Sempat atau tidak inokulan 90
pokok bersize dari 40sm hingga 120sm di jalankan sebelum bulan Ramadhan
menjelang..? Niatnya sebulan di bulan yang mulia ini, mahu staf-staf semua
berehat, sambil mengerjakan ibadah puasa dan solat terawih. Jika nak
mengejarkan duit, semakin banyak duit tentu semakin tiada mengcukupi, last-last
diri sendiri terkorban menjadi hamba duit.
26/06/2012
Pokok belum dirawat bertambah setiap hari di serata lokasi, inokulan dijalankan peringkat-peringkat di
satu lokasi dan setelah selesai di lokasi ini, dijalankan di lokasi lain
mengikut jadual asal telah diplanningkan. 90 batang di satu lokasi bukan jumlah kecil, kos harus dikeluarkan seharian tempoh
inokulan , kos pengurusan, pengangkutan, makan minum, peralatan, kos vaksin dan
upah staf-staf yang terlibat. Ini semua dah membuat sakit kepala setiap hari,
bila inokulan mahu dijalankan.. hehehe.. kepala jadi stress tapi happy.
Kos Inokulan terlalu besar terpaksa ditanggung oleh usahawan
gaharu, sepokok dua mampu di inokulan hakmilik sendiri, kalau dah beratusan
pokok big XXL, memang tak terdaya, bab kos vaksin dan panjat memanjat, tepuk poket tanya hati, terdaya atau tidak Jalan pintas nya, terpaksa lah sediakan duit jumlah
yang agak besar bagi bajet harian , beli masa orang lain, selesailah masalah.
Dan kita cuma sebagai pengurusan, pantau staf-staf jalankan inokulan, tapi yang
tentu nya, duit mula mengalir seperti air.. hehehe.
Baru rawat pokok nan sebatang,
tapi dah riuh rendah seperti ayam baru bertelur, hebuh sana sini tak ubah seperti itik serati , dah ada pokok
gaharu aku inokulan, bila ditanya berapa batang, jawabnya sebatang jer.
Hehehehehe. Ketawa bukan perkecilkannya, tapi cara bualan nya, seperti inokulan 10 batang, tu yang jadi bahan ketawa.
Ada pula tu, dah rawat 30 pokok, tanya hak sapa, jawabnya hak orang. Habis tu ,mana
hakmilik sendiri, kan kata nak jadi jutawan dari hasil jualan gubal gaharu, tak
kisahlah walaupun sebatang , dah ada daya usaha.
Penginokulasian Jarang yang mampu inokulan beratusan pokok milik
sendiri, kos nya terlalu tinggi, kecuali mereka mempunyai Pelabur-pelabur ,
Milik syarikat, ada dana khas, ada tabungan khas yang telah di peruntukkan.
Jika hanya mengharapkan dari duit gaji, 2 pokok pun mesti mengira setiap segi,
tersilap pengkiraan, lari bajet. Si penginokulasian sendiri tiada mampu
inokulan pokok sendiri beratusan pokoknya , bidang inokulan nie, Nampak jer
tiada memerlukan modal besar , setelah mencuba, dapat rasai sendiri sebagaimana
aliran wang keluar, kalau anda mempunyai tabungan 50K ringgit Malaysia, tak
sampai 40 batang, licin bersih duit sejumlah itu.
Sorry .. Saya bukan cuba
mematahkan semangat anda, ( cuba membuka minda anda ). Sekiranya anda mempunyai
hanya jumlah itu, jangan semuanya dilaburkan di bidang inokulan , gunakan
separuh dan separuh lagi, biar wang itu kekal dalam tabungan. Atau anda gunakan
50% daripada wang itu, untuk inokulan dan 25% lagi untuk pelaburan penanaman
dan baki 25% di khaskan tabungan semasa. Cara ini, anda mempunyai 2 pelaburan,
1. Pelaburan jangka pendek ( Inokulan ) 3 hingga 4 tahun dan 2. Pelaburan jangka sederhana (pokok yang ditaman ) 10 tahun.
Banyak planning kami lakukan
untuk menarik minat para-para bakal usahawan supaya mampu menceburi industry
ini, di antaranya, sekiranya usahawan mempunyai jumlah pokok yang besar, tiada
mampu menyediakan bajet besar. Di antara share kos inokulan, Cuma sediakan 50% kos inokulan sahaja perlu di keluarkan
oleh para pengusaha , maka 50% lagi pihak kami tanggung. Bukan niat kami
mengambil kersempatan atau menunjukkan kemampuan kami , tujuan ikhlas kami hanya
mahu membantu pengusaha mencapai cita-cita dan impian mereka serta bersama
dengan kami memeriahkan lagi industry gaharu.
27/06/2012
Jumlah 8 batang pokok yang berukuran lilit dari 50sm
hingga 90sm, anggaran vaksin di perlukan 7 liter dengan kertinggian injections
8 kaki hingga 12 kaki, sedalam tebukan 4 inci jarak antara tebukan 5 inci.
Kebiasaan pokok berukuran 120sm lilitan kergunaan vaksin 1 liter, ianya
bergantung teknik injections yang dilakukan oleh para inokulasi, sekiranya
dalam tembukan, maka banyak jumlah vaksin di perlukan di tuangkan di dalam
lubang tebukan., kergunaan vaksin hampir 2.5liter.
Senang jer kita menilai ada yang
mengaku mereka adalah usahawan yang membekal
vaksin serta bergiat sebagai inokulasi. Jika ukuran pokok 100sm, dan
mereka anggaran pengunaan vaksin sebanyak 3 liter, ianya terbukti mereka bukan
mempunyai pengelaman atau bergiat aktif
sebagai inokulasi. Sedalam mana tebukan yang dilakukan , jarak 4 inci antara lubang, dalam injections 5 inci
dengan kertinggian injections 15 kaki, vaksin yang di perlukan cuma 2.5 liter.
Ada terdengar mengatakan jarak
tebukan 5 kaki antara satu, pokok berukuran 90sm, vaksin diperlukan 3 liter..
hehehehe. Ini, kes nak untung berganda, patutlah jual vaksin harga termurah. Berapa
titik sahaja vaksin yang di tuangnya, kerja pun senang, kalau pokok berukuran
macam ini, berapa lubang jer injections di lakukan, tak sampai 20 minit siap
inokulan.
Adakah cuma setitik vaksin ianya
mampu menyerap hingga ke dahan..? tak sampai 7 inci, dos vaksin akan
berkurangan di serap oleh tisu tisu pokok. Faktornya, kan pokok gaharu
mengandungi karbon ( c15-c15 ) bila nya karbon, cecair vaksin mudah menyerap di
sekeliling lubang injections, dan air yang diserap oleh akar, penyerap ini akan bercampur dengan cecair
larut vaksin, bila bercampur, dos vaksin akan berkurangan, aliran larutan makin
ke atas semakin berkurangan, maka allergic tiada akan berlaku di bahagian 5
kaki terakhir.
Kami Cuma khaskan jumlah vaksin cuma
20 liter untuk bilangan pokok 31 batang, ukuran lilit dari 50sm hingga 90sm,
setiap 10 kaki dari pangkal kami sumbat lubang injections dengan penyumbat yang
telah siap direndam vaksin selama berbulan-bulan. Kami mahu sejimat jimat
semana yang boleh, jika lebihan vaksin perbaziran akan berlaku. Kos tinggi, tak
termampu , sentiasa dok tanggung yang membazir , setitik pun pakai modal .
Bergitu juga sekiranya khidmat di perlukan, pihak pengusaha yang upah kita,
kena kira, duit duit dan duit , bukan senang nak dapat.
Kalau terasa mewah sangat,
daripada vaksin terbuang gitu, sapu dibatang pokok, lagi terbaik dari dok
membazir, sekurang-kurang dapat penyerapan
melalui liang-liang kulit pokok. Kalau cara nie, saya menyokong pendapat , 3
liter vaksin untuk pokok berukuran 90sm. Hehehehe.. cuba dulu, dan lihat
hasilnya, bagi saya, sekira nya vaksin ciptaan sendiri, boleh lah mewah-mewah,
kalau vaksin di beli, tak larat korek duit, nak selesaikan inokulan beratusan
pokok. 90sm 3 liter vaksin, andaiannya
harga 1 liter RM1,000.00 , 3 liter campur upah inokulan ..? hanya dapat
inokulan ukuran 90sm, 1 pokok 1 tahun
jer.. jauhlah lagi dari angan-angan nak jadi jutawan. Hehehe. TQ.