“
Kaya nya Negara Malaysia” itu lah kata para para pendatang
asing, mula mula menjejak kaki di bumi bertuah ini. “ di Kelantan kan, banyak terdapat pokok karas, woi ..Kaya nya orang Kelantan..”
kata salah seorang kenalan dari seberang, padahal dia datang kesini hanya
sebagai pekerja kilang, tak pernah masuk hutan kat Kelantan, bukan pula sebagai
hunter gaharu. Yang naik hairannya penduduk tempatan pula tiada peduli pada
pokok ini, mereka menebang sesuka hati di
sebabkan terlampau kaya agaknya.
Tahun 1992 hingga 1998
saya sering menjelajah seluruh hutan belantara, setiap inci bukit berdekatan
saya jejaki, sampaikan dimana lokasi pokok gaharu big size dapat diingati.
Sambil memburu, mata sentiasa dok intai spesis gaharu, Keringinan ingin tahu bagaimana
spesis ini tumbuh, keadaan tanah serta bagaimana proses pokok ini menghasilkan
gubal. Bagaimanakah rupa pokok candan dan adakah pokok gaharu cendana sama
seperti pokok Depu atau karas, Dengar khabar gubal candan termahal, sukar
didapati, tiada seperti gubal depu atau karas dan cendana.
Kita tak payah membuat perbandingan
gubal gaharu dari Negeara kita, adakah lebih berkualiti di antara gubal gaharu
yang terdapat di Negara Asia lain ?. Bagi pendapat saya, walaupun tiada yang
menyokong pendapat ini, gubal-gubal gaharu yang didapati di Negara kita lebih
berkualiti dari Negara Asia lain. Mengapa saya berperdapat sedemikian..?
Sekiranya gubal gaharu di Negara kita tiada berkualiti, Mengapa Hunter-henter
gaharu dari luar Negara rela memasuki secara haram mencuri gubal-gubal
semulajadi yang terdapat di hutan simpan kekal kita dan menyeludup keluar secara haram gubal-gubal gaharu melepasi
sempadan.
Para-para pemborong
dari Asia barat, lebih gemar membelanjakan duit mereka, memborong gubal-gubal
gaharu dari spesis yang terdapat dan tumbuh di bumi kita. “ gaharu di Malaysia
berkualiti tinggi “ ini lah kata mereka. Bergitu juga dengan minyak-minyak
gaharu yang diproses di Malaysia, merupakan ranking permintaan tertinggi dari
Negara-negara Asia barat, Cuma satu halangan yang tiada dapat atasi, bekalan
gaharu di Malaysia tiada dapat menampung jumlah permintaan di pasaran.
Dalam perjelajahan saya
di belantara, 3 kumpulan hunter gaharu di temui, satunya group orang asli dari
kaum suku batek , satu lagi hunter gaharu group penceroboh dari Negara jiran
dan satunya group status kerwargaan tetap, yang dahulu beri tumpang, kaum
Kemboja. Group orang asli singgah dan tumpang berteduh di khemah kami, ketika
hujan lebat, disinilah permulaan saya mengenal, bau, bentuk dan mendapat tunjuk
ajar serba sedikit, apa yang di katakan candan,
Group hunter pemceroboh
ini, kami temui di hutan simpan kekal.
Pada mula nya melarikan diri bila terserempak, bila di panggil, semua
keluar. Rupa-rupa sedang mengusungi mayat rakannya, maut akibat tertimpa batang
gaharu yang ditebang.dan satu group Kemboja pula, samalah seperti group lain,
semua belantara di jelajahi, cuma ideal bijak group kemboja ini, mereka mencari
gubal-gubal gaharu, kepala kayu serta kayu-kayu gaharu pelbagai spesis untuk
diproses minyak untuk kilang mereka sendiri.
Hehehehe .. Bodohnya kita, harta kita di kaut oleh
pendatang , pendatang boleh bermaharaja lela di hutan simpan hak milik pribumi, untuk kekayaan
mereka sendiri, cukai tak dibayar satu sen pun. Orang asli, dah menjadi kerjaya
mereka, mereka bebas mencari gubal. Tetapi yang sedihnya, mereka dipergunakan
oleh para-para pembeli, dibayar dengar harga paling murah dan adakalanya
gubal-gubal gaharu hanya di tukar dengan kerperluan dapur serta barangan lain.
\Yang paling tahu nilai
sebenar gubal gaharu, orang peranan orang tengah, dia bertindak sebagai pemborong,
pembekal makanan dan majikan. Mereka ini
dah kaya raya hasil dari memborong gaharu daripada orang-orang asli,
hunter-hunter tempatan dan hasil daripada anak anak buah sendiri. Semuanya adalah
hunter-hunter candan, nama sainstifiknya Aqulairia hirta dan ada juga yang
mengelarnya Royal Agarwood.
Saya pernah menemubual
pengusaha kilang prosesan minyak bangsa Kemboja, dia juga bergiat aktif sebagai
hunter gaharu. Selain kayu-kayu minyak di beli, ia juga mencuri kayu-kayu di
hutan simpan. “ Modal untuk bangunkan kilang ini, hasil selama saya mencari
candan di hutan simpan.” Pengakuan yang terang-terang, tiada merasa takut dan
rasa bersalah dengan perbuatan mencuri khazanah Negara. Jika kilang mampu
dibangunkan hanya dari hasil mencuri, cuba fikirkan, untuk menbangunkan kilang prosesan minyak,
kos yang harus dikeluarkan setidak-tidak RM50,000.00 mesti berada didalam
tangan, bukan jumlah yang kecil dia perolehi setiap kali menjual gaharu.
Salah satu group hunter
gaharu hebat juga, dikalangan suku-suku kaum orang asli Termiang yang tinggal
di Kg. Aril, Gua Musang. Mereka ini sering menjelajahi dari Aril melalui banjaran Tahan hingga ke Ulu Tembeling demi gaharu, secara
berkumpulan. Untuk mendapat maklumat, ilmu serta berbual dengan kaum ini agak
sukar, kecuali kita, tiap kali mengziarahi mereka, buah tangan wajip di bawa.
Saya pernah membantu
pasarkan gaharu spesis candan yang mereka perolehi , dijual secara direct kepada
pemborong dari luar Negara. Sampai ke hari ini, saya bebas memasuki
perkampungan mereka, apa yang saya mahu, mereka pasti sediakan, janji tiap kali
ziarah, tembakau, beras dan ikan masin, sudah tentu dibawa sebagai buah tangan
khas buat Tok Batin nya. Saya cuma mahukan pengelaman merteka, yang turun
menurun sebagai Hunter Royal Agarwood
tujuannya memantapkan lagi, ilmu bidang yang saya telah ceburi ini.
Kaum orang asli tiada
sama, jika dibandingkan antara hunter-hunter gaharu lain, hasil jualan gaharu
di agih sekampung. Bila temui jumlah yang besar, cuma sedikit sahaja di bawa
pulang, setelah berjaya di jual, mereka habiskan dahulu wang jualan dan
kamudian masuk hutan, mengangkut gaharu sedikit demi sedikit, ini lah puncanya
mereka tiada kaya raya. Mereka bukan bersifat tamak , bukan seperti Hunter-hunter
tempatan, Hunter penceroboh dan Si Kemboja.. kalau boleh dengan bukit-bukit
akan di bawa pulang.. hehehehe. TQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan