Tentu anda membaca salah
satu catatan blog saya, Gaharu.. Biar betul. Yang terkandung pendapat saya
tentang gaharu semulajadi banyak di temui di Indochina dan di temui di kawasan
yang pernah berlaku peperangan. Pendapat ini saya ajukan semula sebagai soalan
kepada sesorang mahir, pakar serta seorang aktif melakukan kajian di bidang
ini. Tergaru garu dan terpegun beliau memdengar persoalan serta hujah yang saya
timbulkan secara ikhlas, tanpa niat untuk menguji pengelamannya.
Ini pengakuan salah
seorang pengusaha bergelar usahawan gaharu yang bersama saya di ketika itu “
Harga Vaksin habis puluhan ribu, kos inokulan, Pengurusan dan masa dok menanti
tempuh matang, tak ubah perangai kera dok depan cermin, bila di tebang,
berbaloi ker boss.. Masa inokulan, angan angan, impian dan bualan bukan main,
tuai jer pokok ini, pasti dapat ratusan ribu.. hehehehehe, bila dah tuai
camnie.. aduhai.. nasib lah juga dapat kayu prosesan minyak, boleh lah hasilkan produk, tetapi kena keluarkan modal
sekali lagi, cari kilang hasilkan produk.. nampaknya nak jadi jutawan, semakin
jauh lagi boss”
Saya mengulas pengakuan
usahawan ini. “ Terdapat terlalu banyak penyebabnya, Yang pertama adalah cecair
vaksin tiada upaya memberikan kesan allergic, yang kedua factor cuaca dan yang
terakhirnya kandungan air didalam batang pokok melebihi. Terjawablah persoalan
ini, mengapa cecair yang sama di gunapakai berkesan di Negara Negara Asia lain,
di Negara kita hanya berkesanan cuma 30%, inilah punca punca utamanya.. Fikir
dan kaji bagaimana mahukan nyahkan kandungan air didalam batang pokok
berlebihan”
“ Sorry boss.. saya bukan
nak tunjuk pandai..” kata saya pada pakar ini yang telah mengembara seluruh
asia tenggara kerana gaharu. “ Kami mahukan yang terbaik, terbaik dari Negara
dari Asia yang lain , kami tak peduli jika ada yang beranggapan berbeza perkara
ini dengan kami, pada yang pernah berkata kami tak mungkin mampu kami capai,
mereka sudah terlalai ketika ini, kami telah memdahului mereka dalam diam,
sebagai pengiat sehaluan, kami memang mengharapkan komen dari boss, lagipun
boss, dah termasuk didalam group pengkaji gaharu serumpun dengan kami”.
“ Di antara semua pengiat
gaharu yang aktif mempunyai pendapat, pandangan berbeza dari fikiran logic
mereka sendiri, tentang penghasilan gaharu melalui teknologi. Disini timbullah
sifat pentingkan diri, sering tuduh menuduh, memperkecilkan usaha orang lain.
Saya bukan irihati boss.. tapi saya kasihan pada bakal bakal usahawan, yang
menjadi mangsa menghadiri bengkel
bengkel gaharu yang mereka anjurkan. Yang menganjurkan bengkel gaharu ini,
bukan dikalangan usahawan, bukan penginokulasian, bukan empunyai ladang gaharu
tetapi mengambil kersempatan untuk mendapat income segera, jika seorang di
cajkan RM600.00, kalau 100 orang hadir.. berapa mereka dapat..? peserta yang
dapat, ilmu pembohongan mereka..” kata saya.
“ hahahahahaha..” ketawa
besar pakar gaharu nie.. “ wou.. patutlah boss kita nie mempunyai peminat
paling ramai, blog nya mendapat tempat dikalangan usahawan dan bakal usahawan
seluruh dunia, bergitu lantang, tegas, bernas, berani, tak pernah merasa cukup
ilmu kergaharuan di perolehi setiap hari dan hinggakan berjaya cipta cecair
vaksin sendiri. Saya terkejut bila dapat tahu, Gold-Forest R&D Gaharu
bergitu pantas menglintasi saingan veteran dalam diam diam, hari ini ternyata
kerbenarannya Gold Forest R&D Gaharu bukan calang calang penginokulasian
dan vaksin ciptaannya, Tahniah boss..” katanya.
“ Betul seperti apa yang
di soalkan pada saya, itu bukan pendapat, itu satu reality, gubal gaharu
semulajadi banyak di temui di kawasan yang pernah berlakunya peperangan serta
lokasi yang mengalami musin kering yang panjang. Perkara seperti ini, memanglah
terlepas dari fikiran kita, Cuma andaian dan kajian tertunpu pada pokok, tapi
pada cuaca, air bawa bumi, keadaan tanah dan sekitaran di pandang ringan “.
“ kalau hanya menjalankan
kajian mengikut teori, sampai bila tiada temui punca, itulah sebabnya kita
terpaksa habiskan masa , duit dan tenaga kerana memampung kos kajian priktikal
dan kita temui factor factor utama penghasilan gaharu secara teknologi. Seperti
boss terangkan tadi, walaupun sebaik mana dos vaksin ianya tiada dapat
menghasilkan gubal gaharu terbaik, sekiranya kita berpendapat memandailah apa
yang ada. Terlalu banyak teknik sampingan di lakukan untuk stress yang kedua,
hehehehehe.. tentu boss dah terfikir agak bagaimana mencipta teknik susulan
tu.. betulkan,,? Ujarnya lagi sambil bertanya pada saya.
“ hehehehe.. betul, ada
bermain main di fikiran saya, bagaimana teknik susulan akan saya lakukan nanti
.. hehehe. TQ boss..”. kata saya. Hanya sepetang bersama beliau, tetapi padat
dengan perbincangan A – Z tentang penghasilan gaharu melalui teknologi.
Kersempatan di ambil kami bersama melawati beberapa lokasi ladang inokulan
Gold-Forest, ladang share, ladang hak milik kami dan kesempatan petang itu juga
di ambil melawati pokok yang akan di inokulan. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan