Kemana agaknya menghilang Group
Kelantan Keridor Depu..? Saya teringin sangat menjejak group ini, Masih aktif
kah mereka, masih bersemangat
seperti dahulu atau hanya menyepi untuk
tenangkan fikiran atau terlalu sibuk dengan program-program bengkel gaharu sana sini.. Atau masing-masing
membawa haluan semdiri..?
Set-set Kelantan Keridor Depu,
bukan jalang-jalang pengiat gaharu, mereka semua berkaliber, berpengaruh dari
golongan-golongan berada, mempunyai kerjaya yang hebat dan membentuk srategi
yang mamtap, itu punca utama mereka boleh bersatu di bawah Kelantan Keridor
depu yang diilhamkan Dato’haji Husam Bin Haji Musa. Saya cuma sebilangan permerhati dari jauh, dari awal
sehinggalah group ini masing-masing mengikut haluan sendiri.
Group ini pengiat yang hebat,
menyemarakkan semangat baru kepada para-para pengusaha gaharu, daripada tiada
mengenal, mengetahui dan mereka pencetus revolusi teknik inokulan bermula di
Kelantan sehingga wabak inokulan menyular ke seluruh Malaysia. Tahniah bos-bos.
Mereka lah yang memulai era gaharu teknologi, walaupun pada asasnya teknik ini
di ciplak, tetapi kerana kersungguhan mereka membawa masuk teknologi ini, ianya
merupakan pergorbanan yang cukup besar kepada industry gaharu Negara.
Seperti saya ini, cuma boleh dianggap usahawan era
baru, setelah group ini menyepi, saya sambungkan tugasan mereka, membakar
semangat-semangat para-para peminat serta usahawan muda, melalui blog. Facebook
dan sebagainya. Sekian lama ilham yang baik ini terpendam , untuk memberi menanfaat kepada peminat-peminat gaharu,
supaya meneruskan perkerjaan yang mendatangkan hasil yang berbaloi biar sampai
kerpenghujungnya.
Ada juga para pemimpin berkata
Kelantan Keridor Depu gagal, kan ada antara dua Sifat berlawanan iaitu , gagal
lawan berjaya. Dari kergagalan kita boleh belajar dan kita boleh membaiki,
upgrade bagii mendapati keputusan terbaik. Silap tuduhan si pemimpin ini,
mengatakan ianya gagal. Dalam diam-diam si pemimpin ini juga telah memberikan subsidi
spesis pokok gaharu kepada para petani. Jika project ini gagal, sedar atau tidak,
berpuluh-puluhan ribu ekar pokok pelbagai spesis sudah di tanam di seluruh
Negara.. Adakah Kelantan Keridor Depu gagal ?, bagi saya ianya tiada gagal, ianya berjaya
dalam diam.
Dari ilham Dato”Haji Husan juga
lah, IPT-IPT, badan-badan berkenaan, syarikat-syarikat swasta sentiasa menganjurkan
bengkel-bengkel gaharu, yang sering dihadiri oleh para-para peminat era baru
gaharu. Ini satu lagi petanda yang mengukuhkan bahawa Kelantan Keridor Depu
berjaya, lebih berjaya dari awal di asaskan. Kergagalannya hanya satu perkara , inokulan
yang menggunakan vaksin di import dari luar, yang mengakibatkan
pokok-pokok gaharu yang dirawat tersungkur kebumi, perkara biasa umpama ini,
sebab percubaan yang pertama tanpa kajian awal.
Kerberanian group ini harus di
beri pujian, rela mengeluarkan kos vaksin yang tinggi, rela berkorban masa
kerana Kelantan Keridor Depu. Satu group
yang hebat, kerana mereka jugalah, lahirnya para-para penginokulasian era baru,
termasuk group saya. Dari teknik-teknik yang mereka ciplak, ianya dapat disalurkan
dengan sebaik-baiknya.
Dari pecahan group ini, Ahlinya ada yang
telah berjaya menletakkan nama tersohor di pesada kergaharuan, ada yang
mempunyai syarikat sendiri, mempunyai kilang prosesan minyak gaharu,
mengeluarkan produk-produk sendiri dan mereka masih aktif secara solo serta
mejelajahi pelosok tanah air menganjurkan bengkel-bengkel gaharu, ertikata
walaupun Kelantan keridor depu tiada bergitiu aktif, pecahannya masih bergiat
didalam bidang ini.
Kerana group ini lah lahirnya
usahawan gaharu baru di serata negeri, daripada pengusaha yang dahulunya,
menanam gaharu tujuannya mendapatkan pucuk di jadikan tea, tetapi sekarang
usahawan ini mengeluarkan pelbagai-produk produk dari bahan yang terdapat pada pokok
ini. Ketika tuduhan mengatakan kergagalan Kelantan Keridor depu, dari setahun
kesetahun, berpuluhan ribu beneh di gaharu dibawa masuk ke Malaysia, berpuluhan
ribu pokok gaharu liar telah di rawat oleh para-para penginokulasian era baru.
Vaksin cecair pengalak resin telah berjaya dicipta, tanpa lagi mengharap vaksin
yang di import yang belum tentu terjamin bahan halal sebagai bahan larut yang
dibeli.
Bergitu juga, pelbagai-bagai
teknik inokulan di cipta, mengikut teori ,fikiran logic dan factor bagi
serasian vaksin ciptaan mereka. Pada si pemimpin yang tiada mahu mengakui
kerjayaan Kelantan Keridor Depu, jangan terlepas pandang, jelajahi lah setiap
dearah, buat kaji selidik, jangan hanya mendengar kata-kata si pelobi atau
talibarut berfikiran sempit. Yang kerbanyakan si talibarut ini segolongan
pemalas, kerjanya hanya kat kedai kopi dari pagi hingga petang, bual sana bual
sini, yang mereka tahu hanya subsidi,
wang ihsan serta pemberian secara free.
Mungkin agaknya yang menlancarkan
Kelantan Keridor Depu ini parti pembangkang, itu agaknya puncanya, senang-senang
mengata ianya gagal. Kerana sifat tiada mahu melihat kerjayaan project parti
lawan atau sengaja mahukan project ini gagal, kalau boleh project parti mereka
yang lancarkan, dan mereka lah orang yang pertama mengatakan project adalah
yang terbaik, sekurang-kurang ada juga terpias satu sen dua ke dalam poket
mereka. Hairan nya mengapa perkara yang baik ini, diputar belit, padahal untuk
meneruskan kerhidupan, kita mesti berusaha, kan pertanian satu ibadah dan juga
pertanian satu perniagaan .. kan slogan ini juga yang laungkan oleh parti mereka.
Sekali imbas secara kasar, di
kelompok group Kelantan keridor depu di anggotai daripada pelbagai-bagai lapisan
fahaman politik berbeza, mungkin ini sebab utamanya malap group ini, bila
politik menjiwai kita, daripada pakatan menjadi renggang, daripada kawan
menjadi lawan, padahal sifat bisnes tiada berkecuali lawan atau kawan. Semakin
kuat kita bergabung, hasilnya lebih cemerlang. Tetapi sekurang-kurangnya group
ini telah berjaya melahirkan para-para usahawan era baru yang berbakat besar.
SYABAS BOS-BOS.
Tiada akan rugi menyokong perkara
yang baik, jika tiada mampu mengeluarkan modal, memandailah sokongan moral,
sama-sama kita dapat melihat kerbangkitan kaum kita, seagama dan satu bangsa
yang sama dengan kita. Itu lah asas Kelantan keridor depu, hanya mahu melihat
kerjayaan serta kekayaan yang di perolehi dari hasil titik peluh para-para
pengusaha. Kelantan Keridor Depu hanya sebagai pengasas dan yang akan
meneruskannya di bahu para-para usahawan sendiri, bagaimana mahu mengolah, mengubah
dan bagaimana mahu mencapai kerjayaan 100% bergantung diatas usaha kita.. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan