Gian jari jemari mula terasa .. Blog,blog dan taip catatan blog gold-forest R&D Gaharu.. Tiada hal lain, selain Gaharu .. Apa orang nak kata .. peduli apa .. ianya sudah menjadi kerjaya pada kami, pagi petang siang malam .. tiada hal lain yang di bualkan bersama sama staf gold-forest R&D Gaharu .. Injections, vaksin, bambo stick dan bagaimana untuk cipta teknik terbaik inokulan .. seboleh bolehnya .. hari ini inokulan .. 6 bulan dah boleh di tuai dengan terhasilnya resin bergred AAAAAAA… tu mustahil .. hehehehe.
1hb May .. hari pekerja ..awal
pagi semua staff ke Ulu Kelantan.. Taggednya .. Chek pokok yang telah
dipersetujui untuk usahasama. Perjalanan berkenderaan hanya sampai di pinggiran
sungai, disambung menaiki Bot bagi menyeberangi . Kami di sambut oleh pemandu
bot yang juga orang yang di tanggungjawab oleh pemilik, bagi menunjukkan lokasi
pokok pokok gaharu liar yang tumbuh.
Dilokasi nyata tanah dipinggiran
sungai kelantan bergitu subur di tumbuhi paku pakis, semak samun, tanaman lain
bergitu juga pokok gaharu liar. Kata salah seorang penduduk kampung pasir
kelang, kampung ini di diami sebelum banjir besar melanda .. yang di panggil
Bah Air Merah. Kampung di diami 2 bangsa .. Melayu dan india lebih kurang 40
keluarga .. kaum India yang di bawah masuk oleh penjajah tanah Melayu. Dahulu
nya ramai yang memdiami kampung ini , tetapi pindah kerana takutkan angota kuminis
dan ramai yang pindah ke seberangan sungai.
Cuma 500 meter dari tebing sungai
.. tepi jalan masuk ke kampung.. pokok gaharu yang tumbuh subur tanpa ada siapa
yang usik .. Ada yang tahu nilainya, ada yang kurang percaya dan ada pula percaya 100% teras (gubal ) nya bergitu
mahal… bergitu lah kami, dengar semasa singgah perkena makanan sambil kenal
mengenal 4 orang kampung yang sedang minum.
“ Pokok tu besar Encik .. dulu
dulu .. dah .. entahlah berapa orang datang menjengoknya ,, katanya nak cucuk
masuk ubat (vaksin ) .. sampai hari nie tak nampak batang hidung lagi …
hehehehehe .. kot tiada duit lah tu, dengar khabarnya ubat (vaksin) tu mahal
harganya..” Si tuan kedai mula mencelah ketika kami dok sembang pasal gaharu… “ Setakat tengok saja .. kawe pun
boleh .. mari mari tengok .. pastu balik.. esok mari lagi.. tengok .. balik..
hehehehehe .. dan tiada duit .. jangan dok cekak nak cucuk lah ..” kata seorang
lagi.
“ kami tak leh janji .. bila nak
datang inokulan .. tapi tengok keadaan cuaca .. lagipun kami baru jer selesai
jalankan inokulan .. awal bulan 1 hingga bulan 4 .. bukan jumlah yang sedikit
.. beratusan pokok..” saya memberi penerangan. “ ooohhh … banyaknya .. yang dah
tebang, ada ker ..?” tanya mereka. “ bila bila masa boleh ditebang .. tapi ..
kami mahu teras (gubal ) yang berkualiti, kalau nak proses minyak tu .. dah
tiada masalah..” kata staff saya.
“ sayangnya .. pokok kawe .. baru
3 bulan lepas di tebang .. isk isk ..
kalau tahu, anak nak mari ..boleh lah bagi pokok tu .. nie tinggal tunggul
dah.. kes tebang tu.. pokok tu mati
separuh batang .. tepi rumah, bimbanglah angin kuat melanda .. takut tumbang
timpa rumah .. kalau ada masa .. kita pakat pakat gi tengok lepas nie..”
seorang lagi mencelah.
“ Kita dah terlewat sampai sini
.. kalau datang awal bulan january .. pokok yang di tebang tu boleh jadi duit
.. walaupun tak banyak .. pokok tu dah mati separuh batang .. teras (gubal ) semulajadi
dah terhasil .. kita gi lihat selepas ini .. kermungkinan batang nya, semua dah
reput .. “ bisik saya pada staff. “ yer ker boss.. isk isk isk .. ngapa lah
saya .. tertangguh bergitu lama , nak bawa boss kat datang kat sini..” kata
staff saya.
Kami terus ke lokasi pertama ..
pokok yang di tebang .. memang sah .. semua batangnya reput .. masing bunyi
keluhan .. “ sayang .. sayang .. kalau tak berduit demo..” bagitahu staff saya
pada pemilik pokok. “kita gi ke tanah sebelah tu .. kat situ ada tunggul ..
masih lagi elok .. puak puak demo
kenalpasti ada teras atau tiada .. kalau ada teras .. keratlah .. ambil
..” kata seorang lagi… Memang cantik tunggul yang ditunjukkan .. tiada reput .. resin
semulajadi terkumpul dari pangkal sekeliling tunggul. “ yes .. kita potong dan
gali akar .. pada hari inokulan nanti ..” bisik saya pada seorang staff.
Selepas itu .. kami jelajahi ..
ke satu lokasi ke satu lokasi .. ukur mengukur di lakukan .. walaupun jumlahnya
Cuma 9 pokok .. tetapi jumlah ukuran lilitannya besar .. 1,560 CM.. berbaloilah
mengluangkan masa datang menyeberangi sungai dengan jarak pokok dari pengkalan
bot sungai Cuma 500 meter. Setelah perbincangan serta penerangan di berikan
pada para para pemilik pokok .. Keputusan
pakej usahasama di persetujui.
Di fikiran saya .. itu satu
perkara yang di ceritakan oleh salah seorang pemilik pokok .. “ dah ramai, yang
datang tengok pokok tu .. kata nak cucuk .. sampai sekarang ini pun, tak nampak
batang hidung..”. Kermungkinan betul seperti saya catatan di blog Kecil lawan
Besar.. Kos vaksin terlalu besar.. bukan tiada minat, tetapi tak mampu membeli
vaksin berbelasan liter untuk merawat 1 pokok berukuran hampir 268CM, dengan
arah kertinggian 60 kaki dari pangkal.
Ini lah salah satu punca ..
mengapa pemilik dan orang tengah hilang kerpercayaan pada pengiat gaharu, cakap
bukan main.. semua sanggup .. tiada masalah .. kami datang cucuk, masuk ubat..
itu ini, bergitu bergini.. dah hampir 2 tahun .. bayang pun tak
kelihatan.. Akibatnya .. group kami ini,
kerana janji janji bohong mereka .. terpias juga. Jika melibat kos yang tinggi
.. wat apa dok malu nak bagitahu hal yang sebenar .. kami tak mampu nak rawat
.. habis cerita .. dan pemilik tak ternanti nanti selama 2 tahun.
Tu lah silapnya .. bergantung
harap pada vaksin import.. hati jadi berbelah bagi .. kan kan .. order ker..
inokulan kan .. tak jadi resin .. modal besar dilabur.. Bukan tak mahu untung
besar hasil jualan nanti, tapi keryakinan terhadap vaksin lah segala punca
asas.. Kerena mereka tahu siapa diri mereka sebenar., hanya broker.. bukan para
para inokulan yang status usahasama gaharu yang aktif 24 jam di bidang
kergaharuan.
Ini adalah realiti .. bukan saya
mengada ada cerita .. yang aktif di bidang gaharu, yang sering mencari peluang,
memasarkan lot gaharu .. semua broker.. Pengiat gaharu menjalankan urusniaga
mengikut planning masing masing .. bukan menjelajah ke satu tempat ke satu
tempat.. dan ada yang sanggup pergi jauh .. untuk berbincang dengan pelanggan..
ini adalah tektik broker… Ini yang terjadi di Kampong Pasir Kelang .. Tapi ..
Alhamdulillah .. Allah dah tentukan .. Rezeki kami. TQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan