Salam buat semua peminat, pengiat, usahawan, bakal usahawan dan hunter
gaharu, yang berada di Malaysia dan tak lupa juga kepada peminat gaharu di
Negara Negara Asia. Pada para penginokulasian, dah berapa pokok siap di rawatan..berapa
pokok tahun nie ? dan pada para usahawan baru, dah siap ke bersih tapak
penanaman ?, musin hujan telah bermula nie ..
Bulan November dan Desember kerbiasanya musin terkujuh akan melanda di
seluruh negeri di Malaysia, jika di ikutkan teori inokulan boleh di jalankan,
tetapi di segi soal panjat menanjat yang sudah tentu menjadi masalahnya, pokok
gaharu di dalam keadaan licin dan di pangkal pokok , si pacat pula merayap bukan
main banyaknya .. isk isk .. yang ini lah tak dapat bertahan, jika kulit
alahan, menjadi penyakit gatal dan berkudis.
Banyak pertanyaan di ajukan oleh bakal bakal usahawan, tentang
penanaman, bagaimana mengenal tanah yang sesuai, berapa pokok boleh ditanam
keluasan tanah ½ ekar , pelbagai pertanyaan cara cara mengurus selepas di
tanam, tiada tertinggal pertanyaan rawatan atau inokulan, kos inokulan, tempoh
matang, size pokok dan perbandingan pokok yang ditanam , pokok tumbuh liar
iaitu Depu,karas, atau gaharu , nama sainstifik nya Aquilaria Malaccesis lamk, adakah
gubalnya setanding di antara pokok
Candan nama saistifiknya Aquilaria Hirta dan Sandalwood atau Cendana.
Saya sudah terangkan nama nama spesis gaharu di catatan blog
GOLD-FOREST yang lepas tajuknya Mengenali spesis. Dari kajian mengatakan spesis
gaharu Genus Aquilaria ini melebihi 25 spesis family Malaccesis, antara yang
popular Aquilaria Malaccesis Lamk, Hirta, Sub-Intergra, Crassna dan Agallocha
Roxb. Spesis yang telah di komersil secara perladangan, spesis dari Malaysia
iaitu Aquilaria Malaccesis dan spesis yang bawa masuk dari Thailand
Sub-Intergra , dari Indochina aquilaria
crassna dan Agollocha Roxb.
Secara ringkas saya nak huraikan spesis yang tumbuh di Negara kita iaitu
Aquilaria Malaccesis lamk, Sundalwood dan Aquilaria Hirta. Aquilaria malaccesis
Lamk juga mempunyai pelbagai bagai spesis, berdaun lebar, berdaun panjang dan
berdaun halus, seakan akan sama antara spesis yang dibawa masuk dari Negara
Thailand iaitu Aquilaria Sub-Intergra, ada penyebab utama yang menyokong
huraian saya, Sub-intergra di klonkan antara 2 spesis, aquilaria malaccesis
lamk dan Aquilaria Crassna secara mengunakan Teknologi kultur tisu.
Ada 1 spesis gaharu tempatan yang sukar untuk di komersilkan secara
peladangan, iaitu Aquilaria Hirta ( Candan ) Candan daun berbulu dan candan
minyak, punca utamanya ianya sukar hidup dikawasan perkampungan, tetapi tiada
mustahir ianya boleh di tanan di kawasan tanah di pinggiran banjaran hutan
belantara. Ada satu spesis yang baru kami temui, orang orang kampong
memanggilnya dengan nama Depu Pelandok, penghasilan gubal, kuatiti nya belum
dapat kami pastikan lagi.
Di kalangan Genus ini juga terdapat lagi satu spesis yang hidup subur
di bumi Malaysia , Sundalwood atau di panggil Cendana, walaupun pada dasarnya
gubal nya tak seberapa nilainya, tetapi permintaan di pasaran amat mengalakkan.
Saya pernah menemui gubal cendana di hutan simpan di Ulu Kelantan, cendana
mempunyai gubal gubal yang berbentuk unik pelbagai bentuk berwarna kerhitaman.
Ianya boleh ditaman secara komersil tetapi tumbesaran agak perlahan dan spesis
ini tak payah di rawat, ianya menghasilkan gubal sendiri, inilah kelebihan sandalwood.
Ini cuma pendapat saya, anda nilai sendiri mana yang terbaik menanam
gaharu antara cendana ( perbandingan ). Spesis gaharu tiada termasuk Cendana,
mesti di rawat ( Inokulan ) bagi penghasilan gubal, manakala cendana mampu
menghasilkan gubal tersendiri. Jika saya ditanya secara berdepan pokok gaharu
spesis manakah yang saya minat menanam, sudah tentu saya beri jawapan “ pokok
Cendana’, mengapa saya memilih cendana..?
Bagi saya, kita mampu mengeluarkan kos permulaan membersihkan tapak
bakal ladang gaharu, masih mampu membeli beneh beneh spesis gaharu, mampu
membeli baja dan masih mampu mengeluarkan kos perjagaan selama 3 – 4 tahun akan
datang. Contohnya kita usahakan ladang kerluasan 4 ekar, jumlah pokok gaharu
yang siap ditanam sejumlah anggaran 4,000 pokok.. banyak kan .. tak kisahlah,
kan kita banyak duit..hehehehehe .. tetapi…
Mampukah kita keluarkan kos rawatan atau inokulan untuk 4,000 pokok
sekali gus..? jikalau harga inokulan di kira borong RM180.00 sepokok, cubalah
kita daraf dengan 4,000 pokok, berapa jumlahnya..?. RM720,000.00 betul ker
kiraan saya, mana tahu kot2 silap.. hehehehe. Anda ada jumlah ini secara
tunai..? Pada pendapat saya, walaupun anda mempunyai duit sejuta tunai sekali
pun, anda tak akan mungkin menghabiskannya tujuan mengupah para inokulasi merawat
pokok pokok gaharu anda dan para penginokulasian juga memikir beberapa kali
untuk menerima tawaran dari anda, dalam fikiran mereka ada nada keraguan, anda
akan bayar antara tidak. Sorry bukan tak percaya tapi tak seberapa yakin
..hehehehe.
Sama juga kos permulaan yang anda keluarkan tujuan menanam spesis
gaharu juga, tetapi menanam sandalwood atau cendana, walaupun harga gubalnya
murah, berpatutanlah gubalnya terhasil dengan semulajadi tanpa ada kerisauan
bagaimana nak merawatnya. Sekiranya 4000 pokok ditanam, kalau dianggarkan
sepokok hanya berharga RM200.00, ini sudah bererti anda sudah mampu mendapatkan
pulangan RM800,000.00.. sudah berbaloi, mana yang anda mahu habiskan
RM720,000.00 kos upah inokulan spesis gaharu lain antara dapat RM800,000.00
hasil dari jualan gubal cendana.
Walaupun apa apa, kalau betul betul mulakan penanaman, pilihlah baka
yang paling cepat tumbesarannya, perbandingan saya di atas itu, adalah contoh
pulangan, tempoh masa pulangan, cara cara mengurus bajet kos inokulan dan
mahukan setiap pelaburan di bidang ini dapat memberikan pulangan berganda, tak
kiralah spesis gaharu apa yang anda tanam, walaupun hanya spesis gubal berharga
murah, cendana pun tetap gaharu ..TQ.