Jumaat, 19 September 2014

GAHARU.. Kegilaan Bermula.

Diwaktu kesibukan, kegilaan mengejar masa, saya hampir terlupa, catatan blog gaharu sudah bergitu lama tiada diterbikan. Kesibukan di ladang, proses pembersihan rumput, membaja dan menyulat ganti pokok gaharu yang mati, di akibatkan kemarau panjang dan ada yang mati terkena semburan racun. Ditambah pula projek menyiapkan tapak ladang tambahan untuk muatan beneh gaharu pelbagai sepsis 3,000 pokok, bagi menutup jadual penanaman untuk tahun ini, planning penanaman 12,000 pokok pelbagai sepsis untuk tahun depan telah siap sedia untuk dilaksanakan pada seawal tahun akan datang. Insyaallah.


“ Boleh bagi bukti , seorang telah jadi jutawan dari hasil jualan gaharu?” Soalan daripada seorang yang boleh di anggap kurang matang, bagi saya soalan biasa yang sering di ajukan oleh orang kampong. “Perlu ker anda bagitahu orang lain darimana anda perolehi kekayaan?” Saya bertanya kembali pada si penanya ini. Jika tiada bukti, tiada realiti, anda rela kah, melabur wang ringgit beratusan ribu, pada sesuatu pelaburan?. Anda dapatkah menilai  ilmu seseorang, tahaf mana kemampuannya, mengapa beliau bergitu berani, laburkan hampir setengah juta ringgit di dalam industri gaharu., adakah saja saja hobi atau ikut ikutan daripada orang lain?. Jawapannya saya mahu anda fikir serta cari sendiri di laman laman website.


Sesiapa mula mengenal gaharu, bermula lah satu kegilaan, kegilaan tanpa penghujung, mencari ilmu, memburu gubal, berusaha bagaimana minyak gaharu akan di proses, akan menanam sebanyak banyak yang mampu, mencari vaksin dan lebih lagi bila mengetahui gubal gaharu bergitu mahal nilainya. Mengapa sampai bergitu sekali kegilaannya?. Tahukah anda, Sepsis gaharu kyana (oud dirujuk sebagai 'super', 'double-super', atau 'tenggelamnya gred) telah pupus Borneo?. Setelah pupus di vietnam, beribu ribu orang Vietnam memcerobohi sempadan, mencuri gaharu di Taman  Negara, Combodia, Myanmar, Thailand, China, Papua hinggalah ke Malaysia, mereka sanggup membunuh renjer renjer perhutanan demi gaharu. Mengapa sampai sanggup membunuh demi gaharu?


Sebelum kegilaan muncul pada diri saya, saya akui , tetap tiada percayai gaharu boleh jadi jutawan. “ orang bernasib baik sahaja yang akan temui teras (gubal) gaharu, ia akan menjadi kaya raya, kerana nilainya bergitu tinggi.” Saya masih ingat perkataan ini yang di ucapkan oleh awrah datuk saya (Al’Fatihah). Di sisi lah bermulanya kegilaan saya, mula lakukan kajian demi kajian, timba ilmu dari hunter hunter gaharu, memasuki hutan belantara mengkaji pokok pokok gaharu liar, utamanya sepsis Malaccensis, yang dikatakan sepsis hampir sama dengan Kyana , cuma gred rendah sedikit dari gred Kyana.



Sewaktu memulakan kajian , rupa rupanya saya telah terlewat, telah banyak pokok pokok liar usia beratusan tahun di tebang sesuka hati oleh hunter-hunter gaharu dari Combodia , Thailand dan hunter gaharu tempatan. Jumlah amat besar sepsis gaharu lain termasuk Hirta, Branchyantha, Cumingiana, Microcapa, Rostrata , dan termasuk Malaccensis di musnahkan, lebih parah lagi bila adanya projek perladangan, tasik buatan, pembalakan dan pembukaan hutan . Tak mustahil kepupusan sepsis ini akan dialami sama seperti sepsis kyana di Borneo, bagi pendapat saya, ini bukan satu kegilaan, tetapi bersifat orang gila, tanpa memikirkan tentang perkara kebaikan untuk tahun tahun kehadapan.


Seperti virus menyular terlalu pantas yang di sebarkan oleh Kelantan Keridor Depu, wabak kegilaan terhadap gaharu bermula, seawalnya benih di jual bergitu tinggi nilainya, tetap tiada mengcukupi, di laporkan ratusan ribu pokok di masukkan melalui jambatan sempadan dan tongkang, secara sah dan seludup ke Malaysia. Permintaan bekalan tiada pernah putus, inokulasian tiada pernah berhenti, soal berjaya atau tidak, itu bukan jawapan, yang pasti mereka tetap berusaha. Ini pun satu kegilaan, kegilaan kerana keyakinan, bukan kegilaan, saja-saja gila .. kikikiki. Kegilaan ada halatuju.


Mengapa persoalkan berapa ramai orang telah menjadi JUTAWAN dari jualan hasil gaharu, jangan jadi satu kegilaan hanya bertanya, tahaf mana tiada kepuasan hati, mengapa mahukan contoh mahu berusaha?. Jika saya termasuk golongan JUTAWAN hasil jual gaharu, tidak akan saya bagitahu darimana duit saya dapat , yang pasti anda tiada sesekali berani bertanya, nak menegur pun segan, sahkan bertanya, lagipun saya pun tak akan layan soalan sedemikian. Yang terbaik biar ada usaha, ada penantian daripada tiada apa yang dinantikan, bila kita berusaha pasti ada ganjarannya dari NYA , rezeki banyak atau pun sedikit itu hak NYA JUA.


Saya mahu mengulas . Mengapa penceroboh pencuri gaharu dari Vietnam sanggup membunuh? hanya satu kilogram bernilai $50,000 hingga $300,000 akan di jual kepada pembeli dari china dan Jepun. Sesiapa pun akan menjadi kegilaan bila mengetahui betapa bernilainya gaharu, tiada lagi ada perasan rasa bersalah, rasa takut, rasa jemu dan yang pasti gaharu akan di perolehi walau sebagaimana cara sekali pun, dan mereka akan menjualnya ke Negara China dan Jepun. Manakala orang di Negara China dan Jepun, hanya menyimpan gaharu yang di beli di dalam almari yang bertahun tahun lamanya sebagai koleksi  , sehingga ke anak cucu. Manakala kegilaan orang orang di Negara  Timur Tengah, tertumpu kepada minyak oud dan chip gaharu.


Kegilaan ini terus merebak dengan tertubuhnya Modal Perladangan di Asia, perladangan gaharu di wujud di beberapa Negara termasuk Malaysia, Thailand, Butan, Bangladesh, India, Laos, Myanmar, Papua New Guinea dan tiada kertinggalan di Negara Vietnam. Kegilaan ini semua kerana permintaan jauh lebih tinggi dari bekalan, berdasarkan kajian kadar bekalan Cuma 40% daripada permintaan dan 1 liter minyak gaharu boleh di jual sekitar $ USD 10,000 – 14,000 di pasaran ( laporan Vietnam post 2007). Manakala laporan kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dunia memerlukan 4.5 jura kilogram gaharu setahun. Nilai gaharu dihantar keluar dari singapura sahaja setiap tahun telah dianggarkan melebihi $ 1.2 billion.


Bila anda terus membaca tentang gaharu, anda akan temui jawapannya, mengapa kegilaan ini muncul di kalangan pengiat gaharu, yang mereka fikir, cuma gaharu mampu mencapai impian secara pintas demi capai kemewahan. Di sebabkan, kos pengurusan terlalu tinggi, membuka ladang, pembelian tapak ladang, pembelian benih serta penginokulasian, untuk menampung kos ini, terancang beberapa pakej program pelaburan gaharu, pakej usahasama dan pelbagai bagai pakej. Antara pulangan ke atas pelaburan yang dijanjikan itu, selama 7 tahun, 1 ekar 1 ribu pokok pulangan 2 juta. ( petikan dari laman web berpangkalan di Malaysia ).


Akhirnya saya mengulas nilai ekonomi, Nilai pertama gred gaharu adalah terlalu tinggi, terdapat pelbagai kualiti dan produk di pasaran yang berbeza-beza dari lokasi perbezaan geografi dan penyulingan. Dengan pelbagai-bagai harga, dari beberapa dolar per kilo bagi kualiti yang rendah, kepada $ 30,000 untuk minyak berkualiti tinggi. Manakala kayu resin, cip gaharu $ USD 20 per kilo mampu mencecah $ USD 6,000 per kilogram. ( Persidangan Gaharu Antarabangsa 2003) minyak ouh suling boleh mencecah $ USD 20,000 sekilogram bergantung kepada kesucian minyak. Di pasaran global semasa bagi gaharu dianggarkan dalam lingkungan $ USD 6-8000000000 dan sedang berkembang pesat, bagi perbelanjaan sebanyak sebanyak dolar AS 32,000, di jangkaan memberi pulangan adalah kira-kira dolar AS 104,000 pada akhir 7 tahun, cuma 29% pulangan dari Negara Arab. ( Persatuan Ouh Arab).


Tepuk dada anda, tanya poket anda, jangan malu bertanya, lakukan kajian selidik, mengapa kegilaan ini berlaku tanpa henti pada pengiat gaharu . Anda tak mahu duit, tak mahu kesenangan, jika anda tiada ingin status jutawan gaharu.. Abaikan dari memikirkan kegilaan ini semua…TQ.

Ahad, 13 Julai 2014

Gaharu.. Big Problem.

Coretan Pengelaman 2008
Bila memikirkan kegagalan, kita pasti hilang semangat juang, fikiran bertambah buntu dari terus mencuba dan untuk membina semangat baru bertambah sukar. Tetapi, bila memikirkan kejayaan semakin hampir, terpaksa anggap semua kegagalan itu ada satu jalan untuk menuju kejayaan, kikikiki .. tak nak kuburkan usaha kerjaya yang telah di bina bertahun tahun, terpaksa menelan walaupun sepahit pahitnya dan kita bina semula dengan azam, kita pasti akan berjaya dan bersedia menempuh sebarang cabaran. 


Munculnya tahun 2008, genap 8 tahun bergiat ala kadar, lakukan apa yang di bagitahu, yang di dengari dan meniru apa yang pengiat lain lakukan. Kikikiki.. tak boleh jadi, dok meniru jer, mesti ada cara sendiri, kalau dok meniru, dok membeli vaksin, tak akan sampai tagged dan terlintas di fikiran, lama kelamaan pengedar vaksin akan boikot dan jahanan lah segala galanya usaha. Lagipun pokok pokok liar semakin banyak jumlah nya di tawarkan untuk di inokulasian.


Mula jauhkan diri dari pengiat tersohor, mesti berdirkari atas kaki sendiri, jika berjaya tiada siapa boleh menghubungi kait dengan mereka, tiada mahu di hantui oleh bayang bayang mereka. Dari berusaha secara diam diam, secara sambilan mesti di ubah menjadi satu kerjaya. Kikikikiki.. yang pasti Big Problem akan pasti dihadapi, itu perkara biasa jika mahu berjaya berdiri di atas kaki sendiri. Sudah tiada masalah akan timbul lagi, pokok pokok liar kian bertambah ditawarkan, Pembekal benih sedia membekal stok, tapak perladangan tiada menjadi masalah dan bergitu juga vaksin, telah memilik formula bagaimana menghasilkan cecair pengalak resin sendiri.


Sekiranya tiada selesaikan masalah ini, pasti akan hadapi masalah semakin besar, pengusaha order benih nak ambil kat mana, pokok pokok liar yang di perolehi, nak inokulasi nak guna vaksin apa dan sudah pasti menyiapkan ladang sendiri akan melibatkan kos yang tinggi. Kalau setakat ambil upah inokulasi, baik tak payah, tu cuma kerja kayakan orang jer, orang tuai pokok, yang kita cuma bantu, apa yang kita dapat..?. Sambil berurusniaga, kita juga bergelar pengusaha, mempunyai vaksin ciptaan sendiri , ada pokok di inokulasi hak sendiri, mempunyai ladang sekurang kurang 1,000 pokok permulaan, walaupun itu cuma sejumlah kecil, ada bukti hakmilik sendiri.


Tahun 2008 umpama hidup kembali bernafas jarang jarang, bersama azam, bertekad berusaha, berikhtiar dan bertawalkal, berwajah baru serta planning baru bergerak secara solo, urusniaga tertumpu 100% di bidang gaharu teknologi. Ia nya bukan lagi berbentuk kajian tetapi perlaksanaan mengikut factor, lojic serta teori berlandaskan dari pengelaman selama 8 tahun. Bukan masa yang singkat kegagalan di alami, segala galanya adalah satu sumber pembelajaran membentuk diri menjadi lebih teliti serta matang.


Dari tahun 2005 sehingga hari ini, rupa rupanya bukan kita seorang menemui kegagalan, setiap seorang pengusaha yang di temui, cuma kedengaran  nada keluhan telah menghadapi masalah besar. Masalah, masalah dan masalah, penginokulasian dijalankan tiada menghasilkan gaharu, nasib lah kau … Kikikiki.. Kita pernah alami keadaan serupa, habis, mahu gulung tikar..?. Kumpul duit kembali, duit yang telah hangus tu, lupakan lah, tak akan diperolehi kembali dan pasti kali ini kita terus berjaya, berjaya setelah mengalami kegagalan yang parah, kita sama teruskan perjuangan.


Sekiranya kita amalkan perkara yang sama, iaitu masih bergantung harap bekalan vaksin import, baik lupakan azam baru mahukan kerjayaan. Tak payah nak berangan angan wang di laburkan sebelum ini, seperti perkataan yang pernah terkeluar oleh pembekal vaksin dulu dulu, No Problem bos, money back guaranty, yang terjadinya bila big problem di hadapi , sorry bos, no money no back guaranty. Ianya hanya mengekalkan cerita lama atau mengulangi kembali peristiwa lama .. bertambah penuh di memori kita dengan kenangan silam yang tiada manis, semuanya kenangan pahit pahit, ditambah pula sindir sindiran oleh orang yang paling hampir, tentu panas cuping telinga, juga kan..?  kikikiki.


Pada tahun 2007 di uji terus di uji, lepas satu masalah, timbul satu masalah, di cop dah perangai gila gila,pada fikiran mereka kita buat perkara tiada berfeadah, sengaja gila gila masuk hutan keseorangan dan semua di lakukan di anggap pelik di mata mereka. Maklumlah baru membina kehidupan baru, mencari tapak asas tujuan membina semula semangat, corak penghidupan dah jadi resmi ayam, tidur tidur ayam, fikiran sentiasa memikirkan bagaimana mahu mendapat suntikan modal, rezeki kadang kadang dapat, tetapi, banyak yang tidak,  kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tetapi, bernasib baik tidak berkaki ayam .. kikikiki.


“ Ok .. aku mau test vaksin ciptaan kau untuk 1 pokok buat permulaan, jika ia mampu menghasilkan jalinan resin sempurna dalam tempoh 3 bulan, semua 4 pokok 350sm ini, kau inokulasi, aku sediakan duit cash membayar khidmat inokulasian kau jalankan nanti..” Cabaran dari seorang kawan. Penghujung tahun 2007 Big problem mula beransur ansur pergi, maka bermula lah era baru di awal 2008, tempahan anak benih bertambah, kontrak perladangan lepas satu, satu selesai di lakukan, bermula projek peribadi inokulasi pokok share dengan pemilik pokok dan stok vaksin kian bertambah.


Bukan senang mahu senang, bukan susah mahu susah, kita di uji bukan erti ianya satu musibat tetapi rahmat yang terselindung, menguji kita tahaf mana kesabaran kita, mampu kah kita mengucapkan Allhamdulillah ketika menghadapi ujian dari Nya. Kegagalan sudah pasti ada puncanya, kemungkinan segalanya berlaku dari kesilapan kita sendiri, cuma kita tiada mahu mengaku silap diri sendiri, kerana kita manusia ini terkenal bersifat keegoan .. kikikikiki.. betul ke..? TQ.

Rabu, 2 Julai 2014

Gaharu.. Tak seperti di cakap.

Coretan Pengelaman 2006.
Pagi petang siang malam, bercerita tentang gaharu, yang pasti tajuk utamanya tanam gaharu boleh jadi JUTAWAN , Betul ke..? Tiada tujuan lain, termimpi mimpi untuk menjadi jutawan , bergitu juga angan angan serta impian. Tanam 50 pokok 8 tahun nanti boleh di tuai dan sudah pasti ratusan ribu ringgit boleh di perolehi. Kikikikiki.. senangkan, tak payah bersusah susah, beli beneh berapa ringgit jer sejumlah tu, untung pula berganda ganda, masuk akal ker..?


Itu lah planning kita, itu lah bermain di fikiran saya seawal awal bergiat di bidang ini, lihat dan dengar orang tanam sana sini, kita mula gatal tangan, pantang ada duit lebih, bersih tanah dan mula lah berkebun gaharu. Pantang terjumpa pokok gaharu liar malaccensis lamk bersize besar, mula geram beli vaksin, belajar inokulasi sendiri, teknik penginokulasian ikut dengar orang cakap, semuanya main bantai, bukannya pandai, cuma buat buat pandai jer, jadi atau tidak itu lain cerita, janji pokok idaman siap di inokulasi bersama impian 2 tahun nanti pasti boleh di tuai dan gaharu akan di jual beratusan ringgit sepokok.


Kata orang, tanam pokok ini tak payah di jaga, kan pokok hutan, pokok tumbuh liar, senang hidup, tak payah taburkan baja, ia membesar tanpa jagaan .. kikikikiki.. senangkan. Ada pula yang bagitahu pokok ini lambat membesar, 50 tahun belum pasti dapat hasil, lagi parah memikirnya, kan kita dah tanam, mengapa lah baru bagitahu perkara sedemikian. Mahu atau tidak mahu, terpaksa teruskan juga, lantaklah apa orang nak kata, 50 tahun ker, 100 tahun baru dapat hasil, ikut lah apa nak jadi, kita dah bermula dan tak dapat nak berundur lagi.


Tanam menanam tetap di teruskan, bergitu juga penginokulasian tetap dilakukan. Keraguan pada vaksin yang di beli tiada timbul, telah diyakini berkesan menghasilkan gaharu. Beli hati sendiri, 2 tahun nanti semua pokok yang di inokulasi boleh ditebang. Setiap 3 bulan datang melawati pokok pokok big size yang di inokulasi, terasa bangga mula timbul, dahan pokok mula gugur daun .. kan itu menunjukkan stress. Tempoh 6 bulan datang lagi, kikikikiki.. hati mula tertanya tanya mengapa dahan dahan nya patah, jatuh berlempangan di pangkal pokok, hebatnya berkesanan vaksin import ini .. ya ker..?


Dia orang bagitahu bila pokok gaharu mati meninggalkan gaharu, hebat kan, kalau betul bergitu. Bila masuk tempoh inokulasi 1 tahun, gi jengok lagi.. hebat terlalu hebat, kikikiki.. semua dahan dahan berselerakan gugur , sampai nak masuk rapat ke pangkal terpaksa mengerat dahan dahan sebesar sepemeluk. Tebang pokok yang tak berdahan dengan andaian , berkilo kilogram pasti dapat gaharu.Tebang pokok gaharu yang hampir reput, sah kan dapat gaharu, nak proses minyak pun tak dapat , bertambah malang nasib si mat jenin.


Tak pernah patah semangat, lawat pokok yang di tanam berusia 2 tahun, bergelempangan rebah di pukul ribut, kikikikiki.. Garu sana garu sini, apa sudah jadi..? Bangkitkan semula, bubuh penyokong supaya ianya tegap semula, berhari hari kerjakan kerja yang tiada pernah di duga. Semasa order beneh dulu dulu, dia orang cakap baka dari bijih, bukan baka kultur tisu, tu yang order, tanam pun mengikut sistem biasa, jarak tanaman 8 x 8 x 8 kaki,  kan anak bijih tahan lasak akar tunjangnya panjang, walaupun di tiup angin kencang sukar juga tumbang.


Datang ziarah lagi selepas 3 bulan, aduhai, pokok pokok yang di bangkitkan semua tiada berdaun, batangnya dah kering, ternyata dah mati kerana semasa di bangkitkan akar akarnya putus. Ini lah puncanya silap diri sendiri, sayang nak luangkan masa untuk cari ilmu teknik perladangan gaharu, tanam dari dengar cerita daripada orang yang tak pernah menanam walaupun sepokok. Kikikiki .. Tak seperti dicakapkan, semuanya senang, tanam jer tak payah di jaga ianya akan membesar sendiri dan bergitu juga inokulasi, drill jer masuk vaksin, tunggu 2 tahun dapat pokok dapat di tebang.


“ Yang pokok engkau masih berbaki tu, kau rawat jer, tak kira usia, sebesar lengan pun dah boleh di rawat..” dengar percakapan seorang kawan. Ya tak ya juga, kalau dirawat awal, lama kelamaan gubal menjadi tebal, biar terus membentuk dari kecil lagi. Apa lagi, beli vaksin lagi, kita rawat pokok tanam pula, tanpa mengira size. Kejap jer kerja inokulasi di lakukan, maklumlah dah mahir katakan, lagipun gunapakai vaksin amat menjimatkan, kan pokok sebesar lengan, kacang jer.


Masuk bulan disember, pokok pokok yang dirawat mula mengeluarkan pucuk pucuk baru, tambahan pula selepas di bubuh baja tanpa ada tanda kesan stress. Pokok yang telah di inokulasi sebesar lengan tadi terus subur, gembira kerana teknik inokulasi pokok bersize kecil telah berjaya. Enam bulan selepas itu, perubahan cuaca bermula, dari keadaan kering, berubah musin hujan dan berangin kencang, yang mengakibatkan pokok pokok ini patah di tiup angin, betul di kawasan yang di inokulasi. Kikikiki.. lagi haru jadinya.


Apa yang tak kena pula nie..? kajian selidik bermula, factor faktor utama, mungkin agaknya , kawasan tanaman terlampau terdedah tiupan angin, vaksin terlampau double dos, tak sepatut lakukan inokulasi pada pokok usia 2 tahun atau kereputan terlampau telah berlaku. Jika perkara yang tak sepatut kita lakukan, kita lakukan juga, berginilah jadinya, kikikikiki.. Tak sama seperti dicakapkan oleh dia orang, inokulasi tunggu, tanpa kita fikirkan factor factor lain, kebodohan diri sendiri yang mengakibatkan kegagalan, tiada boleh menunding jari menyalahkan orang lain.


Dari kebodohan kita, sekurang kurang mendapat menimba pengelaman baru, ilmuan dari kebodohan kita. Kikikikiki.. sabar jer lah, pengelaman mengajar kita menjadi lebih berhati hati, kita telah menjadi lebih matang membuat satu satu keputusan. Kita tiada rugi, dari diperbodohkan kita menjadi lebih berhati hati untuk mempercayai kata orang lain. Bila sikap berhati hati kita mula sebati pada diri kita, bertambah sukar untuk mempercayai kata kata seperti yang dicakapkan kepada kita. Sekurang kurangnya kita telah perolehi ilmu secara terus dari pengelaman. TQ.

Jumaat, 27 Jun 2014

Gaharu.. Merapu sikit..!!

Pelbagai bagai ragam perangai manusia, ada yang perangai buat buat semua tahu, hal itu ini bagaikan semuanya telah di lalui. Pantang kita lepas cakap, apa kita usahakan, mulalah di hurai dari awal hingga akhir .. kikikiki.. lebih mahir dari kita yang telah tahun tahun menceburi sesuatu kerjaya. Bercakap bukan main dengan gaya gaya sekali, kita cuma mampu tersenyum ,  cuba cuba gelak jarang jarang dan kadang kadang mengeluarkan kata mengapi apikan, jadi batu api, supaya biar dia nampak kata kata bualan membuktikan yang dia pengelaman dan dia menganggap bualan itu semuanya betul.


Ikhlas saya catatan, saya sedikit pun tiada perasan dengki dan irihati pada pengiat gaharu lain, siapa lah saya, cuma pengusaha kecil, tiada tersohor, hanya bergiat mengikut kemampuan sendiri. Kalau ada terlintas di hati mereka yang saya ini adalah saingan, itu kena terima hakikatnya, sebab kita sama berurusniaga di bidang ini. Usah risau, saya tiada gemar menggangu, tiada suka komen dan ambil tahu urusniaga anda, lagipun saya tiada pernah kenali anda, saya berurusniaga secara saya sendiri, jika anda inokulasi sejuta pokok sekali pun, saya tiada ambil kisah, itu sudah rezeki anda, saya tumpang gembira, kerana anda telah menaikan nama industri ini.


Jika anda menuduh saya yang bukan bukan, atau cuma mendengar dari mulut ke mulut,  itu satu kesilapan. Sebetulnya anda tiada pernah mengenali siapa diri saya, cuma kenal nama, anda cam gambar saya,  tengok aktiviti yang saya update di FB. Anda harus maklum, setiap promosi urusniaga hak peribadi, promosi mesti memihak diri sendiri .. kikikikiki.. ada ke, nak bantu promosi urusniaga orang lain. Setiap orang ada kelebihan tersendiri yang Allah anugerahkan, ini perkara wajib kita akui. Jangan sesekali kita mengaku kita adalah terbaik, itu pengakuan yang silap. Sedar kah kita orang lain lebih berkemampuan lebih dari kita, lebih berilmu, kita ini cuma ada ilmu sebesar hujung jari dah nak bermegah..?


Walaupun mempunyai ilmu yang sama, kadang kadang sejumlah rezeki kita berbeza di perolehi. Mengapa Allah bagi rezeki melimpah kepada saingan kita, padahal berurusniaga perkara yang sama.. Semua factor memainkan peranan, iaitu, sifat hati kita, sikap amanah pada diri sendiri, sifat hati yang pemurah, tiada sifat egoan, hati mereka bersih, tiada mempunyai perasan dengki kianat, dengan sifat berginilah Allah gandakan rezeki mereka. Ini , tidak, pantang saingan kita berjaya, mulalah sindir itu sindir ini, macamana Allah nak makbulkan permintaan murah rezeki, kalau hati sendiri tiada bersih.


Kalau lah baru bergiat di bidang ini, dah mula mahu mencabar pengiat ini, cabar pengiat itu, sampai berani memcabar pengiat lama, baik lupakan niat itu. Kita masih dalam proses pembelajaran asas, masih tercari cari maklumat, banyak perkara yang masih belum kita mengetahuinya. Tak kiralah kita belajar di luar negara atau timba ilmu di pelusuk dunia, yang tua mesti tetap di hormati, sindir menyindir bukan boleh di permainkan, berdosa kering kering lah kita. Lagipun kita tiada mengetahui ilmuan di dada seseorang itu, kita tiada boleh nilai tinggi mana ilmu seseorang  dari sekali pandang . Hanya kita seorang yang mengaku kita terhebat, selain dari kita, siapa yang akui..? kikikikiki.. Cuma kita sendiri mengaku diri sendiri hebat, angkat ekor sendiri, orang hanya mengangguk di hadapan kita.. di belakang..?


Jangan ingat 100% perbuatan kita lakukan, kerja kita, Allah restui, bergitu juga rezeki kita, hari ini Allah bagi segantang, esok Allah bagi secupak dan lusa tiada satu sen pun kita perolehi. Bergitu juga kerja kerja penginokulasian, setiap kejadian datang dari NYA jua, IA yang berhak di atas segala galanya dan kita wajib menerima seada adanya segala keputusan yang akan di tetapkan NYA. Walaupun sehebat hebat vaksin ciptaan kita dan teknik penginokulasian kita, sekiranya tiada restu dari Nya, ianya tiada akan berhasil.


Apa yang diri kita mampu, hanya berusaha mengikut factor yang betul , terus berikhtiar selagi terdaya ,  bertawalkal dan sentiasa memohon segala pengorbanan, pelaburan masa dan wang ringgit kita di restui dengan jayanya oleh NYA. Ini lebih terbaik dari kita mengekalkan di hati kita, sifat dengki irihati pada saingan kita, kita wajip akui, menghormati semua pengiat gaharu teknologi dan sentiasa memberikan semangat, agar sama mencapai kejayaan semua aspek. Jika pengiat lain berjaya melebihi kita, ia adalah rezeki nya, Allah telah perkenan dan makbulkan permintaan mereka.


Saya akui , memang saya tiada mampu untuk berlawan mahu menjadi siapa yang terbaik di antara pengiat gaharu teknologi. Tetapi, tiada terlintas di hati saya menjadi yang terbaik. Apa feadahnya saya nak berlawan menjadi yang terbaik, apa yang dapat..? Cuma apa yang saya mampu, berusaha secara kecil kecilan, penginokulasian ansur ansur, tiada menganggu pengiat lain. Segala keputusan siapa yang terbaik , hanya  pemilik, pengusaha pokok gaharu, pengiat mana yang mereka pilih. Mereka yang menilai kita, kerja kita, janji janji kita, bukti penghasilan vaksin ciptaan kita, ladang contoh kita sendiri dan cara kita menguruskan, kalau mereka memilih pengiat lain .. sila kan, itu pilihan mereka, saya tak rugi apa apa.


Tak kan sampai sanggup memaksa pengusaha untuk mendapat khidmat penginokulasian kita, kita bukannya bagi khidmat free, walaupun sepokok tetap mereka kena bayar .. Habis tu, kan duit mereka, lantaklah mereka nak dapatkan  khidmat siapa. Betapa rugi nya kalau kita memburuk buruk saingan kita, yang pasti orang sudah dapat menilai siapa sebenarnya diri kita, kebiasaan bila seseorang itu memburuk perangai orang lain, sebetulnya diri dia sendiri berperangai paling buruk. Kita wajib terima hakikat, yang kita bukan yang terbaik, ada lagi penginokulasian mengunapakai vaksin ciptaan sendri yang paling terbaik.


Masih ingat satu catatan pengelaman di blog gaharu saya “ Siapa yang terbaik..” dimana para para penginokulasian seawal memperkenalkan inokulasi, mengaku merekalah yang terbaik, yang menjadi akibatnya, ribuan pokok gaharu liar mati kerana kesilapan vaksin. Saya ajukan soalan  , “ siapa yang untung dalam kes ini.. adakah perkara bergini mahu di ulangi..?”. Tu lah sebab tiada guna melepaskan geram, bila melihat pengiat lain berjaya menghasilkan vaksin dan berkesanan vaksin mereka hingga pokok gaharu yang di inokulasi mereka berjaya menghasilkan gaharu. Sepatutnya diri kita sendiri harus belajar dari kesilapan kita sendiri, memcari formula cipta vaksin terbaik demi menaikan lagi industri gaharu teknologi. TQ.

Selasa, 24 Jun 2014

Gaharu.. Apa Aku Kisah..!!

GOLD-FOREST R&D GAHARU HQ.

“ Tuan , kami ada jual vaksin gaharu, kami tawarkan dengan harga termurah dengan pembelian 10 liter dan khidmat inokulasi jika di perlukan..” Terima sms, bila call, tak di jawab pula. “ Tuan.., kami tak perlukan vaksin serta khidmat sesiapa pun tetapi nak tahu juga, berapa tahun tuan bergiat di bidang ini, berapa pokok telah di inokulasi, berapa pokok telah di tuai, lokasi ladang di mana dan berapa puluh ekar pokok gaharu telah di tanam..? reply sms dari si anu.



“ Saya whatsapp imej pokok telah kami tuai, inokulasi 3 tahun lepas, jika tuan meragui saya.” Reply dari nya. “ Saya tak mahu tengok gambar hasil dari inokulasi, saya mahu lihat dengan mata saya sendiri pokok telah di rawat dan di tuai semasa kehadiran saya..” Saya reply.. “ Jauh tuan, ladang kami kat Thailand, kena ada trip, kalau tuan tanggung kos perjalanan, kita boleh pergi bila bila masa.” Jawab nya. “ Tak payah lah, merugikan masa jer, sah pokok tu bukan hak kamu dan vaksin dah tentu orang lain cipta .. sorry lah, kamu tawarkan pada orang lain jer..” kata saya penutup whatsapp.


Dia whatsapp juga imej gubal siap di carving, imej batang pokok, imej vaksin dan imej sedang menjalankan inokulasi. Kikikikikiki .. Salah satu imejnya terpapar wajah pengiat gaharu tersohor di Thailand yang pernah saya kenali dan pernah mengunakan vaksin beliau. Kita tak marah pun, dia kan mahu berniaga, mana tahu kot kot kita termakan promosinya, berduit juga dia .. kan..?. lagipun dia bukannya dia kenal siapa kita, yang kita nie maklumlah petani urusniaga cara kampung, baru aktif agaknya ceburi bidang gaharu, mungkin anggapnya kita nie pembeli vaksin dan dapat khidmat inokulasi dari pihak lain, logic juga kan anggapan nya tu.


Saya bukan tiada percaya berkesanan vaksin vaksin import ini, banyak factor saya kena kaji, saya kena selidik, utamanya bahan bahan proses halal atau tidak yang terkandung di dalam cecairnya. Setelah di inokulasi, contohnya, berjaya menghasilkan gubal. Apabila di ujikaji di makmal ( Lab ) gubal terhasil itu mengandungi bahan kimia, 2 tahun you..!! kita menanti penuh harapan, bila nak jualkan gubal tiada siapa yang mahu beli , sah kan mahu proses minyak, berulang lah nasib malang nya nasib kita, yang pernah berlaku sebelum ini, duit habis, masa terbuang, ke nak jual lelong murah , kikikikiki.. bagi free pun tiada yang mahu.




Bila melibat penggunaan bahan pemakaian, mandian , minuman dan permakanan , sudah tentu kita utamakan barangan suci, bersih serta halal. Air wangi boleh di pakai ketika solat, loysen badan mesti dari bahan yang bersih dan makanan serta minuman mesti bebas dari bahan di awet mengunakan kimia. Sekiranya kita tiada di yakinkan atau bukti cecair vaksin itu bebas dari bahan bahan terlarang, bagi saya, saya tiada berani mahu mencuba walaupun di beri percuma, kalau anda mahu mencuba, silakan .. Maaf, saya bukan jenis si batu api.

  Tempoh Inokulasi 3 bulan kami

Jika saya hanya di kalangan pengusaha ladang seperti anda, tiada pernah menjalankan inokulasi, pasti saya tiada mampu mendedahkan perkara yang benar. Yang beza antara saya dengan anda, saya 100% bergiat urusniaga di bidang ini hampir 15 tahun, boleh di kata A to Z, dari pembekalan beneh, kontrak perladangan, menghasilkan produk berasaskan gaharu, sehinggalah penginokulasian dan berjaya mencari bahan bahan cipta formula cecair vaksin sendiri. Bila telah berjaya cipta cecair vaksin sendiri serta tahu bahan bahan mentah apa boleh di jadikan vaksin, ada bahan bahan yang halal dan bahan berbahaya juga boleh di jadikan bahan larut sebagai cecair vaksin pengalak resin gaharu.


Hak Milik kami bukan di bawa masuk dari luar negara.

Bila dah berada di tahaf ini, pelbagai bagai desas desus terdengar di telinga .. “ Apa aku kisah..” . Semuanya dasar irihati, kerana saya telah terlalu jauh meninggalkan mereka, yang pernah menumpang saya waktu pertengahan bergiat di bidang ini. Sesiapa yang ingin serta saya, ini lah selalu saya selalu ucapkan, “ Bagi membina sesuatu kerjaya gila gila ini mesti pengorbanan, mesti bersabar , diri mesti ada kenyakinan, wajip berani menempuhi segala cabaran dan wang ringgit akan memainkan peranan paling utama, jika semua ini tiada di dalam diri kamu, baik awal awal lagi kamu tarik diri, sebelum kamu mengaku di pertengahan jalan.”


Yang tergelaknya bila saya membuat permintaan .. “ kamu kata nak share bisnes, ok aku setuju, Kamu dapat sedia ker kos perjalanan  separuh, tujuannya untuk kajian bahan bahan mencipta vaksin, kos perjalanan, penginapan serta makan minum selama 3 bulan. Boleh kuar ke ..? ”. Terdengar di telinga saya ..” oh .. banyak tu, nak cekup kat mana. “. Selepas dia berkata sedemikian, terus menjauhkan diri. Sehingga saya mulakan jelajah perseorangan seperti di rancang, tebalkan muka, bertemu sifu sifu gaharu tersohor dari sebuah Negara ke sebuah Negara, untuk dapatkan apa dia bahan larut terkandung di dalam vaksin gaharu, mencuri formula secara terhormat, selama 3 bulan, ilmu yang di perolehi cuma teori asas bagaimana cara memproses vaksin.


Sesiapa yang tiada sanggup terima kesusahan bersama sama, “ kau boleh belah, buang masa aku nak melayan kau..”. itu kata saya setelah dia muncul ketika vaksin pertama ciptaan saya di tuang pada pokok gaharu berukuran 350sm. Ada lagi desas desus berbunyi, mengatakan vaksin ciptaan saya mengandungi bahan kimia, bahan larutnya beracun dan pelbagai bagai lagi. Jalan terbaik nya, saya berani minum cecair vaksin ciptaan saya di hadapan pemilik pokok, dengan jaminan sekiranya pokok anda mati kerana alahan tuangan vaksin ini, saya bayar ganti rugi.


Jika ianya bercampur racun, tentu saya tiada berani meminumnya dan sudah tentu cecair pengalak resin ini, saya yang cipta bebas dari bahan haram. Jika vaksin kepunyaan pecipta lain, saya tak berani minum walaupun setitik. Kerana saya tiaga mengetahui apa bahan larut terkandung di dalam  vaksin ciptaan mereka. Bila saya berani meminumnya ternyata bahan bahan larutnya bersih, halal dan tiada terkandung bahan kimia. Saya catatan di blog gaharu ini, seakan akan mahu menjawab semua persoalan, sifat ragu ragu , desas desus yang selalu di dengari .. jika anda ingin merasai keenakan vaksin .. jom kita boleh minum bersama sama, jika mabuk, kau tanggung sendiri .. kikikikiki . TQ.

Ahad, 11 Mei 2014

Gaharu.. Kerjaya Gila Gila..?

Kota Heritage Hotel, Kota Tinggi, Johor. 9hb.Mei.2014
Semak kembali draf project kali kedua percapaian project selama 5 bulan, draf planning project awal tahun dan program program kerja untuk sepanjang tahun, bajet kos sara Road to Agarwood dan kos keraian tetamu akan bermula awal januari sehingga penghujung disember. Adakalanya sesuatu project berjalan lancar, ada yang tertunda dan ada yang di siapkan separuh jalan.. kikikiki.. apa nak di kata. Kita cuma berperahu kecil, kadang kala kos project awal awal telah lari dari yang di bajetkan, satu satu project yang melibatkan kos yang paling tinggi di bidang ini, tak lain dari project inokulasian.


Bila sudah bergelar usahawan gaharu, pahit getir terpaksa di hadapi dengan penuh kesabaran, telinga mesti di pekakkan, mulut terpaksa di kunci dari bicara tentang gaharu, fikiran mesti sentiasa tenang, berfikir merancang. bagaimana mahu mencari punca kewangan bagi menampung semua kos project yang di drafkan. Setiap tahun project penanaman mesti di lakukan, selepas kurantin anak beneh mesti di pasarkan dan bergitu juga project inokulasian wajip di teruskan setiap bulan.


Kerja mesti ada perangai gila gila, gila gila kita biar bertempat, gila gila ada hala tuju dan bukan gila gila habiskan duit tiada tentu hala tuju. Semua pengiat gaharu gila gila perangainya agaknya .. kikikikiki .. Selagi tiada berjaya selagi itu lah mereka lakukan kajian, senang senang laburkan duit, kat pokok liar, tanam selagi ada tanah kosong, ada yang berkata pengiat gaharu seperti kita ini hanya buangkan masa dan pantang jumpa pokok gaharu, inokulasi lah kerjanya, tak pernah kenal erti kesudahan.. tak gila gila ke namanya perangai seperti itu..?


Dengan berperangai gila gila serta kerjaya gila gila bergini, dari hari ke hari tanpa di sedari eset kita kian bercambah, ladang gaharu kita sentiasa bertambah dari 1,000 pokok berkembang menjadi 10,000 pokok, manakala pokok gaharu di inokulasi dari sepokok menjadi ribuan pokok. Bila ada yang cakap ini kerja gila gila, kerjaya yang sukar di terima akal, mengapa tak boleh di terima akal ?. Bagaimana agaknya kerjaya gila gila ini telah mampu menambahkan eset kita dan dari mana punca kewangan kita perolehi..? Sehingga berkemampuan membuat kita berjaya melaksanakan kerjaya gila gila kita ini..? Anda cari sendiri jawapan soalan yang saya berikan itu.


Jangan harap kerjaya gila gila ini ada orang sudi bagi bantuan pelbagai bentuk , yang biasa di dengari nya, bantuan kata kata patahkan semangat kita. Erti kata, perkatan sukar yang selalu di dengari, ini bukan factor utama atau terjadi satu halangan untuk terus berusaha untuk capai kejayaan, tetapi, semakin sukar sekiranya tanpa di usahakan apa apa, cuma mahu harapkan kerjaya datang dengan sendirinya. Jangan jadi anggapan orang lain satu halangan bagi kita membina kerjaya yang di cop gila gila ini menjadi satu kerjaya.


Kerjaya gila gila kita mengikut teori, factor dari kaji selidik dan sentiasa timba ilmu, maka dengan sedemikian lah kita menjadi gila gila laburkan duit di bidang ini. Bagi saya, anda terhebat dan terbaik dari orang mengatakan anda menjalankan kerjaya gila gila. Seperti yang saya catatkan di blog gaharu saya “ tiada guna kita buktikan kejayaan diri kita pada orang lain, kalau tiada percaya, apa kita kisah, kita tiada rugi apa apa, duit kita, ikut kita lah kat mana nak di habiskan . Tetapi, lebih terbaik dari labur kat pakej di anjurkan oleh orang lain, lebih baik aku uruskan sendiri, untung rugi, aku tahu kat mana duit aku habiskan.. kurang kurangnya dapat peluk pokok yang ditanam atas tanah sendiri, hati aku puas.. Kikikiki. ”.


“ Aku tiada hairan dan terasa bangga jika memiliki kekayaan dari harta pusaka perninggalan orang tua atau mewarisi syarikat di asaskan oleh keluarga. Tetapi, aku temui satu kepuasan, tetap bersyukur walaupun aku perolehi sesuap nasi dari kerjaya gila gila yang telah aku bina.” Satu ungkapan yang pernah saya ucapkan kepada seorang kawan, setelah mengeluarkan kata kata seakan akan mencabar kerjaya gila gila saya. Bukan saya cakap besar, mula ego serta telah lupa diri, kerjaya yang di bina bukan satu hari, belasan tahun, lebih arif di bidang ini dan tahu dimana noktahnya.


Bukan tujuan saya mahu melepaskan geram pada sesiapa di blog saya, tetapi, apa salahnya, kan, kalau sesekali lepaskan geram .? Blog kita , ikut kita lah, catat apa pun kan .. kikikikikiki. Ini semua ada lah halangan besar akan mematahkan semangat juang, akan berterusan di hadapi bila anda mula mula berjinak di bidang kerjaya kegaharuan, kerana ini adalah kerjaya gila gila yang cuma memerlukan aliran duit tunai tiada kesudahan, pulangan pelaburannya 2 tahun dan 9 tahun akan datang. kikikikiki.. Silap silap haribulan, tak berasap dapur, tanggung lah kau.


Kalau bandingkan antara saya dan anda, sudah tentu jauh bezanya, kalau di banding berperangai gila gila bergini, saya sudah agak, saya paling teruk gila gila. Tiap tiap bulan ada saja project inokulasi, beribuan pokok pelbagai size tersedia menanti untuk di inokulasi dan project penanaman hak sendiri ribuan pokok, sedang menanti pembersihan tapak selesai. kikikiki.. Lagi gila menghabiskan duit. Tiada support, tiada bantuan, duit masuk ikut kiri keluar ikut kanan, laju jer setiap bulan, seperti air terjun, jika nak di banding antara syarikat saya terlalu kecil dengan syarikat gaharu lain. kikikiki.. Jauh panggang dari api, kata orang tua tua, saya hanya jayakan setiap project  secara slow, seperti kura kura berjalan. Yang ada kelebihan saya, bergerak secara solo, tiada pakej pelaburan, cuma 30% pakej share dan 70% project sendiri semuanya pakai duit cash.



Kalau mengikut hati, memang tiada mahu share pelaburan dengan sesiapa, satu pendapat saya yang silap. Bila memikirkan kembali, setiap ideal yang Allah berikan wajip di shared kepada yang berwajip, sama sama seiring bantu membantu kepada sesesiapa yang memerlukan. Tetapi, wajip sama sama sudi berkongsi segala galanya. Biar sama sama senang, sama hadapi suka duka , sama sama capai kerjayaan dan yang pastinya sama sama terima dengan seadanya, di cop seangkatan mempunyai ideal serta kerjaya gila gila .. kikikikikiki.. Jangan marah. TQ.