Hati memang berniat, mahu
rehatkan badan beberapa hari, tetapi, badan pula kalau rehat, seperti ada yang
tak kena, nak deman lah, sakit-sakit urat sana sini, soal makan, pantang
melintas di hadapan, semua balun. Kikikiki, tolak batu dengan kayu jer, tetap
berselera, Alhamdulillah, yang tak gemar nya bila terlampau banyak rehat, mata
meragam, sandal kejap terus terlena, tidur di siang hari paling tak digemari,
lebih baik buat gatal-gatal tangan, buat ini buat itu biar berpeluh.
Saya bergiat bidang gaharu
teknologi, dengan bermodalkan keberanian, orang kata,melabur pada pokok kayu
nie, tiada jaminan, kikiki.. mana-mana pelaburan tiada terjamin untung, boss.
Saya bermula tiada dana, tiada subsidi, tiada sokongan moral , tanpa ada
bantuan modal daripada mana-mana badan kerajaan Pusat atau Negeri, swasta
ataupun orang perseorangan. Cuma bermodalkan suntikan air liur jer, pada
awalnya bergiat sebagai pembekal benih gaharu pada para-para pengusaha baru
seluruh Malaysia, sambil tawarkan khidmat kontraktor ladang gaharu di susuli
khidmat penginokulasian, tagged nya mahu menampung pengkajian tentang spesis
gaharu dan mengkaji bahan-bahan ramuan mencipta vaksin sendiri.
Dengan cara bergini, tiada
jasa mahu dikenangi, tiada budi mahu dibalas dan saya boleh lakukan tanpa ada
sekatan, tiada peraturan yang harus di ikuti kerana semua yang dimiliki
sekarang, atas daya usaha tulang empat kerat serta modal peribadi 100% tanpa
melibatkan mana-mana pihak. Bukan menunjukkan saya hebat, kerana saya mempunyai
prinsip hidup sendiri, mengharapkan bantuan cuma menlenggah-lenggahkan sesuatu
project, yang belum pasti dapat atau tidak, tidak mungkin ada yang mempercayai
kerjaya gila-gila bergini berjaya, kerana contoh-contoh di waktu itu tiada satu
pun berjaya.
Ketika itu, saya tiada opis,
tiada makmal seperti sekarang, internet jauh sekali, kadang-kadang berada cybercafé
layan internet mencari rujukan serta melawati blog-blog dan website tentang
kegaharuan, sampai naik malu kat budak-budak, orang tua nie dok melayan
internet, cari apa apakah benda agaknya. Makmal saya ketika itu, di hutan,
tenung pokok Depu, panjat, ukur dan kadang-kadang peluk .. kikiki, kalau kau
lihat pasti terkeluar kata..” buang tabiat orang tua nie, orang tak peluk pokok
Depu, dia peluk..” Biar lah dikatakan apa ketika itu, sekurang-kurangnya ada
yang tahu jawapannya sekarang, mengapa saya berkelakuan bergitu.
Mungkin agaknya ada yang
bertanya-tanya “ berapa kos modal saya laburkan setiap pembelanjaan
kajian-kajian saya”. Jawap saya..” entah, saya tak pernah kira jumlahnya, cuma
kekadang tu terpaksa ikat perut kerana mengikut kemahuan hati..kikiki,
kadang-kadang terpaksa menelan
bulat-bulat kata-kata sindiran orang, buat kerja gila-gila.” Kepuasan hati
kita, adalah kejayaan diri sendiri, berbaloi atau tidak pulangannya, itu lain
cerita, sekurang-kurangnya kita telah lakukan mengikut dari apa yang kita
planningkan, usaha adalah satu jalan untuk kita capai kejayaan, kita berusaha
bukan mahu membeli hati orang, tiada mengharap pujian, tetapi untuk kepuasan diri
sendiri.
Sememangnya kita tiada
termampu lakukan sesuatu perkara bila melibatkan kos yang besar, bergitu juga
ilmu, kalau di usahakan sedikit demi sedikit akan kita berjaya menerokai nya,
janji ada kemahuan, pasti ada jalannya. Tiada sesiapa yang pandai semua bidang,
yang pandai cakap, yang pandai bercerita yang mereka dengari dari mulut ke
mulut, tiada pernah lakukan, ramai, yang betul pandai melakukannya sejumlah
yang sedikit, itu pun mereka yang arif di bidang kerjaya masing-masing,
kikikiki .. tetapi, ok juga kan..? mereka ambil tahu, walaupun bukan bidang
mereka ceburi.
Bila kita dengar
khabar-khabar derita dikalangan pengiat lama, pasti kemahuan kita akan patah,
patah sepatahnya, tiada kejayaan di dengari, pelbagai-bagai berakhir dengan
kepahitan. Ianya satu kesilapan dari kemahuan sibuta tuli, mereka lakukan tanpa
ada kajian, tanpa ada bukti kesalihan dan terlalu tamak. ( sorry boss ). Gerak
gempur di lakukan oleh para-para pengiat gaharu dari luar Negara, gambaran-gambaran
indah di khabarkan membuat mereka menjadi riak. Padahal nya mereka hanya mahu
mengambil kesempatan memasarkan benih, memasarkan
vaksin dan mengambil upah penginokulasian.
Kikikikii.. Sedap nya
mengata orang, yang kita pun sama,ke dah terlupa sejarah lama, itu kisah dulu-dulu,
seawal menceburi bidang gaharu. Dah bukan rezeki, nak buat camna, kan, duit
kita rezeki orang, terima sahaja lah hakikatnya bergitu seada-adanya lumrah
permulaan menjinakan diri di bidang kegaharuan. Itu pun satu kemahuan kan..? “
kalau keinginan tanpa penyelidikan, aku cop kamu tidak berfikiran waras, belum
pasti perkara betul atau tidak, kamu terus terima tanpa was-was, bukan jumlah
yang sendikit ..boss.!!” kata seorang kawan.
Ditambah gerak gempur, siap
dengan signboard “ KELANTAN KERIDOR DEPU” bergitu gah berdiri setiap simpang,
sebuah rumah 1 pokok karas, ideal bergini memang terbaik, ada pihak mengutuk
dan satu pihak lagi menyokong. Jual benih karas, ketika itu tak ubah seperti
jual goreng pisang. Di mana-mana sahaja
sembang-sembang, kat warong kopi ke, depu, karas, depu, karas di bualkan,
tetapi, bila kerajaan bagi pokok karas, membesar di tepi perigi, kemahuan
mengecapi kekayaan tetap ada, yang tiada nya, kemahuan mahu berusaha.
Saya setia mengikuti perkembangan
semasa kesemasa Kelantan Keridor Depu dari jauh, maklumlah siapa lah kita
kan..? Punca utamanya saya mempunyai kemahuan sebagai pengiat gaharu teknologi,
ingin sesangat mengetahui bagaimana teknologi inokuasian akan di bawa masuk
oleh Kelantan Keridor Depu, yang akan disalurkan amnya pada pengiat-pengiat
gaharu di Kelantan utamanya Vaksin atau cecair pengalak resin. Jawapan ini
sampai sekarang belum terjawab, bagaimana tentang kajian, bagaimana tentang
penghasilan gaharu, dimana teknologi yang mereka lakukan kajian sebelum
melancarkan tema KELANTAN KERIDOR DEPU dan bagaimana nasib para-para pengusaha
yang menerima pakai seruan Kelantan keridor depu..?
Bila penantian tidak kunjung
tiba, bila ada kemahuan di situ ada jalan, tiada boleh mengharap pada sesiapa,
kita dah jauh menglangkah, wajib diteruskan bersama planning utama “ cipta
Vaksin sendiri”. Bermula lah era kegilaan, kikikiki.. Pagi hingga petang di
hutan seorangan bertemankan senapang, parang serta sedikit bekalan makanan,
manakala malam nya di cybercafé menjejalah dunia gaharu. Alhamdulillah, dari menghadapi
segala-segala kesukaran,kepayahan,pahit manis, Allah makbul juga permintaan
hamba NYA, akhirnya tersenarai dikalangan pengiat gaharu teknologi, walaupun
tidak tersohor. Tetapi, tanpa sokongan moral anda semua, siapalah diri saya.
TQ.
tumpang tanya gaharu ni akan dipasarkan di mana ya?
BalasPadamUK, US, Jepun, China dan Timur Tengah
PadamDah ada connection di sana ke? Kalau dijual ke sana, berapa % empunya pokok yang guna inokulan encik boleh dapat ye?
BalasPadamada .. saya ambil 10% sebagai kos pengurusan
Padam