Yang
sebetulnya, saya paling gemar kongsi pengelaman silam, kongsi maklumat, kajian
mengkaji tentang gaharu, kadang-kadang tenung lama-lama pokok gaharu dan
berbincang tentang gaharu dengan sesiapa sahaja yang sudi berkunjung melawati
saya. Ego’an bukan sifat semulajadi saya, tak kenal boleh berkata apa saja
anggapan, bila dah kenal anda tentu pasti dapat menilai kemesraan saya, selalu
alu-alukan para-para pengusaha, para-para pengiat serta bakal-bakal pengusaha,
Sayangnya saya cuma mempunyai pengelaman yang cetek tentang gaharu semulajadi,
bila ada soalan di ajukan tentang gaharu semulajadi, saya tiada mampu memberi maklumat
tepat.
Ilmu kegaharuan saya perolehi,
dari pembacaan, maklumat nota-nota daripada internet, laman-laman website dan e-mail
sahabat handai pengiat tegal gaharu dari[ada luar Negara serta sebilangan kecil
daripada mantan-mantan pengiat gaharu veteran. Maklumat yang di terima, bukan
semuanya boleh di terimapakai, ada yang tak masuk akal, teori mengikut andaian,
bila terfikir logic atau tidak, tetapi, tiada kisah lah, janji kita temui
sesuatu yang baru, nak pastikan betul atau tidak toeri yang di sampaikan, kita harus
menguji secara detail walaupun keputusannya memakan masa berbulan-bulan.
Sekiranya ada pengiat gaharu tegal, mengaku mengenali bergitu dekat diri
saya, awal-awal anda boleh copkan dia adalah pembohong, pernah saya catatankan,
saya adalah pengiat, pengusaha serta penginokulasian mempunyai group sendiri,
tiada pernah bergabung harap pada mana-mana pengiat. Seawal-awal lagi saya
lebih gemar bergiat secara solo didalam bidang kajia-kajian spesis, formula
vaksin , pembekalan benih gaharu, perundingan serta kontrak peladangan gaharu,
semua kerja ini akan di selesai oleh staf-staf saya, yang dididik khas sebagai penginokulasian dan pengurusan
peladangan.
Bergerak secara solo, kita
tidak meluangkan masa untuk menanti, kita boleh had masa di sesuatu tempat,
kerana saya bukan jenis suka mananti, tiada canggahan pendapat, kita bebas
menentukan teori dan pritikal bagaimana harus di lakukan dan yang pasti ianya
menjimatkan kos. Ini adalah pelaburan jangka sederhana, mesti teliti soal wang
keluar, silap-silap aliran wang keluar terlebih .. kikikiki.. tak berasap
dapur. Maklum lah pengiat gaharu nie, gaya jer lebih, duit dok labur kan pokok,
labur kat ladang gaharu, bayar upah pekerja dan pelbagai-bagai benda yang
melibatkan pengurusan ladang, kita bukan pengiat jutawan, tiada juta wang pun,
sekadar kais harian, manalah termampu nak bermewah-mewah. Kikikikiki.
Bagi saya, sesuatu perkara
yang dilakukan, mesti puaskan hati sendiri dahulu sebelum puaskan hati orang
lain, bagaimana anda..? Bila betul2 hati kita puas, bergitu juga lah akan
berpuashati bila seseorang berurusan dengan kita, tiada masalah besar akan
timbul. Yang timbulkan masalah besar diri kita sendiri, sifat kurang sabar
,kurang kenyakinan , tiada mampu menilai kemampuan orang lain dan semua benda
kita lakukan mahu pulangan cepat, seboleh-bolehnya, kerja hari ini petang nanti
dapat upah, ianya terlalu sukar untuk memuaskan hati orang lain.. kikikiki..
betul ke..?
Seboleh-bolehnya seperti
kita telah lakukan inokulasi pada pokok gaharu, pokok tanpa menunjukan stress,
allergic nya tiada di tunjukan, tetapi tetap membentuk gaharu, umpama ubi diam
berisi, resin terkumpul menghitam tanpa kelihatan. Kesimpulanya menandakan
kesabaran, tekun dan tanpa keluhan, berginilah sifat para-para pengiat gaharu,
bukan mudah rebah, tiada kena erti lelah, kegagalan adalah ilmu di jadikan
contoh untuk bangkit semula. Anda jangan andaikan, kegagalan itu punca utama
kita akan gagal seterusnya, bagi kami pula, satu kegagalan itu adalah satu ilmu
yang amat berguna, yang boleh jadikan satu aktibar, untuk mengkaji di mana kah
kesilapan yang telah berlaku.
Jika ada dikalangan para-para pengiat mengatakan dia terhebat,
kikikiki.. tanyalah dia di tempat mana kehebatannya, pada inokulasinya, pada
vaksin import , berapa inci ketebalan gaharu terhasil kerana vaksin importnya dan
gred double super ke yang terhasil..? Sehebat-hebat, terbaik dan mampu
menghasilkan 80% gaharu melalui penyerapan vaksin importnya, ianya belum tentu
mampu di pasarkan pada harga yang tinggi, sebelum di uji dimakmal untuk
pastikan bahan Vaksin import itu tidak mengandungi bahan kimia atau betul-betul
bahan-bahan dari sumber alam semulajadi yang penyerapannya dijadikan sokongan pembentukan
gaharu, jika nya mengandungi bahan-bahan berkimia, kikikiki.. kau simpan jer
lah gaharu tu sampai hancur.
Bila ada pertanyaan dari
pengusaha.. “ dah berpuas hati ke, cipta vaksin, yang mampu menghasilkan
gaharu..?”. Jawaban saya.. “ tidak, tidak berpuashati sampai bila-bila,
sehingga saya temui bahan ramuan vaksin yang mampu menghasilkan gaharu, tempoh
matangnya 6 bulan,mungkin mustahil kan..? tetapi, saya tetap bersyukur dengan apa yang
ALLAH anugerahkan setakat ini, dan akan terus berusaha mengkaji selagi saya
terdaya., bukan sifat semulajadi saya memandai dengan apa yang ada, sebab itu
lah saya lebih gemar mengkaji secara sendirian, itu adalah sifat kegilaan yang
sukar untuk saya buang”.
Jangan jadikan angan-angan,
tanam 10 pokok dah berfikir , bila besar nanti jual ratusan ribu, hati anda
belum dipuaskan lagi, 1 tahun anda setia menjagai pokok gaharu yang anda tanam,
masuk tahun kedua, tak dipedulikan, jenggok pun tidak, masakan nak bajakan.
Bila terdengar ura-ura kawan yang tanam tarikh sama dengan anda dah inokulasi
pokoknya, anda barulah ingatkan pokok gaharu yang anda tanam.. kikikiki., baru
sebesar lengan walaupun usia dah 4 tahun, puas ke hati anda..? sekiranya
mahukan hati kita puas, sentiasa menjagai apa-apa yang kita usahakan, bila
orang dah menuai hasil, yang kita punya, nak inokulasi pun tak mengcukupi size.
Jika anggapan ini adalah
satu pelaburan, anda tiada sia-siakan pelaburan anda, anda sentiasa memanbah
ilmu di bidang ini, anda akan menjagai, pembersihan, pembajaan serta anda tidak
boleh berdiam diri mesti rasa kesah gelisah sekira I minggu anda tiada melawati
pelaburan anda, itu lah caranya bagaimana mahu puaskan hati sendiri. Sekiranya
10 pokok tak terjaga, lupakan lah hasrat atau impian mat jenin anda, mahu tanam
gaharu pepuluhan ekar, anda tiada akan berjaya, terbaik, anda habiskan duit ke
tempat lain daripada anda habiskan duit, untuk pembersihan tapak ladang dan
adakah anda mempunyai dana besar untuk menampung kos inokulasi serta membeli
vaksin untuk pokok-pokok puluhan ekar..?
Bila anda berurusan
mana-mama pengiat penginokulasian, mereka tiada mempunyai ertikata belas
kasihan, sorry bos-bos. Anda wajip sedar, yang kami bukan badan kebajikan,
bukan badan kerajaan dan bukan dilantik khas untuk membantu mana-mana para
pengusaha. Ini adalah bisnes, anda tentu tahu, bisnes bersifat kejam, no money,
no layan, hutang-hutang tak main, kan, kami pun ada sifat nak puaskan hati
sendiri juga..kikikiki. Perkara bergini bukan kadang-kadang jer terjumpa,
tiap-tiap kali bila dikunjungi, perkara bergini lah selalunya menjadi tajuk
pebualan utama, duit tiada nak upah penginokulasi untuk pokok-pokok gaharu liar
serta yang ditanam dah besar sepemeluk, nak bincang tang mana lagi, kalau duit
dah tak ada, balik jer lah., sekurangnya kau berpuashati dapat jawaban tepat,
mengapa pengusaha lain juga, tak inokulasi pokok-pokok mereka.
Kita bukannya tiada
mempunyai rasa belas kasihan, ada niat nak membantu, tetapi, apa kan daya,
semua bahan-bahan ramuan vaksin, terpaksa kena beli, terpaksa keluar duit
minyak, kehulu kehilir mencari bahan-bahan, terpaksa menanggung kos proses,
memakan masa amat panjang tempoh matang vaksin, boleh di katakan dari A ke Z
duit mengalir dan kita sendiri harus dibayar gaji walaupun kerja sendiri.
Kos-kos kajian selama belasan tahun..bagamana., itu kan pelaburan juga..?
kerana kertidak berpuasan hati, sentiasa terkena oleh pengedar-pengedar vaksin
import, terpaksa berusaha, mengkaji secara teliti dari kesilapan lampau, untuk
puaskan hati sendiri.
Bagaimana kami mahu puaskan
hati anda..? Menipu dengan reka cerita yang bukan-bukan, dengan upload gambar-gambar
bukan dari kajian bukan hasil kajian,
tetapi mengaku milik sendiri dan terang-terang
mengaku setiap kejayaan dari hasil
ciptaan sendiri.. adakah kepuasan hati dengan cara bergitu..? Dunia ini kecil,
jangan ingat kita seorang jer sampai ke lokasi pemdalaman, ke luar Negara,
sekarang nie, maklumat, berita, khabaran hanya di hujung jari. Terbaik kita
berterus terang, tiada mana silapnya jika kita nyatakan bukti hasil kajian
sendiri, hati kita pun puas, tiada sesiapa meragui apa yang telah kita suara
serta bukti adalah betul-betul hasil dari kajian kita selama ini, siapakah yang
akan rugi.. Puas ke hati bergini..? TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan