Sebagai
usahawan gaharu, mempunyai vaksin ciptaan sendiri dan sebagai BLOGGER gaharu
yang top .. kikikiki ( angkat ekor sendiri ), sudah pasti cacatan mesti memihak
pada diri sendiri. Mencari kesilapan orang lain lebih senang dari menilai diri
sendiri, Orang lain semua nya tak elok, tak bagus serta itu ini tak sempurna.
Kikikikikiki.. betul kan..?. Aku lah yang terbaik, punyai kemampuan sukar dapat
ditandingi oleh insan lain, tetapi bila di nilai di selidiki sedalam dalamnya,
rupa rupanya aku nie, cakap jer lebih , tapi habuk pun tiada.. kikikiki.
“
Boleh tak, kita mula menanam pokok gaharu minggu depan nanti, minggu nie tiada
masa luang..” call seseorang minggu lepas.. “ kamu bayar gaji aku ker atau aku
yang bayar gaji kamu, tak payah lah hadirkan diri..” keputusan tepat. Setiap
sudut semua kena kira, keadaan beneh , tagged planning asal, kesan cuaca dan akar beneh akan kering
berada di dalam polybag tanpa di siram, kos tinggi tiada masalah janji siap
seperti di rancangkan.
Fasa
1 di siapkan tanpa ada masalah, 3,600 beneh di tanam oleh kami cuma 6 hari di
sertai 8 staf dengan keluasan tapak 5 ekar dan masih berbaki 1 ekar lagi. Fasa
2 akan di susuri 2 minggu akan datang, muatan beneh 1,400 pokok lagi, sejumlah
keseluruhannya 5,000 pokok di tapak keluasan 5 ekar, ditanam dengan pelbagai
bagai spesis gaharu import dan spesis tempatan.
Dan
bulan November 2013 ini juga, 2 ekar lagi akan dibersihkan, akan di tanam 2
spesis gaharu terpilih., iaitu agarlocha dan crassna atau mungkin 2 spesis
sinessis dan hirta, tak mampu berjanji tepat, kot kot tabung kekeringan sebelum
project penanaman di teruskan di lokasi satu lagi. Kikikiki . kalau tak menjadi,
malu besar, di copkan pula, cakap jer lebih, sebetulnya tak mampu, tetapi, rasa
rasanya masih mampu, walaupun berperahu kecil.
Setelah
selesai penanaman FASA 1, 3,600 pokok , seperti di jangka jangka hujan turun
setiap petang menyirami pokok yang baru di tanam. Tanah tambusan anak beneh
telah menjadi mampat dan ada setengahnya mula mengeluarkan pucuk baru, walaupun
baja asas tiada di taburkan lagi. Satu keadah baru kami, sebagai percubaan mengikut teori kami sendiri,
bagi mengelak tanah sekeliling anak pokok menjadi kering, tanah sentiasa
berkeadaan lembab. Sengaja memanam di celahan rumput tinggi, cara pembersihan
rumput 1 kaki di sekeliling lubang tanaman.
Setelah
anak pokok mula mengeluarkan pucuk muda, ini bererti pokok mula mengeluarkan
akar akar baru , proses pembersihan keseluruhan
ladang dan pembajaan akan di lakukan. Mungkin anda akan berkata, keadah menanam
dicelahan rumput tinggi, akan menganggu akar akar anak pokok gaharu. Jika anda
mempunyai kantung besar, siapkan air saliran atau pelbagai cara tujuan
penyiraman, tapi kami perahu kecil, tak mampu nak sediakan semua itu, itu lah
puncanya kami mula project penanaman di penghujung tahun, mengelak dari
terpaksa menyirami anak pokok.
Tanah cuma keluasan
5 ekar, tanaman sedia pokok getah berusia 1 tahun, tetapi mahu di isi muatan
5,000 pokok gaharu. Pasti pengusaha lain
tiada mengamalkan keadah bergini, bagi saya keadah ini bukan lagi sebagai
percubaan, saya telah lakukan keadah tanaman bergini beberapa lokasi, hasilnya
sangat sangat memuaskan. Pokok berusia 1 tahun ke atas, mampu berdiri bertegap
serta dapat bertahan dari rebah apabila di tiup angin kencang.
Keadah ini mempunyai
kelebihan sendiri, penjimatan tanah, boleh di tanam 2 kali ganda jumlah pokok
keluasan hanya ½ ekar dan bagi mengelak pokok rebah. Bila saya melawati ladang ladang gaharu yang
telah di tanam oleh para pengusaha, mendapati 60% daripada pokok berusia 2
tahun ke atas rebah. Ideal ini timbul setelah mengkaji, pokok gaharu tiada
mengganggu tumbesaran pokok pokok lain dan pokok gaharu boleh di tanam bersama
sama pokok buahan dan getah, kecuali tiada sesuai di tanam bersama kelapa sawit
yang berusia 10 ke atas.
Kikikiki.. tiada
pernah orang tanam pokok 1 lubang 2 pokok, tetapi kami lakukan berdasar logic dan
factor tersendiri. Seperti saya catatkan, saya mahu jimatkan kegunaan tanah,
walaupun keluasannya tiada besar, kami mampu menanam sejumlah yang banyak.
Dedahan dari tiupan angin kencang mesti di ambil kira, lebih lagi pokok di
tanam di kawasan berbukit dan di kawasan lapang, kebiasaannya angin kencang
akan bertiup bermula bulan mei sehingga bulan disember.
Tagged saya, pada
tahun ini, 7 ekar akan di tanam pelbagai spesis pokok gaharu, import dan baka
tempatan. 5 ekar memasuki fasa 2, tambahan 1400 pokok lagi, dengan jumlah
keseluruhan 5,000 pokok dan manakala 2 ekar lagi, dalam runding proses pembersihan
menggunakan khidmat jentolak dan proses menanam 2,000 pokok ini . akan bermula
disember nanti.. Kami telah bermula ..!! Anda bila lagi, tetapi tepuk dada
tanya poket, ingin seribu daya, tak mampu sejuta alasan.. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan