Edaran zaman pantas
berlalu, dari membakar gubal untuk menghidu bauan, perubahan menghasilkan
minyak bermula. Teknologi semakin cepat merebak, pucuk mudanya pula dijadikan
tea herba, dari masa ke masa, air
sulingan nya pula di jadikan kosmetik, perfume, sabun mandi, biskut, pati
serbuk peprosesan minyak di jadikan colok dan para pakar perubatan sedang
mengkaji bahan bahan serta biji dari pokok ini untuk proses menjadi bahan
kergunaan medical.
Golongan pengiat gaharu
sentiasa mencari gubal gubal bergini, Bulu jagung, teras kerepot, Ulas Limau,
alur batu, belang rimau, kepala kayu, gred E, gred C, gred B, gred A, Double
suoer , Double king dan pelbagai bagai lagi, entah nama apa apa gubal gaharu,
yang utamanya semuanya tetap gaharu, kebiasaannya di temui pada sebatang pokok kelompok
genus Aquilaria ini, telah berabab abab lamanya menjadi buruan pengiat gaharu
di seluruh asia tenggara dan menjadi kegilaan oleh semua bangsa kaum Asia
barat. bahan medical, andaikata, sepokok batang hingga ke daun semua berguna..
Habis tu, mengapa pokok
ini dimusnah sewenang wenang nya..? satu faktornya di tebang untuk dapatkan
gubal semulajadi, yang terdapat pada dahan dahan, bahu bahu dahan kesan kesan
luka lama, tempat tempat damar damar terkumpul, dibahagian pokok yang pernah
mengalami stress. Dan satu factor lagi, ianya di jadikan papan keranda serta di
tebang di musnahkan , kerana mereka menganggap pokok ini tiada menghasilkan
gubal.
Jika mengikut teori, gubal
terhasil melalui, pokok ini di sakiti, ditebuk, di paku, di lukai, disiat kulit
nya, pokok yang mati secara semulajadi dan pelbagai teknik lain ,, Ini hanya
teori, hehehehe .. tetapi saya tak pernah lakukan, Jika ianya terhasil, itu
adalah bernasib baik. Tetapi ada juga bernasib baik, beruntung daripada
memcuba, secara kerbetulan dapat gubal berkualiti.
Sebagai pengamal Penginokulasian,
saya tiada mengharap teknik lain selain dari inokulan. Ada setengah pendapat
mengatakan gubal yang terhasil dari Inokulan , kurang berkualiti, bagi saya itu
tidak penting, tagged saya, mahukan jumlah penghasilan gubal berkuantiti besar,
seboleh bolehnya sepokok dari akar, batang, dahan serta ranting menghasilkan
gubal, biar lah setengah pendapat mengatakan harga gubal rawatan murah, kalau
dah banyak, banyak jugalah hasil jualannya.
Jika harganya agak murah,
mengapa ada yang tanam beratusan ekar, ada yang tak henti henti inokulan..rela
beli vaksin ratusan ringgit hanya 1 liter, mengapa kaum lain mendahului kaum kita..? Saya sendiri pun sukar
nak menjawab soalan ini secara tepat. Ada setengah kaum lain, mengupah hunter
gaharu, mencari gahatu liar di hutan belantara dan ada dikalangan mereka
mempunyai kilang prosesan minyak.
Jika ada masa luang, ingin
rasa mengikuti hunter hunter memasuki hutan belantara mencari gubal semulajadi,
sekurang kurang dapat mengenal serta maklumat, bagaimana gubal yang dinamakan
bulu jagung .. hehehehehe, jangan di beri nama bulu ketiak dah lah. Gubal bulu
jagung gred kayu minyak termasuk belang rimau dan kepala kayu kalau di kira
bukan lagi di golongan gred E. Tetapi , bila terlintas di fikiran, ianya satu
kesalahan, niat terpaksa dibatalkan.
Teras Kerepot, ianya
merupakan kepingan gubal yang ditemui pada batang , dahan dahan daripada kesan
luka. 70% teras Kerepot terhasil dari teknik inokulan, didapati dari dahan
dahan dan batang dengan pelbagai gred. Manakala dibahagian akar akar dan bahu
dahan pula, jika inokulan dilakukan dengan sempurna dan ada kersabaran , ianya
akan terhasil gubal berged A.
Belang rimau, ianya
terbentuk dari kedutan sekeliling pangkal yang berbonggol bonggol dan di temui
juga di bahu bahu dahan , kerbiasaanya di temui pada pokok Big Size.
Kerbanyakan gubal ini terhasil daripada proses semulajadi. Kerana garis gubal
nya melintang, ianya dinamakan belang rimau.
Alor batu, Ianya kepingan
gubal berwarna kerhitaman, keras dan ada bentuk panjang sebesar jari , ada pula
sebesar tapak tangan, gubal ini didapati dari spesis Hirta atau Candan terhasil
secara proses semulajadi. Gubal ini digemari oleh pemborong gaharu dari Negara
Timur Tengah.
Di kalangan besar kaum
kita masih tiada mengetahui apa itu gaharu, hehehehe .. tarak belajar sejarah
ker ..? kaum Timur tengah, di Negara mereka sepokok gaharu tiada tumbuh,
mengenal apa itu gaharu. Mereka rela datang ke Asia termasuk ke Negara kita
hanya untuk mendapat gaharu dan minyak gaharu, bukan sedikit mereka belanjakan
sekali mereka datang, ratusan ribu ringgit.
Kerbiasaan mereka akan
memborong gaharu dan minyak gaharu, tempoh 3 – 4 bulan sebelum musin Haji,
Setiap kali mereka datang, Negara Singapura akan menjadi transit,, kerana di
situlah lambakkan gaharu dari serata Asia tenggara berkumpul. Memasuki Malaysia
melalui broker broker gaharu, dari sini lah penjajahan mereka bermula, ke
Johor, Pahang, N9, Melaka, Perak, Terenganu dan Kelantan, mencari di manakah
tinggalnya penduduk peribumi untuk dapatkan gaharu berharga murah dan
seterusnya hinggakan ke Sabah dan Sarawak.
Hairan juga.. mengapa para
para pemborong ini, bebas mengeluarkan hasil Negara, membawa pulang ke Negara
kita. Padahal, semua gaharu semulajadi yang mereka beli, di curi di hutan hutan
simpan tanpa kerbenaran. ( tak di panggil pencuri pulak , kalau ada kebenaran
.. hehehehe ) Lain lah, kalau mereka beli gubal gubal inokulan dan beli minyak,
yang tentu halal, di jual oleh para pengiat yang di sahkan peniagaan oleh
kerajaan. Yang penting, kita urusniaga secara halal.
Saya mengucapkan selamat
menyambut tahun baru 2013 khas buat para para pelawat blog gaharu saya, pada
para bakal usahawan, pengiat pengiat gaharu, usahawan gaharu, para para peminat
gaharu, para para usahawan yang berurusan dengan kami, yang pernah mendapat
khidmat inokulan kami, yang share inokulan bersama kami.. Insyaallah tahun
2013, kami gandakan lagi khidmat yang terbaik, Thanks You ALL.