Diwaktu
kesibukan, kegilaan mengejar masa, saya hampir terlupa, catatan blog gaharu
sudah bergitu lama tiada diterbikan. Kesibukan di ladang, proses pembersihan
rumput, membaja dan menyulat ganti pokok gaharu yang mati, di akibatkan kemarau
panjang dan ada yang mati terkena semburan racun. Ditambah pula projek menyiapkan
tapak ladang tambahan untuk muatan beneh gaharu pelbagai sepsis 3,000 pokok,
bagi menutup jadual penanaman untuk tahun ini, planning penanaman 12,000 pokok pelbagai
sepsis untuk tahun depan telah siap sedia untuk dilaksanakan pada seawal tahun
akan datang. Insyaallah.
“ Boleh bagi bukti , seorang
telah jadi jutawan dari hasil jualan gaharu?” Soalan daripada seorang yang
boleh di anggap kurang matang, bagi saya soalan biasa yang sering di ajukan
oleh orang kampong. “Perlu ker anda bagitahu orang lain darimana anda perolehi
kekayaan?” Saya bertanya kembali pada si penanya ini. Jika tiada bukti, tiada realiti,
anda rela kah, melabur wang ringgit beratusan ribu, pada sesuatu pelaburan?.
Anda dapatkah menilai ilmu seseorang,
tahaf mana kemampuannya, mengapa beliau bergitu berani, laburkan hampir
setengah juta ringgit di dalam industri gaharu., adakah saja saja hobi atau ikut
ikutan daripada orang lain?. Jawapannya saya mahu anda fikir serta cari sendiri
di laman laman website.
Sesiapa mula mengenal
gaharu, bermula lah satu kegilaan, kegilaan tanpa penghujung, mencari ilmu,
memburu gubal, berusaha bagaimana minyak gaharu akan di proses, akan menanam
sebanyak banyak yang mampu, mencari vaksin dan lebih lagi bila mengetahui gubal
gaharu bergitu mahal nilainya. Mengapa sampai bergitu sekali kegilaannya?.
Tahukah anda, Sepsis gaharu kyana (oud dirujuk sebagai 'super',
'double-super', atau 'tenggelamnya gred) telah pupus Borneo?.
Setelah pupus di vietnam, beribu ribu orang Vietnam memcerobohi sempadan, mencuri
gaharu di Taman Negara, Combodia,
Myanmar, Thailand, China, Papua hinggalah ke Malaysia, mereka sanggup membunuh
renjer renjer perhutanan demi gaharu. Mengapa sampai sanggup membunuh demi
gaharu?
Sebelum kegilaan muncul
pada diri saya, saya akui , tetap tiada percayai gaharu boleh jadi jutawan. “
orang bernasib baik sahaja yang akan temui teras (gubal) gaharu, ia akan
menjadi kaya raya, kerana nilainya bergitu tinggi.” Saya masih ingat perkataan
ini yang di ucapkan oleh awrah datuk saya (Al’Fatihah).
Di sisi lah bermulanya kegilaan saya, mula lakukan kajian demi kajian, timba
ilmu dari hunter hunter gaharu, memasuki hutan belantara mengkaji pokok pokok
gaharu liar, utamanya sepsis Malaccensis, yang dikatakan sepsis hampir sama
dengan Kyana , cuma gred rendah sedikit dari gred Kyana.
Sewaktu memulakan
kajian , rupa rupanya saya telah terlewat, telah banyak pokok pokok liar usia
beratusan tahun di tebang sesuka hati oleh hunter-hunter gaharu dari Combodia ,
Thailand dan hunter gaharu tempatan. Jumlah amat besar sepsis gaharu lain
termasuk Hirta, Branchyantha, Cumingiana, Microcapa, Rostrata , dan termasuk Malaccensis
di musnahkan, lebih parah lagi bila adanya projek perladangan, tasik buatan, pembalakan
dan pembukaan hutan . Tak mustahil kepupusan sepsis ini akan dialami sama seperti
sepsis kyana di Borneo, bagi pendapat saya, ini bukan satu kegilaan, tetapi bersifat
orang gila, tanpa memikirkan tentang perkara kebaikan untuk tahun tahun
kehadapan.
Seperti virus menyular
terlalu pantas yang di sebarkan oleh Kelantan
Keridor Depu, wabak kegilaan terhadap gaharu bermula, seawalnya benih di
jual bergitu tinggi nilainya, tetap tiada mengcukupi, di laporkan ratusan ribu
pokok di masukkan melalui jambatan sempadan dan tongkang, secara sah dan
seludup ke Malaysia. Permintaan bekalan tiada pernah putus, inokulasian tiada
pernah berhenti, soal berjaya atau tidak, itu bukan jawapan, yang pasti mereka
tetap berusaha. Ini pun satu kegilaan, kegilaan kerana keyakinan, bukan
kegilaan, saja-saja gila .. kikikiki. Kegilaan ada halatuju.
Mengapa persoalkan
berapa ramai orang telah menjadi JUTAWAN
dari jualan hasil gaharu, jangan jadi satu kegilaan hanya bertanya, tahaf mana
tiada kepuasan hati, mengapa mahukan contoh mahu berusaha?. Jika saya termasuk
golongan JUTAWAN hasil jual gaharu,
tidak akan saya bagitahu darimana duit saya dapat , yang pasti anda tiada
sesekali berani bertanya, nak menegur pun segan, sahkan bertanya, lagipun saya
pun tak akan layan soalan sedemikian. Yang terbaik biar ada usaha, ada
penantian daripada tiada apa yang dinantikan, bila kita berusaha pasti ada
ganjarannya dari NYA , rezeki banyak atau pun sedikit itu hak NYA JUA.
Saya mahu mengulas .
Mengapa penceroboh pencuri gaharu dari Vietnam sanggup membunuh? hanya satu
kilogram bernilai $50,000 hingga $300,000 akan di jual kepada pembeli dari
china dan Jepun. Sesiapa pun akan menjadi kegilaan bila mengetahui betapa
bernilainya gaharu, tiada lagi ada perasan rasa bersalah, rasa takut, rasa jemu
dan yang pasti gaharu akan di perolehi walau sebagaimana cara sekali pun, dan
mereka akan menjualnya ke Negara China dan Jepun. Manakala orang di Negara
China dan Jepun, hanya menyimpan gaharu yang di beli di dalam almari yang
bertahun tahun lamanya sebagai koleksi ,
sehingga ke anak cucu. Manakala kegilaan orang orang di Negara Timur Tengah, tertumpu kepada minyak oud dan
chip gaharu.
Kegilaan ini terus
merebak dengan tertubuhnya Modal Perladangan di Asia, perladangan gaharu di wujud
di beberapa Negara termasuk Malaysia, Thailand, Butan, Bangladesh, India, Laos,
Myanmar, Papua New Guinea dan tiada kertinggalan di Negara Vietnam. Kegilaan
ini semua kerana permintaan jauh lebih tinggi dari bekalan, berdasarkan kajian
kadar bekalan Cuma 40% daripada permintaan dan 1 liter minyak gaharu boleh di
jual sekitar $ USD 10,000 – 14,000 di pasaran ( laporan Vietnam post 2007).
Manakala laporan kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dunia
memerlukan 4.5 jura kilogram gaharu setahun. Nilai gaharu dihantar keluar dari
singapura sahaja setiap tahun telah dianggarkan melebihi $ 1.2 billion.
Bila anda terus membaca
tentang gaharu, anda akan temui jawapannya, mengapa kegilaan ini muncul di
kalangan pengiat gaharu, yang mereka fikir, cuma gaharu mampu mencapai impian
secara pintas demi capai kemewahan. Di sebabkan, kos pengurusan terlalu tinggi,
membuka ladang, pembelian tapak ladang, pembelian benih serta penginokulasian,
untuk menampung kos ini, terancang beberapa pakej program pelaburan gaharu,
pakej usahasama dan pelbagai bagai pakej. Antara pulangan ke atas pelaburan yang
dijanjikan itu, selama 7 tahun, 1 ekar 1 ribu pokok pulangan 2 juta. ( petikan dari laman web berpangkalan di
Malaysia ).
Akhirnya saya mengulas
nilai ekonomi, Nilai pertama gred gaharu adalah terlalu tinggi, terdapat
pelbagai kualiti dan produk di pasaran yang berbeza-beza dari lokasi perbezaan
geografi dan penyulingan. Dengan pelbagai-bagai harga, dari beberapa dolar per
kilo bagi kualiti yang rendah, kepada $ 30,000 untuk minyak berkualiti tinggi. Manakala
kayu resin, cip gaharu $ USD 20 per kilo mampu mencecah $ USD 6,000 per
kilogram. ( Persidangan Gaharu
Antarabangsa 2003) minyak ouh suling boleh mencecah $ USD 20,000 sekilogram
bergantung kepada kesucian minyak. Di pasaran global semasa bagi gaharu
dianggarkan dalam lingkungan $ USD 6-8000000000 dan sedang berkembang pesat,
bagi perbelanjaan sebanyak sebanyak dolar AS 32,000, di jangkaan memberi
pulangan adalah kira-kira dolar AS 104,000 pada akhir 7 tahun, cuma 29%
pulangan dari Negara Arab. ( Persatuan
Ouh Arab).
Tepuk dada anda, tanya poket
anda, jangan malu bertanya, lakukan kajian selidik, mengapa kegilaan ini
berlaku tanpa henti pada pengiat gaharu . Anda tak mahu duit, tak mahu
kesenangan, jika anda tiada ingin status jutawan gaharu.. Abaikan dari
memikirkan kegilaan ini semua…TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan