“
Tak di sangka betul, saya mempercayai dia hidup hidup, Pokok pokok yang
dia rawat di Negara nya, semuanya menjadi, bagi saya, dia lah paling hebat daripada
pengiat gaharu lain. Saya dah order beratusan liter vaksin ciptaannya, dah merawat
pokok pokok hakmilik orang lain termasuklah pokok saya sendiri, tempoh rawatan
ada yang usia 1 tahun dan ada berusia 2 tahun, jika dikira kos nya beratusan
ribu duit telah saya gunakan untuk merawat pokok pokok tu”.
“ Fikiran saya dah mula serabut,
mengapalah saya terlalai sampai ke tahaf ini, sepatutnya, saya order vaksin
sedikit untuk peringkat percubaan, uji berkesan atau tidak. Mungkin kerana
terlalu percaya, daripada cakap dia semasa saya lawati ladangnya. Tak pernah
pula saya melakukan chek jalinan resin setelah 3 bulan, seperti gold-forest
lakukan. Kersilapan besarnya saya, merpercayai orang dari luar, mengapalah
ketika itu kurang yakin pada pendapat dan teguran dari gold-forest.”
“ Mengapa dia sanggup
mempermainkan saya, kami kawan baik, setiap kali kunjunginya saling bertukar
pendapat, order vaksin dan bagi peluang dia berurusniaga di Malaysia. Saya dah
tebang 10 pokok yang di rawat 2 tahun lepas dengan mengunakan vaksin yang dia
bekalkan, resin yang di temui hanya di sekeliling lubang injections jer, Cuma
sedikit dijika dibandingkan dengan kos yang saya habiskan, memang tak berbaloi.
Kermungkinan vaksin dibekalkan bukan original dan teknik inokulan yang di
ajarkannya berlainan dari yang dia sendiri lakukan, agaknya.” Luahan hati
seorang pengiat gaharu tulen yang tersohor namanya.
Terkedu saya untuk mengulas
luahan hati seorang kawan baik, risau pula kot kot tersilap huraian, akan membuat
hati kawan semakin kecewa. Nak dikatanya bodoh, kurang hati hati , ianya bukan
calang calang pengiat gaharu, satu nama yang gah dipersada kergaharuan.
Mempunyai website sendiri, telah sama sama menjelajahi seluruh Asia Tengara
kerana gaharu. Jika mahu dibandingkan dengan saya, cuma ada blog. Jauh panggang dari api, Beliau
melebihi segala galanya, kelebihan saya, tidak mudah mempercayai
orang lain, utama orang berniaga.
Pagi khamis 27hb, kerbetulan
hphone kerhabisan bateri, call masuk hphone terus padam, Bila di caj pada
petang, 10 missed call dari nombor yang sama. “ Mengapa nie, seperti ada perkara
penting, datanglah ,saya ada kat warong kopi, kita sama minum, jom .. saya
tunggu.” Terus pelawa, terasa di hati, dah tentu kawan nie ada masalah sedang
dihadapinya, di nilai dengan 10 missed call darinya. “ saya lapar nie, lapar segala galanya..” guraunya
yang dibuat buat, bagi menglindungi masalah yang dihadapinya.
“ Kan dari awal lagi saya dah
ingatkan, jangan mudah 100% percayai
kata katanya, tak akan mungkin dia bagi ilmunya bergitu mudah. Kan dia tu
bisnes, kalau dia bagi ilmunya, maka dengan sendirinya, ia akan menutup periuk
nasinya sendiri. Dah berkali saya ingatkan .. berhati hati, waspada, nie tidak,
semua cakapnya di dengari tanpa ada tapisan, malah di puji puji pula, dia lah
yang terhebat, dengan saya nie pula, di komen itu ini, tak mampulah dan macam
macam komen, maklumlah masa tu, berkawan baik dengan pembekal vaksin luar
Negara, tanpa sedari, mempergunakan kamu
untuk melebarkan sayap bisnesnya di Malaysia, siapa yang untung .. kamu ker..? ”
Giliran saya memulang paku buah keras.
“ Dari awal lagi saya pernah
ucapkan, bukan tagged Nombor 1 atau nombor berikutnya, tetapi penghasilan gubal
nya bernombor satu, mengapa saya sentiasa upgradekan bahan kandungan vaksin..
dan mengapa setiap kali vaksin yang di beli saya, campur dengan bahan bahan
lain dari kajian saya..? Pernah saya bagitahu setiap kali jumpa berusahalah cari formula cipta vaksin sendiri
, sampai bila mahu harapkan bekalan vaksin dari luar, pada ketika nanti mereka
akan permainkan kita, bila mereka menganggap urusniaga mereka tercabar, kan dah
terjadi perkara yang saya ingatkan awal awal dahulu “.
“ kerserasian vaksin itulah
perkara utamanya mengapa jadi sedemikian, sebab itulah ada perbezaan namanya,
dari fikiran logiknya, penghasilan gubal semua spesis gaharu tetap dinamakan gaharu,
tetapi dikelompok genus Aqulairia ini mempunyai nama nama perbezaan, nak cakap
nama nama tu, kamu lebih arif dari saya. Saya mahu bercakap cara bodoh saya,
sekiranya ada perbezaan nama, maka ianya tumbuh di Negara berasingan, dengan
sendirinya pokok pokok spesis ini, mempunyai habitat berlainan sector tanah dan
sudah tentu iklim pun berlainan.”. Saya mulakan naik semangatnya kembali.
“ Vaksin yang mereka cipta, untuk
spesis yang tumbuh di Negara mereka sahaja, yang kamu dok memandai pergi beli
dan terus tuang kat batang gaharu tu, ada jaminan penghasilan gubal akan
terjadi.? Yang mereka pamerkan contoh
gubal hasil inokulan mereka tu, betul, memang betul, tetapi contoh daripada
spesis yang tumbuh di Negara mereka dengan mengunakan vaksin mereka sendiri.
Cuma tak pasti adakah vaksin yang kamu beli tu dah dikurangkan dos nya atau
sengaja untuk memperkenakan kamu., itu kamu kena fikirlah sendiri ..”
“ Tiada feadah kawan, berbudi
sesama peniaga, kan sama sama berlumba cari pelanggan, lama kerlamaan kepala kita
mereka pijak kerana duit. Sebagai orang dah ada nama di bidang kergaharuan nie,
tak kan kamu mahu mengaku kalah, nak tutup laman di website dan nak biarkan
gitu jer pokok yang tak berhasil tu. Berusaha lah cipta vaksin sendiri dan
anggaplah ini semua permulaan yang ketiga .. hehehehe, kerana kerdegilan kamu
sendiri, saya tak boleh nak membantu, kerana kamu saingan bagi perniagaan saya,
walaupun kamu kawan baik, bisness berkecuali tak mengenal siapa....”
“ Seperti pernah saya bagitahu,
pada semua pencipta vaksin, walaupun mereka pamerkan contoh gubal berged
berpuluh kali berdouble super pun, saya tiada keryakinan untuk mencuba vaksin
yang mereka pasarkan, Bukan saya ego, kita wajip berwaspada, 2 tahun bukan
jangka masa yang pendek, bagi memulangkan kembali wang pelaburan kita dan 2
tahun ini juga, apa apa boleh terjadi, dan mereka boleh beri pelbagai alasan
sekiranya apa yang terjadi, pada pokok yang kita rawat mengunakan vaksin yang
mereka bekalkan .. tak ingat ker ,perkara bergini pernah kita lalui mula kita
ceburi bidang ini.” Kata saya sambil memanggil empunya warong mengira harga
makanan.
“ Boleh ker saya dapatkan vaksin
ciptaan awak, untuk rawatan kedua pokok pokok saya tu..” satu permintaan yang
telah saya jangkakan. “ Maaf kawan .. vaksin saya bukan untuk di urusniaga, di
cipta untuk kergunaan sendiri , Vaksin ciptaan saya bukannya terbaik, lagipun
dicipta oleh pemilik yang tak tersohor “ kata saya sambil hulurkan tangan dan
minta diri. Kekadang kita mesti lepaskan perasaan, mesti bersifat kejam, bagi
saya, dia adalah saingan dalam urusniaga, dengan masalah yang dihadapi itu, itu
masalahnya, tanggunglah sendiri, kalau pandai gali lubang, pandailah tutup
sendiri. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan