Berhutang,
hutang dan beri hutang sudah lumrah semulajadi dalam bisnes, mahukan ramai
pelangan kena bagi berhutang, nak tambah product kena berhutang dan nak
besarkan bisnes kena tambah hutang. Walaupun hutang adalah musuh utama bisnes,
hutang berhutang merupakan makan minun, dalam bisnes, kalau tiada sesiapa
mengaku tak pernah berhutang..kikikiki.. itu bohong bos.
“
Lebih baik hutang melalui bank bos, daripada berhutang dengan orang
perseorangan atau abang long, hutang bank tak bayar, tarak potong kepala punya,
cuma di bankrapsi, tapi kita tetap boleh niaga ma .” bagitahu seorang dari
bangsa asing pada saya. Kikikikiki .. betul jugak kan..? Hutang sesama manusia
ini lah paling susahnya, kalau tak minta, kena minta jugak, hutang wajib di
tuntut. Yang hairannya, mereka ingat, yang mereka ada hutang, mengapa membisu
seribu bahasa..? Kalau kita sering minta jelaskan hutang, mulalah kelain
jadinya, bab kata orang tua tua, kita bergaduh sesama manusia kerana harta kita
sendiri.
Sifat
kemelayuan dan adab resam kita banyak perbezaan, lebih lagi beragama islam yang
mengutamakan hubungan silaturrahim. Sifat bantu membantu tertanam di hati kita
semenjak di lahirkan dipupuk dari usia kanak kanak lagi. Betapa sukar untuk
mengikiskan sifat ini, kita wajip jauhi semua itu, kerana di bidang bisnes
wajip ada sifat kejam, tiada berkecuali dari apa apa hubungan, tanpa mengira
ibu, bapa, adik beradik, kaum keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai,
bisnes tetap bisnes, tiada erti sifat membantu di dalam bisnes, jika ada duit,
bisnes jalan, tiada duit, kau boleh jalan.. kikikiki.
Saya
telah lakukan bisnes dibidang ini bertahun tahun, urusan dari persiapan tapak
penanaman, kontrak peladangan, bekalan anak beneh, pengurusan ladang, pembelian
pokok, penginokulasian dan boleh dikatakan urusan di bidang ini dari A – Z.
pelbagai bagai , 1001 macam perangai pelanggan saya temui dan lalui pengelaman
pahit. Bukan ada niat saya nak buruk burukan perangai mereka, tetapi dedahan
dari pengelaman saya, saya kira bakal bakal pengusaha boleh dijadikan panduan.
“
Jangan lah terlampau terbuka sangat beri muka dan murah hati..” pesan seorang
kawan. Sudah menjadi Sifat semulajadi diri saya, tiada pandai sembunyi apa apa,
sifat berterus terang adalah amalan diri saya seharian. Apa yang saya tagged,
hanya satu kejayaan untuk semua, pengelaman , ilmu kegaharuan dapat dikongsi
dan di salurkan tanpa ada putus oleh bakal bakal pengusaha, seboleh boleh
industri ini terus berkembang dengan jaya di Malaysia.
Kami
pernah batalkan kontrak penanaman dan pengurusan ladang, kami terpaksa abaikan
penjagaan setelah pokok yang ditanam berusia 3 bulan, sampai sekarang usia
pokok yang ditanam 3 tahun, tak pernah menjengoknya. Kontrak penjanjian melalui
mulut kami batalkan, Kami sudah tunai janji kami, menanam pelbagai spesis
mengikut jadual seperti kami janjikan. Paling mengecewakan kami soal pembayaran
mengikut fasa, selalu dilewat lewatkan oleh pengusaha. Lepas esok esok dan esok
pembayaran fasa akhir tertunggak berbulan bulan,dijelaskan separuh, hingga ke
hari ini baki masih tertunggak. Jikalau diteruskan, pasti semakin bermasalah,
Kami pun ada periuk mahu di isi kan..?
Penginokulasian..!
kikikiki, kes yang paling parah. Semasa berjanji semuanya beres, dia orang
setuju bayar kos inokulasi ansur ansur setiap bulan. Setelah persetujuan, pagi
petang siang malam dan hari hari call bertanya bila nak mula inokulasi pokok
mereka. Dah bagitahu harap maklum, tunggu giliran, tak faham faham juga.
Setelah selesai inokulasi, pembayaran pertama dan kedua, mereka ikut seperti
dijanjikan, baki selebihan lagi, masih tertunggak sampai ke hari ini, ada
tempoh hampir 2 tahun, 1 tahun, 8 bulan dan 6 bulan bukan sejumlah yang
sedikit, 2 tahun makan tak habis. Dan mulalah pelbagai bagai alasan di beri,
kambing nak beranak lah, lembu putus tali hidung lah, duit tak masuk lah, baru
selesai baiki rumah lah … kikikikiki.. pelbagai bagai alasan di reka reka, reka
lah alasan selagi terdaya.
Bila
melibatkan duit bergitu besar nilainya, macam macam boleh berlaku, ada kalanya
kami terasa seperti diperbodohkan, bagai dipermainkan bagi mencapai impian
mereka, Bergitu juga urusan pembekalan anak benih, mereka nak lepaskan duit
harga anak beneh bukan main susah. Bila di minta masukkan pembayaran separuh
harga anak beneh sebelum penghantaran dan bakinya dijelaskan setelah menerima
dan berpuashati keadaan anak beneh. Tapi Pelbagai bagai soalan di ajukan ,nak
hantar bila..? Anda harus faham, ini tempahan, tanpa pembayaran tunai barangan
tiada akan dihantar. Jika anda membeli kat mana mana kedai, adakah tanpa
bayaran penuh, barangan anda order di hantar..?
Sepatutnya
kami sudah tutup buku, perkara remeh bergitu, sudah tak terlayan kerenah
kerenah remeh yang akan menjadikan beban pada kami. Bergitu juga janji janji
mahukan pokok mahu di inokulasi, yang kami berpegang pada janji, kalau kami
kata tiada masalah, sudah tentu pokok pokok yang di mahukan siap sedia. Selagi
tak masukkan duit dalam akaun kami, selagi itu proses inokulasi tiada
dijalankan. Dah berkali kali terkena, kami siap siap inokulasi, mereka pula
beri pelbagai alasan, biasa nya beralasan “ duit tak masuk..” kikikiki.. duit
nak masuk bagaimana kalau tak ikhtiar. Akhirnya pokok yang di janjikan jadi
hakmilik kami sudah ditebang , Alhamdulillah, rezeki kami dari janji bohong
mereka, berbaloi baloi dari kos inokulasi yang dibebankan kepada kami.
Bila
anda terasa bergitu payah untuk berurusan dengan kami, itu lah puncanya, kami
terpaksa berhati hati, setiap apa apa yang melibatkan pembayaran. Pihak kami
tulus, amanah dan berpegang pada janji, jika anda silap dari tarikh yang telah
anda janjikan, bererti segala urusan dengan kami terbatal dengan sendirinya.
Kami berhak lakukan, kerana setiap perkara melibat urusan dengan kami, kami
terpaksa menanggung kos yang bergitu tinggi, utamanya inokulasi walaupun kerja
hanya satu hari. TQ.
Assalamualaikum Tuan,
BalasPadamHendak dapatkan sesuatu mulut memang manis sanggup berjanji apa sahaja, tetapi apabila perkhidmatan/produk telah diberikan bermacam-macam alasan diberikan.
Itulah agaknya lumrah dalam perniagaan. Manusia berpegang pada janji. Jadi jika anda masih seorang manusia, berpeganglah pada janji.
Semoga Tuan terus tabah menghadapi kerenah-kerenah seperti ini.
Selamat Hari Raya :)