Selasa, 19 April 2011

7 tip

7 Tip
1) Pemilihan baka
Bakal pengusaha memilih baka gaharu, kemungkinan hanya mendengar khabar yang mengatakan spesis tertentu elok ditanam, tetapi tiada pengetahuan khusus tentang pemilihan yang mana, baka yang terbaik untuk di tanam secara perladangan.
                           
Empat keadah yang terbaik untuk memilih baka gaharu.
1)      Cepat membesar
2)      Tiada banyak alahan penyakit
3)      Baka yang senang di dapati
4)      Berkesanan vaksin / Bacteria

2) Penjagaan
Bila baka gaharu di tanam di tapak yang sesuai, ianya akan cepat membesar dengan penjagaan yang sempurna, pembersihan dari semak samun, kerperluan air yang cukup, pembajaan mengikut jadual, semua spesis gaharu akan membesar dengan cepat. Tak kira baka mana yang di tanam , tisu culture , Anak bijih baka tempatan atau anak tunggul, semuanya dapat menghasilkan teras serta minyak berkualiti.

Topsiol ( sisa buang daripada kelapa sawit )

3) Meracun dan pembajaan
Disegi penjagaan elakkan gunakan racun rumpai dengan dos yang terlalu tinggi, ketika meracun , semburan jangan mengenai pangkal pokok. Tahun pertama, gembulkan tanah di sekeliling pokok sekurang kurang 2 kali setahun. Pembajaan boleh dilakukan 3 bulan sekali atau boleh juga dilakukan pembajaan 2 kali setahun.

4)Pangkasan Pokok.
Para para pengusaha ladang biasa gemar melihat keadaan pokok yang subur, cantik dan tersusun. Tip utama yang kebiasaanya di lakukan ketika pokok berusia 8 bulan, pokok gaharu akan mengeluarkan ranting liar, untuk mengstabilkan pokok, ranting liar ini di pangkas, cat disapukan pada kesan pangkasan bagi menahan di jangkiti kulat.

                   

5)Baja
Baja organic adalah pilihan terbaik untuk pokok gaharu, ianya dapat gembulkan tanah serta kesan sampingan utamanya akar tiada rosak. Baja-baja organic mudah didapati, dengan harga yang murah, lava gunung berapi, Campos * tahih cacing, Organic campuran, tahih kambing * diproses menjadi debu dan pelbagai lagi. Baja orginik ini akan bertindak pengalak akar, untuk baja pengalak daun pula, baja semburan ini mudah didapati.


Organik campuran
6)Musuh utama.
Anai-anai adalah musuh utama semua tanaman termasuk pokok gaharu. Untuk mengcegah dari anai-anai membiak di ladang , sekiranya pembersihan tapak menggunakan jentera atau jentolak, jangan sesekali, menambus pokok serta semak samun, sebaik baiknya dibakar dan taburkan racun anai anai sebelum memulakan penanaman.

7)Ulat pemakan daun.
Ulat spesis rama-rama dan kupu kupu, ianya gemar bersarang di daun daun muda pokok gaharu, kebiasaan nya berlaku ketika pokok gaharu berusia 7 bulan hingga 3 tahun, untuk mengelaknya gunakan racun ulat kadar dos yang rendah.
                              
Ulasan :-
Dalam pemilihan baka goldforest R&D gaharu, tidak mengatakan spesis import adalah yang terbaik untuk ditanam. Tetapi jika pertanian satu perniagaan, maka spesis import lah yang terbaik, factornya:-
1)      Tumbesarannya cepat jika di banding dengan spesis tempatan.
2)      Mudah subur
3)      Baka nya senang di perolehi
4)      Penghasilan teras melalui inokulan telah berjaya di hasilkan kepada spesis spesis ini.

Spesis tempatan dapat menghasilan teras berkualiti, dari pengelaman kami, Aquilaria Malaccensis berupaya menghasilkan teras melalui penginokulasian, sekiranya dos vaksin mengikut sukatan yang betul serta teknik penginokulasian dilakukan ketika cuaca kering. Untuk penanaman, tumbesaran agak lambat. Serta bakanya sukar didapati, jarang jarang nurseri menyemai untuk komersil spesis ini.


Caranya paling terbaik, bijih spesis tempatan mudah di dapati, sekiranya pengusaha mempunyai pokok liar yang tumbuh di ladang, dusun serta spesis ini banyak di temui di pinggiran kampung, setahun sekali ianya akan mengeluarkan buah, akan gugur setiap bulan 6 – 8, bulan 12 ianya mula bercambah. 
              
 Tawaran …!!
Tawaran Pakej Kontrak perladangan gaharu ( Kelantan )
1)      Anak benih
2)      Penaman
3)      Baja asas
4)      Pakej tiada termasuk pembersihan tapak ladang.

Sais
Spesis
1000 pokok
2000 pokok
3000 pokok
4000 pokok
1 ½ - 3
Campur
9.50
9.30
9.00
8.50
3 ½ - 4
campur
11.00
10.70
10.50
10.20
pakej
Percuma
50 pokok
100 pokok
150 pokok
200 pokok


* Spesis Import tisu culture
( a ) Aquilaria Crassna  -  Indochina
( b ) Aquilaria Sub-Intergra – Thailand
( c ) Agallocha Roxb – Vietnam & India * perubahan mengikut bekalan.

Syarat-syarat dan peraturan
a)      Harga kontrak tertakluk kepada perubahan semasa
b)      Pembayaran diposit 50% sebagai tanda persetujuan.
c)      Pembayaran 30% hendaklah dijelaskan setelah penanaman siap 70% dan
d)   Baki 20 % dibayar setelah penanaman selesai

Ciri ciri penanaman  di amalkan goldforest R&D Gaharu.
a)      Sektor permukaan , lapisan tanah dan sekitaran
b)      Perdedahan keadah penanaman spesis campuran.
( spesis terpilih dan berkualiti )
c)      Keadah Pembersihan tapak tanaman tanpa jentolak.
d)      Perjimatan kos.
e)      Sistem Pengurusan secara berjadual
f)       Pembajaan tanpa bahan kimia
g)      Sistem Penanaman secara lot
h)      Sistem pawah * sewa tanah tapak ladang berkontrak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan