Selasa, 26 April 2011

Ulasan spesis pilihan & Gold-forest

Spesis pilihan     
Di kenali                 :-  Depu / Karas dan Gaharu
Nama Saintifik        :-  Aquilaria Malaccensis Lamk
Ditemui                   :- Malaysia , Selatan Thailand, Indonesia dan Brunei
Teknik                   :-  Inoculations Allergic Injections Strain-Stress ( IAISS )
Kesesuaian Vaksin :- 100% serasi
Penghasilan Teras   :-  60% Teknik tuangan
penghasilan            :-  70% Teknik pentup.
Penghasilan           :-  90 % Teknik tuangan dan penutup
Semulajadi             :-  05% terhasil secara semulajadi.

Ianya mudah ditemui dan tumbuh subur dipinggiran kampung, ladang ladang serta dusun dusun.Walaupun tumbesaran agak perlahan ianya bebas dari ancaman penyakit, alahan dan mula mendapat perhatian daripada para para pengusaha. Pokok yang tumbuh sebagai anak cambah mempunyai ketahanan tersendiri, dengan mempunyai akar tunjang yang panjang di tambah pula akar jari yang banyak bagi menyokong pokok ini daripada mudah tumbang.

 Kelebihan spesis ini mempunyai akar yang timbul, merupakan satu yang unik, dapat menghasilkan teras yang padu yang banyak dan berkualiti. Walaupun ianya mampu bertahan dari serangan penyakit, tetapi spesis ini mudah mengalami patah dahan, bila di tiup angin kencang atau ribut. lebih lagi setelah penginokulasian telah dijalankan.. kesan dari lubang injection juga menjadi faktor dahannya terlalu mudah patah.

 Penerangan pelaburan
Industri gaharu merupakan satu pelaburan jangka masa sederhana, pelaburan asas tani ini  memerlukan modal yang agak tinggi. Antara dua aspek pelaburan iaitu pelaburan inokulasian dan pelaburan perladangan. Setiap pelaburan memerlukan kesabaran, kesungguhan serta wajip ada jati diri yang teguh, bagi menghadapi resiko serta  segala kemungkinan tanpa kita menduganya.

Aset 1 & pelaburan peribadi
Kebiasaanya pokok gaharu liar, mudah tumbuh di tanah tanah dusun dan sebagainya. Boleh dikatakan satu anugerah, jika ianya tumbuh di atas tanah hak milik peribadi, ianya juga merupakan asset yang bergitu bernilai harganya, para pemilik sudah ada asset awal untuk memulakan pelaburan jangka sederhana tempoh masa selama 24 bulan.

Aset 2 & pelaburan perladangan
Untuk pelaburan 6 tahun  melalui perladangan gaharu yang di usaha secara peribadi, usahasama atau melalui pengurusan berkontrak. Untuk menjadikan satu asset, modal permulaan pelaburan wajib di keluarkan secara tunai, kos pembersihan, anak benih, upah penanaman, pembajaan , penjagaan selama 5 tahun termasuk kos inokulasian ini. Tetapi ianya satu pelaburan yang berbaloi, pulangan dari kos yang dikeluarkan berkali kali ganda akan di porelehi dari hasil tuaian 6 tahun akan datang.

Perancangan
Pelaburan di industri gaharu, perancangan teliti harus di lakukan dari tapak ladang, sector tanah, spesis bakal di tanam, tumbesaran, alahan, pengurusan, pembajaan, akhirnya  rawatan serta vaksin pengalak resin. Jika semua ini tersilap, segala perancangan pelaburan akan mengalami kegagalan.

Project awal gold-forest ( cetusan ideal )
Goldforest sentiasa berhati-hati berwaspada supaya kejadian sebelum ini tidak berulang, utamanya penipuan tentang vaksin pengalak resin. Kami telah lawati antara pokok gaharu spesis karas , Depu atau gaharu yang di rawat pada tahun 2005 – 2008, kebanyakkan mati dan reput tanpa menghasilkan teras, akibatnya ramai para pemilik bergitu kecewa dan patah hati, kerana pelaburan mereka sia sia.

Jika dibandingkan dengan syarikat syarikat yang telah mencipta nama besar di bidang kergaharuan, gold-forest hanya sebilangan kecil, yang di asaskan melalui R&D spesis dan khasiat pokok gaharu. Setelah mendapat jaminan dari pembekal anak benih serta mempelajari teknik inokulasian. Bermulalah era baru urusniaga gold-forest, memperkenalkan sistem kontraktor perladangan gaharu , pengurusan ladang berkontrak. Pengedar benih gaharu dan khidmat inokulasian secara aktif.


Kajian inokulasian / usahasama
Didalam mempergiatkan kajian teknik rawatan, setiap daerah gold-forest jelajahi di seluruh Negeri Kelantan untuk memastikan daerah yang mana paling banyak di tumbuhi pokok gaharu hutan * A.malaccensis. Satu kampung di satu daerah, dikawasan tanah keluasan 1 ekar, terdapat 100 batang pokok gaharu berukuran lilit dari 30 cm – 280 cm hidup subur tanpa di usik. Perjanjian usahasama dengan pemilik telah dimenterai dan rawatan pokok telah di jalankan pada April-Jun 2010 kesemua pokok.

 Perjanjian usahasama pokok gaharu
2,000 pokok gaharu spesis A. Malaccensis dikhaskan untuk para pelabur, dari sais berukuran lilitan 40cm – 360cm tersedia. Dengan keselamatan terjamin yang tumbuh di atas tanah hak milik kekal tersedia surat akur janji dari pemilik. Ukuran lilit di kira 1 meter dari pangkal pokok, siap untuk di inokulasian bila bila masa.
Pengurusan berkontrak
Pelaburan perladangan
Pelaburan Rawatan ( malaccensis )
Penginokulasian
Vaksin
Pokok yang ditanam
Perjanjian inokulasian
Hasil dari tuaian.






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan