“
Bukan nya payah sangat nak jadikan pokok gaharu menghasilkan Teras (
Gubal ), Paku seluruh batang nya, masukkan skru kalau susahnya sangat nak
panjat , gali akarnya , hujung akar tu kita sumbat botol yang berisi minyak penlicir,
ada satu lagi .. naik tebuk batangnya , boleh juga di kerat separuh batang .
buat lubang, lepas tu tuangkan minyak pelincir atau racun paraquat ..”. Satu andaian yang di terima di warong kopi,
kalau lah budak budak yang bagi pendapat bergini, sah bagi hadiah penampar
jepun, tetapi dari mulut si tua baka,
bercucu cicit., Cuma, buat buat gelak, tapi hati menyampah.
“ Tak leh cucuk masuk ubat ker ,
pada pokok betik, buah kelapa, pokok kekabu, pokok pemunggal jadikan teras, kalau boleh , jadikan duit tu,
boleh wat bomoh, ekor, turunkan duit, cam cam lagi .. kalau ada teras gaharu
sebesar ibu jari, minta sikit, nak wat batu cincin , nak wat pengeras.” Isk isk isk .. Memang bengang, bila ada manusia jenis nie, mentang mentang dia tu tok
bomoh.. tetapi tiap kali sakit ke
hospital juga.. kalau manusia jenis nie, agaknya last last jadi tok gomol dan
tak mesti nya semakin usia tua semakin cerdik kan ?.
Sebab tu lah orang tua tua bagi
kiasan, Bodoh tak leh di ajar, cerdik tak
ler nak dengar. Pendapat dari sedap mulut, andaian entah dari mana dia dapat,
lepas itu jual sana jual sini, dia ah cerdik, bila ada yang sangkal cakapnya,
mula naik merah cuping telinga. Susah kalau ada orang perangai bergini ketika
berbincang dengan seseorang, dia pulak dok sibuk sibuk mencelah, kita cakap bergini, dia cakap bergitu, dia tak
boleh nak nilai, orang dok berbincang ker atau bual bual kosong. Nak angkat
punggung, hormati usianya, orang tua, kan di kata kurang ajar lak. Cuit kaki si
kawan melalui bawah meja .. “ saya kena balik dulu., isi perut nie dok minta di
buang..”. hehehehehe. Tu lah caranya.
“ jadi ker, kalau kita lakukan
seperti si Jusuh cakap tu ..”. Bertanya kawan Sambil dok kacau tea o yang kedua
nya. “ hehehehehe .. entahlah, saya tak pernah mencuba teknik yang dia cakap
tu. Bagi saya itu andaian tak masuk akal , kermungkinan dari fikirannya, Cuma
satu andaiannya yang betul, pokok gaharu yang sakit menghasilkan gubal, itu
boleh dikira logic, tetapi cara yang dibagitahu itu , hehehehe.. mungkin
gak ada yang mengamalkannya, kerbiasaannya orang kampong yang tiada dedahan pada teknik inokulan.” Jelas
saya.
Bagi kami di Gold-forest R&D
Gaharu, teori dan priktikal memainkan peranan utama kami untuk permulaan
sebagai penginokulasian. Kajian kajian kami mengikut teori, factor dan di
sudahi dengan priktikal. Sehebat mana sesorang itu , ianya tak boleh
meninggalkan perkara ini, untuk memulakan sesuatu kajian dan 3 perkara lain
yang harus ada ia itu, pokok gaharu , drill dan Vaksin. Sebagai pengamal inokulan
bebas, setiap teori yang di dengari atau yang di berikan oleh seseorang, mendengarinya,
tetap masuk telinga kiri, tidak akan keluar di telinga kanan tanpa di kaji.
Priktikal lah melebihi segala galanya , kalau
setakat teori , tak kemana mana, satu habuk pun tak dapat dilihat. Pokok gaharu
akan kekal seperti biasa tanpa menghasilkan gubal, kerana teori,kita masih dok
tercatat di kertas. Walaupun pritikal di amalkan factor juga wajip di kira
setiap segi, jika tersilap ianya akan memberi keputusan kurang memuaskan. Walaupun
sedemikian Teori tetap di gunapakai, sering bertanya pendapat serta pandangan
dari hunter gaharu yang berpengelaman, tujuannya mencari keadah atau teknik
teknik baru, yang logic serta boleh di amalkan pada teknik inokulan.
Sayang sekali masyarakat kita , melebihi merpercayai perkara yang karut daripada yang reality, bila teknologi
di perkenalkan pelbagai bagai pendapat yang di dengari., tak masuk akal, semua
itu tak boleh guna, tak akan berjaya dan
pelbagai bagai lagi andaian dari mereka. Yang menjadi bertambah hairannya,
mereka bukan dari golongan tiada berpelajaran, dah ada ijazah, Diploma dan
Mester, tetapi kerpercayaan pada benda yang karut masih di tahaf sama dengan
orang orang tak berpelajaran.
Bergitu juga lah menghasilkan gaharu melalui kerpakaran teknologi, tiada yang tak masuk akal, tiada yang mustahil sekiranya teori, priktikal , factor dan teknologi di gambungkan menjadi satu, maka terhasil satu bidang kerjaya baru di industry gaharu. Sekiranya kerpercayaan karut masih menebal di hati kita, tiada akan terlaku segala perubahan. Ada yang merpercayai, pokok gaharu liar mempunyai penunggu, ada hantu, kalau melalui bawahnya, kena minta tumpang lalu, ini semua pendapat karut, buanglah jauh jauh sifat kerpercayaan bergitu.
Bergitu juga lah menghasilkan gaharu melalui kerpakaran teknologi, tiada yang tak masuk akal, tiada yang mustahil sekiranya teori, priktikal , factor dan teknologi di gambungkan menjadi satu, maka terhasil satu bidang kerjaya baru di industry gaharu. Sekiranya kerpercayaan karut masih menebal di hati kita, tiada akan terlaku segala perubahan. Ada yang merpercayai, pokok gaharu liar mempunyai penunggu, ada hantu, kalau melalui bawahnya, kena minta tumpang lalu, ini semua pendapat karut, buanglah jauh jauh sifat kerpercayaan bergitu.
Faktor dan teknologi ini lah yang memainkan peranan penting
didalam bidang kajian pokok gaharu, silap inokulan tiada berjaya. Setiap pelaburan mahukan keruntungan
kan..? Jika mahukan keuntungan segala factor wajib di kira, jangan sesekali
ambil perkara senang. Setiap perkerjaan di dunia ini , tiada satu pun yang
senang, mesti menghadapi cabaran , dugaan dan rintangan untuk menuju kerjayaan.
Bergitu juga bidang kergaharuan,
walaupun teknik teknologi inokulan di ciplak ianya tetap hadapi cabaran.
Atau mahu cari harta dengan
jalan, pakai bomoh cari harta karun, beribu duit habis nak dapatkan pelbagai jenis besi lama, yang berani, yang tak lut, delima merah,
perturun duit, berbomoh nombor sana
sani, tetapi berapa orang yang kaya
dengan sedemikian..? Setahu saya kerbanyakkan papa kedana, si isteri bertukus
lumus berkerja, manakala si suami dok hayun batu kesana kemari, dok cari duit
bertambun nak dapat sekelip mata, harta yang Allah bagi ,depan mata pun tak nampak. Pokok gaharu sebesar 3 pemeluk di hadapan rumah tak terfikir oleh
akalnya, bagaimana cara untuk menjadikan duit.
Kerana metos lah ., membuat orang
kita terlalai, sikit sikit pantang, tak boleh usik, nanti kena tegur oleh datuk
( penunggu ), kaum lain , setiap inci pelusuk bumi Malaysia di cerobohi secara
haram mencari gaharu, pokok di tebang, di tebuk dan di tinggalkan, setelah 6
bulan, mereka datang ambil hasil secara bebas, tak ubah seperti hakmilik mak bapak
mereka. Adakah mereka kena sampuk oleh datuk yang kita takuti..? Dulunya mereka
datang, menaiki bas, sekarang ini mereka datang lagi, tetapi berpacuan 4x4,
sombong bagai Negara ini hak mereka.
Dimana beradanya penguat kuasa
perhutanan .. kan hutan simpan nie mereka yang jaga, atau setelah hunter gaharu
ini di berkas baru nak bertindak..? kalau bergitu, Nampak gaya pokok gaharu di
kawasan hutan simpan licin di kerjakan
oleh hunter hunter ini. Dulunya si Kemboja yang mencuri gaharu, mula mula bagi tumpang
tinggal di sini, last last mereka pula
mencuri. Saya bukan mengadakan cerita .. ini adalah reality, dan sekarang masih
ada hunter hunter mencuri gaharu di hutan simpan dengan sebebas bebasnya..
harap badan badan berkenaan bertindak dengan segera. Janganlah dok sibuk
menyibuk supaya para para inokulan mendaftar pokok pokok yang di rawat yang
tumbuh di atas tanah hakmilik mereka sendiri, sampaikan yang ditanam pun mahu
di daftar, kan tanah tu dah dibayar hasilnya, tak kan sampai berpuluh kali
hasil tanah mahu dibayar, hasil dari tanah yang sama ..?. TQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan