Salam semua., Oh, dah berapa bulan tak terbikan catatan dan artikel
mengenai gaharu, sibuk sesibuknya pelbagai-bagai hal tak bersangkutan dan
bercampur perkara yang telah menjadi kerjaya. Kunjungan tetamu tak putus-putus
sentiasa datang berkunjung dan sudah pasti kita bersedia jawaban-jawaban yang
kebiasaan bermain-main di fikiran tetamu. Ada pertanyaan yang menyenangkan, ada
soalan yang agak sukar untuk dijawab dan ada pula permintaan disuarakan,
tetapi, tidak dapat di tunaikan.
Catatan terbaru kali ini, perkara paling utama pembentukan gaharu yang
akan dihasilkan melalui cecair ciptaan yang mampu mecederakan dan dicederakan
dalaman keseluruhan pokok gaharu. Sebut sahaja cecair pembentukan gaharu..
kikiki, kejap-kejap terasa kecut perut, kecut perut tentang harga, itu jatuh ke
nombor dua, nombor satu nya, keserasian atau tidak, mampu atau tidak
mecederakan dalaman keseluruhan pokok gaharu yang akan kita inokulasi nanti,
kikikiki.. mula lah tergaru-garu ditempat yang tak pernah gatal.
Rasa-rasanya mahu tutup buku, menunaikan khidmat inokulasian atas
permintaan pengusaha-pengusaha ladang gaharu di luar Negeri. Jika dengar dari
percakapan agak senang jer, selesai inokulasi, balik dan 3 atau 4 bulan datang checking
jalinan resin. Dia orang mungkin menganggap pembayaran setiap kali inokulasian,
untung besar agaknya, sesekali group penginokulasian keluar memberikan khidmat
inokulasian, saya terpaksa keluarkan kos sejumlah 3K hingga 4K, jika 3 trip
setahun 9K entah kemana. Ke lokasi satu ini, saya telah berulang kali pergi,
kalau tak silap saya, 6 kali, setelah di kira kos yang telah saya keluarkan
sejumlah RM20,000.00 , berbaloi ker, Mana harga cecair pembentukan gaharu, mana
keuntungan urusniaga..? Bila kita terlewat pergi, buat-buat janji bohong
katanya nak rawat pokok lagi, dengan kelengkapan sarat di isi, bila tiba kat
sana, tak mahu merawat walaupun sepokok. Saya terpaksa menanggung kos upah
pekerja penginokulasian, kos minyak, servis kenderaan, makan minum dan
penginapan tanpa ada kerja, jika dia terasa, lebih lagi lah kita, bila
berurusniaga tanpa ada untung.
Sebelum saya catat panjang lebar, hurai serba sedikit dari pengelaman
cetek ini, maklumlah saya bukan pengiat gaharu tersohor, bukan terhebat, sekadar
hebat pada diri sendiri, saya cuma gemar mengkaji sesuatu berkaitan apa-apa
bidang yang saya ceburi. Orang tua-tua berkata, tiada kegagalan tiada pula
kejayaan, kegagalan lah mengajar kita berwaspada, teliti setiap segi dan setiap
usaha kita lakukan Allah jua yang menentukannya. Hari ini kita alami kerugian
kerana usaha kita, sebenar Allah anugerahkan rezeki melalui pengelaman kita
yang tidak ternilai dengan wang ringgit.
Pengelaman kegagalan lampau akan mengajar kita berhati-hati, tetapi,
adakah kita bersedia menghadapi kermungkinan, menempuh pelbagaian masalah
apabila kita bersedia menjalankan kajian tentang penghasilan gaharu micrologi,
atau penginokulasian dan adakah ilmu yang kita miliki sudah cukup mengatakan
kita telah hebat..?. Kebanyakannya penginokulasian hanya mengikut apa yang
didengari atau gambar gembul yang di perolehi daripada mantan-mantan pengiat
penginokulasian yang pernah gagal menjalankan penginokulasian, cerita
kisah-kisah impian gembira mereka dan jarang-jarang dikalangan mantan pengiat
penginokulasian ini meceritakan kisah-kisah mengapa mereka gagal dalam bidang
penginokulasian.
Rata-rata mantan-mantan pengiat penginokulasian membeli cecair-cecair
pembentukan gaharu daripada luar Negara, yang telah atau boleh dikatakan
berjaya menghasilkan gaharu melalui teknologi. Ada yang mengimport dari
Thailand, China, Myanmar, Vietnam dan daripada Negara-negara lain di Asia.
Serta, pelbagai-bagai teknik inokulasi dibawa masuk ke Malaysia bersama
teknik-teknik inokulasi mengikut arahan gunapakai dari pembekal cecair
pembentukan ini. Harga-harga cecair pembentukan dijual pelbagai-bagai harga,
RM350.00 1 liter, ada berharga RM450.00 1 liter, ada berharga RM500.00 1 liter
dan bamboo stick dijual satu paket 100 bilah dari RM150.00 sehingga RM200.00
dan ada juga menjual cecair pembentukan mengikut gred A, B dan C. (kikikiki,
tektik ini cuma pembekal yang tahu apa yang tersurat).
Sekiranya perkara ini, senang, kacang jer, kesemua kalangan
penginokulasian dan pengusaha terdahulu telah bergelar JUTAWAN, kikiki..
termasuk lah saya salah seorang daripada mereka, jutawan air liur .. kikikiki. Tetapi,
perasan pula saya ini masih hebat, masih kekal sebagai pengiat, masih bergelar
pengusaha ladang gaharu, mampu menghasilkan cecair pembentukan gaharu dan
bergiat aktif walaupun pengiat seangkatan berpaling arah ke bidang lain. Punca
utamanya, saya gemar dan aktif menjalankan kajian demi kajian tentang Patologi,
bakteria fungus, keserasian, mengkaji bagaimana pembentukan gaharu semulajadi
terbentuk dan mencari punca utama
kesilapan mengapa terjadinya kegagalan.
Kita berbalik topic cecair pembentukan dan keserasian tadi. Kajian saya
tertumpu pada keadaan cuaca dan mengapa cecair yang dibeli dari Negara jiran
gagal menghasilkan pembentukan setelah digunapakai pada pokok-pokok gaharu di
Negara kita., ada sesiapa boleh bagi jawaban ini..?. Saya bukan pandai sangat
dibidang sains, kajian pun saya lakukan secara orang kampong, kalau nak dibandingkan
Staf-staf FRIM, IPTM dan serta syarikat berkeliber, kajian-kajian laporan
mereka jauh canggih daripada pengiat tidak seperti kajian saya jalankan, yang
serba kekurangan maklumat, kelengkapan boleh dikatakan terhad. Tetapi, bila ada
kemahuan disini lah ada jalan dan tetap tabah memecah segala huraian.
Ini adalah pendapat serta pandangan saya, (Antara Negara pembekal
Cecair pembentukan dan Negara Penguna) Faktor kegagalan utama adalah kerana
perbezaan cuaca, diikuti dengan tidak ada keserasian cecair, tersilap teknik
inokulasian, kekurangan sukatan cecair pembentukan dan seterusnya pengaliran tidak
sempurna penyerapan cecair. Kita tidak mengkaji secara awal adakah cecair
pembentukan yang dibeli dari Negara jiran adakah sesuai digunapakai pada
spesies yang tumbuh dinegara kita dan digunapakai pada pokok yang ditanam di
Malaysia yang beriklim ada sedikit perbezaan dari Negara pengeluar.
Ia nya merupakan satu kesilapan besar dimana pengiat-pengiat
penginokulasian terdahulu gagal penghasilan pembentukan gaharu dan teknik
inokulasian juga memainkan peranan penting yang menyumbangkan kecederaan
menyeluruh pada pokok gaharu. Selain daripada factor-factor lain keserasian
cecair pembentukan, dos cecair tidak boleh dianggap perkara remeh atau sekadar
memandai apa yang ada atau menganggap semua cecair pembentukan boleh
digunapakai.
Apabila mengunapakai satu-satu teknik inokulasi, kita wajip mengetahui
tahaf mana pengaliran penyerapan, pembiakan fungus akan berlaku dari antara
lubang yang digerudi, contohnya, yang mengamalkan teknik infuse. Untuk mengelak
kemusnahan teruk dipermukaan lubang injections, mata gerudi bersize kecil serta
pvc disumbat sebagai penyaliran cecair daripada cecair meleleh di permukaan
lubang. Teknik-teknik bergini telah dilakukan oleh para-para pengiat terdahulu
dan masih lagi diamalkan, kalau mengamalkan teknik yang sama, mengapa masih
tidak berjaya membentuk gaharu..?.
Itu lah betapa pentingnya keserasian cecair pembentukan yang dituang
pada pokok gaharu. Sekiranya percubaan tidak berjaya pembentukan, kita boleh
gunapakai teknik-teknik inokulasi selain daripada infuse, contohnya, teknik
bamboo stick dan teknik yang agak sama dengan teknik Infuse, iaitu teknik ICU,
teknik yang mengamal pengantungan jumlah sukatan muatan cecair sejumlah yang
besar untuk 1 lubang sahaja (teknik mengikut citarasa setiap penginokulasian).
Catatan-catatan blog saya sebelum ini, rasa pernah saya huraikan
tentang pembentukan gaharu membentuk hingga ke ranting-ranting melalui teknik
buatan ini. Kerana keserasian cecair dan ketepatan teknik digunapakai ianya
mampu menghasilkan pembentukan gaharu terbaik, malah ianya mampu terbentuk di
luar jangkaan kita dan seboleh-bolehnya lakukan penginokulasian ketika musin
kering. Tujuan penginokulasian di waktu musin kering, bagi mengelak kerosakan
teruk dipermukaan lubang gerudi dan kekurangan dos cecair apabila bercampur air
yang disedup oleh akar.
Sebelum mengunapakai mana-mana jenama cecair pembentukan, kita wajip
mengetahui, tahaf mana penyerapan cecair yang akan gunapakai yang akan dituang
setiap lubang gerudi, contohnya, muatan isian 1 botol 500ml berapa kaki ianya
mampu menyerap, yang paling utama teknik inokulasian yang serasi, pilihan
teknik-teknik inokulasian yang sesuai menjadi satu kewajipan. Sekiranya
tersilap anggaran terpilih teknik inokulasian tidak kesesuaian, kita akan
mengalami kerugian, masa, tenaga dan kos penginokulasian.
Walaupun sehebat mana jenama cecair pembentukan kita gunapakai, kalau
tidak ada kesesuaian, pembentukan gaharu akan juga terhasil, tetapi,
disebahagian disekelilingan lubang gerudi sahaja yang akan terbentuk, atau
pembentukan tidak akan terjadi secara menyeluruh. Faktor-faktor bergini
jarang-jarang penginokulasian mengambil tahu atau memandang factor-faktor
sebergini sebagai perkara remeh. Perkara seberginilah yang telah terjadi di
masa lampau, penginokulasian terdahulu mengalami mimpi nyeri, kegagalan demi
kegagalan yang mereka alami, kegagalan parah membuat semangat juang mereka
patah.
Berkali-kali saya catatan di blog saya, saya bukan pengiat mahir dan
tersohor, apa yang saya catatkan, artikel-artikel yang saya terbikan, semuanya
dari pengelaman praktikal, factor-factor yang saya temui semasa melakukan
kajian pembentukan gaharu secara buatan. Saya gambungkan andaian-andaian ini,
teori-teori bagaimana pembentukan berlaku, peranan fungus, laporan botani,
kandungan apa yang berada didalam pokok gaharu, laporan-laporan kajian serta pengelaman-pengelaman kegagalan
pengiat veteran.
Sekiranya maklumat ini, anda merasai ianya boleh digunapakai, anda
boleh meneruskan kajian dan sekiranya ianya satu cacatan merapu.. kikikiki,
abaikan, tetapi, bagi diri saya, saya masih tidak menemui kepuasan hati
melakukan kajian demi kajian tentang meupgrade cecair pembentukan cecair
pembentukan ciptaan saya. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan