Dok menghitung hari .. , Bulan
May dah penghujung, Project inokulan pula mula tergendala di sebabkan hujan
petang kadang kadang lebat bersama angin kencang. Project di Pasir Kelang ,masih
ada lagi 20 pokok Big XXL, Keadaan batang pokok basah, batang yang berlumut dah
tentu merbahaya , bagi pendakian 50 kaki dari aras bumi dan 30 pokok yang besar
besar dilain lokasi pun dalam keadaan
yang sama.
Nak melawati pokok yang telah
ditanam , moody pun hilang , disebab si pacat terlampau banyak, rasa malas
disebabkan terlalu lama berehat. Walaupun bergitu, project kumpul pokok pokok
tetap berterusan. Dah tak payah kehulu kehilir lagi, hari hari hset berbunyi,
dari serata daerah memberitahu yang mereka mempunyai pokok bersize XXL, Cuma kami jer, tiada kersempatan melihat sendiri , mengambil
imej dan mengsahkan, apakah betul dari apa yang di bagitahu.
Ada juga broker yang call “ bos pokok besar ada, nak bagi kat saya
berapa persen .? tapi, nak duit segera
..”. Aduhai , bergini nasibnya jika
berurusan dengan si broker. “ awak
rawatan lah sendiri ..” jawapan yang paling mudah, kata putus yang diberikan untuk menamatkan perbualan. Bila
kami mula berurusan, kami tak mahu ada sebelah pihak terkena atau di
perbodohkan. Yang kami fikirkan nasib si pemilik pokok, kos khidmat inokulan dan vaksin yang kami
terpaksa tanggung, manakala si broker cuma pandai menadah tangan mahu
habuannya, lepas dapat duit
menghilangkan diri.
Kami tiada rugi apa apa jika
tiada berurusan dengan si broker maut, jika si broker berkata, kami tiada dapat
mengumpul pokok tanpa mereka, itu adalah anggapan yang tiada masuk akal. Kami
telah mendahalui group lain jelajahi pelusuk daerah di serata Negeri Kelantan,
Dalam fail kami, telah tersenarai di daerah mana, lokasi mana dan tumbuh di
atas tanah hakmilik siapa, dengan catitan nombor handset pemilik , dan sudah
diberi kerbenaran secara lisan, bila bila masa pokok gaharu liar itu di Inokulan
, Cuma tepuk poket tanya duit, mampu
atau tidak … hehehehe.
Berurusan melalui broker, bukan
cara kami, urusan kami secara direct dengan pemilik pokok, bergitu juga urusan
pembelian pokok dan kontrak penanaman. Broker jugalah hampir membuat kami
terlingkup, kami inokulan, mereka terima duit , tetapi duit entah kemana , bila
bertanya pada owner, katanya sudah dibayar ,Tanya pada broker . owner tak bayar
lagi , ajak bersemuka, beribu alasan si
broker maut berikan. Bergitu juga penghantar anak anak beneh , mereka ambil duit awal2 , kami 2 kali rugi , kos penghantaran dan harga
anak beneh.
“ Awak main gaharu kan… jadi ker
..?” Satu pertanyaan yang diajukan pagi ini, ketika singgah perkena air kat
warong di simpang jalan ke rumah. “ ia , saya .., yang pertanyaan .., jadi .., saya
tak mahu nak jawab..” kata saya. “ awak jual lot gaharu ker , sama seperti
syarikat di .. ( saya tak mahu nyatakan syarikat itu ), bunyi khabar , banyak pembeli minta duit mereka kembali , betul
ker ..?” Tanya si anu itu lagi. “ terdahulunya , saya minta maaf , perkara ini, tiada
terlibat, tiada berkenaan sedikit pun dengan saya, saya tak boleh komen apa
apa..” jelas saya sambil mempelawa minum.
Air muka nya mula berubah “ Saya
minta maaf , banyak2 , kalau encik nak tahu jadi ker tidak , sila luangkan masa
, ikut kami gi chek pokok pokok yang
telah kamii rawat , kalau encik masih meragui tanam gaharu, tiada
menjadi , boleh juga encik ikut saya , encik boleh lihat sendiri pokok pokok gaharu
yang telah di siap di tanam, dari usia 1 tahun – 3 tahun , bukan 1 ekar Encik ,
beribu ribu ekar. Jika Encik bertanya
jadi ker tidak , baik encik tak payah
bertanya , soalan bergitu, jika encik dah tanam 10 pokok.. boleh lah
encik bertanya saya , jadi ker pokok
yang saya tanam tu ..” kata saya sambil memulang paku buat kilas ( istilah
bahasa orang Kelantan ).
“ Ok lah , saya terangkan sedikit
buat pengetahui Encik., Jual Lot gaharu nie .., dah terlampau banyak syarikat
yang buat, cuma nya .., Encik.. , semuanya dari niat, kalau niat mereka betul
ikhlas , Insyaallah, Berjaya.., Tetapi
yang lebih lebih promosi tu .., broker syarikat tu .., yang mahu dapat duit
segera.. kami tak akan lakukan urusniaga bergitu .., rezikonya amat besar.., Kerbiasaanya tanah yang dipecah lot itu .., tiada dibayar 100% pada pemiliknya. Laku tanah
baru bayar. perjanjian hanya di atas kertas. Lot lot di pecahkan, di draf di
atas kertas bukan disahkan lagi oleh jabatan tanah, jika mahu menanti kelulusan , 1 tahun belum tentu dapat , kelulusan tukar
status dan pecah lot semua dari ahli mesyuarat exco..”
“ batu sempadan di tanam,
mengunakan khidmat jurukur swasta , 2
proses lagi wajib dilalui .. pengesahan jabatan daerah dan jabatan hasil tanah.. Sekiranya lot lot
habis terjual, tanam menanam semua siap .., tetapi sekiranya .., permohonan pecahan lot tiada Berjaya .., Duit sudah dibayar oleh pembeli lot lot ini
, wajib di ganti , duit pula dah habis
wat, pecah sempadan, membersih tapak,
beli anak beneh, upah pengurusan , komesin broker awal awal sapu dan duit diguna buat kawin satu lagi ker..
hehehe .., nak bayar bukan jumlah yang
sikit.. kes sakit kepala, siang malam di
kejar oleh pembeli Lot gaharu “.
“ Contoh saya berikan , jika komisen broker RM2K 1 lot , 10 Lot ,
dah berapa Encik..? kita nak tambah yang telah disapu broker , dah tak
mampu , dah duit duit hangus kat
pengurusan lagi tu , nak cekup kat mana
, jual sebatang pokok gaharu pun tak
mampu nak membayar nya, Yang terbaiknya
Encik .., Encik tanan jer di atas tanah hak milik sendiri, beli anak beneh,
tanam dan urus sendiri , baru lah tiada sakit jiwa dari beli lot gaharu , pastu
pulak mereka yang uruskan , tagged
mereka .., kalau Berjaya, mereka untung
berganda ganda, Encik juga akan tergaru
garu..” terang saya.
Saya minta maaf sekiranya ada
alami semua ini , ada yang terkena jadi
pelajaran, jadikan ikhtibar untuk masa
masa akan datang. Bukan senang mahu senang , terlalu banyak yang wajib kita
hadapi. Saya ingatkan agar selalu berhati hati , setiap kali menceburi satu satu project.
Kadang kadang kita lalai, bila ada orang yang memberikan candangan , project ini pasti Berjaya , sebelum
memberi kata persetujuan, kaji setiap
aspek, untung rugi, halatuju , yang terbaik rujuk kat yang pakar, yang berjaya
, jangan sesekali bertanya pada yang
tahu cakap, tapi dia sendiri , satu
habuk pun tidak lalkukan.
Dan kami bukan terbaik dalam
bidang gaharu, catatan di blog gold-forest R&D Gaharu , semua hasil kajian
kami, kami dedahkan sebagai maklumat untuk rujukan bagi para para peminat
gaharu, Yang ada cita cita nak menanam, mempunyai pokok gaharu liar dan
bagaimana caranya memulakan pelaburan
inokulan. Bukan kami mahu 100% pembaca blog ini, mendapat khidmat kami, jadikan ianya sebagai
asas untuk anda melangkah dibidang gaharu , tanpa di permainkan, di perbodohkan dan di
perkenakan oleh segenlitir pengiat gaharu yang mahu mengambil kersempatan ..
TQ.