Mampu kah kita menjadi
seorang JUTAWAN, tanpa ada usaha dan
modal di keluarkan..? Satu pertanyaan pada diri sendiri, se awal menceburi bidang ini. Dimana mahu dapatkan
modal bagi memulakan peringkat pertama sebagai usahawan gaharu, nak berhutang,
siapa yang percaya, lagipun ketika itu tiada siapa yakin, pokok gaharu boleh
dirawat bagi penghasilan gubal.
Urusniaga awal di dalam
bidang ini, saya hanya edarkan beneh-beneh gaharu sambil memberi khidmat
penanaman secara kontrak, kepada pengusaha berurusan pembelian beneh dan
membawa masuk para para pemborong gaharu dari Asia Barat, di atas pertolongan
kawan kawan yang pernah berkerja di sana, ini adalah satu satu jalan pada
fikiran, bagaimana mahukan modal terkumpul bagi memulai cita cita.
Saya bukan mahu cerita
hal diri sendiri, tetapi sebagai contoh bagaimana untuk memulakan sesuatu mesti
ada modal, yang keduanya wajip mampu berusaha dengan semangat gigih. Kiranya
kita ada modal, tiada usaha, apa apa yang kita lakukan hanya sampai separuh
jalan, modal di keluarkan hangus bergitu sahaja, kecuali kita memberikan
lerpercayaan kepada orang lain atau kita membeli masa orang lain , tujuan
perlaksanaan segala cita cita kita impikan.
Tanan pokok gaharu,
jadi jutawan..!!! Tanam 1 pokok dan rawat 1 pokok ker, tentu akan jadi
Jutawan..? Kalau rawat hakmilik sendiri
10 pokok ukuran 80 sm, tak mampu lagi jadi jutawan, tu baru berapa ringgit jer
kos rawatan, tak kan modal habis 10k , keuntungan nya dah boleh jadi jutawan.?.
Sekiranya kos rawatan sejumlah itu anda keluarkan, anda sudah boleh angan
angan, sekurang kurang ratusan ribu tentu akan anda perolehi.
Catatan kali ini banyak
berkalau kalau .. hehehe . Kalau anda seorang minat berkebun, di persetikaran
halaman kediaman anda menanam pokok spesis gaharu 30 pokok. Anda menjaga dan taburkan baja 3 kali setahun. 3 ½ tahun
masa terlalu singkat, pokok yang anda tanam sudah boleh dirawat. Setelah dirawat 3 hingga 4
tahun akan datang pokok yang belai setiap masa di masa lapang sudah boleh
dituai.Ini bererti pelaburan anda matang selama 9 tahun.
Hasilan tuaian 30
pokok, tak mampu lagi anda menjadi jutawan , usia pokok 9 tahun bukan nya
sebesar pemeluk, Sudah tentu gubal gubal berbentuk nipis yang terhasil cuma
sedikit dari rawatan atau inokulan. Walaupun teknik inokulan atau Teknologi
Nano mampu membantu proses jalinan resin hingga ke dahan, pokok berusia ini tak
mampu menghasilkan gubal 10 kilogram, memandai lah sekira nya penghasilan gubal
pelbagai gred yang dituai 3 kilogram, jika 3 kilogram sepokok, anda telah
mempunyai tuaian dari 30 pokok sejumlah 90 kilogram gubal, di jual kepada
pemborong anggaran harga RM2k p/kg, dah jadi jutawan ker..? belum lagi.
Saya cuma mahu focus
kepada topic ini dahulu , tak mahu nak bandingkan sejumlah selebih dari ini,
punca nya bukan semua peminat gaharu mampu, ada mempunyai tanah terhad dan
tiada masa luang. Ini adalah satu contoh paduan untuk anda bandingkan , untuk
menjadi jutawan gaharu bukan sejumlah kecil pokok ini wajip di tanam., untuk
mencapai impian jutawan, sekurang kurangnya 500 pokok siap tersedia di ladang
anda. Sila siap calculation dan mula mengira.. hehehehe.
Satu topic lagi, kos
atau modal di keluarkan khas untuknya amat amat mengerumkan, inokulan atau
rawatan. Sebagai pemginokulasian, petani dan urusniaga di bidang ini yang
bergantung 100% dari hasil tuaian gaharu. Setiap bulan kami lalui pahit manis,
bagaimana nak cekup, nak dapatkan modal, bagi tujuan merawat pokok gaharu liar.
Adakalanya kami di minta memberi khidmat inokulan pokok pokok milik orang perseorangan.,
bila sebut harga inokulan, ramai para para pemilik ini tiada mampu mengeluarkan
modal.
Setiap perkerjaan mahu kan duit segera, kami bukan badan kebajikan, awal awal sudah dibagitahu , kos inokulan di bayar tunai, setelah selesai inokulan di jalankan. Jika Setuju, kami jalankan inokulan, tak setuju kami tak kisah, jika pemilik mahu bayar ansur, awal awal kami tolak, hutang hutang bergini punca pergaduhan akan wajip berlaku di hadapan hari.
Setiap perkerjaan mahu kan duit segera, kami bukan badan kebajikan, awal awal sudah dibagitahu , kos inokulan di bayar tunai, setelah selesai inokulan di jalankan. Jika Setuju, kami jalankan inokulan, tak setuju kami tak kisah, jika pemilik mahu bayar ansur, awal awal kami tolak, hutang hutang bergini punca pergaduhan akan wajip berlaku di hadapan hari.
Kita teruskan topic
ini. Sekiranya anda mempunyai 20 pokok gaharu liar, setiap batang pokok
berukuran lilit 200 sm atau lebih, anda telah boleh di cop bakal jutawan..
Selepas inokulan di jalankan tempuh masa 3
hingga 4 tahun , anda boleh menuai peringkat pertama, dengan cara
menebang kertinggian 3 kaki dari pangkal… Mengapa bergitu pulak..? pokok ini
akan mengeluarkan tunas tunas baru
Dari hasil tuaian
pertama, anda sudah mampu mendapat kembali wang pelaburan kos inokulan, dari
anggaran pokok berukuran lilit 200 sm ini, anggaran gubal nya 15kg pelbagai
gred. Sekiranya 20 pokok anda menuainya, jumlah keseluruhan 300kg, contohnya
semua gubal begged E, anda sudah memperolehi pulangan yang berganda, cuma
tuaian dari tebangan 3 kaki ke atas dan anda masih ada asset pelaburan, ia itu
tunggul yang bertunas untuk tuaian kali kedua yang membolehkan anda menjadi
jutawan.
Dua perbandingan ini
saya huraikan, pokok yang ditanam antara pokok liar, yang mana lebih cepat
mendatangkan hasil…? Tentulah daripada
pokok tumbuh liar. Pokok yang ditanam terpaksa menanti selama 9 tahun dapat di
tuai, manakala tempoh matang pokok tumbuh liar pulak cuma 2 hingga 3 tahun dari tempoh inokulan
dijalankan ianya dapat di tuai. Itu pun bergantung di atas kersabaran anda,
mahu jual gubal berkualiti, sabar menanti sehungga 4 tahun atau di jual sebagai
kayu minyak dari 6 bulan hingga 2 tahun.
Ada dua golongan para
para inokulasian, satu golongan mahu kan kayu minyak sahaja dan satu lagi mahu
kedua duanya, ia itu gubal berkualiti dan kayu prosesan minyak. Bagi pihak kami
pula, kami mahukan kedua duanya, jika dikira pulangan pelaburan sama sama
berganda. Untuk kayu prosesan minyak tempoh 2 tahun tuaian pertama akan
dilakukan, manakala untuk jualan gubal, kami menanti selama 4 tahun untuk
menuai tunggul yang bertunas. Mengapa keadah ini kami lakukan..? Tunggul
tunggul di biarkan, supaya resin terdapat pada akar akar yang telah terbentuk
semakin berkualiti dan tagged untuk mencapai impian JUTAWAN GUBAL GAHARU akan
tercapai.. TQ.