Kita
sebagai pengiat gaharu teknologi, maka setiap catatan, berbicara, dapatkan
maklumat, reka teknik inokulasi, terima pakai teori, bagaimana priktikal harus
di siapkan, kajian factor pokok dan segala urusan berdasarkan gaharu teknologi
bukan perkara main-main. Daripada mengenal apa itu Bioteknologi , Microbiologi,
Patologi, Mikrod inoculation atau entah apa-apa benda, berbelit-belit lidah nak
menyebutnya, aku pun kurang faham, janji kaji jer, bila terhasil dari kajian.
Alhamdulillah,
walaupun belum sempurna, boleh dikatakan berbaloi hasilnya daripada bertukus
lumus tulang empat kerat, bercengkang mata, bagai nak pecah kepala otak
memikirkan bagaimana mahu memecah huraian teori serta formula, sehingga sampai kematu
tapak tangan melakukan kerja-kerja priktikal dan bergetar-getar, mengigil-gigil
badan dan kepala lutut memanjat pokok gaharu setiap kali melakukan kajian.
Cakap
mengikut teori memang senang boss, Furgus mampu menghasilkan gaharu, cuba
engkau lakukan, aku nak tengok hasilnya setelah tempoh 3 bulan, Silap haribulan
spesis Furgus yang kau suntik pada pokok gaharu itu boleh menyebab maut atau
semasa kau suntik, kau dah pensan..boss.
Kikikiki.. Saintis , pengkaji vaksin dan pereka teknik penginokulasian,
vaksin haram jadah apa kalau bergitu keputusannya..?. Mungkin anda terkejut
dengan perbezaan catatan saya kali ini, sebelum ini saya selalu catatkan, yang
furgus mampu menghasilkan gaharu, jawapan saya.. memang betul, tetapi bukan
daripada dari furgus segar, yang tumbuh merata
yang boleh didapati dimana-mana dibatang kayu reput.
Ketika
pembentangan hujah secara lisan, saya nyata pelbagai spesis Furgus bentuk
cecair akan terhasil melalui bacteria telah saya temui setelah melalui kajian
bertahun-tahun dan ada pertanyaan “ Bagaimana, apa bahannya..?” Saya menjawab “
Anda wajib mengkaji sendiri dari awal, dari semua factor pokok gaharu, bagi
menghasilkan gaharu microbiologi, bagaimana pokok stress, bagaimana ianya
allergic, peranan serangga, udara, furgus dan peranan aktiviti mikrod
inoculations, wajar atau wajip dilakukan
bagi penghasilan oleoresin (sel-sel berkanji).? bahan-bahan serta formula
vaksin saya, tetap menjadi perkara rahsia bagi saya sebagai peniagaan tidak mesti
sesekali akan dedahkan, group anda telah mengkaji daripada penggunaan sel-sel ,
jisim-jisim, ada teknologi serta mempunyai makmal yang canggih dan anda juga
telah mencuba gambungan furgus dan bacteria, biokimia, mikrobiologi didalam
kajian anda semua mengikut teori yang anda temui demi mencapai matlamat”.
Fungus
yang paling kerap di temui di makmal setelah pengasingan dilakukan, yang sering
menjangkiti pokok gaharu, contohnya seperti Pencillium citrinum, Aspergillus
tamarii, Aspergillus spp, Fusarium solani, Botryodiplodia theobromae dan
lain-lain. Tagged kita mahu mencari sepsis-spesis furgus selamat di gunapakai
serta mampu menghasilkan oleoresin wangi, bukan penghasilan oleoresin bila
dibakar berbau kayu berasap. Dari kajian saya, walaupun bergitu, terlalu banyak
pencanggahan pendapat tentang furgus-fungus yang ditemui di antaranya para-para
pengkaji furgus penghasilan gaharu ,Sadgopal (1978), Hooper (1904), Battcaharya
(1952), Varrna (1977), Gibson (1977), Hawksworth (1976), Jaluddin (1977).
Mengikut
laporan meluas para-para pengkaji tentang pokok gaharu dijangkiti furgus (kayu
dijangkiti), adalah satu penemuan bukan perkara baru, bagaimana untuk
mempercepatkan pembentukan gaharu berdasarkan penyelidikan lebih intensif,
contohnya furgus Torule sp. berjaya di gunapakai serta mempercepatkan
pembentukan gaharu, tetapi rawatan dihentikan (1931) kerana percemaran
inokulasi. Manakala penggunaan Cladosporium sp. dan Epicoccum granulatum, Pancillicum
citrinum, Aspergilus tamari, Fusariumsolani, Fusarium oxysparum Schlect,
Fusarium tricinctum , Xylaroides Fusarium, Botryodiplodia spp. Theobromae spp.
Philophora parasitica, Epicoccum sp. Chaetum fglobosurp kunze, Cylindrocarpon
telah di pinggirkan pada spesis Aquilaria agallocha. Botrydiplodia theobromae,
tetapi, juga ada pencanggahan pendapat, Curvularia lunata, Fasarium oxysporum
dan Pestalotia adalah perasit, manakala Cercosporella sp. Chaetomium spirale, Cladosporium
sp. Phialogenculata sp. Pithomyces sp. Rhizopus sp. Spiculostibella sp. dan
Trichoderma sp lazimnya di temui di gunapakai di Thailand.
Teknik
penghasilan gaharu microbiologi, mengerudi menjadi amalan untuk membuat
lubang-lubang pada batang-batang serta cabang-cabang di anggap matang,
kamudianya di sumbat tiup (PVC) untuk pengaliran cecair yang mengandungi
bacteria furgus, bertujuan mencederakan dibahagian dalam batang untuk mengelak
penyembuhan secara semulajadi, teknik bergini berkesan, oleoresin mula
membentuk sedikit demi sedikit, hingga menghasilkan kayu di jangkiti furgus,
yang terbaiknya keseluruhan pokok dijangkiti berkualiti tinggi, resin tebal dan
minyak.
Pelbagi-bagai
furgus yang berkaitan dengan pembentukan gaharu di bantu oleh serangan
serangga, udara dan air hujan, tiga hipotesis wujup mengenai gaharu pembantukan
hasil patologi, mencederakan / patologi dan / atau bukan proses-proses patologi
(tiada maklumat tepat). Oldfield (1998) menyatakan penghasilan resin terjadi
kerana tindak balas jangkitan furgus dan manakala Beek (2000) pula berkata
bahawa tindak balas kepada mencederakan menghasilkan oleorasin.
Pengulasannya,
jangkitan furgus boleh meningkatkan pengeluaran oleoresin sebagai tindakbalas
kepada peningkatan, kerosakan dan pertumbuhan furgus terhadap pokok gaharu
secara semulajadi dijangkitan oleh pelbagai-bagai furgus termasuk, Aspergillas
spp. Botryodyplodia spp. Diplodia spp. Fusarium balbiferum, fasarium laterium,
fasarium oxysporium, fasarium solani, Penicillium spp dan Pythium spp. ( Anan
1998, Soehartono dan wiriadinata 1995 -1997 ) Huraian pendapat menyatakan walau
bagaimana pun interaksi ekologi antara pokok dan luka dan / atau furgus untuk
menghasilkan oleoresin adalah rumit.
Betapa
penting furgus pada pokok gaharu, gaharu terbentuk dengan kehadiran pembiakan
furgus, paling tepat istilahnya kayu yang dijangkiti manakala oleoresin pula
membalut sekeliling kayu yang telah dijangkiti furgus, dari warna kayu bertukar
warna kehitaman, bila di bakar ianya akan mengeluarkan aroma wangi, manakala
minyak pula berbau manis, aroma berkayu, pedas dan melekit. Selamat memecah kepala memikirkan nya..
kikikiki.. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan