Saya
mula terbikkan blog gaharu ini pertengahan tahun 2011, kikikiki., kalau tidak
silap kiraan saya, maklum lah dah berumur bergini, banyak perkara yang terlupa
dan sekarang ini dah masuk penghujung tahun 2014. Jika dinilai secara rambang,
sejarah paparan tatapan blog gaharu ini, bergitu terbaik sambutannya dari
peminat gaharu dari seluruh dunia, teruja setiap kali checking gambaran statistik
sejarah paparan semasa hampir mencecah 18,000 paparan tatapan, saya hanya mampu
ucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan moral anda semua, tanpa anda, blog
gaharu ini tentu sepi.
Saya
mula buat kajian tentang gaharu di awal tahun 2002,Jika di kira blog gaharu
ini, sudah terlalu lewat di terbikkan dari tempoh kegiatan aktif awal saya di
bidang kegaharuan pada tahun 2008, itu pun setelah bertekad bidang ini saya
bangunkan sebagai kerjaya. Itu puncanya ia mengambil tempoh agak panjang untuk
terbikkan blog gaharu ini. Pertengahan tahun 2011 saya bermula terbikkan blog
gaharu secara belajar sambil kongsi pengelaman.
Saya
draf awal bagaimana catatan akan diterbikkan nanti, topic paling utama dedahan
perkara yang benar, teknik penanaman, pemilihan baka, pengurusan ladang , factor
gaharu terhasil, teori di gunapakai, kongsi pengelaman, bagaimana teknik menghasilkan
gaharu melalui inokulasian, imej imej gaharu, imej pokok gaharu dan video
menunjukan bagaimana penginokulasian menjalankan tugas inokulasi.
Untuk
dapat sagu nya, ruyung mesti di pecahkan, bergitu lah nasihat orang tua tua
kita, erti kata, kalau mahu berjaya, wajip belajar dan mempunyai daya usaha
bersemangat kental, tetapi walaupun bagaimana sekalipun, kewangan terletak di
nombor satu, baru lah planning untuk menjalankan sesuatu project akan berjalan lancar.
Kita tiada dapat memulakan kajian,
sekiranya tiada dana khas untuk menampung kos kajian kita. Tetapi, saya bermula
dari angka kosong .. kikikikiki.. tentu anda tiada percaya, mungkin di fikiran
anda bisik bisik, mustahil bermula dengan angka kosong.
Kita
jangan mudah menilai orang lain ketika mereka dalam kemewahan, kita wajip
memandang kebelakang bagaimana payahnya mereka berusaha untuk memiliki semua
itu. Pernah tak, terjumpa mereka lepak di kedai kopi, dari pagi sampai petang..
ada pernah terjumpa, mereka buang masa di papan dam.. dimana mereka berada
ketika masa luang ?. Saya tujukan pertanyaan ini pada anda. Jika kita buang
sifat serta amalan, berusaha seperti mereka, kita pasti memiliki lebih dari
mereka miliki, bergini cara saya berfikir dan meneruskan kerjaya sebagai
pengiat gaharu teknologi secara aktif.
Membina
kerjaya di bidang kegaharuan, bukan perkara senang, orang yang bagi ilmu,
ramai, kejap kejap ada penganjur yang anjurkan bengkel gaharu, berserta yuran
ratusan ringgit Malaysia. Penganjur dapat duit tunai dan kita dapat ilmu
kegaharuan, dapat lihat contoh gubal gaharu, yang ini gred double super, double
king, alur batu, bulu rusa, gred B serta pelbagai bagai gred lain dan dapat
hidu bauan aroma minyak dan bagaimana rupanya yang dikatakan minyak gaharu. Ada juga para penganjur
berhati ikhlas, betul betul mahu membantu peserta yang hadir tandus ilmu tetapi
peserta ini pula, bersemangat berkobar kobar cuma 3 minggu , masuk sebulan dari
tempoh bengkel di sertainya., semangat entah kemana, punca utamanya , modal
untuk memulakan project gaharu, tiada. Kikikikikiki.. cakap senang bos, bikin
itu perkara susah.
Saya
bukan ada niat nak patah patahkan semangat anda, sekurang kurang saya ingat
ingatkan anda dan diri saya sendiri, rupa rupanya duit memainkan peranan paling
utama, duit lah pembakar semangat, duit menjadikan hati kita tabah dan duit
akan menjayakan sesuatu project yang kita planning kan. Kita wajip tanam di
hati kita sifat kerberanian mencuba, buang sifat cepat mengalah, sekiranya
tiada termampu lakukan sekali gus, kita tetap lakukan secara ansur ansur
sekadar yang kita termampu, ingat pesan orang tua tua, sedikit demi sedikit
lama kelamaan menjadi bukit, lihat bagaimana anai anai membina busut, ambil
tauladan ini sebagai contoh tujuan membina sasuatu kerjaya. Kerjayaan di bina
dari kerpahitan, sensaraan serta cemuhan, bergitu besar nikmatnya, kita
sentiasa berwaspada, selalu bersyukur dan tentu sekali sifat egoan tiada
bertakta di sanubari kita.
Bersifat
amanah pada diri sendiri, merupakan tonggak sesuatu kerjaya, di sini lah orang
menilai kita, boleh dipercayai atau tidak. Kikikikiki.. orang zaman ini tak
pandang pada pakaian, cakap besar kita serta kenderaan mewah yang kita miliki,
kalau berjanji selalu tak di tepati. Sekiranya kita juga gemari sikap orang
berterus terang, bergitu juga orang lain gemar dengan orang bersikap
sedemikian. Saya masih ingat dan gunapakai pesan orang tua tua, jadi seperti padi
semakin tunduk semakin berisi, buang sifat lalang semakin, meninggil semakin
kosong isi nya.
Jangan
ada suara dari hati, nak mula project gaharu, nak dapatkan modal kat mana,
amalkan seperti saya catatkan, jika ada tanah, tanam sikit demi sedikit. Jika ada
pokok tumbuh liar, pelbagai bagai pakej usahasama kami tawarkan tujuan sama
sama membantu serta sama mendapat menanfaat. Jika anda mampu mengeluarkan kos
hanya sepokok berukuran 40sm, terus dapatkan khidmat penginokulasian dan
seterusnya lakukan ketika ada peruntukan lebih, tetapi jangan sampai
membebankan diri, jika amalan ini anda lakukan bermula dari angka kosong, pasti
kerjayaan milik anda. TQ.
Terima kasih Tuan,
BalasPadamEntri yang penuh dengan nasihat berguna. Bermulalah dengan sedikit Dan apa adanya. Jika kita terlalu mencari kesempurnaan Dan segala galanya lengkap, hanya ada 2 kemungkinan :
1) anda memulakan project setelah orang lain menuai hasil
2) anda tidak akan Bermula Langsung.
"Begining is half done"
terima kasih kembali.
BalasPadam