Satu jam di sebelah
pagi dan satu jam disebelah petang , Saya suka berbincang mengenai pelbagai bagai
hal berkaitan semua topic tentang gaharu dan perkhidmatan kami, teknik
inokulan, bekalan beneh gaharu, stretegi , promosi, tagged, blog gold-forest,
jumlah pokok , inokulasi di lokasi mana terdahului akan di jalankan dan berapa liter
jumlah vaksin diperlukan untuk pokok 250 batang. Inokulan selepas raya puasa.
Cuma satu benda yang tidak di bincangkan,
upgrade vaksin, ianya adalah hak
cipta terpelihara hak peribadi saya
sebagai pencipta .. hehehehe. Sorry.
Kita cuma pandai
sesuatu bidang yang kita ceburi, tapi bodoh di satu bidang yang tiada kita
amalkan. Oleh yang sedemikian kita harus membuka minda, mendengar
perbagai-bagai isu, pendapat dari semua pihak. Kita sudah memiliki maklumat,
topic serta ilmu dari pendengaran bergitu, jangan ada sifat sesekali menilai
seseorang, hanya pada status kerdudukannya, wang ringgitnya serta gayanya, jika
menilai, dia pandai segala segalanya,
maka tertipulah kita oleh mata serta akal kita sendiri.
Saya sebagai tuan
punya, pemilik 100% , Blogger gaharu, pencipta
vaksin, pengasas GOLD FOREST R&D GAHARU ,
juga orang utama memainkan peranan 100% meletakan nama Gold-Forest tersenarai di
kalangan sebilangan group group gaharu di Kelantan dan juga di Malaysia. Saya tetap
mempunyai para-para penyokong setia, pemberi semangat dan sentiasa mendapat
bimbngan moral daripada semua golongan, kawan kawan serta 10 orang staf yang amanah.
“ Kita tiada akan
berjaya, sekiranya kita hidup sendirian..” Ertikata, setiap insan saling perlu
mermerlui antara satu dengan lain. Sikaya perlukan khidmat dari yang susah,
yang pandai perlukan yang bodoh, bergini lah lumrah putaran kerhidupan kita.
Tiada bernombor dua, tiada bernombor tiga, pada dasarnya semua bernombor satu,
Si kaya, si susah, majikan serta buruh, Jika tiada khidmat dari mereka , segala hal yang kita
tiada kermampuan, tiada dapat di selesaikan, itu lah takdir penghidupan semua manusia.
Bila
ada yang menyuarakan, Gold-Forest NO 1, membuat saya tergelak panjang, maklum
lah saya tak pernah bayangkan ranking – ranking bergini. Bukan ranking teratas
yang saya kejar, tetapi tagged perlu saya utamakan, ia itu pulangan
daripada pelaburan yang dikeluarkan setiap hari. Kemana gubal-gubal akan
dipasarkan, berapa liter minyak gaharu
akan dihasilkan setiap bulan, bila memulai kutipan pucuk-pucuk gaharu bagi
proses menjadikan tea , produk dari gaharu bagaimana akan laris
dipasaran , lokasi mana serta berapa ekar lagi bumi yang diperlukan untuk di
tanam pokok gaharu.
Tiada masa nak memikirkan
ranking, minda hanya berfikiran bagaimana nak selesai inokulan beratusan
pokok, bagi mencapai tagged tahun ini dan pelbagai bagai hal lain yang
berkaitan. Bukan senang mahu senang, tak susah jika mahukan susah, kata seorang
kawan. Jika ada, group yang mengaku telah tersenarai
teratas, padahal baru inokulan pokok hak sendiri 10 batang bersize 40sm, tanam 10 pokok
sekeliling rumah, jual minyak jadi broker, jual gubal pun jadi broker dan cuma blog yang di hasulkan, dapat
sambutan hebat .. nombor satu ker tu..?.
Bukan bergitu caranya,
jika bernombor satu, semuanya telah dimiliki, kilang proses minyak, produk
gaharu berlambak di pasaran, minyak yang siap diproses berpuluhan liter sebulan, pekerja carving gubal
berpuluhan orang, ladang gaharu hakmilik beratusan ekar , pengeluaran gubal setiap bulan beratusan
kilogram dan hari hari hasil dari ladang sendiri di tuai. Kalau hanya setakat
blog gaharu yang menyengat, dah tentu perut terpaksa di ikat, makan pagi,
bila petang nyanyi lagu keroncong.. hehehe.
Ini penyebab utama mengapa ,
pengiat, group gaharu menceburi bidang ini secara kerja sambilan, mereka ada
kerja tetap, kalau nak harapkan perdapatan bulanan di bidang ini., lapar dulu
lah. Itu puncanya, bila berjanji mereka tiada tepati, mereka terikat dengan
majikan. Kalau di Kelantan, pengiat ini awal awal bagitahu, boleh jumpa mereka
hanya hari jumaat dan sabtu sahaja. Jika mereka juga mengata mereka bernombor
satu, jauh panggang dari api, pengusaha baru lebih baik daripada mereka, dah
ada ladang yang telah siap ditanam beribuan pokok, yang ada setengah dikalangan
pengiat ini , cuma tanam dipinggiran dapur.
Pelabur mampu dan berani keluarkan kos inokulan
pulahan ribu, mereka pula hanya memuliki 10 atau kurang pokok yang di inokulan,
tak sampai sepuluh ribu nilainya ,. mengapa..? mereka cuma mahukan
income segera, bila inokulan di jalankan,. Wang keluar seperti air, vaksin kena
beli, kos sara pengurusan, Sudah tentu upah para inokulasi wajip di
selesaikan setelah tugasan mereka selesai. Mereka tak mahu hadapi reziko, mereka lebeh
gemar urusniaga khidmat inokulan. Para pengusaha serta pelabur akan membayar
secara CASH. Ada pula dikalangan ini, sanggup meminta perbayaran deposit 50%
sebelum memulai kerja-kerja inokulan,
ini mengambarkan mereka mahukan duit dahulu, sebagai modal untuk membeli vaksin
dan upah inokulan.
Dari perbandingan ini,
tentu anda sudah memahami, mengapa para pengiat lebih gemar, rela datang jauh bertemujanji dengan anda. Mereka akan bawakan contoh contoh gubal yang
mereka mengaku hasil dari inokulan mereka. Lebih pantas mereka akan datang,
sekiranya anda mempunyai bilangan besar pokok gaharu tumbuh liar dan lebih
cepat lagi, mereka datang, tanpa mengira pelusuk mana anda tinggal, bila anda bagitahu semua jumlah
kos inokulan di bayar tunai. Siapa yang Nombor satu, anda ker atau pengiat
gaharu, bagi saya anda yang bernombor satu, ada halatuju, berani, tabah dnn
bersemangat kental dari mereka. Kalau anda tiada salurkan pelaburan, beli beneh
dan tiada berurusan dengan mereka, meteka juga tetap boleh makan melalui
pendapatan bulanan dari perkerjaan rutin harian, itu lah puncanya mengapa mereka kerja di bidang ini tiada kersunguhan..
Semua ini adalah satu
kerbenaran, kermungkinan anda telah melakukan temujanji, atau telah berurusan ,
melalui pembelian lot lot gaharu, pelaburan inokulan, pembelian beneh serta
pelbagai bagai hal yang melibatkan urusniaga tentang gaharu. Sudah tentu YOU
ALL NUMBER ONE jauh berbezanya dari pengiat gaharu yang mempunyai pokok
inokulan 10 batang sahaja. Tapi anda mempunyai puluhan batang telah di inokulan dan
mempunyai pokok yang siap ditanam beribuan pokok. Yang betul betul number one
nya mereka, pandai reka planning dan pandai cakap… hehehehe. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan