GOLD-FOREST
R&D GAHARU HQ.
“
Tuan , kami ada jual vaksin gaharu, kami tawarkan dengan harga termurah dengan
pembelian 10 liter dan khidmat inokulasi jika di perlukan..” Terima sms, bila
call, tak di jawab pula. “ Tuan.., kami tak perlukan vaksin serta khidmat
sesiapa pun tetapi nak tahu juga, berapa tahun tuan bergiat di bidang ini,
berapa pokok telah di inokulasi, berapa pokok telah di tuai, lokasi ladang di
mana dan berapa puluh ekar pokok gaharu telah di tanam..? reply sms dari si
anu.
“
Saya whatsapp imej pokok telah kami tuai, inokulasi 3 tahun lepas, jika tuan
meragui saya.” Reply dari nya. “ Saya tak mahu tengok gambar hasil dari
inokulasi, saya mahu lihat dengan mata saya sendiri pokok telah di rawat dan di
tuai semasa kehadiran saya..” Saya reply.. “ Jauh tuan, ladang kami kat
Thailand, kena ada trip, kalau tuan tanggung kos perjalanan, kita boleh pergi
bila bila masa.” Jawab nya. “ Tak payah lah, merugikan masa jer, sah pokok tu
bukan hak kamu dan vaksin dah tentu orang lain cipta .. sorry lah, kamu
tawarkan pada orang lain jer..” kata saya penutup whatsapp.
Dia
whatsapp juga imej gubal siap di carving, imej batang pokok, imej vaksin dan
imej sedang menjalankan inokulasi. Kikikikikiki .. Salah satu imejnya terpapar wajah
pengiat gaharu tersohor di Thailand yang pernah saya kenali dan pernah
mengunakan vaksin beliau. Kita tak marah pun, dia kan mahu berniaga, mana tahu
kot kot kita termakan promosinya, berduit juga dia .. kan..?. lagipun dia
bukannya dia kenal siapa kita, yang kita nie maklumlah petani urusniaga cara kampung,
baru aktif agaknya ceburi bidang gaharu, mungkin anggapnya kita nie pembeli
vaksin dan dapat khidmat inokulasi dari pihak lain, logic juga kan anggapan nya
tu.
Saya
bukan tiada percaya berkesanan vaksin vaksin import ini, banyak factor saya kena
kaji, saya kena selidik, utamanya bahan bahan proses halal atau tidak yang
terkandung di dalam cecairnya. Setelah di inokulasi, contohnya, berjaya
menghasilkan gubal. Apabila di ujikaji di makmal ( Lab ) gubal terhasil itu
mengandungi bahan kimia, 2 tahun you..!! kita menanti penuh harapan, bila nak
jualkan gubal tiada siapa yang mahu beli , sah kan mahu proses minyak, berulang
lah nasib malang nya nasib kita, yang pernah berlaku sebelum ini, duit habis,
masa terbuang, ke nak jual lelong murah , kikikikiki.. bagi free pun tiada yang
mahu.
Bila
melibat penggunaan bahan pemakaian, mandian , minuman dan permakanan , sudah
tentu kita utamakan barangan suci, bersih serta halal. Air wangi boleh di pakai
ketika solat, loysen badan mesti dari bahan yang bersih dan makanan serta
minuman mesti bebas dari bahan di awet mengunakan kimia. Sekiranya kita tiada
di yakinkan atau bukti cecair vaksin itu bebas dari bahan bahan terlarang, bagi
saya, saya tiada berani mahu mencuba walaupun di beri percuma, kalau anda mahu
mencuba, silakan .. Maaf, saya bukan jenis si batu api.
Jika
saya hanya di kalangan pengusaha ladang seperti anda, tiada pernah menjalankan
inokulasi, pasti saya tiada mampu mendedahkan perkara yang benar. Yang beza
antara saya dengan anda, saya 100% bergiat urusniaga di bidang ini hampir 15
tahun, boleh di kata A to Z, dari pembekalan beneh, kontrak perladangan, menghasilkan
produk berasaskan gaharu, sehinggalah penginokulasian dan berjaya mencari bahan
bahan cipta formula cecair vaksin sendiri. Bila telah berjaya cipta cecair
vaksin sendiri serta tahu bahan bahan mentah apa boleh di jadikan vaksin, ada
bahan bahan yang halal dan bahan berbahaya juga boleh di jadikan bahan larut
sebagai cecair vaksin pengalak resin gaharu.
Hak Milik kami bukan di bawa masuk dari luar negara.
Bila
dah berada di tahaf ini, pelbagai bagai desas desus terdengar di telinga .. “
Apa aku kisah..” . Semuanya dasar irihati, kerana saya telah terlalu jauh
meninggalkan mereka, yang pernah menumpang saya waktu pertengahan bergiat di
bidang ini. Sesiapa yang ingin serta saya, ini lah selalu saya selalu ucapkan,
“ Bagi membina sesuatu kerjaya gila gila ini mesti pengorbanan, mesti bersabar
, diri mesti ada kenyakinan, wajip berani menempuhi segala cabaran dan wang
ringgit akan memainkan peranan paling utama, jika semua ini tiada di dalam diri
kamu, baik awal awal lagi kamu tarik diri, sebelum kamu mengaku di pertengahan
jalan.”
Yang
tergelaknya bila saya membuat permintaan .. “ kamu kata nak share bisnes, ok
aku setuju, Kamu dapat sedia ker kos perjalanan separuh, tujuannya untuk kajian bahan bahan mencipta
vaksin, kos perjalanan, penginapan serta makan minum selama 3 bulan. Boleh kuar
ke ..? ”. Terdengar di telinga saya ..” oh .. banyak tu, nak cekup kat mana. “.
Selepas dia berkata sedemikian, terus menjauhkan diri. Sehingga saya mulakan
jelajah perseorangan seperti di rancang, tebalkan muka, bertemu sifu sifu
gaharu tersohor dari sebuah Negara ke sebuah Negara, untuk dapatkan apa dia
bahan larut terkandung di dalam vaksin gaharu, mencuri formula secara terhormat,
selama 3 bulan, ilmu yang di perolehi cuma teori asas bagaimana cara memproses
vaksin.
Sesiapa
yang tiada sanggup terima kesusahan bersama sama, “ kau boleh belah, buang masa
aku nak melayan kau..”. itu kata saya setelah dia muncul ketika vaksin pertama
ciptaan saya di tuang pada pokok gaharu berukuran 350sm. Ada lagi desas desus
berbunyi, mengatakan vaksin ciptaan saya mengandungi bahan kimia, bahan
larutnya beracun dan pelbagai bagai lagi. Jalan terbaik nya, saya berani minum
cecair vaksin ciptaan saya di hadapan pemilik pokok, dengan jaminan sekiranya
pokok anda mati kerana alahan tuangan vaksin ini, saya bayar ganti rugi.
Jika
ianya bercampur racun, tentu saya tiada berani meminumnya dan sudah tentu
cecair pengalak resin ini, saya yang cipta bebas dari bahan haram. Jika vaksin
kepunyaan pecipta lain, saya tak berani minum walaupun setitik. Kerana saya tiaga
mengetahui apa bahan larut terkandung di dalam
vaksin ciptaan mereka. Bila saya berani meminumnya ternyata bahan bahan
larutnya bersih, halal dan tiada terkandung bahan kimia. Saya catatan di blog
gaharu ini, seakan akan mahu menjawab semua persoalan, sifat ragu ragu , desas
desus yang selalu di dengari .. jika anda ingin merasai keenakan vaksin .. jom
kita boleh minum bersama sama, jika mabuk, kau tanggung sendiri .. kikikikiki .
TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan