Ini cacatan ke 134 yang
termampu saya terbikan, kikikiki .. ada yang bergurau agaknya , mengatakan,
saya banyak ideal serta hebat.. ye ke..? ( iskkk.. besar sangat pujian tu, tak
layak ) Catatan di terbikan ada kalanya
Ideal spontan, ada kala dari rujukan dari nota-nota lama saya, dari e-mail para-para pengiat tersohor dari
luar Negara, luahan daripada pengelaman mantan-mantan pengiat, topic-topik perbualan bersama mantan-mantan pengiat
tersohor dan ada kala dari soalan-soalan yang sering di ajukan kepada saya oleh
para-para peminat, pengusaha, oleh sahabat handai dan serba sedikit dari
pengelaman sewaktu memulakan kajian serta cacatan nota ketika
program perjelajahan penginokulasian Road To ROYAL AGARWOOD..
Terbik catatan blog, lebih
senang cerita kejayaan hasil kerjaya kita, kebanyakannya gemar sembunyikan hal
yang tak berjaya, betul kan..?, mustahil usaha sesuatu tiada pernah tidak berjaya,
buat ini berjaya, menunjuk-nunjuk kita ini pengiat yang hebat, terbaikk punya,
buat benda yang sukar pun berjaya. Tetapi..yang kerap di alami, tiada satu sen dalam
poket, menandakan berjaya ke..? kikikikii, kau tak payah cong lah, kalau tiada
kegagalan, tiada pengelaman pahit di lalui kejayaan adalah sukar untuk
dikecapi, kalau kekayaan telah tersedia dari harta pusaka mak bapak, itu bukan
boleh dijadikan contoh sebagai seseorang yang telah berjaya.
Kita bukannya orang bijak pandai,
bukan golongan jutawan, cuma ada semangat berusaha 4 kerat, tanpa ada rasa
memandai apa yang ada dan ingin merubah disegi ekonomi sendiri, walaupun ilmu
hanya sejengkal, rasa-rasa, masih berkemampuan lakukan. Jika kita sering berfikir
diri kita memang tiada kemampuan, sampai ke bila pun kita tiada termampu,
jadikan azam kita kuat, bersemangat tinggi, tetap kukuh, lakukan sedikit demi
sedikit, biarlah dikatakan orang bilakah usaha kita akan selesai, anggaplah
cemuhan adalah pemberi semangat untuk kita teruskan usaha kita.
Ketika saya terbikan catatan
pertama di blog ini, tagged pertama saya, seboleh-bolehnya saya dedahkan
perkara yang betul, membaiki kesilapan fahaman tentang gaharu teknologi,
bagaimana gaharu terbentuk, memperkenalkan spesis-spesis gaharu, teknik pengurusan
ladang dari hasil penginokulasian, peranan, berkesanan vaksin, stress dan
huraian mengapa pokok allegic, bagaimana fungsi furgus mampu menghasilkan
gaharu. Setiap catatan diterbikan tiada menyimpang tajuk ke perkara lain, hanya
catatan bertemakan gaharu, sedikit sebanyak sengaja, saya campur aduk senda
gurau, tujuan supaya anda akan hilangkan stress, sambil membaca blog gaharu
saya, anda tetap ceria.
Terdapat banyak nama-nama
untuk resin Heartwood yang wangi di hasilkan terutama oleh pokok-pokok dalam Genus
Aquilaria ini. Nama-nama biasa dikenali termasuk gaharu, Aloeswood, Eaglewood,
Gaharu atau Qudh, dan ia juga disebut di dalam kitab lama “BUAYA” atau “Ahaloth”.
Kayu ini berharga dan wangi, telah digunakan dalam pelbagai cara selama lebih
dua ribu tahun, terutama sebagai KEMENYAM dalam upacara keagamaan Buddha, Hindu
dan upacara tradisonal Islam dan sebagai komponen penting Ayureda tradisional
Tibet dan sebagai minyak wangi di Timur Tengah.
Saya sentuh sedikit topic
ini untuk pecerahan, Genus Aquilaria daripada
Thymelaeaceae (Famili Daphne)
terdiri daripada pokok-pokok biasanya berkembang pesat ditanah rendah ditemui
di hutan tropika, tumbuh secara semulajadi di Asia selatan dan asia Tenggara,
dari kaki bukit Himalaya (Bhutan) dan utara India, melalui Myanmar, IndoChina (
Laos, Kembaja, Vietnam), Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia ke Papua
New Guinea. Sesetengah spesis boleh ditemui tumbuh di curam berbatu, cerum yang
terdedah, dan di kawasan-kawasan yang mengalami musim panas kering. Genera lain
dalam family Thymelaeaceae ini ditemui menghasilkan gaharu termasuk Gonystylus,
Aeloxylon, Enkieia, Wikstrcernia dan Phaileria. Walau bagaimana pun, fakta
mengatakan tiada jelas yang spesis ini menghasilkan gaharu dalam apa-apa
kuantiti.
Resin gaharu yang di hasilkan
oleh spesis ini, telah lama diketahui, keadah pengeluaran resin harum selalu
dikaitkan dengan pelbagai teknik termasuk mencederakan dan serangan fungus yang
berkaitan, satu factor sokongan ianya dibantu oleh serangga. Sebagai tindak
balas kepada jangkitan fungus, pokok menghasilkan resin, organic meruap membantu
dalam membenteras atau membantutkan pertumbuhan furgus, membuat pokok ini
menghasilkan gaharu. Walaupun pokok tiada terjejas, pertukaran warna resin
secara mrndadak meningkat jisin dan ketumpatan kayu, jelas berubah warna kepada
coklat gelap atau hitam. Di hutan semulajadi hanya kira-kira 7-10% daripada
pokok di jangkiti furgus. Kandungan utama dalam minyak gaharu adalah
sesquiterpenes.
Walaupun sebahagian besar
daripada gaharu berasal dari eksploitasi tumbuhan liar, masyarakat tempatan,
dari masa ke masa, telah mecipta beberapa teknik buatan untuk mendorong
penghasilan gaharu, Mengikut factor mengatakan kadar kejayaan tidak serata .
Sebagai contoh, masyarakat di utara Vietnam, mengunakan teknik memotong
didalam batang atau utama didahan-dahan
serta memasukan bahan kimia pada akar-, akar pokok Aquilaria, bertujuan pokok ini akan mati
pelahan-lahan, daripada teori mereka pokok akan menghasilkan gaharu.
Di peringkat awal
pembentukan, ia menghablur seperti helaian rambut dan berwarna hitam berbau
wangi. Resim hitam berubah bentuk,
kadang-kadang seperti buah pisang putik, dikenali “Lei Shen”. Berdasarkan kajian
perintis lebih 10 tahun telah berjaya,
tidak perlu menunggu selama 20 tahun menghasilkan gaharu, ianya memerlukan 3 hingga 5 tahun, dengan melakukan inokulasi
kepada pokok untuk penghasilan gaharu.Pada awal kajian, Setelah di cederakan
pokok-pokok tiada dapat bertahan, akan mati dan akhirnya seluruh gaharu atau
dengan panggilan “Qi Nan”. Di Asia Tenggara , pengusaha menggunakan plat keluli
di masukan ke dalam batang pokok, bertujuan, resin membentuk di keliling plat
keluli. Walau bagaimanapun, pengumpulan gaharu melalui keadah itu, diperolehi
sejumlah sedikit serta berged rendah.
Para-para saintis
menggangarkan bahawa 10% pokok-pokok karas di hutan mungkin mengandungi gaharu
(Gibson 1977). Bentuk-bentuk resin sebagai tindak balas kepada luka dan jangkitan
fungus, ditemui di banyak tempat, menurut beberapa sumber di temui dibahagian
dalam kulit dan akar, terhasil secara semula jadi pada pokok berusia 20 tahun
atau pokok yang telah tua ( Jalaluddin 1977). Pokok berusia 50 tahun ke atas
mempunyai kepekatan tertinggi (Sadgopol 1959) terbaik mampu menghasilkan gaharu
beberapa kilogram berat resin atau minyak berged tinggi.
Topik terakhir, kita terokai
sepintas lalu Raja Kemenyem dari China, ia bukan sahaja mempunyai nilai
koleksi, tetapi bergitu meluas digunakan, untuk pembuatan minyak, ubat-ubatan
farmaseutikal beratusan tahun di eksport di Asia Tenggara, Timur Tengah dan
Eropah, berkualiti unik dan mendapat sambutan cemerlang di seluruh dunia. Aquilaria Sinensis ( Lour) dari China ini mengandungi oleoresin
tepu kayu kehitaman, adalah satu-satunya spesis gaharu sumber tumbuhan terhasil
di China, tumbuh di bahagian Goangdong dan Hainan. Di kawasan yang mempunyai
alam semula jadi unik tanah subur, iklim yang sesuai untuk pokok gaharu tumbuh,
Rantau gaharu paling dikenali adalah Hainan dan Dongguan, kualiti gaharu dari
kedua tempat ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dan terkenal di kalangan
peminat gaharu.
Sekian.. TQ.