Allergic .. boleh menghasilkan teras padu bergred AA ..?
Penginokulasian adalah teknik ciptaan stress bagi penghasilan teras pada spesis pokok gaharu dan cecair becteria atau Vaksin pula adalah furgus yang membiak di dalam pokok ini. “ Sesguiterpene” yang berada didalam pokok ini adalah cecair resin * damar ini akan berkumpul sekeliling furgus, seguiterpene menjadi benteng menghalang serangan furgus, lama kelamaan ianya akan terbentuk menjadi damar, .maka terhasil teras gaharu dengan mengeluarkan bau-bauan aroma yang halus, manis serta bermutu tinggi.
Teknik penginokulasian dapat menghasilkan 60% teras keropok, bersambung sambung hingga ke ranting. Manakala teras padu akan di perolehi dari pada pangkal dahan, tempat yang berbonggol bonggol , tunggul serta akarnya. Cara logiknya penginokulasian belum lagi dapatkan menghasilkan teras padu daripada pokok gaharu, cuma kajian teknik terbaru yang di cipta bagi menghasilkan teras padu serta berkualiti. Untuk mendapatkan teras bergred AA, memerlukan kersabaran sekurang kurang tuiaan di lakukan setelah tempoh penginokulasian 36 bulan keatas.
A
B
C
A) Mekenikal
B) Mekenikal
C) Cecair pengalak resin digunapakai oleh goldforest R&D gaharu.
Pengeluar vaksin ini dari Negara Thailand,( emej C ) beliau salah seorang yang telah berjaya mencipta nama di pesada kergaharuan di Asia .. .Mempunyai ladang, industri serta pakar didalam bidang penginokulasian, beliau boleh dijadikan idola sebagai usahawan gaharu Asia yang telah mencapai kerjayaan .. Tahniah.
Cecair bacteria atau Vaksin… ?
Cecair pengalak resin ini , Ia akan bertindak sebagai Anticell selulose.di proses daripada ramuan tumbuh tumbuhan serta buah buahan bersifat asid organic, Molekut yang halus ini cepat menyerap melalui tisu xilem dan floem , ianya seperti air minuman menyerap keseluruhan pokok hingga ke ranting dengan kadar yang cepat 3 – 10 minit Vaksin ini bebas dari bahan kimia sintetik, mekenikal buatan manusia yang membahaya kepada kesihatan.
Untuk menilai cecair vaksin yang mana berkesan, akan melalui proses kajian terperinci, di uji terlebih dahulu adakah vaksin mengandungi racun, bahan mekenikal atau tidak. Ujian juga akan di jalankan kepada pokok, berkesanan nya dapat di lihat dari jalinan penyerapan oleh tisu xilem dan floam pokok gaharu. Jika tempoh usia rawatan 3 bulan, jalinan resin didapati. Vaksin yang di gunapakai ini boleh di gunakan, mampu menghasilkan resin berkualiti. Jika tiada ternampak jalinan resin, bererti vaksin tiada berjaya menghasilkan resin.
Pengeluar Vaksin pula, tiada yang berani, atau membenarkan menggunakan vaksin mereka secara percuma sebagai kajian. Hanya mereka mengatakan vaksin dari syarikat mereka adalah terbaik, tetapi bila goldforest meminta contoh dari kajian mereka, ini jawapan yang berikan .. “ kalau tak berjaya, kami pulangkan duit kembali..” itu kata mereka. pendapat kami berbeza dengan pengeluar vaksin ini.. “ 24 bulan .. bukan tempoh masa yang singkat, bila dah ramai yang membeli vaksin ini, dan terdengar tiada berhasil menghasilkan resin, bila bila masa mereka tutup syarikat..”.
Untuk menjadikan pokok stress, semua pengusaha mampu, tetapi allergic ini yang agak sukar, ianya bergantung 100% dari Vaksin allergic strain stress. Dari allergic yang akan menghasilkan resin, atau furgus yang membiak membuat pokok akan allergic stress. Faktor utamanya dari Vaksin bukan dari injections atau tebukan.
Dari pengelaman kami, Vaksin yang di perolehi dari pengusaha industri gaharu, pengusaha ladang gaharu, juga penginokulasian adalah berkesan, jika dibandingkan yang di perolehi dari pengedar yang bertindak sebagai jurujual ( salesman ). Vaksin juga ada di jual di nurseri – nurseri, orang perseorangan dan dipasarkan juga oleh para para inokulan.. tetapi berkesananya .. 000%, mereka sendiri pun tiada contoh dan bukti hasil dari Vaksin yang mereka pasarkan sekiranya ada contoh, contoh ini di beli dari Negara jiran, bukan dari spesis tempatan, dan bukan dari spesis tumbuh di Malaysia.. Di Malaysia tiada satu pun hasil dari pokok yang ditanam dan di inokulasian sudah boleh dituai.
Bergitu juga dengan mencipta ramuan vaksin, setiap pengusaha harus membuat kajian khusus untuk menghasilkan vaksin, tanpa mengharapkan vaksin yang ada dipasaran, yang belum tentu pasti apakah isi kandungan sebenar vaksin tersebut. Ada juga dikalangan para para inokulasian mengaku vaksin yang dituang selepas suntikkan , mengatakan vaksin ini dari produk mereka sendiri, tetapi hakikat sebenarnya vaksin di perolehi dari Negara jiran.
Kita harus akur, Negara jiran mendahului teknologi pertanian dari semua aspek, perladangan, pengurusan, Klon baka, penghasilan buahan serta tumbuhan, semua teknologi pertanian di monopoli oleh Negara jiran kita. Tetapi sekurang kurang kita tempias juga teknologi pertanian mereka, dengan tunjuk ajar, dedahan teknologi terbaru mereka, dapat dinaafatkan di Negara kita.. setidak tidaknya kita ada daya saing seiring teknologi dengan Negara jiran.
Good ideal
Pada asasnya kita ciplak hasil dari teknologi mereka, jika teknologi tidak dikembangkan.. ianya akan berkubur tanpa ada pengamal untuk upgrade sesuatu teknologi. Walaupun ketika ini penghasilan teras gaharu telah berjaya di hasilkan melalui penginokulasian dan vaksin yang di cipta ianya tidak lagi mencapai tahaf penghasilan teras seperti penghasilan semulajadi (* Teras padu ). R&D harus dijalankan, teknologi rawatan harus di upgrade bagi meningkat kauntiti , kualiti penghasilan teras melalui rawatan betul betul 80% padu , hingga sukar untuk di nilai antara teras semulajadi dan mana teras dari rawatan.
Semua pengusaha di bidang industri gaharu , dari Malaysia , Thailand, Brunei , Indonesia dan Negara Negara Asia lain, sedang giat melakukan R&D tentang penghasilan teras padu dari penginokulasian ini, ianya pasti akan berjaya sekiranya mempunyai hala tuju yang sama kearah memperkembangkan industri gaharu.
Goldforest R&D Gaharu.
Sekian lama kami meneliti semua perkembangan industri gaharu, dari dalam Negara sehingga luar Negara , meninjau laman website, blogger , menjelajah hutan belantara , temu bual di kalangan pencari gaharu, orang asli, petani, pengusaha industri minyak, syarikat syarikat gaharu dan para para inokulasian untuk menilai perkembangan semasa industri ini.
Walaupun pada asasnya kami juga termasuk di dalam golongan para pengusaha industri gaharu di Kelantan, selama ini goldforest hanya menjalankan R&D tentang spesis tempatan , banyak terlibat dengan kontraktor perladangan , pembekalan spesis gaharu dan sebelum menambah penginokulasian sebagai urusniaga , terlebih dahulu mahu pastikan hasil dari kajian penginokulasian sendiri berjaya.. Bila sudah berjaya, kami sudah ada sample bahan bukti, dari hasil kajian .sudah mampu, untuk menjawab sebarang soalan yang di ajukan oleh bakal pengusaha.
Penginokulasian
a) Khidmat Inokulasian
b) Pembelian Pokok
c) Pelaburan jual beli pokok
d) Pelaburan usahasama berkontrak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan