Berusaha dibidang pertanian bukan perkara senang, tidak seperti
bercakap di warong kopi tidak sampai beberapa saat dah boleh jualkan hasil dan
untungnya beratusan ringgit, bagi contoh, tanam pokok nenas 10,000 pokok, memperolehi
buah 10,000 biji, dijual dengan anggaran RM3.00 hingga RM4.00, atas kertas,
tolak itu ini, dapat untung bersih RM1.50 sebiji tempoh masa 12 bulan.
Kikikiki.. banyak juga untungnya. Itu yang didraf di atas kertas A4, tetapi,
setelah kita usahakannya, hasilnya banyak pelbezaan dari yang kita draf..
betulkan..? dan bergitu juga jawapanya,bila kita telah berusaha lama di bidang
penghasilan gaharu melalui paksaan.
Setiap satu perkara kita usahakan,semua akan menguji kesabaran dan
hasilnya belum pasti kita memperolehi tepat mengikut jadual seperti kita draf
atau mengikut seperti kita rancangkan. Saya tak mengatakan pada pihak orang
lain, contohnya kami di gold-forest R&D gaharu sendiri, tidak semua di
usahakan berjaya 100% dan adakalanya tidak menepati kepuasan hati. Pada
pengusaha yang pernah berurusan dengan kami, tentu ada perkara-perkara yang
tidak dapat kami tunaikan dengan segera, ia itu melibatkan penuiaan hasil
inokulasi setelah tempoh melebihi 2 tahun.
Yang anda wajip fahami, penuaian akan dilakukan setelah buyer atau
pemborong memberikan kata putus, setelah sample yang kami hantar akan di uji
kematangan dan keputusan akan kami perolehi setelah perbincangan berapa jumlah
gaharu yang mereka perlukan setelah bulan ke bulan, bukannya, bulan ini ada
bekalan, bulan depan pihak kami kehabisan stok. Anda juga wajip mengetahui,
kami juga pengusaha, bukan sejumlah kecil puluhan ribu kami laburkan di bidang
ini, ratusan ribu telah kami salurkan daripada perladangan, baikpulih
inokulasi, kos menjalankan R&D cecair pembentukan dan upgrade.
Setelah kami inokulasi pokok, kita tunaikan janji-janji kami seperti
dijanjikan, malah kami inokulasi pokok melebihi daripada bajet pemilik, selepas
3 bulan kami akan datang ceckking jalinan resin, Sekiranya tiada kepuasan hati
tentang jalinan resin, kami ulangi inokulasi secara percuma gunapakai cecair
pembentukan puluhan liter, walaupun pihak kami terpaksa menanggung kos, iaitu,
3 kali setahun, dua tahun 6 kali berulang alik, ianya juga melibatkan kos yang
terpaksa kami tanggung, termasuk, servis kenderaan, penginapan, makan minum dan
gaji pekerja, anda daraf sendiri setiap kali perjalanan RM3,500.00 x 6 trip
tempuh 2 tahun dan campur kos cecair pembentukan kerana tidak lepuasan hati
pengusaha, kalau dikira secara detail, pihak kami tidak mendapat keuntungan,
cuma untungnya boleh buat makan dan kerja sambil makan angin. Kikikiki.
Kami juga ingin dapatkan kembalikan wang pelaburan beratusan ribu yang telah
kami laburkan, bukan puluhan ribu, bukan 6 7 8 ribu, tetapi, ratusan ribu,
orang gila pun semakin gila, semakin sasau dengan sejumlah itu tidak diperolehi
kembali mengikut jadual.. kikikiki. Tetapi, Kita kena fahami keadaan, hati
wajip bersabar dan terpaksa mengikut peraturan dari buyer kerana kita bakal
pembekal gaharu kepada mereka.
Dan bila pokok dibaikpulih atau diulangi
inokulasi, bererti, tempuh matang dilanjutkan 1 hingga 1 tahun ½. Setelah
penerangan diberikan pada pengusaha,” ok, tiada masalah, lambat pun tak kisah,
janji berhasil”. Selang sebulan selepas dari jawapan mereka..” Dah cukup tempuh
2 tahun, bila nak menuainya..”. pulak, buat-buat lupa percakapan persetujuan
kata “tak kisah”.. kikikiki.. haru. Kita pun pandai terasa hati, “ you datang
lah, I nak rawat 100 pokok lagi” tu janji nak sedapkan hati kami, memang lah
kami dah janji akan datang, tak payah buat-buat janji nak nak tambah rawat
lagi. Berkeadaan was was siap juga lah kelengkapan dan 3 staf ikut serta, sarat
kenderaan bawa kelengkapan, sampai kat lokasi, tak mahu rawat.
Kami bukan bersifat panas baran, bila ada soalan-soalan, kami sengaja
diamkan diri, bukan mahu lari, bukan bagai menipu sesiapa kerana kami tak dapat
bagi keputusan tepat bila penuaian akan dilakukan selagi kami belum perolehi
jawaban bersurat hitam puteh perjanjian pembekalan setiap bulan permintaan
daripada buyer. Jika kami dituduh mahu menipu, pasti semua laman social pihak
kami tutup akaun, akaun email pasti bertukar, nombor handphone di tukar dan
blog ini pun akan ditutup.
Bahagian akhir saya membebel kali ini, tentang
carving, penebangan dan pengangkutan, 3 perkara ini bukan melibatkan 100 200 ringgit, pasti melibat aliran duit keluar
dan carving pun bukan siap dalam masa 1 hari, pada yang kurang faham, sila lah
jual sendiri pokok gaharu anda, jangan hanya pandai mengaibkan kami
dilaman social dengan niat nak lepaskan
kertidak puasan hati.. kikikiki.. sorry boss.\
Kalau mahu dilayan perangai manusia, tak terlayan, 99 orang, dah pasti
mempunyai 99 perangai berbeza-beza. Jika seorang pun kita belum pasti mampu nak
puaskan hati mereka, mana kan terdaya, pada diri sendiri pun belum pasti dapat
kita puaskan, cuma, kita mampu menahan kesabaran mencari jalan untuk membetulkan
keadaan, orang tua-tua berpesan” jika menarik rambut dalam tepung, biar rambut
tak putus, tepung tak berselerakan.. kikiki betul juga kan..?
Bulan april, adalah bulan palng sibuk, walaupun negara kita sedang
dilanda musin kemarau agak teruk, kerja-kerja penginokulasian 4 jam satu hari, tetap
dijalankan 3 hingga 4 hari seminggu kerana permintaan daripada pengusaha
mahukan khidmat dan gunapakai cecair pembuntukan ciptaan kami. Dikira sekali
imbas, cecair pembentukan telah digunapakai sejumlah 486 liter, boleh dikatakan
satu percapaian terbaik di awal tahun 2016. Penginokulasian dijalankan pada
spesies liar iaitu A.malaccensis lamk dan pokok gaharu yang ditanam dikalangan
spesies A.Crassna, A.sub-intergra dan sebilangan kecilnya A.Agallocha roxb.
“ Isk, bukan payah proses cecair pembentukan tu, boleh proses
sendiri..” itu lah ayat selalu didengari daripada manusia yang tak mempunyai
walaupun 1 pokok gaharu. Jika senang memproses cecair ini, pengiat-pengiat
terdahulu telah memperolehi kejayaan malah sudah pasti pengiat-pengiat
terdahului jadi JUTAWAN dan sekarang ini pun, masih ramai pengiat-pengiat
gunapakai cecair pembentukan yang di inport daripada Negara jiran. Kalau 1
pokok pun tiada, tak payah nak cakap besar, benda ini senang, kikikiki.. di
ajukan soalan, apa yang berada didalam pokok gaharu..? tu soalan mudah dan
pasti si cakap besar ini tak dapat bagi jawapan.
Dari fizik, Biologi, biokimia, Patologi, terpenoid apa itu oleoresin,
nano, micro, bacteria fungus dan pelbagai-bagai logi logi lagi, aku pun kurang
faham.. kikikiki.. main tibia jer. Tetapi, itu lah antaranya yang wajip
difahami, wajip dikaji sebelum mencipta formula memproses cecair pembentukan
gaharu, bukan main hentam jer brother..!!!. Kalau cakap pada pokok, kau cakap
nama binatang pun, tiada masalah, jika perkara ini kau cakap dengan
pengiat-pengiat gaharu, pasti kau akan di malukan akibat ayat-ayat bodoh kau
tu. Apa benda ilmu sekali pun tiada datang secara pintas, semuanya wajip kena
belajar, kena jalankan kajian untuk mencipta reka sesesuatu benda. Mengapa,
bagaimana dan cara membaik pulih adalah masalah bergini wajip akan timbul
sebagai masalah.
“Isk.. bukannya payah proses cecair pembentukan tu..” ayat-ayat dari suara-suara sumbang ini,
memberi saya ideal meneruskan catatan terbaru ketiga bulan. Sekiurang-kurang
ada yang memahami, bukan semua perkara boleh di anggap senang, dan bukan semua
perkara tidak mustahil kita boleh usahakan sehingga berjaya. Jika tidak
mengetahuian apa, tak pernah lihat rupa gaharu, pokok gaharu pun tak dikenali
dan tidak pernah alami kerja penginokulasian, terbaiknya, kita diam, biar
dikatakan bodoh, daripada terlepas percakapan bodoh.. kikikikiki.. walaupun
apa-apa pun, Thanks You All.