Terlalu
banyak ideal planning project tentang gaharu bermain main di fikiran, semua
mahu dilakukan atau seboleh boleh mahu dilaksanakan secara segera. Soal
penglaksanaan tiada masalah, staf staf boleh selesaikan masalah, cuma ..
kikikikiki .. yang masalah utama yang menjadi halangan terbesarnya tiada benda lain, selain dari money money dan
money atau duit atau ringgit, akaun bank dua tiga ada, tapi baki penyata mecatatkan
angka RM10.00 sahaja, tiada banyak helai kertas bergambar agong dalam poket.
Terasa
juga ingin drafkan planning pelaburan penanaman pokok gaharu secara usahasama
secara besar besaran dari 10 ekar ke atas, buat promosi besar besaran. Buat
tawaran pada para pelabur, rasa rasanya belum tersedia, bukan tiada termampu
untuk menguruskan. Tetapi masa untuk diperuntukkan menguruskannya itu yang
menjadi masalahnya, soal tanah tiada masalah, masih ada lagi tanah sendiri yang
diplanningkan untuk di isi tanam pokok gaharu. Planning asalnya , walaupun pelaburan
di buka pada pelabur, tidak mestinya pelabur, melabur 100% peratus keseluruhan
di atas tanah tersebut.
Draf
planning agak berbeza atau lain dari yang lain, kami benarkan kos di keluarkan
oleh pelabur cuma 50% sahaja dan 50% lagi ditanggung oleh pihak kami, penanaman
di atas tanah hak milik kami. Pelabur tak perlu bimbang, risau tentang
penyeliaan pokok gaharu yang akan ditanam dan pelabur tiada perlu bimbang ,
bagaimana mahu lakukan pembersihan, pembajaan dan penjagaan pokok di pengurusan
di selia oleh kami, sepertimana wajip mengikut syarat syarat dan peraturan akan
ditetapkan dengan persetujuan bersama.
Dengan
mengeluarkan modal kecil para pelabur mampu bergelar pengusaha gaharu, tak
perlu membeli tanah, tak payah beli lot gaharu dan tiada riziko akan di hadapi.
Cuma . para pelabur wajip tepati janji , jika para pelabur gagal laksanakan
seperti dijanjikan seperti pembayaran semua kos melibatkan kos anak beneh,
dengan sendirinya penjanjian terbatal. Kami adalah pengusahanya, ditanam atas tanah
hak milik tetap, status tanah pertanian, bukan lot perumahan, pelabur cuma
menumpang tanam pokok gaharu di tanah kami. Ini bererti pokok pelabur juga
mesti dijagai setiap kali pokok pokok hak milik kami di bajai dan di bersihkan
setiap 4 kali setahun kami lakukan penyeliaan.
Pelaburan
kos sekecil seperti ini, bagi fikiran saya, ramai dikalangan pelabur mampu menyertai
kami, contohnya keluasan tanah 2 ekar, kami tawarkan 1 ekar untuk pelabur dan
,manakala 1 ekar lagi hakmilik kami. Pada hemat saya, satu pakej agak menarik,
kerana para pelabur usahasama tiada bersusah susah payah mencari bagi mendapatkan
khidmat pembersihan, penanaman. Pembajaan, pengurusan dan penjagaan pokok dari
pihak lain. Para para pelabur yang tiada mempunyai tanah pertanian, mempunyai
sector tanah tiada kersesuaian dan tiada mampu mengeluarkan kos besar, mereka
boleh sertai kami.
Kali
pertama pakej usahasama penanaman akan bermula pada awal bulan oktober 2013 ini, dengan keluasan 4 ekar tanah hakmilik
kekal akan dimajukan dengan tanaman pelbagai sepsis gaharu, sebagai
menglengkapkan kajian kami tentang sepsis, di antara sepsis gaharu manakah yang
paling cepat tumbesaran dan paling cepat menghasilkan gubal secara teknologi. 2
ekar dengan muatan beneh 2,000 pokok, kami khaskan untuk pelabur dengan sejumlah
pokok di setujui menanggung 100% kos
modal, dari proses pembersihan tapak penanaman, anak beneh sehingga pokok
berusia 7 tahun.
Bukan
kami tiada mampu menanam hak milik kami keluasan cuma 4 ekar, kami membuka
ruang dan peluang agar sama sama mampu mengusahakan penanaman gaharu bersama
kami. Di kalangan pelabur ada yang mampu mengeluarkan kos ratusan ribu, tetapi
masa mereka terhad, tiada kemahiran, tiada ilmu tentang peladangan gaharu ,
untuk dapat bekalan anak beneh agak sukar, mengenal pasti anak beneh cepat
tumbesarannya dan harga anak beneh di jual dipasaran terlalu terlalu mahal.
Banyak
tawaran yang kami terima daripada pemilik tanah terbiar, tetapi kami belum
sedia untuk memajukan dan jalirkan pakej usahasama dengan mereka. Kebiasaannya
pemilik tanah ini tiada kemampuan memajukan tanah tanah mereka dan akan
diserahkan 100% kepada kami sebagai pengusaha. Terlalu banyak kajian perlu di
selidiki, utama status tanah, hak milik , sector muka bumi dan pastinya kos
perlu di keluarkan dan kos paling besarnya pembersihan tapak serta anak beneh,
yang memerlukan pembayaran tunai.
Kami
hanya pengusaha mengamalkan tulang empat kerat bagi mencapai impian, menjana
kekayaan melalui hasil jualan gubal gaharu. Tiada gah, tiada terkenal seperti
pengiat pengiat gaharu yang sudah mempunyai nama di bidang industry ini. Mereka
anjurkan bengkel gaharu ratusan peminat gaharu yang hadir, dengar ceramah
motivasi yang hebat hebat dan bergitu senang mereka menjana pendapatan dan
mudah mendapat kepercayaan pelabur, serta mengumpul duit melalui bengkel bagi
menjayakan planning mereka.
Memang,
kami sudah nampak jalan paling bergitu senang buat duit, anjurkan bengkel
gaharu tetapi bukan tagged kami, kami mahu berjaya melalui perah peluh
keringat. Terasa tiada kepuasan hati, menjana pendapatan melalui jual ideal, jual
ilmu, dengan berpakaian kemas bertali leher, bagi kami itu bukan pengusaha
namanya. Kalau nak menanti duit dari pelabur baru nak jalan project, rasa rasanya
ternanti nanti lah agaknya, entah bila terlaksana impian, para pelabur bukan
dikalangan orang bodoh, mahu lihat bukti, lihat pokok yang telah ditanam dan
sudah tentu mereka mengambarkan syarikat penganjur mempunyai asset berjuta
juta.
Fikiran,
pandangan, pendapat terletak di kepala anda sendiri mana yang terbaik, kami
cuma bagitahu sekadar cakap, maklumkan, dedahkan apa yang sebenarnya, kerana
sifat semula jadi kami sifat pemberontak, lantang dan berterus terang bagi
mengelak peristiwa yang pernah terjadi dari awal tahun 2005 dan hingga kini masih
ramai lagi yang terkena pakej penjualan lot lot gaharu... kikikiki.. buat apa
nak dinasihatkan, ya, duit anda, lantak lah kan. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan