Assalamualaikum, Selamat
sejahtera, Apa khabar semua pengikut-pengikut serta peminat gaharu semua.?.
Gold-Forest R&D Gaharu mula kembali dengan catatan-catatan terkini,
Insyaallah, di sebabkan masa tidak mengizinkan, sekian lama saya tidak update
catatan-catatan sepertimana yang kebiasaan setiap bulan di terbikan. Bukan
tiada ideal, tiada kajian serta beku aktiviti harian sampai catatan blog tiada
di terbikan, saya terlalu sibuk mempersiapkan pembersihan ladang, pembajaan dan
pembersihan tapak ladang tambahan sebulan dua lagi, setelah pembersihan di
siapkan 100%.
Ideal tetap datang, cuma
lari tajuk, bukan catatan tentang gaharu, kau gelak pulak, bila aku terbik di
blog gaharu itu, catatan mengenai bengkel tyre, tanam anggor, tanam papaya, ternak
arnab atau up tentang isu politik semasa, menteri yang baru dilantik pun, aku
tak kenal sahkan ingat nama-nama mereka.. kikikiki. Tentu dah lari jauh dari
tajuk blog aku nie.. Baik berdiam diri seketika, bertapa tenangkan fikiran, lapangkan
dada, intai-intai pokok gaharu liar, mengkaji factor, kaji ramuan bahan-bahan
vaksin, kalau-kalau terjumpa bahan-bahan baru yang lebih menambah power vaksin
ciptaan aku nie. Pokok gaharu sudah tak mahu dikaji, cukuplah dah belasan tahun
dok peluk, dok belai, dok tenung dari hari ke hari hingga bertahun, sampai
bermimpi-minpi peluk pokok gaharu.. kikikiki.
Kalau tak di usahakan, dok
peluk tubuh , tentu hasilnya kosong.. kan.?, Pasti tiada hasil yang dapat,
mulut mahu disuap, dapur mesti berasap, kenderaan minta di isi minyak. Kerana
kita bukan dari orang berada, kena lah teruskan berusaha, sekiranya telah
dikenali, nama dah tersohor, usaha wajip di gandakan dan kita berpuashati
sekiranya, kita gagal ketika kita giat berusaha, kita tiada akan kerugian,
kerana kita telah perolehi ilmu yang ternilai dari usaha-usaha kita lakukan.
Terlalu panjang lebar saya membebel..kikikiki.. mungkin terlalu lama tak terbikan catatan blog, terasa
seperti baru berblogger.
Kita kena buang sikap ego ,
cukup apa yang ada, memandai apa yang telah kita miliki, bila sikap ini kita
buang jauh-jauh dari diri kita, bermulalah sikap tidak berpuashati, walaupun
kita telah capai kejayaan, ianya tiada bererti selagi tada penemuan baru tanpa kita tiada
mengkaji, ertikata kejayaan yang kita miliki itu hanya lah puaskan hati kita
sendiri, untuk puaskan hati orang lain , ini lah masalahnya. Bila dah bergelar
peniaga, semua factor kena kira untuk membeli hati pelangan dan pelangan
berpuashati berurusan dengan kita.
Dalam bidang kegaharuan,
kepuasahati pelangan bukan dari layanan, ianya dari penghasilan penginokulasian
adalah tunggak segala urusan, sehebat mana seseorang pengiat melabelkan diri
tersohor, sekiranya tiada mampu membuktikan penghasilan gaharu yang terhasil
dari inokulasi sendiri, ianya tiada bermakna apa-apa, boleh di anggap bual-bual
kosong. Kalau kita sendiri tidak berani berusaha, tidak sanggup menempuh
cabaran, baik kita lupakan kerja penginokulasian, sebab di fikiran para-para
pengusaha sendiri, berjudi nasib, akan berjaya atau tidak sentiasa bermain di
fikiran mereka, keyakinan mereka akan lebur sekiranya berurusan dengan pengiat
yang tahu cakap, tapi bukti tiada.
Sebab itulah usaha mesti
digandakan, bukan senang mahu penghasilan gaharu terbaik dan berkualiti,
tersilap bahan ramuan vaksin, pokok pula mati, silap bacuhan overdos, ke lain
pula jadinya. Kalau perkara ini senang, para-para pengiat terdahalu dah
bergelar jutawan gaharu, pelbagai ikhtiar mereka lakukan, pelbagai bahan di
jadikan vaksin, pelbagai teknik inokulasi mereka mencuba, tetapi, kesannya 90%
pokok yang mereka katakan ini lah teknik inokulasi terbaik ketika itu, satu
persatu dahan gaharu gugur ke bumi,
akhr-akhir batang-batang tumbang menyembah bumi.
Dari minyak pelincir
campuran madu di gunakan, pangkal-pangkal pokok gaharu digali, hujung akar di
masukan botol berisi vaksin mereka katakan tadi, bergitu juga pada batang, tak
cukup dengan itu, paku memaku pula mereka kerjakan, kata mereka tujuannya pokok
gaharu akan sakit, maka resin-resin gaharu akan berkumpul bila terluka. Kita
tabik, dengan apa mereka usahakan walaupun cuma mengikut teori dari akal
mereka, ini pun satu usaha, walaupun bagi saya, perbuatan yang mereka lakukan
sukar di terima oleh akal saya yang serba kekurangan .
Saya tiada segan silu dampingi
mantan-mantan pengiat-pengiat ini, tujuan mencari ilmu, cari pengelaman serta
berniat ingin belajar serba sedikit tentang gaharu. Allhamdulillah, mereka
bergitu senang menerima kehadiran saya, tak kira dimana mereka imokulasi, saya
sertai. Setelah berbulan-bulan menyertai mereka, tiba lah masa mereka lakukan
test pokok-pokok yang mereka inokulasi yang mereka gunakan minyak pelincir
campur madu yang mereka gelarkan vaksin. Sampai di lokasi pokok gaharu, dari
jauh kelihatan pokok yang mereka rawat, bagaikan hidup segan mati tak mahu.
dahan-dahan berselerakan di sekeliling pangkal, akar di gali lagi dan di kerat, lalu di bakar,
kikikikiki .. bukannya bau harum manis berkayu, tetapi berbau minyak pelincir,
semua nya bertepuk dahi berwajah beribu duka.
Timba ilmu kegaharuan tiada
penghujung bagi saya, mula mengkaji spesis-spesis, resin, tempernie, carbon
(c15-c15) furgus, bekteria serta bahan ramuan tanpa berkimia yang mampu membuat
pokok gaharu stress serta allergic dan spesis furgus mana yang mampu membantu
penghasilan gaharu yang berkauliti, saya bernasib baik ada pakar dari luar
Negara yang sudi memberi tunjuk ajar walaupun secara teori, walaupun dapat
tunjuk ajar, berkali-kali percubaan menemui kegagalan, walaupun di cop gagal,
sebenarnya saya telah berjaya melakukan percubaan serta mempunyai pengelaman,
punca kegagalan disebabkan vaksin overdos, tetapi pokok tetap subur menunjukan
satu kejayaan.
Kajian diterus tanpa ada
rasa jemu, jelajah lagi, temui sifu-sifu gaharu tersohor yang telah bergelar
jutawan di luar Negara. Biarlah di cop bodoh, asalkan ada tempat untuk
pembincangan walaupun topic bercampur-campur tetapi tetap topic gaharu
teknologi. Dua topic saya titik berat iaitu furgus serta dos vaksin, tiada
manusia akan mencurah ilmu tunggak bisnes nya pada bakal saingannya secara
direct, walaupun contoh-contoh kiasan yang di beri sudah mengcukupi kerana kita
telah mempunyai asas proses vaksin.
Faktor daripada pokok juga
memainkan peranan besar bagi penghasilan gaharu, kedua-dua ini saling perlu memerlukan
atau berkerjasama, furgus akan menyerang seluruh carbon dan tisu pokok, pokok
terus allergic maka pokok akan menjadi stress dan resin pula bertindak membalut
serangan furgus maka terhasillah damar (resin,gaharu) semakin mengeras hari ke
hari, dari warna coklat bertukar kehitaman memakan masa bertahun-tahun mengikut
tempoh matang yang di perlukan untuk proses tuaian.
Walaupun pelbagai teknik di
lakukan, memaku, menyapu, menebuk, menakel, menbuang kulit, menyumbat, drill,
bamboo stick, dan pelbagai lagi, semuanya teknik-teknik ini tujuannya hanya
satu, penghasilan gaharu yang di harapkan. Dari dahulu hingga sekarang, pengiat
hanya mengharapkan mahukan gaharu serta kayu-kayu ini boleh di proses minyak
pati gaharu. Dan sekarang teknik inokulasi telah menjalani perubahan yang
ketara, tetapi, para-para pengiat tetap mengamalkan mengikut teori tersendiri.
Walaupun apa-apa atau
pelbagai teknik inokulasi yang mereka lakukan itu adalah salah satu usaha yang
menyakinkan, bukan perbuatan suka-suka. Berjaya atau tidak bukan jawaban yang
mematikan semangat juang usaha mereka, sekurang-kurang kita boleh jadikan satu
contoh, dengan keberanian percubaan mereka, tanpa ada keluhan, rasa jemu.
Semangat kegilaan yang paling hebat di miliki oleh para-para pengiat gaharu,
tiada pernah ada di hati mereka perasan mengaku kalah.. wa caya lu .. TQ.
Saya pun tertunggu-tunggu membaca catatan Tuan. Ilmu itu luas, semakin di cari semakin rasa banyak yang tidak tahu.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian ini :)
terima kasih Aminah .. terlampau sibuk
Padam