Coretan
Pengelaman 2006.
Pagi petang siang malam, bercerita tentang gaharu, yang pasti
tajuk utamanya tanam gaharu boleh jadi JUTAWAN , Betul ke..? Tiada tujuan lain,
termimpi mimpi untuk menjadi jutawan , bergitu juga angan angan serta impian. Tanam
50 pokok 8 tahun nanti boleh di tuai dan sudah pasti ratusan ribu ringgit boleh
di perolehi. Kikikikiki.. senangkan, tak payah bersusah susah, beli beneh
berapa ringgit jer sejumlah tu, untung pula berganda ganda, masuk akal ker..?
Itu
lah planning kita, itu lah bermain di fikiran saya seawal awal bergiat di
bidang ini, lihat dan dengar orang tanam sana sini, kita mula gatal tangan,
pantang ada duit lebih, bersih tanah dan mula lah berkebun gaharu. Pantang
terjumpa pokok gaharu liar malaccensis lamk bersize besar, mula geram beli
vaksin, belajar inokulasi sendiri, teknik penginokulasian ikut dengar orang
cakap, semuanya main bantai, bukannya pandai, cuma buat buat pandai jer, jadi
atau tidak itu lain cerita, janji pokok idaman siap di inokulasi bersama impian
2 tahun nanti pasti boleh di tuai dan gaharu akan di jual beratusan ringgit
sepokok.
Kata
orang, tanam pokok ini tak payah di jaga, kan pokok hutan, pokok tumbuh liar, senang
hidup, tak payah taburkan baja, ia membesar tanpa jagaan .. kikikikiki..
senangkan. Ada pula yang bagitahu pokok ini lambat membesar, 50 tahun belum pasti
dapat hasil, lagi parah memikirnya, kan kita dah tanam, mengapa lah baru
bagitahu perkara sedemikian. Mahu atau tidak mahu, terpaksa teruskan juga,
lantaklah apa orang nak kata, 50 tahun ker, 100 tahun baru dapat hasil, ikut
lah apa nak jadi, kita dah bermula dan tak dapat nak berundur lagi.
Tanam
menanam tetap di teruskan, bergitu juga penginokulasian tetap dilakukan. Keraguan
pada vaksin yang di beli tiada timbul, telah diyakini berkesan menghasilkan
gaharu. Beli hati sendiri, 2 tahun nanti semua pokok yang di inokulasi boleh
ditebang. Setiap 3 bulan datang melawati pokok pokok big size yang di
inokulasi, terasa bangga mula timbul, dahan pokok mula gugur daun .. kan itu
menunjukkan stress. Tempoh 6 bulan datang lagi, kikikikiki.. hati mula tertanya
tanya mengapa dahan dahan nya patah, jatuh berlempangan di pangkal pokok, hebatnya
berkesanan vaksin import ini .. ya ker..?
Dia
orang bagitahu bila pokok gaharu mati meninggalkan gaharu, hebat kan, kalau
betul bergitu. Bila masuk tempoh inokulasi 1 tahun, gi jengok lagi.. hebat
terlalu hebat, kikikiki.. semua dahan dahan berselerakan gugur , sampai nak
masuk rapat ke pangkal terpaksa mengerat dahan dahan sebesar sepemeluk. Tebang
pokok yang tak berdahan dengan andaian , berkilo kilogram pasti dapat
gaharu.Tebang pokok gaharu yang hampir reput, sah kan dapat gaharu, nak proses
minyak pun tak dapat , bertambah malang nasib si mat jenin.
Tak
pernah patah semangat, lawat pokok yang di tanam berusia 2 tahun,
bergelempangan rebah di pukul ribut, kikikikiki.. Garu sana garu sini, apa
sudah jadi..? Bangkitkan semula, bubuh penyokong supaya ianya tegap semula,
berhari hari kerjakan kerja yang tiada pernah di duga. Semasa order beneh dulu
dulu, dia orang cakap baka dari bijih, bukan baka kultur tisu, tu yang order,
tanam pun mengikut sistem biasa, jarak tanaman 8 x 8 x 8 kaki, kan anak bijih tahan lasak akar tunjangnya
panjang, walaupun di tiup angin kencang sukar juga tumbang.
Datang
ziarah lagi selepas 3 bulan, aduhai, pokok pokok yang di bangkitkan semua tiada
berdaun, batangnya dah kering, ternyata dah mati kerana semasa di bangkitkan
akar akarnya putus. Ini lah puncanya silap diri sendiri, sayang nak luangkan
masa untuk cari ilmu teknik perladangan gaharu, tanam dari dengar cerita
daripada orang yang tak pernah menanam walaupun sepokok. Kikikiki .. Tak seperti
dicakapkan, semuanya senang, tanam jer tak payah di jaga ianya akan membesar
sendiri dan bergitu juga inokulasi, drill jer masuk vaksin, tunggu 2 tahun
dapat pokok dapat di tebang.
“
Yang pokok engkau masih berbaki tu, kau rawat jer, tak kira usia, sebesar
lengan pun dah boleh di rawat..” dengar percakapan seorang kawan. Ya tak ya
juga, kalau dirawat awal, lama kelamaan gubal menjadi tebal, biar terus
membentuk dari kecil lagi. Apa lagi, beli vaksin lagi, kita rawat pokok tanam pula,
tanpa mengira size. Kejap jer kerja inokulasi di lakukan, maklumlah dah mahir katakan,
lagipun gunapakai vaksin amat menjimatkan, kan pokok sebesar lengan, kacang
jer.
Masuk
bulan disember, pokok pokok yang dirawat mula mengeluarkan pucuk pucuk baru,
tambahan pula selepas di bubuh baja tanpa ada tanda kesan stress. Pokok yang
telah di inokulasi sebesar lengan tadi terus subur, gembira kerana teknik
inokulasi pokok bersize kecil telah berjaya. Enam bulan selepas itu, perubahan
cuaca bermula, dari keadaan kering, berubah musin hujan dan berangin kencang,
yang mengakibatkan pokok pokok ini patah di tiup angin, betul di kawasan yang
di inokulasi. Kikikiki.. lagi haru jadinya.
Apa
yang tak kena pula nie..? kajian selidik bermula, factor faktor utama, mungkin
agaknya , kawasan tanaman terlampau terdedah tiupan angin, vaksin terlampau
double dos, tak sepatut lakukan inokulasi pada pokok usia 2 tahun atau
kereputan terlampau telah berlaku. Jika perkara yang tak sepatut kita lakukan,
kita lakukan juga, berginilah jadinya, kikikikiki.. Tak sama seperti dicakapkan
oleh dia orang, inokulasi tunggu, tanpa kita fikirkan factor factor lain,
kebodohan diri sendiri yang mengakibatkan kegagalan, tiada boleh menunding jari
menyalahkan orang lain.
Dari
kebodohan kita, sekurang kurang mendapat menimba pengelaman baru, ilmuan dari
kebodohan kita. Kikikikiki.. sabar jer lah, pengelaman mengajar kita menjadi
lebih berhati hati, kita telah menjadi lebih matang membuat satu satu keputusan.
Kita tiada rugi, dari diperbodohkan kita menjadi lebih berhati hati untuk
mempercayai kata orang lain. Bila sikap berhati hati kita mula sebati pada diri
kita, bertambah sukar untuk mempercayai kata kata seperti yang dicakapkan
kepada kita. Sekurang kurangnya kita telah perolehi ilmu secara terus dari
pengelaman. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan