Dalam pemilihan baka spesis gaharu :-
1) Spesis dari hutan
2) Spesis dari tisu culture
3) Anak tunggul dari hutan.
Spesis dari hutan
Merupakan pemilihan terbaik untuk di usahakan sebagai perladangan, walaupun tumbesaran agak perlahan, ketahananya serta tiada alahan penyakit . Hanya 2 spesis baka di Malaysia yang mudah ditemui, Aquilaria Malaccensis lamk dan Aqilaria Hirta. Dua cara untuk menyemai spesis spesis ini, bijih dan anak tumbuh. Pada bulan setiap bulan mei buahnya akan gugur dan bercambah di sekeliling
Keadaan cuaca mesti diambil kira, untuk mencabut anak tumbuh bagi mengelak akarnya kering sebelum disemai. Untuk mengekalkan kelembapan gunakan :-
1) Bungkus akarnya dengan tisu basah atau
2) Kain basah atau
3) Gunakan baldi berisi air
4) Lakukan ketika cuaca tidak terlalu panas.
5) Semaian sekan padi bakar
6) Jarak tanaman 8 meter x 8 meter
7) Lubang tanaman 30cm x 23 cm x 23 cm
Ketika dalam semaian, gunakan netpolly * plastic sebagai teduhan , dengan siraman air sekurang kurang 2 kali sehari. Kebiasaanya pokok gaharu akan berpucuk 2 minggu dari tempoh semai, anak semaian juga mermerlukan siraman baja 1 bulan sekali. Kersesuainya pernanaman anak semaian kertinggian 1 ½ kaki, jarak tanaman pokok semaian 8 meter x 8 meter .
Spesis dari tisu culture
Spesis ini di bawa masuk dari Negara –negara Indochina melalui Negara Thailand, serta Thailand juga membekal spesis klon Aquilaria Sub-Intergra, spesis dari Indochina yang mendapat tempat di kalangan pengusaha di Malaysia, Aquilaria Crassna dan dari Vietnam India pula Aquilaria Agallocha Roxb. Semua spesis ini adalah hasil dari tisu culture, yang makmalnya beroperasi di Thailand .
Tumbesaran dan tempoh matang spesis import ini bergitu cepat, jika dibandingkan di antara spesis tempatan. Factor utama Kelemahannya alahan penyakit kulat, anai anai serta ulat penyebab utama pokok import ini mati dan mudah tumbang bila berusia 3 tahun, akar tunjangnya pendek hanya di sokong akar jari yang banyak.
Untuk mengelak alahan :-
1) musuh tanaman :- menggunakan racun ( Kulat , Ulat dan anai anai )
2) Mengelak dari tumbang :-
(s) Kayu penyokong
(b) Menanam 1 lubang 2 pokok.
( c ) Mengunakan baja pengalak akar
( d ) Lubang tanaman 30 cm x 23 cm x 23 cm
Mengapa para para pengusaha menyukai spesis Import …?
1) Dalam perniagaan , setiap pelaburan yang dilaburkan, pulangan pelaburan masa yang singkat yang di utamakan. ( tempoh matang spesis import singkat )
2) Dari kajian serta berkesanan penghasilan teras, spesis import ini telah terbukti dengan menggunakan vaksin ketika ini, menghasilkan teras berkualiti.
3) Spesis import banyak di jual dan mudah diperolehi.
4) Harga ditawarkan berpatutan, jika dibandingkan dengan harga spesis tempatan.
5) Mudah subur
6) Jarak tanaman 6 meter x 6 meter
Untuk mendapat anak semaian bijih spesis import ini, dalam 2 hingga 3 tahun lagi, Negeri Kelantan akan mengeluarkan pelbagai spesis anak bijih dari spesis import sebagai pembekal utama di Malaysia.
Berita :- Taman Herba Pusat Latihan Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN ) yang sedang di baikpulih akan di tanam dengan pelbagai pokok Spesis herba termasuk semua spesis Gaharu. Usahasama goldforest R&D Gaharu & LKTN. Gold forest juga sedang mengenalpasti tanah keluasan 4 ekar untuk perladangan semua spesis gaharu di daerah, pasir puteh, Kelantan.
Anak tunngul :-
Bahan yang diperlukan semasa mencabut anak tunggul bagi mengekal kelembapan :-
1) Kain conton basah / guni benang jud ( untuk membalut akar )
2) Jauhi dari cuaca panas.
3) Lilin
Semaian :-
1) Teduhan
2) Pollybag mengikut sais anak tunggul
3) Sekan padi bakar campur tanah
Semasa dalam semaian, siraman baja juga diperlukan untuk pengalak akar serta pengalak daun. Jika di usahakan anak tunggul ini dapat dipasarkan dengan harga yang tinggi, ianya mempunyai kelebihan tersendiri, kesan cantasan merupakan stress semulajadi.
Permintaan pembekalan anak tunggul jarang diterima daripada para pengusaha, sebilangan kecil nya , permintaan daripada pengusaha industri pemprosesan minyak yang berani mencuba penanaman anak tunggul ini.
Anak tunggul di semai di atas permintaan pengusaha, 4 – 6 bulan dari tempoh semaian atau setelah mengeluarkan pucuk , anak tunggul boleh ditanam, jarak tanaman 8 meter x 8 meter . peratusan hidup 70% :-
1) Lubang tanaman 40cm x 40cm x 40cm.
2) Baja alas / organik
3) Keadaan tanah lembap
Tiada ulasan:
Catat Ulasan