Kalau tak mencuba, tak tahu
bagaimana hasilnya.. Maka, terlintas di fikiran, mahu mencuba , pelbagai-bagai
teknik, menambah dan mengubah teknik inokulan,tapi bagaimana mencipta teknik
terbaru yang dapat menghasilkan gubal lebih berkuantiti, berkualiti ,cepat
menghasilkan gubal dan mejimatkan kos. Hehehehe .. Pokok di lokasi mana menjadi
sasaran agaknya, untuk dijadikan bahan kajian, adakah pokok bersize kecil atau pokok berdouble size atau kedua-duanya
sekali.
2/7/2012
Esok hari permulaan melakukan
teknik upgrade inokulan, teknik lama, cuma ada sedikit perbaharuan, boleh
dikatakan bukan teknik baru, tetapi gabungan 2 teknik yang sering digunapakai
oleh sebilangan penginokulasian, hehehehe .. ( buang masa serta buat pening
kepala nak memikirkannya ) ini yang
sebetulnya, nak di huraikan ..
pengabungan 2 teknik dilakukan pada satu
batang pokok., penghasilan tetap berjaya, cuma kuantiti belum dipastikan ,
masih didalam percubaan awal.
Pada awalnya niat nak mengali
hujung akar, sumbatkan akar kedalam bekas berisikan vaksin, tapi , terfikir
pula, lama kelamaan tumbang pula pokok, dah sekeliling pangkal di gali, satu
kerja giler.. hehehehe .. teknik ini di
batalkan. Planning teknik kedua, cara
menyapu vaksin seluruh batang dari pangkal hingga ke dahan, aduhai.. kena
upacara panjat memanjat juga, tak ubah mengecat bangunan. terpaksa dibatal
juga, kasiihan pada staff-staff kena menyapu vaksin sekeliling batang dari
pangkal hingga ke dahan, satu pekerjaan agak sukar.
Ilham bergini timbul, setelah
staff-staff mengeluh setiap kali menjalankan inokulasi pokok bersize Big XXL
dan pokok yang terlalu tinggi. Semakin hari semakin banyak pokok bersize ini di
perolehi dan sudah pasti sekiranya kami kekalkan teknik tebukan banyak lubang,
satu pekerjaan amat memenatkan dan banyak masa terbuang untuk inokulasi 1 pokok bersize bergini. Kaji
mengkaji, menilai dan mengira factor-faktor gabungan semua teknik inokulasi
lebih terbaik daripada 1 teknik yang telah di amalkan selama ini. Sorry lah ..
bos-bos gaharu semua.. kami ciplak teknik-teknik inokulasi sikit, tapi hasilnya
kita sama berkongsi, Insyaallah.
2
hari bermula teknik gabungan inokulan, sebagai asas kajian pertama,
pernilaian di segi masa inokulan, memang cepat , kos pembelanjaan upah staff
tetap sama, cuma bilangan staff dapat di kurangkan. Kami sediakan Vaksin 3 liter untuk pokok
berukuran 150sm dengan kertinggian 30
kaki dari pangkal, yang tak dapat di ubah, kerja panjat memanjat seperti biasa, cuma masa dapat
dikurangkan, dari berada lama di atas pokok.
Dari kiraan logic fikiran saya,
teknik-teknik ini dapat dijalankan tanpa
mengira keadaan musin, hujan atau panas. Saya focus teknik-teknik ini untuk
dijalankan pada pokok-pokok Big size, yang mempunyai dahan-dahan besar serta mempunyai kertinggian
lebih daripada 20 kaki dari pangkal. Tetapi Peringkat kajian pertama atau
permulaan ini , saya jalankan pada 10 pokok pelbagai size dari 80sm hingga 150
sm., pokok yang diinokulan secara usahasama dengan pemilik dan hasil jalinan
resin dapat dchekking tempoh 3 minggu dari tempuh inokulan.
Setelah menjalankan inokulan percubaan selama 2 hari , keputusan jumlah
liter vaksin telah di gunakan pada kajian ini sejumlah kerseluruhan 13 liter. Manakala
pokok berukuran 150 sm , vaksin di khaskan 3 liter . Jika di kira pada teknik
lama yang telah di amalkan selama ini, pokok berukuran 100sm, vaksin disediakan cuma 3 liter. Ada perubahan di segi kergunaan vaksin, yang dapat dikesan tiada perbaziran vaksin yang tuang meleleh di batang pokok dan perjimatan vaksin 500ml.
Sebagai percubaan awal teknik 2
dalam 1 ini, semua akan di rekodkan untuk perbandingan kergunaan vaksin,
walaupun dengan cara melihat pokok , saya sudah boleh membuat andaian berapa liter
vaksin di perlukan pada pokok bersize bergini. Walaupun hanya dengan perjimatan
500ml, satu perkembangan terbaru, sekurang-kurangnya , dapat jimat sepuluh sen dua, vaksin 500ml ini sudah
boleh di gunakan pada pokok lain berukuran 50sm.
“ kita amalkan teknik bergini
bos.. jimat vaksin dan masa.” Komen staff saya. Saya tiada pernah memanjat
pokok big size, jika mahu lepaskan gian, saya hanya injections di bahagian
pangkal, adakala nya 8 kaki dari pangkal, yang selebihnya , staff saya yang
pakar tentang panjat memanjat pokok-pokok big size.. pokok-pokok size S , kadang-kadang
saya inokulan sendiri, panjat pokok dengan kertinggian paling tinggi 14 kaki
dari pangkal , tu pun bergocang pokok, kerana mengigil...hehehehe .. kadang-kadang
memanjat gunakan tangga.
Sekiranya teknik 2 dalam 1 ini
amat berkesan, saya akan tambah satu teknik lagi, setelah tempuh inokulan 3
bulan, tujuan penambahan allergic dan stress melalui kulit. Dari segi logic nya
kesuluruhan pokok mengalami stress berpanjangan yang serata . Saya mahukan 2 perhasilan , iaitu gubal dan
kayu khaskan untuk proses minyak dalam tempuh masa yang singkat dan betul
berkualiti dan tiada rasa sakit jiwa , menanti selama 2 tahun untuk mendapat
kembali wang pelaburan telah di khas untuk inokulan.
Bila kajian berjaya, satu
perubahan terbaru bidang inokulan di Malaysia, pelaburan dibidang ini pasti
akan bertambah. Seperti pernah saya jelaskan, GOLD-FOREST R&D Gaharu bukan
kedekut ilmu, kami tetap akan salurkan pada semua pihak, utamanya para-para
peminat, pelabur serta pihak yang sering
berurusan dengan pihak kami, tetapi mesti ada sifat jangan kerpentingan diri
sendiri, jika sifat ini ada, kami pun sayangkan ilmu dan pengelaman kami, ilmu
dan pengelaman kami, di perolehi bukan jalan yang mudah, berbelasan tahun untuk
memperolehi semua ini.
Bukan sifat kami menunjukan
keegoan kami, sebagai perniagaan bebas serta setiap bulan melakukan inokulan,
boleh dikatakan terlalu aktif di bidang inokulan, terlalu banyak pengelaman-pengelaman
ditemui setiap kali semasa menjalankan inokulan. Di atas kersedaran ini lah,
bila pengelaman tiada di kongsi, ianya boleh di anggap ilmu yang mati, tiada
apa menanfaat akan diperolehi. Sekiranya kami pendam segala ilmu, urusniaga
kami tiada kemana, tiada halatuju, tiada arah. Inokulan hanya untuk sendiri ..?
Nak cekup duit dari mana, rawat
beratusan pokok .. hehehe .. yang pastinya, periuk tak dapat di isi beras dan dapur sudah tentu
tiada berasap. TQ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan