Senang
bercakap daripada berusaha, dok sembang sembang tak sampai sejam sudah boleh
angan angan capai kerjayaan. Berhelaian kertas draf project dibentangkan
mengikut teori, kalau kalau di tanam 1000 pokok gaharu, tolak bagi daraf,
status jutawan dalam gemgaman. Itu lah yang dibual hari hari, pagi petang dan
sambung ke malam. Tetapi mahu ditanam kat mana, tanah hakmilik hanya sekangkang
kera bersama nama bersama ahli keluarga. Itu, tiada masalah, kita pohon sewa pajak
tanah kerajaan, kikikikiki.. tunggu lah sampai berpuluhan tahun, project yang
di draf entah jadi entah tidak.
Nak
pohon sewa pajakan tanah kerajaan, wajip kena daftar syarikat SDN BHD, Tubuh
Koperasi dan sudah tentu Lesen Kewangan wajip ada. Nak melengkapkan semua ini,
kena pakai duit banyak. Yang kita cuma ada di akaun bank cuma ratusan ringgit.
Prosesnya pula, turun naik tangga jabatan tertentu, Jabatan Pertanian, Jabatan
Tanah, Jabatan Saliran dan berani berani kan diri, lobi set set YB YB,
berstatus Exco. Sekali pergi, kos terpaksa melayang ratusan ringgit, jamu
kakitangan jabatan supaya permohonan di cepatkan, kalau dapat berbaloi,
sekiranya tak dapat.. kojol, hakikat ini terpaksa di terima, kerana bergitulah
resminya sekira mengikut peraturan.
Mengapa
bangsa lain senang di luluskan permohonan sewa pajak tanah kerajaan..? Semuanya
bermula dengan duit, jika duit jalan dahulu, maka senanglah segala urusan. Dan
ini puncanya maka kaum kita tertinggal jauh setiap bidang antara kaum lain,
kerana kita sebetulnya tidak berduit, yang kita ada hanya suara sumbang, jarang
jarang di ambil perhatian oleh jabatan tertentu. Kita akan dicari, dipandang
setelah hasil dari usaha kita telah popular, telah berjaya mencipta nama.
Disini lah permulaannya, tawaran demi tawaran mencurah curah datang, kononnya
mahu membantu, memasarkan, upgrade produk yang telah kita pasarkan dengan
jayanya.
Setiap
kerjaya yang kita bina akan melalui pelbagai pengelaman memeritkan, jika. tanpa
ada sokongan modal serta moral. Jangan sesekali mudah kita menerima tawaran
yang ditawarkan, kerana ada muslihat tersembunyi menanti waktu kita terlalai. Kan
sudah lumrah sifat manusia, suka menumpang, melobi untuk kerpentingan diri
sendiri. Setelah mereka memperolehi yang dihajati, pelbagai bagai keburukan akan
dilontarkan pada kita, kerana kita telah
merupakan saingan terkuat, kerana kerjaya yang mereka mulakan adalah sama
antara kita.
Dibidang
kegaharuan ini, boleh dikatakan di Malaysia jarang yang boleh di anggap
profisional sebagai penginokulasian penghasilan gaharu melalui teknologi, semua
yang berurusan niaga bidang ini mengikut amalan teori, yang di dengari atau di
waris ilmu dari hunter hunter gaharu. Jikalau mereka profisional di bidang ini,
selama puluhan tahun inokulasian telah merebak di Malaysia, tiada terbaki
walaupun satu pokok, semua telah di inokulasi oleh mereka, kerana dari mulut
mereka ini lah yang mengatakan, menghebuh dan merwar2kan hasil gaharu boleh
jadi jutawan.
Cuma
pandai cakap, pakai draf planning dan pandai buat buat cerita, kerana mereka terdedah
awal mengenai gaharu, tapi hasilnya, hak mereka sendiri sepokok pun tiada di
tuai, kerana fikiran mereka masih berbelah bagi tiada berani mengeluarkan kos
inokulasi. Dan belum merasai manis atau
masin duit hasil jualan gaharu melalui penghasilan secara teknologi. Yang
lebihnya cerita kerjayaan, imej imej gaharu yang di ceduk dan jadi broker, jadi
marketing memasarkan gaharu dari luar Negara. Bila ditanya, mana gubal gaharu,
mereka mengatakan, kami boleh bawa jumpa direct owner kat luar Negara dan berapa
kilogram mahukan sambil tunjukkan imej imej gubal gaharu, padahal imej imej
yang di tunjukkan, gubal nya sudah di jual oleh owner bertahun tahun sebelumnya.
Anda
ditawarkan juga pelabur inokulasi pokok gaharu , entah betul entah tidak pokok
yang berada di luar Negara, dengan janjian pulangan ratusan ribu.. kikikikiki..
kita cuma mampu keluarkan kos inokulasi 2K hingga 5K jer, tu pun pinjam atau
pakat pakat dengan kawan, sah kan nak gi jengok pokok, nak tanggung kos
perjalanan pun tak mampu, tapi jika anda berani tanggung riziko.. sila kan.
Yang mengurus pelaburan ini, awal awal dapat komisyennya dari duit anda, dia
boleh reka cerita itu ini bergitu bergini, disebabkan anda tak pernah menjengok
pokok yang anda laburkan.
Saya
bukan dengki, tapi dedahkan daripada pengelaman saya, tahaf mana kecekalan
saya, sampai saya terdaya bertahan secara
solo sampai ke tahaf ini. Sudah bosan mendengar , di perkatakan di copkan,
semua pengiat gaharu tiada boleh dipercayai, kerana kerbau yang se ekor membawa
lumpur, maka di coplah pengiat gaharu semua pandai menipu. Tetapi masih
terdapat dikalangan pengiat ini bermuka tembok kontrik, masih tiada akui dari
mereka lah berpunca permasalahan itu.
Kadang
kadang pertanyaan seperti menyindir, berapa pokok telah di inokulasi, berapa
batang telah di tebang dan berapa nilai hasil jualan di perolehi. Bila di
bagitahu jumlah yang telah saya inokulasi dan bukti gubal hasil saya inokulasi,
kelain pula di minta nya, formula vaksin dan berapa hasilnya kalau di beli
secara borong. Jawaban sinis akan terkeluar dari mulut saya..” engkau pergi lah
jumpa mana mana pencipta vaksin, kalau engkau minta formula, bererti engkau
minta nyawa nya.” Sapatah jawaban sebagai noktah permintaannya.
Ini
lah bidang gaharu, ilmu kegaharuan boleh di sedekah, saya tetap bermurah hati
pada sesiapa yang berhajat, tetapi formula vaksin, anda berusaha lah untuk
memperolehi sendiri, jika ia nya sukar untuk perolehi, bergitu juga saya di
awal awal melibatkan diri di bidang ini. Dan bergitu juga kemana gubal gaharu
akan di pasarkan, bukan melalui broker atau tiada orang tengah memasarkan gubal
gubal hasil inokulasi. Jika anda inokulasi sendiri, itu menjadi tanggungan anda,
kat siapa, dimana dan harganya, terletak di atas kepala anda sendiri. Jika anda
perlukan khidmat kami, syarat syarat, peraturan dan penjanjian anda
tandatangani bersama kami. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan