Hairan
tersangat hairan, bila terdengar luahan seorang pengiat gaharu tegal, seperti
telah patah semangat,bernada kesal, seperti hilang arah. Yang dulu nya bukan main
bercakap gah, cakap bukan main hebat dan masih di ingat kata katanya membuat hati
ini menjadi terkedu, ketika mendengar kata kata nya bergitu bersemangat mengambarkan dia lah yang terhebat.
Kikikikikiki .. hari ini, jauh berlainan sekali seperti ayam berak kapor,
wataknya, cara cakap dan gayanya terlalu jauh berbeza dari awal mengenalinya.
Mungkin
agaknya, dah hilang sifat ego, hilang taring nya kerana kantung sudah terlalu
kering dan poket dah selalu bocor, kekawan seangkatan nya dulu menghilang entah
kemana. “ semuanya malap, cita cita dah jadi derita, inokulasi pokok liar
mengunakan vaksin import, membuat saya semakin parah, bekal anak beneh sana
sini, tapi , tanpa ada sebatang pokok yang di tanam, kilang pemprosesan minyak
bergitu lama tiada operasi, saya akan bangunkan untuk kali kedua ..” itu lah
antara luahannya, tapi saya tiada mahu banyak soal, tak mahu sakit kepala
memikirkan masalah orang lain. ( kita lupa jer hal nya, biar dia yang
selesaikan masalah nya sendiri ).
Dan
yang ini pula .. “ 8 tahun lepas, saya terdengar gaharu boleh jadi jutawan dan
pernah hadiri bengkel penanaman gaharu, Bengkel tersebut anjuran oleh pengiat,
pengusaha gaharu dari luar Negara, badan berkenaan dan pembekal beneh dari Negara
kita. Mereka syorkan tanam, mereka akan bekal beneh dan kata mereka 8 hingga 10
tahun akan datang, pokok matang dan boleh di tuai. Saya tanam lebih kurang 1,500
pokok dan saya hubungi pembekal beneh tujuan mahu menjual pokok gaharu. Jawaban
yang saya terima dari pembekal tersebut, “ kami cuma pasarkan beneh, nak jual
pokok kat mana bukan masalah kami..” luahan hati seorang pengusaha kepada saya.
“ pokok gaharu mesti di rawat ke, tujuan hasilkan gaharu..?” tanya pengusaha ini.
Yang
terbaik, diri kita sendiri… Yang Apa yang dicari cari dan apa yang kita ternanti nanti, peluang tiada pernah menanti
kita bergitu juga waktu, setiap saat berjalan tanpa kita sedari dan sengaja
kita buat buat terlupa. Peluang akan datang berkali kali sekiranya kita
sentiasa berusaha, peluang tiada mengenai siapa kita, bila terlewat mencapainya
ianya akan terlepas menjadi satu rezeki orang lain. Jangan fikir orang lain
terus tertidur, mereka lebih laju mengejar peluang. Sekiranya kita perolehi
peluang kedua, tentu ada bezanya dari peluang yang pertama.
Apa
akan anda jawab bila ada orang berkata bergini ..? “ Kuat nya kamu mengila,
tanam pokok tak berguna, berlambak tumbuh tiada siapa pedulikan, tapi kamu,
tanam pula..” Berkata seorang penduduk kampong di tujukan kepada saya. Ini lah
kata kata, dari seseorang tak pernah mendengar, tak pernah baca akhbar, tak
pernah lihat gaharu spesis import, yang tak pernah lihat minyak gaharu, tak
pernah terfikir oleh akalnya , tak pernah keluar negeri dan yang tak pernah
mengetahui, dia tiada mengenali diri seseorang dengan siapa dia ucapkan kata
kata bergitu. Yang dia tahu, cakap hal getah, hal lembu, hal itik ayam, kambing
jarang jarang, yang kuatnya nombor toto, nombor ekor, pikat burung, hal padi,
hal politik kampong, celek mata , basuh muka tanpa gosok gigi dah lepak kedai
kopi, toreh pokok getah pawah kebun orang lain.
Sampai
bila tiada akan ada perubahan, tiada perkembangan, tiada ilmu, fikiran ditahaf zero dan membazirlah hidup sekiranya
dada tiada di penuhi ilmu dunia dan akhirat. Pernah saya catatkan di blog saya,
Kita amat bodoh di bidang kerjaya orang lain, tetapi kita lebih arif di bidang
kita ceburi. Ilmu adalah satu anugerah wajip di amalkan, sekiranya kita
berusaha memperolehinya, dengan ilmu lah orang mampu capai kerjayaan, dapat
menikmati kemewahan. Kerana tanpa ilmu lah, pokok pokok gaharu liar di tebang
sewenang wenang nya, padahal pokok yang di tebang ini lah peluang untuk
memperolehi kekayaan.
Habis
tu, mengapa suka sangat mempertikaikan , memperkecilkan kerjaya dan usaha orang
lain.. adakah kita minta beras, minta gula dan minta duit dari mereka.?. Duit
kita , ikut kita lah nak perabis kat mana., kau peduli apa, aku pinjam duit kau
ker..? Kikikikiki .. tiap kali serempak kat warong, air kopi dan makanan dia
pun kita sering bayar, selagi orang tak belanja, selagi itu tak angkat punggung,
lepas sebatang sebatang rokok, ambil hak orang itu, ambil hak orang ini, asap
di sedup membakar jantung.. ( tak elok merunggut, apa yang kita sedekah ) pusss.. bergitu sifat manusia. Orang lakukan semuanya
tak baik, dia jer buat semuanya baik. Kikikikiki.. sorry nie bukan nak mengata
sesesiapa, cuma contoh bagaimana mahu bersifat gigih, mahu tanam sifat jati
diri dan membina semangat kental sebagai usahawan gaharu.
Bila
orang yang bercakap, mereka tiada pengetahuan tentang penghasilan gaharu
melalui teknologi, bukan soalan mereka ajukan, depan kita dia orang tak akan
cakap, tak akan komen , tetapi di dalam fikiran mereka kita dapat bayangkan ,
akan berkata kata , mustahil gaharu terjadi dengan cara bergitu, akan di anggap
kerja kita ada gila gila. Tak payah kita bercakap, hanya buang masa kita nak
hurai, bagi ceramah, cerita tentang kajian
cara sains, hurai tentang teknologi, apa dia allergic, bagaimana stress,
bagaimana tentang berkesanan tindakbalas vaksin, sampai pecah anak tekak pun
mereka tak akan layan, sukar untuk diterima oleh akal mereka, lebih lagi
bagitahu apa dia resin dan apa apa bahan yang berada di dalam batang pokok
gaharu. Mereka tiada akan memahami, mereka cuma tahu, kulit gaharu boleh di
jadikan tali, buat cucuk hidung lembu, buat ikat tangkai durian dan buat ikat
kayu api .
Yang
paling utamanya, diri kita sendiri, kita bukan riak, bukan ego, ini usaha kita
dan kerjaya kita, kerana kita lebih terdedah dengan teknologi, tiap saat,
dimana sahaja kita round dunia melalui internet mobile. Menimba ilmu, mencari
berita, bahan bahan rujukan untuk jadikan asas bagi membina kerjaya. Kita tak
mudah tertipu kerana kita berilmu, tak mudah percaya dengan apa apa berita dari
percakapan, kerana kita ada tempat untuk mendapat berita yang betul dan kita
akan memburu peluang setelah kita yakin ianya mendatangkan hasil berbaloi
baloi.
Setiap
seorang mahu bermula bergiat sebagai usahawan gaharu, ianya pasti mencari bahan
rujukkan, mengenai apa itu gaharu, mengapa dan bagaimana pokok family
thymalaccensis, genus Aquilaria ini menghasilkan gaharu. Akan lawati blog blog,
laman website, yang berkemampuan pula akan jelajahi seluruh Asia tenggara bagi
pastikan, lihat sendiri ladang ladang gaharu, kilang pemprosesan minyak, lihat
rupabentuk gubal dan pasti akan mengetahui berapa harga sekilogram gubal.
Dengan
sedemikian mereka berani , rela keluarkan bajet besar, untuk jalankan project
penanaman berpuluhan ekar, sanggup beli pelbagai spesis beneh gaharu walaupun
mahal harganya. Tanpa mengira beneh itu seludup atau tidak, yang pentingnya
cita cita mereka terlaksana . ( kikikiki.. kami bukan membekal beneh seludup,
semua beneh yang kami edar mempunyai permit yang sah di segi undang undang ).
Itu perbezaan antara orang yang berilmu dengan yang tidak, tiada pernah mereka risau
nak pasarkan kat mana, bagaimana nak proses minyak dan hasilkan pelbagai bagai
produk dari pokok gaharu.
Kalau
tiada kuat semangat, kita akan mudah mengalah awal awal lagi, patah semangat
bila terdengar pelbagai bagai hujah,andaian, mustahil gaharu terhasil melalui
teknologi. Bagi diri saya, semua itu dah jadi asam garam, kerana saya lebih
arif di bidang ini, bukan bereti saya amat mahir tentang gaharu. Tetapi lebih arif
serta lebih terdedah dari yang tiada pernah melihat gubal, yang tak pernah
lihat pokok, yang tak mengenai kenal spesis, bukan sebagai pembekal anak beneh,
bukan sebagai kontraktor ladang gaharu, bukan pecipta vaksin dan yang tak
pernah jalankan penginokulasian.
Semangat
saya kian membara, saya tak pernah harapkan sokongan dari mana mana pihak
berkenanan, saya berani berdiri di atas kaki sendiri Kerana saya mempunyai
bukti kukuh, gaharu mampu di hasilkan melalui teknologi. dari awal hingga ke saat ini. Tanpa meminjam
modal semasa menjalankan R&D, tanpa ada sokongan moral dari sesiapa, bagi
saya, bila ada kemahuan , di situ ada jalan nya, ianya wajip di usahakan di teruskan secara
mengikut factor yang betul dan ideal harus di upgrade biar menjadi reality. Tiada
alasan untuk mengatakan semuanya tiada mungkin akan terjadi, cuma kita yang tak
sanggup hadapi cabaran, mengalah sebelum kita bertekad kerjaya pasti milik
kita. TQ.