Terima kasih diatas
sokongan anda semua, khas untuk pelawat blog gaharu Gold-Forest R&D Gaharu,
Ahli Group di Laman facebook.com://ROYAL AGARWOOD (gold-Forest ) dan yang
sentiasa LIKE Pages GOLD-FOREST R&D GAHARU. Di atas sokongan moral anda
semua, saya dapat mengurus Gold-Forest dengan
jayanya walaupun tagged 2012 tiada tercapai seperti yang dirancang, disebabkan
factor cuaca, masa dan bajet di peruntukkan terhad, tetapi, Alhamdulillah
tagged 2012 melebihi 80% tercapai.
Sudah tiba masanya
merangka planning bagi tahun 2013 akan tiba 2 minggu lagi. Planning asal cuma
di upgrade, bagi memantapkan pengurusan pelbagai hal, dari khidmat Inokulan,
Upgrade vaksin sedia ada, menambah stock vaksin, Promosi pengedaran anak beneh
gaharu, khidmat kontrak penanaman, project penanaman, Kumpul pokok pokok gaharu
liar, menyiapkan pembinaan kilang prosesan minyak , pemasaran kosmetik kecantikan
dan produk produk berasaskan gaharu.
Bulan Disember 2012 dah
penghujung, hujan mula melanda negeri negeri pantai timur. Di awal bulan
Disember, sebelum hujan sempat juga lakukan perbincangan, rundingan dan lawati
pokok pokok yang akan di Inokulan, Untuk di inokulan musin kering akan datang, 150
batang pokok telah dikenalpasti, ukuran lilitan dari 35sm keatas. Pokok ini
akan di inokulan apabila cuaca mengizinkan bulan disember 2012.
Di saat terakhir
menyiapkan project planning 2013, satu tawaran project terbesar di tawarkan
oleh pengurus ladang berbangsa China, berminat mendapatkan khidmat Inokulan,
pada pokok gaharu liar Aquilaria malaccesis lamk yang ribuan pokok, tumbuh
melata di dalam ladang getah kerpunyaan syarikat beliau. Setelah penerangan dan
taklimat di beri, dengan keputusan, inokulan akan dijalankan pada awal bulan
januari 2013.
“ Boss , tambah dua pakej
lagi, macamana kalau gold-forest anjurkan bengkel gaharu dan ajarkan teknik
Inokulan, kan dah banyak permintaan dari bakal bakal usahawan “. Staf saya bagi
cadangan. Kedua pakej ini memang tiada di planningkan sejak seawal saya
bangunkan Gold-Forest, tiada niat untuk memasukkan pakej ini di dalam planning
kalendar 2013. Saya tak mahu membuang masa, ke hulu ke hilir anjurkan bengkel
gaharu di sana sini, bergitu juga pakej krusus teknik inokulan, cukuplah
dedahan demi dedahan saya catatkan di blog gaharu saya, kalau ada sesiapa yang
berminat nak lihat sendiri bagaimana kami lakukan, luangkan masa datang ziarahi
kami, ketika kami jalankan inokulan sepanjang tahun.
Saya tak mahu juga di
anggap, menjana pendapatan melalui jalan mudah, anjurkan bengkel kaut keuntungan ribu
ribu sehari, peserta datang dapat ilmu teori yang di reka bergitu jauh perbezaan
dari jawapan sebenar bila priktikal dilakukan , selesai bengkel gaharu, ilmu
entah kemana. Perkara seperti ini lah, kebiasaannya berlaku, disebabkan teori
terlalu banyak di terimapakai dari penceramah. Dari pada peserta membayar kos
bengkel, lebih baik kos ini, dibelanjakan beli anak anak beneh gaharu, tanam
sebagai asas priktikal teknik penanaman.Tahun 2013 tagged utama
kami tumpukan pada penginokulasian, beribuan pokok tersedia untuk dijalankan
inokulan hanya di satu lokasi. Kerja kerja inokulan pokok sejumlah ini, bukan
kerja 1 bulan, kermungkinan sepanjang tahun 2013, kami tiada terdaya bagi
khidmat di lokasi lain, Kecuali staf serta peralatan di tambah, tetapi bukan
perkara mudah seperti dirancangkan.
Kami bukan terbaik, bukan
hebat dan bukan tersohor, kami cuma ada daya usaha ,sedikit kemampuan sebagai
pengusaha mempunyai pengelaman sendiri dari kajian priktikal tanpa dapat tunjuk
ajar dari mana mana pihak. Cita cita, impian yang mendahului segala gala,
sedemikianlah kami berani menghadapi cabaran tanpa ada sifat cabar mencabar,
jatuh menjatuhkan sesesiapa atau mana mana saingan. Bagi kami tiada sesesiapa
pun saingan kami, yang mahu kami pintas, tagged utamanya kerjayaan, penghasilan
gubal dan mempunyai cecair vaksin yang 100% berkesan.
Dengan sedemikian kami
bermula dengan kajian sendiri tanpa mengharap bantuan, kami tiada bengantung
harap 100% pada pihak lain. Mungkin ada perbezaan pendapat dengan kami, bermula
melalui kajian, tentu, lambat mendapatkan hasil, paling cepat dapat hasil
ciplak hasil kerja orang lain atau beli teknologi dari yang telah berjaya.
Sekira sedemikian pendapat anda, bersedialah anda akan menghadapi masalah, bila
berurusniaga di bidang ini antara peniaga, pasti anda akan di permainkan,
utamanya cecair pengalak resin atau vaksin.
Bila anda membangun
melalui kajian sendiri, anda selamat dari di permainkan, anda mempunyai power
tersendiri, tiada sesesiapa berani mencabar anda, anda menjadi tumpuan, lebih
lagi bila hasil kajian anda melepasi tagged. Anda ada bukti kajian, akan di hormati
dan akan terus mencipta nama di bidang usahawan gaharu , kerana anda mempunyai
vaksin terbaik, bukan vaksin inport tetapi hak hasil ciptaan sendiri, kan,
betul kata saya, anda tiada mempunyai saingan kan..? tiada siapa cuba mahu
saingi anda.. hehehe.. jika ada saingan.. power anda akan merimaskan saingan
anda, anda bebas inokulan sejumlah besar tanpa memikirkan jumlah kos vaksin,
saingan anda pula masih tergaru garu kat mana nak cekup duit, nak bayar harga
vaksin.
Berwaspada selalu, jangan
mudah percaya kepada segolongan pengiat gaharu, lebih lagi bila melibatkan
urusan duit, pelbagai bentuk penipuan akan berlaku. Ini puncanya saya tak mahu
berurusan dengan mereka, rawat pokok mereka, tak dibayar, bekal anak beneh tak
dibayar dan pelbagai kerenah telah saya temui. Planning Gold-Forest 2013 adalah
planning penutup bagi mereka mendapatkan khidmat kami, jangan ingat kami akan
rugi, hehehehe.. kami dah terlepas dari memikirkan masalah dengan mereka.
Saya lantang kerana
kerbenaran, dari pengelaman sendiri pernah termakan umpan putar belit pengiat
gaharu, segala catatan diblog gaharu saya, adalah dari maklumat hasil kajian
saya, sebagai pengkaji spesis, sebagai pengedar baka, sebagai penginokulasian
yang aktif, sebagai kontraktor peladangan gaharu serta dari temubual hunter
gaharu, dari pemilik pemilik pokok yang pernah tertipu, pengiat pengiat gaharu
tulin, bakal bakal usahawan, para pembeli lot lot gaharu, pemilik tanah yang
dimajukan penanaman gaharu dan orang orang perseorangan yang terlibat secara
tak lansung di bidang ini. Mahu kan perkara yang terbaik, adalah amat sukar,
tetapi, kalau kita bermula dari bawah, ianya pasti berhasil… TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan