Dalam kaji mengkaji, timbul
pelbagai bagai soalan pada diri sendiri ,
mungkin juga tiada terfikir selama ini mengapa di Negara Vietnam ,
Myanmar, Kemboja dan di Negara Asia lain nya. Mengapa terhasilnya gaharu semulajadi
jumlah yang banyak tanpa di lakukan rawatan atau inokulan. Dan mengapa pihak University
of Minnesota bergitu aktif menjalankan kajian
di Papua New Guinie penghasilan gaharu dengan mengunakan Teknologi..?. Catatan Sejarah
mengatakan perdagangan gaharu bermula seawal abad ketiga, dalam tulisan Wa Zen
dari Dinasti Wu. Wa Zen bahawa gaharu
diperolehi dari Vietnam.
Negara manakah yang pertama
pencipta cecair pengalak resin atau Vaksin Gaharu.. Thailand, Myanmar Kemboja atau Gold-Forest R&D Gaharu di
Malaysia.. ? Hehehehe.. itu bukan jawapan
nya. Vaksin gaharu di permajukan di Negara Vietnam oleh Syarikat terbesar yang
telah lama berkencimpung industri gaharu, bukan di Thailand, Myanmar atau di
Kemboja. Teknologi di perkenal di Papua New Guinei oleh para pengkaji University
of Minnesota dan di kembangkan di Negara Vietnam ini, dibawa masuk ke Negara
Negara asia lain oleh para para pengiat penghasilan gaharu teknologi.
Mengapa pula gaharu
semulajadi banyak di temui di Negara Indochina..? Faktor utamanya adalah
perperangan saudara, hehehehe .agak pelik pendapat saya.?. mungkin anda
tertanya tanya dengan pendapat saya , mengapa pulak saya kaitkan perperangan antara
gaharu..?. Ini adalah pendapat logic ,
bila sebuah Negara mengalami suasana perperangan ianya tiada dapat lari dari
mengunakan senjata api dan senjata senjata berat. Setiap kali berlaku pertempuran, bukan am
nya berlaku di kawasan Bandar, ianya menyeluruh berlaku di kawasan pergunungan, bukit
bukau dan perkampungan. Di Negara Negara Indochina ini perperangan berlarutan
dari zaman maharaja hingga ke zaman era revolusi.
Dari ledakan peluru senjata
berat, dari senjata kecil ini mengenai pokok pokok gaharu yang tumbuh di persekitaran
medan perang, yang mengakibatkan pokok gaharu mengalami stress bergitu lama. Yang akhirnya terhasillah gaharu semulajadi
yang di temui di Negara Indochina sejumlah terbanyak. Bergitu juga di Negara
kita Malaysia, gaharu semulajadi banyak di temui di kawasan hutan belantara pernah mengalami
perperangan zaman menentang penjajah dan anasir komunis.
Dengan sebab ini lah
mengapa para para pengkaji dari University of Minnesota mula menjalankan kajian di Papua
New Guinie, setelah mengetahui bahan bahan yang terdapat dari pokok ini banyak
mendatang menafaat dan telah berabab lamanya menjadi buruan di kalangan para
para pendagangan dari Asia barat. Pendagangan ini mengelarkan gaharu black gold
from forest yang dapat menghasilkan minyak mengeluarkan aroma berbau manis, yang
bergitu tinggi nilainya di pasaran.
Oleh kerana mengalami kepupusan, spesis gaharu mula
di komersilkan sebagai tanaman perladangan, bermula di Negara Vietnam,
Thailand, Kemboja, Myanmar, Malaysia, Indonesia, Brunei, India dan seluruh di
Asia Tenggara. Lambakan pelbagai spesis mula merebak, dari baka anak biji,
cambah hinggalah anak kultur tisu. 100% tujuan perladangan ini , bergantung
penghasilan gaharu secara teknologi, iaitu mengunakan teknik rawatan ( inokulan
), Sebelum penanaman di komersilkan formula
vaksin telah ditemui.
Didalam bidang pertanian di antara Negara Negara di
Asia Tengara, Negara Thailand adalah satu satu Negara mempunyai teknologi
tertinggi dibadang pertanian , penduduk
nya kerbanyakkan para petani, dengan sedemikianlah Negara Thailand lebih
popular di bidang kergaharuan teknologi. Walaupun pada asasnya, vaksin gaharu
di ciplak dari Negara Vietnam dan masih ada di kalangan pengiat gaharu di
Thailand, mengaku Formula awal Vaksin di perolehi dari Vietnam.
Di Negara Malaysia tempias penanaman dan inokulan
merebak bergitu pantas, adakah 2 tahun kedepan Malaysia dapat membekalkan
gaharu di pasaran dunia ?. Dengan ikhlas saya catatkan sebagai pendapat saya,
10 tahun lagi, tiada akan mungkin, Negara kita tiada dapat menandingi Negara
Negara Asia lain sebagai pembekal gaharu utama, jika dibandingkan dengan Negara
Vietnam , Thailand. Brunei dan Indonesia, yang bergitu jauh meninggalkan kita
di bidang ini.
Betul ker, di Malaysia sudah mempunyai ramai pakar
pencipta cecair pengalak resin atau Vaksin gaharu , yang di pasaran oleh
penginokulasi, vaksin ciptaan mereka sendiri..?. Saya bukan niat nak
perkecilkan bangsa sendiri, Bangsa Melayu di Malaysia utamanya para para
pengiat gaharu. Para para pengeluar Vaksin dari luar Negara pernah bagitahu
saya, ketika saya melawati ladang inokulan mereka, kata mereka 100%
penginokulasi dari Malaysia membeli vaksin ciptaan mereka, hehehehe.. adakah
pemberithuan dari mereka semua ini betul, anda mahu percaya atau tidak.. itu
hak anda.
Itu lah sebab utama mengapa saya katakan 10 tahun
lagi, tak akan mungkin Negara Malaysia berada didalam ranking pengeluaran
gaharu. Hanya satu cara sekiranya, Negara kita mahukan industri ini terus mencipta
nama, semua pihak berkenaan di bawah badan badan kerajaan memainkan peranan
utama, mewujubkan satu badan yang mengambungkan semua pengiat gaharu teknologi
dan berkongsi ideal, timba ilmu cari formula menghasilkan vaksin yang betul
betul serasian pada pokok gaharu yang tumbuh di Malaysia.
Sekiranya pihak berkenaan hanya mengharapkan
syarikat swasta memberi ideal, formula vaksin, ianya tiada akan berjaya,
walaupun dibayar sejuta pun, tiada yang sanggup mengadaikan formula vaksin
dengan duit. Kerana mereka pun banggun berdiri dengan kaki sendiri, tanpa ada
bantuan moral, subsidi daripada badan berkenaan, jalan terbaiknya, formula
vaksin tetap menjadi rahsia dan boleh di urusniaga sendiri tanpa ada saingan
mencabar.
Kalau tak mampu nak tubuhkan pergambungan pengiat dan para penginokulasian di bawah satu bumbung .. Untung juga kan. ? siapa siapa nak inokulan pokok
gaharu, hanya kita mempunyai vaksin, kos inokulan ikut keluar dari mulut,
pemilik tak sanggup keluarkan modal, kita orang tak rugi apa apa pun, boleh rawat pokok
sendiri. Hehehehehehe .. tiap tiap bulan asset kita orang bertambah, kalau
pemilik dan para pelabur sayangkan duit, jangan malu malu gigit jari.. hehehehe.. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan