Dalam perjelajahan kami
di setiap Hutan belukar Dareah dearah di Kelantan , masih banyak terdapat pokok
gaharu liar yang besar besar, berusia beratusan tahun tiada di usik tumbuh
subur di persekitaran kampong. Pokok yang tumbuh di hutan simpan kerbanyakan
nya telah di usik .. di tebuk pada pangkal pokok. Terjumpa juga pokok ini
tumbang di sebabkan angin terlalu kencang
akibat di tebuk oleh pencuri gaharu dikalangan penduduk tempatan dan dari
Negara jiran.. Di hutan simpan juga kami
temui tunggul tunggul serta batang yang telah reput, bergitu rakusnya perangai
pencuri gaharu ini .. 1 pokok di tebang besar 2 pemeluk .. Cuma yang dapat
gubal ½ kg atau kurang .. satu perbuatan membazir.
Kami bukan hunter
gaharu semulajadi .. Tiada niat sedikit pun, tujuan kami ke hutan belantara
mencari gaharu semulajadi .. lebih lagi pokok serta tunggul yang kekal di hutan
simpan tiada boleh di usik, ianya hak milik Jabatan Perhutanan Negeri,
menceroboh sudah menjadi satu kesalahan. Jelajah kami dengan niat mengkaji
pokok berdouble size , sector tumbesaran nya , keadaan muka bumi dan bagaimana
pokok gaharu liar ini dapat bertahan bergitu lama.
Terlalu banyak pokok
yang ditawar pada kami yang berdouble size, yang tumbuh di pinggiran kampung,
di atas tanah yang belum mempunyai status hakmilik , tanah tersebut telah di usahakan secara
haram. Kami juga tiada berani menjalankan inokulan walaupun pokok gaharu tumbuh
di atas tanah yang telah dijelaskan pembayaran deposit pada jabatan tanah
Negeri.. kerana ianya belum lagi mendapat status hakmilik 100%.
Jangan mencari masalah
sewenang wenang mencuri khazanah Negara .. Walaupun kita terjumpa Gubal 100kg
.. bukan milik kita seorang .. itu hak semua orang ramai. Kita mencuri dari
hutan simpan, bukan di temui di atas tanah hakmilik kita sendiri. Bukan senang
seperti yang di cakapkan .. jumpa .. jual pada pemborong.. Yang pertama di pastikan .. kesalihan gubal
itu.. ini yang perkara utama pemborong checking, surat penjualan juga harus
disertai .. jika ianya di jual kepada pemborong dari luar Negara, surat
perlepasan sempadan *CTAS wajip di pohon… walaupun di temui di atas tanah
hakmilik kita sendiri .. proses sama akan di hadapi.
Kita berbalik ke pokok
berdouble size .. Mengapa kami terlalu gemar merawat pokok bersize bergini..?
Merawat pokok bersize BIG XXL ini,
merupakan satu kerja yang menyukarkan, lebih lagi mengamalkan teknik Nanoteknologi
,banyak lubang tebukan. Pokok terlalu tinggi, batang yang besar, mempunyai dahan
dahan amat besar, ianya akan memakan masa yang amat panjang dan kergunaan
vaksin jumlah yang banyak serta para perkerja sentiasa berhati hati setiap kali
tiupan angin melanda.
Akar akar yang timbul
di permukaan bumi menjadi tagged utama kami ,gemari merawat pokok yang bersize
bergini, ianya merupakan pokok yang hebat. Mempunyai pangkal dahan yang amat
besar, ada pula pokok bercabang cabang , menandakan ianya serekah semasa usia
muda, kesan strss boleh lihat sekeliling cabang pokok. Kerbiasaan nya pokok sebergini
telah menghasilkan gubal secara semulajadi dari stress yang telah di alami
bertahun tahun, kadangkala di temui di bahagian kesan serekahan, lubang semut,
ulat dan ditemui dari kesan tebukan lama si pencuri gaharu.
Jika bernasib baik,
dapat temui gubal pokok yang telah di
tebang, yang ditinggal oleh pencuri, masih lagi berkeadaan elok. Para para
pencuri gaharu ini, mereka memilih pokok bersize besar, berlubang, pokok yang
sakit, pokok yang mati dan tumbang, dari perkiraan logic mereka, pokok sedemikian
telah menghasilkan gubal jumlah yang banyak. Itu sebab utama pernebangan pokok
bersize besar kerap di lakukan. Bukan semua pencuri ini dikalangan pakar
tentang gubal semulajadi, kadang baru menjinak di bidang hunter gaharu .. jumpa
pokok yang besar .. terus di tebang.
Semasa kami inokulan
pokok bersize BIG XXL ini, factor faktor
utama yang kami fikir, teknik teknik bagaimana harus di lakukan. Utamanya
jarak, dalaman tebukan, kertinggian inokulan, cuaca dan akhirnya sukatan dos
vaksin. .. ada juga pendapat lain yang kami terdengar .. bila bila masa boleh
di inokulan, ketika hujan pun tiada masalah .. boleh di inokulan.. tapi , tiada
ketahui teknik bagaimana mereka amalkan. Bagi kami .. itu bukan cara kami.
Kita harus kaji ..
kertahanan pokok ini .. tiupan angin di musin terkujuh di bulan may hingga
disember yang bertiup kecang. Bagaimana kedudukan pokok, terdedah atau
terselidung dengan pokok yang lain.?. Jika ianya terdedah pada tiupan angin,
pokok yang di inokulan ini ada kermungkinan akan serekah kerana lubang lubang
tebukan terlalu banyak. Jika ianya terselindung di sebalik pokok lain, maka
ianya selamat dari serekah.
Masalah yang selalu di
temui . pokok besar ini, terlalu mudah serekah dan patah dua, kermungkinan
teknik banyak lubang tiada sesuai pada pokok bergini..? Kami mencuba teknik
close, iaitu tiap tebukan di tutup dengan penyumbat yang telah siap direndam
vaksin. Tujuan nya .. kesan kesan tebukan tadi, tiada menjadi reput dan dapat
membantu penghasilan gubal lebih berkualiti.. pada asalnya teknik ini di
lakukan pada pokok bersize kecil.. teknik ini telah di lakukan di Negara
Thailand.
Tak salah kita ciplak
teknik sebergini, ianya merupakan salah satu teknik yang terbaik, dengan
penghasilan gubal betul2 berkualiti. Jangan sesakali kita bayangkan, semua
pokok ini dapat menghasilkan gubal yang sama, seperti pokok lain walaupun sama
sepsis. Seperti pernah saya catatan di blog saya yang lepas.. factor aliran
vaksin memainkan peranan penting sebagai
cecair allergic untuk membuat pokok ini menjadi stress, sekiranya vaksin
menyerap cepat atau pantas, maka cepat kesan stress berlaku pada pokok ini.. foktor yang dibawa
dari air bawahan akar yang akan membantu pemyerapan vaksin mengalir hanya ke
tahaf mana yang termampu.
Kerlebihan sepsis ini..
walaupun kulit di siat sekeliling, ianya tetap hidup subur, kerana ada teknik
ini di amalkan oleh sebilangan penginokulasian .. selepas kulit disiat , vaksin
pula di sapu .. berkesanan nya masih diragui. Pada pendangan ikhlas saya..
sekiranya teknik ini dijalankan pada musin cuaca panas, ianya akan Berjaya
tetapi sekadar kayu prosesan minyak. Sekiranya dos vaksin terlalu tinggi
dilakukan pula musin hujan, batang pokok ini akan menjadi reput akhirnya
tersungkur ke bumi. Kalau boleh lakukan kajian pada pokok yang bersize kecil
dahulu, jika ianya Berjaya .. teruskan lah pada pokok yang besar.. baru lah
tiada pembaziran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan