31/08/2013.
( Catatan Khas JUTAWAN MERDEKA )
Pandang
kehidupan orang lain, memang terasa iri hati, mereka mempunyai kenderaan mewah
dua tiga buah tersusun di garaj, rumah kediaman cantik, besar, setiap tahun di
perbesarkan , gaya kehidupan mereka jauh berbeza dari kita. Bagaimana cara
agaknya mereka mengumpul kekayaan..? Kita juga ada kenderaan, tetapi model
tahun 1970, kadang kadang mati di pertengahan jalan kehabisan minyak. Keadaan
rumah,
jika musin kemarau, pasti tiada masalah, sesekali hujan mencurah, dari
ruang tamu hingga ke ruang dapur, penuh dengan baldi.. kikikikiki. Apo nok
dikato, kita cuma ada sebatang pokok
gaharu untuk bergantung harap , boleh kah agaknya berubah nasib, tapi
bagaimana, caranya..?
Bukan
semua orang berasal serta lahir di kampong mengenali rupa pokok gaharu liar,
malah yang berumur 50an tiada pernah melihat rupa pokoknya, lebih lagi usia kebawah dari usia itu. Ada yang mengenali
berkata ..” pokok depu (karas) di simpan, nak wat apa, setahu saya wat papan
penutup lubang lahad, boleh lah, sebab ianya ringan “. Bila di bagitahu, gubal
yang terhasil dari pokok ini bernilai tinggi dan boleh di proses menjadikan
minyak. “ pernah terdengar juga cerita cerita dari orang tua tua, jumpa teras
(Gubal) depu, boleh jadi kaya, 1 kilo pun puluhan ribu, tapi, se usia saya, tak
pernah terdengar sesesiapa yang terjumpa gubal nya.” Ayat bergitu biasa di
dengari setiap kali kami berurusan dengan pemilik pemilik pokok.
“ Bagaimana
mahu menjana pendapatan jual gubal gaharu,untuk mencapai impian bergelar status
JUTAWAN GAHARU, mencari di hutan ..?” Tiada sesesiapa memperolehi kekayaan
dengan sekelip mata tanpa ada usaha. Sebatang pokok gaharu sebesar 2 pemeluk
tiada dapat beri jaminan, kita akan kecapi kekayaan, tetapi sedikit sebanyak,
rumah dapat dibaiki atau ruang dapur boleh di perbesarkan dan bakinya boleh
dijadikan modal merubah taraf kehidupan keluarga. Bukan erti mempunyai pokok
sebergini, terus boleh ditebang, modal perlu dikeluarkan membayar kos inokulasi
dan sabar menunggu 2 tahun hingga 3 tahun akan datang, pokok menghasilkan
gaharu, pokok ini boleh di tuai.
Saya
bergitu gemar beri keterangan secara detail pada pemilik pokok yang tawarkan
pokok pada kami, seboleh bolehnya mereka fahami betul betul. Penghasilan gaharu
melalui inokulasian ini, bukan perkara mudah seperti bercakap. Bukan hanya
sekali injections, tuang vaksin dan sumbat bamboo stick, ditinggalkan, tempoh 2
tahun inokulasi, datang bersama bawa gergaji, jentolak dan lori tujuan proses
penebangan. Belum pasti pemilik sudah boleh pasang angan angan, jual gaharu
nanti, boleh bocking kereta mewah, pembesarkan rumah dan cari calon pasang satu
lagi.. kikikikiki. Terlalu banyak proses mengasingkan antara gubal dan kayu (
Carving ), sebatang pokok sebesar ini memakan masa berminggu minggu.
Kali
ini saya catatan mengenai kearah menjadi status JUTAWAN, soal teknik, factor
dan penghasilan, tak mahu di sentuh. Setiap kerjaya di lakukan impian hanya
satu, siang malam, ketika baring nak lelapkan mata, fikiran jauh melayang,
difikiran tetap mencari jalan bagaimana mahu menjadi jutawan satu ketika nanti.
Ada setengahnya menjadi broker, jual tanah orang, sambil mengharapkan untung
berganda, ada pula reka pelbagai skim untuk dapat duit cara mudah, jadi
kontraktor, rela labur duit, angan angan agar pulangan berganda, semua nya
tiada tujuan lain, mahu hidup didalam serba kemewahan.
Saya
tidak mengata pada orang lain, ambil contohnya diri saya sendiri, sifat tamak
terlalu sukar untuk di kikiskan dan dibendung, kikikikiki..Mungkin dah sebati
jiwa kot. Apa puncanya..? Kerana terlalu ingin capai status jutawan ini lah,
sikap tamak bermaharaja lela di hati, tetapi bukan mengikut jalan pintas, tetap
megikut garis garis panduan, jalan jalan lurus dan tetap mengelakkan dari
terpesong akidah serta urusniaga secara diharamkan. “ oh .. dengan cara bergitu
entah bila lah baru capai impian, mungkin tak merasa kot..” ini lah ayat sering
terdengar di telinga saya.
Perkara
sama di angankan oleh semua di kalangan pengiat, pengusaha, para peminat dan
hunter gaharu, terlalu mengharap dari hasil jualan gaharu nanti impian mereka
terlaksana, sekurangnya dapat ratusan ribu walaupun tak mendapat status jutawan
dari hasil sebatang pokok gaharu sebesar 2 pemeluk. Itu cuma 1 pokok, kalau dah
10 pokok sebesar 2 pemeluk, tiada mustahil impian, cita cita mereka tercapai. Ini
bukan cerita dongengan, cerita rekaan saya, kalau anda tak berapa yakin dengan
catatan saya, sila kunjung kami tempoh masa terdekat, melihat sendiri hasil
dari rawatan kami, pokok sebesar 11/2 pemeluk mampu menghasilkan gubal 75
kilogram pelbagai gred.
Jka
lah 10 pokok sebesar ini di tebang serentak, hasil gubal gaharu sejumlah 750
kilogram, dikatakan lah cuma bergred C dan berjaya di jual di pasaran terbuka
cuma RM4,000.00 p/kg .. dah berapa jumlahnya..? cuba anda kira. Bukan kah
status jutawan sudah di miliki..? sorry .. Saya cuma mengira untung jer, modal
kos inokulasi wajip di keluarkan banyak juga, tetapi tiada sebanyak pulangan
pelaburan yang akan di perolehi, tolak, darap dan campur kos inokulasian cuma
sekerat kuku jer, daripada hasil di perolehi. anda tentu termampu mengeluarkan kos
inokulasian bergitu kecil.
Kalau
sayang duit nak keluarkan kos inokulasian , lupakan angan angan kearah jutawan,
dari dahulu hingga sekarang, cara bergini tak pernah berubah, duit cari duit.
Jika hanya mengharapkan tulang empat kerat, perah keringat, paksa kederat, mahu
jadi jutawan .. kikikikiki, patah pinggang pinggang, meniarap, terlentang,
terduduk, tak akan mungkin cita cita bergitu tercapai. Berilmu sekalipun, ada
ijazah, sihat tubuh badan dan network merata dunia, tanpa ada pengorbanan modal
di keluarkan, usaha dan halatuju, status mahu jadi jutawan semakin jauh.
“
Sedapnya cakap, macam macam topic bertujuan mengajak kita orang ikut sertai
dia, yang awak tu, dah berapa pokok inokulasi pokok milik sendiri..” ini lah
soalan bermain di fikiran anda kan ?. Jawaban saya, saya tak mahu buktikan di
sini, tentu anda tiada percaya, luangkan masa anda 2 hari atau 3 hari ,
kunjungi kami bila bila masa anda luang, kuatkan semangat menempuhi pelbagai
halangan semasa di hutan, kami akan bawa anda satu lokasi ke lokasi di seluruh
daerah , lawati pokok pokok pelbagai size telah siap di inokulasi dan pokok
pokok yang bakal di inokulasi, di sini lah anda kan terkunci mulut dari
sebarang pertanyaan, yang pasti terkeluar dari bibir anda.. “ berapa jumlah
agaknya akan awak peroleh dari jualan gubal semuanya ini..?.
Jika
anda masih tetap meragui gaharu mampu menjadikan anda seorang jutawan, tak
payah buang masa melayari website, blog dan pages gaharu. Di kalangan pengiat
gaharu teknologi, mereka cuma tahu cakap, tahu cerita bagaimana gaharu
membolehkan seseorang menjadi jutawan, kerana mereka semua ada bukti, hujah
kukuh dari pengelaman mereka sendiri yang
menyokong kebenaran dari kata kata mereka. Anda cuma membaca, serta mendengar
dari mulut ke mulut, namun minyak gaharu tiada pernah di hidu bauannya lebih
lagi dan pasti tak pernah melihat bagaimana gubal gaharu sebenarnya. Tak payah
anda mengambil tahu, berapa harga gubal gaharu berged double king sekilogram
dan bergitu juga dengan harga minyak 1 tola. Saya syorkan supaya anda tutup
angan angan anda mahu capai status jutawan dari hasil jual gaharu. TQ.