Selasa, 19 April 2011

Bioteknologi

Gaharu & Teknologi. ( Catatan 2011 )

“ Bioteknologi adalah asas utama bagi menghasilkan sesuatu produk herba serta bahan – bahan sector input pertanian, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pihak kerajaan, satu bidang yang mesti ada tahaf keberanian  serta yang mampu menghadapi resiko. Teknologi inokulan Nano pula yang  dijalankan pada pokok gaharu, bertujuan pengalak resin menghasilkan teras dalam tempoh yang singkat juga akan menghadapi resiko”.

Minyak dari pokok gaharu,  berkualiti tinggi dan termahal dari spesis aroma lain, Kerana aromanya bertahan lama. Bila R&D dijalankan dengan teliti  sebatang pokok gaharu  dapat di komersilkan dan boleh di proses pelbagai bagai menaafat :- Minuman, perfumes, kesihatan, upacara keugamaan  bagi penganut ugama Budha.

Pucuk gaharu * dijadikan Teh gaharu serta minuman herba, minyak Gaharu ( pemprosesan di jalankan seluruh negara di Asia Tenggara ). Thailand serta Malaysia sudah komersilkan bahan-bahan yang diperolehi dari pokok gaharu. .Para-para pakar perubatan pula giat menghasilkan ubat-ubatan  dan pertemuan terbaru dari pengkaji khasiat gaharu mendapati biji gaharu boleh diproses menjadikan ubat, setanding viagra.
   
** Bagi memperstabilkan pokok gaharu, ranting dipangkas, daun nya boleh di keringkan serta direbus jadikan minuman  herba teh gaharu.

Penduduk di Asia barat pula. Sudah menjadi adat resam budaya mereka, membakar teras gaharu sebagai pewangi rumah. Teras gaharu juga sudah menjadi kebanggaan pada kaum mereka, sekiranya mereka memiliki teras gaharu yang tercantik nilai harga yang mahal. Ianya  lambang status kekayaan serta menunjukkan kemewahan yang mereka miliki.

Penduduk Asia Tenggara , Pokok gaharu di gunakan untuk perubatan tradisional. Pucuk nya di jadikan minuman pemulihan urat sarat dan pelbagainya. Dan kulit gaharu boleh dijadikan tali. Sebagai tali pengikat , tangkal Durian, kayu kayuan dan ada juga di jadikan tali pengikat kasut. Manakala minyak gaharu yang asli .. Mempunyai kelebihannya tersendiri, selain dicampur dijadi perfumes .. ianya mustajad hubungan intim bagi pasangan suami isteri .

Pati  debu gaharu dari prosesan minyak , pula di jadi colok.. Ketika ini terlalu banyak produk dari pokok gaharu di pasarkan, seperti kosmetik, sabun mandi, minyak wangi, Teh , Ubat-ubatan, minuman herba, bantal gaharu, tasbih serta pelbagai produk dari pokok gaharu. Perkembangan yang amat mengalakan, dari kalangan para para usahawan di seluruh Malaysia.
                                      
Memandangkan perkembangan amat mengalakan ini, industri gaharu di Malaysia bertambah kadar yang cepat, disokong  oleh badan-badan kerajaan, swasta serta orang perseorangan, kajian demi kajian di jalankan dari semasa ke semasa. Dari tahun 2006 penanaman pokok gaharu berkembang pesat diseluruh Malaysia, dianggarkan 2,000,000 pokok gaharu telah ditanam, dari pelbagai bagai spesis kelompok Genus Aquilaria. Baka tempatan serta baka yang import.

“ Penawaran atau perdagangan gaharu hanya 20% berbanding keseluruhan permintaan. Keadaan bertambah menruncing kerana permintaan semakin meningkat, sedangkan penawaran semakin susut. Memandangkan situasi ini maka timbullah ideal untuk menanam spesis pokok gaharu secara komersil dengan keadah rawatan teknologi injection. Satu-satu teknologi rawatan mempercepatkan penghasilan Teras oleh pokok gaharu, tempoh masa 2 tahun dari tarikh rawatan di lakukan.”

Resin gaharu dari microskop





Pengamal perubatan trasdisional di Asia Tenggara mendapati pokok gaharu memang mempunyai khasiat pada manusia. Ramuan teh herba dari pucuk gaharu telah memasuki pasaran antarabangsa. Permintaannya amat mengalakkan.
Dengan halatuju Bioteknologi di malaysia semakin berkembang, ianya bukan perkara mustahil, bahan-bahan dari pokok gaharu dapat diproses di Negara sendiri, hasil teknologi ini akan dapat di perluaskan pasarannya oleh para usahawan satu hari nanti. Adanya seumpama ini, industri gaharu akan setanding dengan Negara Negara pengeluaran utama ketika ini.
                          
Kilang-kilang industri pemprosesan *astrack minyak gaharu di seluruh Malaysia mempunyai masalah kekurangan bahan * kayu minyak. Selama ini kayu minyak diperolehi dari kalangan pencari kayu gaharu. Bila penebangan hutan, pembukaan tanah serta permasalahan pencuri gaharu bermaharajalela. Kepupusan spesis gaharu mula di rasai, pengeluaran minyak gaharu menurun dari setahun ke setahun.

                                                                   Cendana                                           


                                                     Minyak Cendana & Karas

Bila keadaan semakin meruncing, ianya di baikpulih, disyorkan penanaman semula bagi menghalang kepupusan spesis gaharu tempatan. Teknologi rawatan bagi penghasilan pengalak resin di bawa masuk ke Malaysia., oleh para para inokulasian dari Negara jiran, pada awal dengan tujuan untuk keutungan serta bentuk penipuan vaksin yang mereka gunakan.. tetapi ada kebaikkanya, sekurangnya para petani berwaspada, boleh belajar, teknik, mengenal pasti vaksin yang berkesanan.. Dari penipuan mereka, lahirlah para para pengusaha, petani dan inokulasian di Malaysia yang berpengetahuan, berilmu serta mengutamakan kualiti.

Bendalir / Bacteria *furgus atau Vaksin yang digunakpakai oleh para para inokulasian pula wajib diambil kira disegi ramuan vaksin tersebut,. Sekiranya ia dicampur dengan bahan bahan kimia, racun atau mekenikal , akan membahaya kepada kesihatan . Walaupun pokok gaharu dapat nyahkan racun, kesan sampingan tetap ada.

Tahun tahun akan datang , lambakkan produk dari pokok gaharu akan menceriakan lagi pasaran antarabangsa, ianya akan bersaing, seiring dengan ramuan herba yang telah berada dipasaran… seperti Kopi Gaharu yang dihasilkan dari bijih gaharu, Teh gaharu dari pucuk gaharu, Sabun mandi , kosmetik dari air astrack teras gaharu, ubat ubatan serta pelbagai bagai selain dari minyak gaharu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan