jarang ada masa
luang untuk melawati laman blog dan website GAHARU usahawan gaharu
tersohor, yang telah mecipta nama di persada kergaharuan. Masa tiada memihak
kepada saya untuk menziarahi, berbual bual tentang perkembangan gaharu di
Malaysia serta di Negara Negara lain, am nya di Asia tenggara. Yang sering
bermain-main difikiran saya, satu perkara, tentu ada yang tiada menyukai cara
saya terlampau mendedahkan, membongkar dan memhentam sebilangan pengiat gaharu
yang mengamalkan tektik kotor untuk kerpentingan diri.
Sebagai Blogger, usahawan,
penginokulasi, pecipta Vaksin, pengedar beneh, kontraktor, pengurusan
perladangan gaharu, bergerak secara solo serta mengamalkan R&D gaharu di
utamakan, mungkin di sini puncanya, cara saya tiada di sukai. R&D kami
secara bebas, tanpa ada ikatan, tiada siapa yang dapat mengarah, kami tetap dengan
prinsip kami, kami akan terus bersama-sama peminat, pengusaha baru, yang mahu
ceburi bidang ini, kerana kami juga
termasuk di kelompok ini, sama seperti mereka, sentiasa mencari, menimba ilmu
kergaharuan.
“ Hallooo.. Halooo..
kurang jelas lah..oh oh .. line tak clear lah .. boleh hubungi saya balik ..
ker ..? padahal suaranya sebiji biji di
dengari, buat buat ker ..kot kot bil telefon melabung, kata hati saya, entah siapa
nie, diri tak kenalkan diri, sahkan nak bagi salam, tak payah dilayan . Bukan
niat nak mengata si anu nie kurang ajar, tapi sifat egoan nya membuat saya
tiada berminat nak hubungi kembali.
Bermula pada 3/2/2011
blog Gold-Forest.blpgspot.com di terbitkan dan tersiar di internet dengan enjin
pencarian google dan tumpang promosi di
facebook,. Cuma berusia baru 14 bulan di tontoni oleh para para peminat gaharu
di seluruh dunia, dengan sejarah paparan sepanjang masa 7,069, satu percapaian boleh dikatakan terbaik.
Paparan di dahulu Malaysia 4,716, disusuri Negara Amerika Syarikat, Brunei,
Indonesia, Singapore, India, Jerman, Russia dan Vietnam.
Beribu-ribu imej-imej
sebagai koleksi, berkotak-kotak draf dikajian tersimpan dari awal perlibatan
dibidang ini pada tahun 1998 hingga
2012., ianya merupakan khazanah tiada ternilai harganya. Itulah puncanya sering
di hubungi oleh blogger-blogger serta para para peminat gaharu yang ingin
hasilkan laman-laman website mereka, untuk mendapatkan imej-imej serta maklumat
, jalan pintas bagi mereka untuk
menyiapkan project urusniaga secara tanpa ada bersusah payah.
Blogger gaharu yang
bergiat aktif sebagai usahawan lebih berkualiti, pengetahuan luas, mengalami
sendiri dan pernah merasai kersukaran bagaimana mahu mecipta nama di bidang
ini, banyak perbezaannya daripada blogger gaharu yang menciplak, artikel,
imej-imej serta catatan dari fikiran atas dasar logic sendiri, kadang tu pokok
gaharu, gubal tak pernah lihat , tak mengetahui apa dia resin dan cuma tahu
dari pembacaan serta percakapan yang didengari dari pengiat gaharu.
Ada seseorang, baru
mahu berjinak menjadi blogger gaharu dan nak bina lama website, menziarah saya,
3 jam lamnya dok tanya itu ini, pegang letak pegang letak contoh-contoh gubal
dari hasil inokulan, tiap sudut imej di ambil. Semasa mahu pulang .. “ Abg
pokok apa , Abg tanam sekeliling rumah nie, cantik lah..” Tanya nya. “
hehehehehehe .. Masyaallah.. tak kenal pokok tu .. itu lah kalau nak kenal . pokok spesis gaharu..” jawab saya sambil dok
tergelak. Setelah dia pulang, sampai sekarang nie, tak pernah hubungi saya.
Ada dikalangan pengiat
gaharu nie, murah hati serba sikit ilmu gaharu di salurkan tanpa diminta,
siapa-siapa yang berminat, belanjakan tea secawan, rokok sebatang, A-Z di
diberikannya. Tetapi betul atau tidak apa yang di bagitahu tu, hehehehehe ..
kena lakukan kajian sendiri. Bagi saaya , kalau terlampau mudah sangat
seseorang tu bagi ilmu, mesti ada yang tak kena, saya bukan syak yang bukan-bukan,
kerbiasaannya bergitulah.
Pengiat (hunter) gaharu
, yang tersohor dulu-dulu, bukan kerjanya menghasilkan gaharu secara teknologi,
hasil nya di perolehi dari gaharu hutan, iaitu mencuri khazanah Negara, satu
kerja yang boleh dianggap tiada cabaran, jika dibandingkan antara pengiat
gaharu teknologi sekarang ini. Siap bekalan untuk beberapa hari untuk masuk
hutan simpan, bye bye isteri dan anak, bermula pemburuan mereka, jumpa pokok
tebang, tiada gubal, tinggal, pokok lain pula ditebang, bergitulah seterusnya.
Apabila muncul era
pengiat gaharu teknologi, awal mereka, mengatakan semua itu tiada
berhasil, mana boleh jadi, cucuk masuk ubat. Tetapi last-last pengiat gaharu
semulajadi bergabung bersama pengiat gaharu teknologi, yang terjadi selepas
itu, kerbanyakan pokok-pokok yang mereka pakat-pakat rawat patah dua, mati,
serekah seluruh dahan, akibat kesilapan vaksin yang dibeli tanpa di siasat,
keputusannya, kedua pihak masing-masing saling tuduh menuduh.
2005 - 2007 tahun
tersungkur lingkup kedua pengiat ini, termasuklah diri saya juga, tetapi tak
sampai puluhan ribu hangus. Tak tahu dimana silapnya, teknik inokulan atau
adakah vaksin yang dibeli bukan yang asli, yang mengandungi 60% bahan bahan beracun. Nak di jual sebatang
pada harga murah-murah, tiada yang sanggup nak beli, lebih lagi nak diproses
minyak, lagi lah membahaya, last-last dibiar reput, sekali sekala pergi lawat,
boleh juga gosok-gosok. Hehehehe.
Yang untung blogger dan
pemilik laman website gaharu, dapat ilmu, dapat berita dari kergagalan
kedua-dua pengiat gaharu ini. Berita kergagalan gaharu teknologi heboh, gaharu
tiada mampu dihasilkan secara ini, Ini puncanya utama mengapa masyarakat
memandang sepi pada industry ini, bukan mengkaji mengapa, sebab apa, kergunaan
vaksin berracun tak boleh elak ker, untuk hasilkan vaksin. Biar ada fikiran
terbuka, si blogger dan sipemilik website kan golongan bijak, segala hujah,
ideal mereka semuanya terbaik.. apa salah bagi pendapat, bagi ideal dan
salurkan maklumat agar industry ini Berjaya. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan