Kita sambung catatan yang memeningkan kepala sambil mengkaji pembentukan
gaharu melalui patologi akibat serangan Fungus atau kulat. Terlebih dahulu,
saya minta maaf sekiranya catatan kajian yang saya catatkan ini, terdapat
pelbezaian atau jauh menyimpang daripada laporan kajian yang telah di laporkan
oleh pakar-pakar IPT, badan berkanun serta para professor yang telah di iktiraf
sebagai pengkaji tersohor. Kikikiki. (Gelaran tersohor tu, kau ambil lah, aku
tak kisah tak dikenali pun, janji berjaya pada diri sendiri). maklumlah, saya
ini cuma pengkaji perkampungan tiada mempunyai apa-apa ijazah, tiada iploma
saintis, bukan ahli batoni serta tidak bertauliah dibidang kajian gaharu Micrologi,
kalau nak dibandingkan dengan dia orang, jauh panggang daripada api.
Kemungkinan saya di anugerahkan semangat yang tinggi, mempunyai sifat
semulajadi, pantang mengalah, tak gemar berhujah, sering melakukan kajian
keseorangan dan salah satu sifat, suka mengamalkan sifat pekak-pekak badak,
orang mengatakan apa pun, saya buat tak kisah. Yang saya tahu, berusaha, serta
melakukan kegilaan mengkaji bagaimana punca terbentuknya gaharu. Hasil kajian,
tujuan utamanya membetulkan kesilapan kegagalan lampau dan ingin salurkan
khidmat penginokulasian kepada para-para pengusaha ladang gaharu, (Ada yang
ingin beli cecair pembentukan ciptaan, saya jual, kalau tak ingin, kikikiki..
saya tak rugi pun), dan, agar sama-sama menikmati hasil dari penat lelah yang
kita usahakan selama ini.
Bila melbatkan kajian, yang pasti kos untuk menanggung segala-segalanya
memerlukan wang tunai, kita tidak mempunyai dana khusus untuk menampung kajian
kita. Setiap satu kajian belum pasti menjaminkan keputusan terbaik, kegagalan demi
kegagalan kita akan temui dan bukan tempoh masa yang singkat kita memperolehi
kejayaan. Untuk mengenalpasti hanya satu spesies fungus atau kulat manakah yang
mampu mecederakan keseluruhan dalaman pokok gaharu, bukan perkara mudah seperti
di laporkan. Kajian ini melibatkan tempoh masa bertahun-tahun, bagi
mengenalpasti keserasian fungus dan tempoh masa pembentukan terhasil daripada serangan
spesies fungus ini.
Ini laporan daripada kajian priktikal saya, Jangkitan bakteria fungus-fungus
(kulat) melalui lubang gerudi ini akan mecederakan dibahagian penyerapan atau
dalaman batang pokok gaharu. Pada awal kajian saya, saya tertumpu pencarian
bekteria-bekteria yang mampu menghasilkan fungus berkeadaan berbentuk cecair,
bersih bebas dari bahan-bahan kimia, yang mampu mengeluarkan kestabilan aroma
asli dan keadah cepat bertindak balas, cepat penyerapan, kestabilan titisan
cecair, berasaskan nano teknologi dan menilai teknik inokulasian yang serasi
gunapakai cecair pembentukan yang dicipta. Satu artikel melaporkan pembentukan
gaharu terhasil bukan terdiri daripada spesies fungus tertentu.
Mengenal pasti teknik inokulasian yang serasi dengan cecair pembentukan
(vaksin) perkara paling utama, berapa kaki penyerapan akan berlaku dan berapa
lama penyerapan akan berlaku dengan sukatan atau isian cecair di bekalkan.
Setelah inokulasian selesai, rasa-rasa tidak sabar menanti untuk menjalankan
ujian penilaian jalinan resin tempoh 3 bulan. Saya sediakan 1 pokok dikhaskan sebagai
ujian setiap bulan, akan dikorbankan untuk menilai keputusan jalinan resin,
menilai penyerapan keseluruhan atau tidak, pernilaian ketebalan resin,
dibahagian mana resin berbentuk padu dan warna resin terjadi tempoh rawatan 3
bulan dan 6 bulan.
Kita semua kemungkinan telah belajar dan telah memahami bagamana
penting peranan bakteria fungus (kulat) berkerja, membiak serta menyerap dan bagaimana
cecair terperniod yang berada dalaman batang pokok gaharu membentuk oleresin.
Kemampuan bakteria-bakteria fungus (kulat) ini, berjaya menghasilkan gaharu
berkualiti, bebas daripada bahan-bahan kimia, netural, berasaskan organic dan
hasilnya selamat di gunapakai tanpa was-was. Setelah bakteria-bakteria ini di
suntik atau dituang melalui lubang gerudi atau mecederakan melalui buatan,
penilaian asas boleh kelihatan pada pemukaan lubang digerudi tempoh 1 hingga 2
bulan, spesies-spesies fungus (kulat) mula tumbuh, menandakan pembentukan
gaharu telah menghasilkan gaharu.
Setelah masuk bulan ke 3, penilaian boleh dilakukan dengan menyelak
kulit pokok atau menekel antara bahagian atas atau di bawah lubang yang telah
di gerudi. Tetapi, jalinan resin ini berlaku mengikut tahaf dalaman hujung yang
telah digerudi, cuma sedikit memampalkan jalinan di bawah kulit pokok ini.
(contohnya, jika anda gerudi 2 inci dalam, bererti pembentukan belaku sekitar 1
inci ke atas sekeliling dalaman batang pokok). Jika pokok bersize besar, saya,
peruntukan cecair pembentukan sejumlah yang besar, kerana pertahanan pokok ini
bila di serang bakteria-bakteria fungus (kulat) ianya mampu bertahan dapat
sesuaikan diri dengan alahan serangan bakteria.
Perubahan warna yang
terhasil akan dinilai selepas tiga dan enam bulan tempoh inokulasi. Sample kayu
akan diperhatikan melalui mikroskopik dan dikelaskan kepada beberapa kumpulan
keamatan cahaya, panjang warna diukur menbujur. Tempoh selepas inokulasi
menjejaskan min panjang, perubahan warna:- Sample enam bulan (1.70cm) mempunyai
zon perubahan warna yang lebih luas jika dibandingkan dengan sample selama tiga
bulan (1.17cm).
Apabila mengukur keamatan
perubahan warna itu, hubungan positif dengan masa telah dilihat, melalui imej
digital menggunakan mikroskop berkemera lengkap, mendedahkan bahawa sample kayu
diambil selepas enam bulan muncul menjadi 1.8 kali lebih berwarna gelap
daripada selepas tiga bulan. Kesimpulan bahawa masa, bukan jenis mana-mana
spesies kulat diuji. Ia mempunyai kesan yang besar ke atas panjang, perubahan
warna dan intensity, kromatografi gas / spektometri jisim (GCMS) analisis,
sample enam bulan lama mampu menghasilkan beberapa sabatian gaharu seperti
Benzylacetope. Anisylacetone, guaine dan palustrol, ini menunjukkan bahawa
kulat diuji mempunyai keupayaan untuk mendorong pembentukan gaharu pada genus
Aquilaria spp.
Pembentukan gaharu
jarang-jarang ditemui pada pokok berusia 25 ke bawah (teori), jika ditemui
mungkin ianya melalui kecederaan pada pokok, sebagai contoh disebabkan ribut
dan patah, ianya diserang jangkitan kulat, jika pokok dalam keadaan sihat,
aquilaria spp berusia seusia ini, tiada oleoresin wangi akan ditemui tetapi
apabila teknik tradisional memotong, takik pada batang, oleoresin mula menyelia
bahagian-bahagian terluka dan akan terdedah pada jangkitan kulat.
Fungus Cytosphaera
mangiferae diasingkan yang ditemui pada pokok mati berdiri, salah satu kulat
memyerang pokok yang mati dalam keadaan mati berdiri, ianya dikenali mengenal
pasti empat spesies kulat lain yang berkaitan dengan aquilaria spp.
(Aspergillus sp. Fusarium sp. Penicililium sp dan Epicoccum sp). Pada tahun
2000 pengkaji mengenal pasti dua budaya kulat di temui pada kayu
berpenyakit
Amalan gerudi digunakan
untuk menbuat lubang-lubang pada batang dan cabang-cabang pada pokok-pokok
berusia 4 tahun ke atas, kamudian di masukan PCV tiub (teknik Infuse) 300 ml
cecair pengalak resin (vaksin) setiap satu botol digantung. Secara umumnya,
gaharu dituai apabila pokok berusia antara lima dan sepuluh tahun. Faktor
pembentukan resin gaharu boleh dianggap misteri pada masa lalu, anggapan
pembentukan melalui serangan serangga, anai-anai, semut serta siput.
Exsperimen terbaru ini,
yang melibatkan mencederakan, dicederakan atau sengaja dicederakan, menyuntik
dengan bahan-bahan menjengkelkan, dan tujuannya mengelakkannya daripada
penyembuhan secara semula jadi, salah satu teknik ini adalah paling berkesan.
Hingga mampu menghasilkan kayu yang dijangkiti, tetapi, tidak bergitu berjaya
untuk proses penyulingan minyak pati, kayu jangkitan daripada pokok muda, memperolehi
berkualiti rendah dan berbau keras. Gaharu yang terbaik, apabila keseluruhan
pokok dijangkiti berkualiti tinggi, resin tebal dan mengeluarkan minyak jumlah
yang besar, ianya boleh berlaku mengikut tempoh masa dan factor semula jadi
hutan (lokasi ladang).
Pengeluaran oleoresin wangi
dikaitkan dengan mencederakan dan berkaitan dengan jangkitan kulat, dibantu
serangan serangga, udara dan air hujan. Sebagai tindak balas daripada jangkitan
kulat, pokok-pokok yang dijangkiti menghasilkan resin yang tinggi dalam menentu
sebatian organic yang membantu dalam membenteras atau membantutkan pertumbuhan
kulat. Pelbagai-bagai spesies kulat dikaitkan dengan pembentukan gaharu,
walaupun ia masih tidak jelas dengan bagimana ia melakukan pembentukan resin.
Walau bagaimanapun,
interaksi antara batang pokok dan luka atau bagaimana kulat mampu menghasilkan
gaharu, kajian-kajian para penyelidik bercanggah pendapat. Factor-faktor
seperti, umur pokok, perbezaan pokok disebabkan variasi bermusin, perubahan
alam sekitar dan variasi genetic Aquilaria spp. Juga memainkan peranan penting
dalam pembentukan gaharu (1977-1997), ini menunjukan
bukti, bahawa tidak semua genus Aquilaria ini menghasilkan gaharu, dapat
dianggarkan hanya kira-kira 10% daripada Aquilaria spp. liar menghasilkan damar
(oleoresin).
Teknik daripada
mencederakan dengan cara-cara tertentu dan bagaimana mempercepatkan tindak
balas pertahanan semula jadi, teknik ini juga membolehkan hasil berkualiti
dihasilkan pokok-pokok muda. Mencederakan pokok gaharu dengan menggunakan bilah
atau mengetuk paku kedalam batang, satu teknik bergitu meluas digunakan pada
masa lalu, bagaimanapun gaharu yang dihasilkan dari rawatan ini, biasanya
terlalu rendah kualiti gaharu dihasilkan dan tidak dapat memenuhi permintaan dipasaran
(2007).
Bagi menyenangkan fahaman
anda tentang peranan fungus (kulat) amat penting dalam proses pembentukan
gaharu secara keadah paksaan ini, saya gabungkan cacatan lampau sebagai
penerangan huraian secara ringkas. Sekurangnya kita sama-sama menafaatkan ilmu
pembentukan gaharu secara teknologi atau pembentukan secara paksaan, bagi
fahaman saya ianya satu-satu ilmuan kegaharuan yang bergitu sukar diporelehi.
TQ.
KAMI MENJUAL 1200 POHON GAHARU UMUR 14 TAHUN HARGA RP.1,5 JUTA/ POHON LOKASI KALIMANTAN TIMUR HUB 085222440659 / ANTO_BUNYU@YAHOO.COM
BalasPadam